Sunday, January 31, 2010

UMNO KELANTAN : SEJARAHKANLAH SAJA KU LI

Seawalnya, apabila berlepas dari Subang Airpot ke Kota Bharu dengan niat untuk mendengar apa yang Ku Li nak kata di perhimpunan solat hajat minta duit dianjurkan oleh Pas yang berselindung disebelaik NGO pro PAS.

Puluhan ribu rakyat kelantan yang menyokong Pas pimpinan Tok Guru Kroni, Dato' Nik Aziz Nik Mat, memenuhi setiap ruang Stadium untuk bersolat hajat. Tidak tahu pula Ku Li turut solat hajat atau tidak.

Namun, sebaik melabuh punggung dalam FireFly- Awan Dunia 2, terlalu banyak bisikan hati untuk mengatakan tidak payah pergi kerana jawapan kepada apa yang akan Ku Li akan berikan sudah jelas untuk menyokong kerajaan Pas kelantan mendapatkan royalti minyak.

Dari pergi ke Stadium, baik pusing-pusing tengok bandar Kota Bharu pada waktu malam. Teras pula nak ambil ubat sakit urat di Klinik Jega yang tersohor dikalangan orang yang terkena sakit lumpuh. Dr Jega ini tersohor kerana orang lumpuh boleh kembali pulih biar pun sekadar 85 peratus, malah ada yang 100 peratus hasil rawatanya.

Ketika sudah lama tidak balik ke bumi sendiri, terkejut pula lihat tempat 'orang PAS sembahyang atas jalan yang dulu di war-war hebat dengan nama Dartaran MPKB' sudah tidak ada lagi.

Ke mana hilang wakaf-wakaf maksiat yang berlaku di waktu malam hari. Di mana pula khemah tempat puak-puak Pas bersembahyang, ketika masjid begitu dekat untuk dijadikan tempat beribadah paling selesa.

Dulu berapa jumlah yang dibelanjakan oleh PAS untuk bina Dataran, kini di roboh pun menelan belanja besar. Kini Dataran sejaran MPKB itu sduah tinggal sejarah digantikan jalan sehala dua lorong.

Mungkin, dengan pembinaan bangunan Pakson-MPKB itu membuat Dataran itu akan merugikan perniagaan pasaraya besar yang baru di bina itu. Sedangkan, dulu MPKB PAS tidak terfikir bertapa ruginya peniaga-peniaga di kawasan itu dan ada yang terpaksa menutup kedai gara-gara perancangan bodoh kerajaan pimpinan PAs.

Hari ini, Dataran yang menjadi tempat 'riak' Pas untuk menunjuk-nunjuk dalam beribadah solat akhirnya menjadi kubur besar yang akhrinya terpaksa menanggung kerugian dunia dan akhirat. Solat kerana nak tunjuk kita terlebih Islam adalah 'riak' dan kosong di mata Allah s.w.t.

Soalnya, berapa juta MPKB tanggung kerugian wang ringgit. Inilah jika ada pemimpin yang terlalu bijaksana, kadang-kaadang menjadi bebal dan bodoh.

Di Stadium Sultan Muhamad, begitu ramai yang bersolat hajat, malah ada yang menangis-nangis menadah tangan memohon duit. Kononnya, duit itu hak kerajaan Pas Kelantan.

Sebenarnya, tidak payah solat hajat dan berdoa kerana duit itu yang dipanggil Wang Ehsan kerana hasil minyak itu berada di luar lingkongan 5 batu dari pantai kelantan, bukan hak kelantan. Duit itu sudahpun akan dimasukan ke dalam akun JPP untuk rakyat kelantan.

Biarlah orang yang pandai mengurus duit yang menjaga duit rakyat kelantan. Jika diberi kepada orang yanglebih cerdik menjaga duit Wang Ehsan itu, buat ladang kambing pun lingkup. Bina bangunan terpaksa kena bayar kepada pemaju, buat Dataran MPKB akhirnya kenan rohoh juga ...untuk apa jika keranan terlalu bijak akhirnya duit rakyat hangus begitu saja. Rugi rakyat kelantan juga akhirnya.

