Friday, January 22, 2010

SALAM BUAT MUSRID TAREKAT ISMAILLIYYAH SYEIKH MAHMUD AL-QALAM

Salam ilmuan dan salam batiniah buat Musrid Sheikh mahmud, pendokong tarekat Ismailiyyah yang kini dalam pemerhatian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana didakwa berlaku penyelewengan dalam keilmuan tarekat yang ditarbiahkannya.

Kepada musrid Syeikh Mahmud, perjalanan sufi sememangnya sering dipadnang serong sejak dulu lagi. Ingatlah: ' jalan kematian sering menanti 'pencari cahaya Illahi' dan ia amat di cemburui oleh golongan syariah'.

perjuangan ini yang disebar secara terbuka, ia akan mendekatkan dengan caci maki, penghinaan dam pelbagai tuduhan walang yang lebih menunut kepada kesabaran diri. Sabar itu adalah ibu ilmu dalam bertarekat. Bukan semua manusia yang berilmu dipilih oleh Allah s.w.t yang ditujukkan jalan untuk mengasingkan diri di gua, bukit atau gunung dalam pecarian hakiki.

Hakikatnya, yang kita temui dalam pencarian itu adalah diri kita dari 'pencayahaan qalbu'. Kebersihan qalbu itu yang membuat manusia tidak mengerti hakikat alam ghaib dan sentuhannya.

Mereka yang belajar ilmu tarekat bukan kesemuanya akan mencapai 'maqam' keputihan qalbu kerana gagal membuang dua labis dari tujuh lapis 'nafsu' yang begitu sebati dengan naluri kemanusiaan. Bukan mudah memnghakis nafsu Amarah dan Lawamah.

Ahli tarekat terbaik dan sudah sempurna berlu mencapai nafsu Mutmain'nah yang juga disebut Nafsu Akal Jiwa. Kesempurnaan hakiki apabila terbuka hijab Nafsu Radiah. Nafsu ini yang dikenal dengan Nafsu Jiwa - penyerahaan 100 peratus kepada bimbingan Qalam - yang akan memancul kediri Roh Idofi - dari bimbingan malaikat yang disebut orang Nabi Khaidir a.s.

Ilmu pemencahan nafsu ini disebut sebagai Martabat Tujuh yang membawa kepada pemencahan kepada tareka Tajjali yang berpaksi di Bukit Panau, Tanah Merah yang disebear oleh Syeikh Ismail dan Tok Legah di Dabau Toban, Pasir Mas.

Perjalanan 'mencari' dari pengaruh ratib tarekat ini cukup berkesan sebagai titik perjalanan awal kepada mencari hakiki sebenar kerana perjalanan seterusnya adalah bimbingan dari pelbagai bisikan yang terzahir dari sebelah kanan telingan yang khasaf.

Biarpun, belum pernah ketemu Sheik Mahmud - perjalannan yang dibawanya adalah 'BENAR' dari firasat gerak hati saya. Apa lagi, Pondok pasir Tumbuh, - Pak Man Kudung, Bukit Marak dan Lundang Paku terlalu dekat dengan perjalanan permbersihan jiwa saya.

Syeikh Mahmud pasti kenal Gong Dermin, Pasir Ara malah Tanjung Baru. Tanjung baru itu tempat lahir pemengang Tarekat Ahmadiyah yang ilmunya diperturun menjadi pegangang anak cucunya yang berani menghambakan diri pada pencarian hakiki.

Saya masih ingat ketika arwah Tok Cik Wa ketika memperturunkan ilmunya yang terakhir sebelum dipanggil menghadap Illahi selepas memberi salam solat Asar - ' Ilmu ini adalah ilmu kebencian kepada orang yang cuma mengenal kulit ajaran islam. Jika terbuka, kita akan terasing kerana di tuduh sesat'.

Sebenarnya pesan terakhirnya - yang lebih sesat adalah golongan yang bersolat, tetapi masih lagi melakukan kemaksiatan dan berbuat dosa dengan memfitnah sesama sendiri'.

Dari keilmuannya itu membuatkan ada yang menentang kerana tidak ada lagi soal 'tunggu kubur' jika ada kematian, membaca al-Quran di kubur, tetapi sekurang-kurang sekali dalam seminggu dia menziarah kubur dan banyak lagi yang menjadi larangannya seperti yang dibawa oleh fahaman Wahabi.

Apapun, Pak Man Kudung adalah antara yang pernah tidur bangung di rumahnya kerana ada hubungan keluargaan.

Begitupun, musrid Sheikh Mahmud perlu terus membimbing mereka yang dahagakan ilmu 'pencairan kebersiahan qalbu' ini tanpa rasa ragu dengan tindakan MAIS. Jika perlau pegawai MAIS juga perlu tampil untuk mendalami ilmu tareka ini agar lebih faham tentang keindahan sebenar inti ilmu ajaran islam yang dianjurkan oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Rasulullah juga mengambil waktu 15 tahun beribadah di Gua Hiraq sebelum Allah s.w.t mengutus Malaikat Jibrail a.s membawa wahyu untuk disebenar kepada umatnya.

Di dalam al-Quran sendiri sudah dijelaskan bahawa biarpun alam ghaib itu alah ilmu pengetahuan Allah s.w.t, tetapi Allah menjelaskan bahawa ia boleh dinikmati oleh mereka yang bertaqwa dan yang dipilih dengan kaedah tersendiri.

yang menjadi kesilapan kecil mereka yang baru mencebur diri dalam ilmu tarekat ini, terlalu