Lagi banyak duit di salur kepada kerajaan Pas kelantan, akan berlaku rasuah lagi besar. Cukuplah dengan segala rasuah yang sudah berlaku kerana jika berlaku rasuah dikalangan orang yang berpegetahuan ajaran Islam, dosanya 10 kali ganda.

memang firasat ku adalah benar. Ku Li membuat kenyataan yang sama seperti bisikan hati. Ku Li dulu yang 'hipokrit' tidak pernah berubah dengan Ku Li yang berwajah hari ini.

Ku Li yang melahirkan parti Semangat 46 yang pernah bersumpah untuk tidak kembli kepada Umno pimpinan 'anak keling - Mahathir', akhirnya meminum `air basuh tahi' sendiri.

Ku Li yang menganggap dirinya 'Raja kepada segala Raja' kononnya berjiwa rakyat, sekali lagi 'minum air kencing' sendiri apabila kenyataan tahun 2000 bahawa tidak ada satu negeri layak menerima wang Royalti minyak, bercakap dengan nada lain apabila melihat sebegitu ramai orang.

Mungkin ku Li sudah lama tidak melihat orang serami itu untuk menanti ucapa yang dianggap ebngitu bernas selama ini. Ku Li sudah jauh buang tebiat dan meracau-racau apabila keinginan untuk menjadi Perdanan Menteri dari hari ke hari tidak kesampaian.

Sebab itu, Ku Li menyarankan agar semua negeri berfikir semula untuk berada di bawah naungan Malaysia. Apakah Ku Li masih menaruh cita-cita untuk menjadi Perdana menteri kepada kelantan merdeka selepas ini. Lupakan saja, umur pun sudah dekat dengan pintu kubur.

Kepada saya, kenyataan Ku Li yang selalu berbelit-belit dari dulu lagi tidak boleh di pegang buku. Ku Li bercakap bohong dan mungkin ini yang sesuai dengan jiwa Nik Aziz yang berbohong baahwa anak menantunya lebih layak untuk jawatan CEO dan akhirnya terpaksa meletak jawatan.

jika memang hebat dan beramanah, tidak mungkin samapai letak jawatan - Ariffahmi. Gara-gara Arifahmi, Nik Aziz terpaksa memecat dua setiausahanya yang begitu beramanah dalam melaksanakan tugasnya dengan memberi pelbagai alasan. pada hal, kedua-dua setiausahanya dipecat kerana turut memeprtikai Ariffahmi.

Justeru itu, dari kata-kata yang selalu berbelit-belit oleh Ku Li, Umno kelantan tidak perlu melayan tokoh seperti ini. Sudah lama saya berkata, Ku Li perlu disejarahkan dan dimuziumkan.

Ku Li adalah orang bertanggjawab menghacurkan Umno kelantan kerana nafsu marahnya apabila kalah kepada Mahathir dalam pemilihan Umno merebut jawatan Presiden dan akhrinya perdana Menteri.

Sebenarnya, sejarah tidak tercatat bahawa Ku Li yang memenangkan Umno di kelantan pada 1978, tetapi Tan Sri Muhamad Nasir yang sebenarnya menjatuhkan Pas kelantan sendiri, bukan Umno. Rakyat kelantan, terutama Dato' Ibrahim Ali yang menjadi dalang menghimpun rakyat untuk bangkit menjatuhkan Pas kelantan pada 1978 dengan sokongan Muhamad Nasir.

Ibrahim belum jmenjadi ahli Umno, tetapi berjasa bersama Muhamad Nasir. Ku Li pun tidak kenal Ibrahim Ali yang terpekit melolong bersama rakyat untuk menumbangkan Pas kelantan pimpinan Dato' Asir Muda dan Ishak Lotphi.

Sebenarnya, Umno kelantan tidak perlu menghiraukan Ku Li kerana Ku Li tidak mahu pemimpin Umno lain mencatat sejarah merebut kembali kelantan. Apa lagi Dato' Mustapha yang begitu dibencinya.

Dalam kemelut kepimpinan Umno kelantan sendiri, Umno Gua Musang begitu terasing dari gerak kerja Umno negeri baik sewaktu Dato' Mustapha, diganti dengan Anwar Musa dan Kini kembali kepada Mustapha.

Zaman Ku Li mengemiolangkan Umno sudah berakhir dan tinggal kenangan. Ku Li sendiri di Gua Musang pun mejoriti kemenangan pilihanraya semakin mengecil. Apakah, Ku Li mahu mencari pengaruh baru di kalangan rakyat Kelantan, selepas terasa dilupakan.

Sebenarnya, rakyat kelantan cedik bermadah politik dan mereka sebenarnya beci kepada oroang pilitik yang bercakap bohong sepanjang zaman. Cakap yang sering berubah-ubah boleh dibangkul sampahkan dengan orangnya sekali.

Umno kelantan tidaaaaaak perlu perduli dengan orang macam Ku Li lagi. Ku Li akan terus membawa purak peranda kepada Umno dengan kanyataan yang sering berubah-ubah.

Sebenarnya, Ku Li sedar bahawa dia sendiri yang membuat perjanjian bahawa royalti minyak tidak akan diberi kepada mana-mana negeri yang pelatar minyak di luar kawasan perairan negeri.

Tetapi kerana politik mencari nama, Ku Li sanggup menjadi munafik sepanjang masa. Sebab itu, saya bilang antara Ku Li dan Anwar Ibrahim adalah spises yang sama - manusia yang sanggup mengadai maruah diri kerana tergila-gila menjadi Perdana Menteri.

Biarlah JPP mengurus duit Wang Ehsan kerana selama ini JPP yang banyak memberi manafaat kepada rakyat kelantan termasuk pembinaan jalan-jalan Kampung, soal pembasmian kemiskinan dalam pelbagai lagi.

Kerajaan pas tidak buat pun jalan Kampung dan kerajaan Pas tidak jaga kepentingan rakyat di kampung. Mereka ini akan jaga rakyat bila tahun Pilihanraya saja. Masa tu lah nak bagi kambing, nak bagi skim Kifalah dan nak bagi duit kat janda-janda.

Selebiohnya, di kampung-kampung dan rakyat di kelantan lebih di jaga oleh Umno termasuk dalam soal pendidikan, rumah miskin, jalan kampung, bersih kubur dan permasalahan petani dan penanam padi.

Pas cuma boleh dodoi rakyat dengan tanam pokok gharu atau Depu yang 10 tahun pun belum tentu boleh hasil. Sejauh mana tembesaran pokok Gharu atau Depu ini pun kita tidak tahu. tetapi kebayakan pokok yang diberi sudah mati. Jika nak tanam lagi kena beli benihnya yang bukan murah sepokok.

Ingatlah kepada pemimp[in Umno kelantan, terutama Ketua Penerangannya, Dali hussin, tidak usahlah hendak menyembah Ku Li. Apa pun yang baik yang ingin kita sampaikan, Ku Li tidak akan terima.

ku Li sudah ada agendanya sendiri untuk tidak mahu Umno menang di kelantan. lantaran itu, Ku Li sanggup berdiri di atas pentas Pas untuk memberi sokongan moral kepada Pas dan sekali lagi akan membuat rakyat kelantan marah kepada pemimpin Umno kelantan.

orang bercita-cita tinggi seperti Ku Li, jika jatuh dalam politik dia akan menjadi sasau. Ku Li sama dengan Anwar Ibrahim yang sudah pun menjadi sasau.

Ku Li selalgi kita datang menyembahnya akan menjadi lebih liar dalam kenyataannya kerana beliau menganggap ucapanhya betul dan benar. jadi lupakan saja Ku Li yang tidak memberi untung langsung kepada Umno kelantan dan juga gua Musang. Biarlah Ku Li gila sendiri.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata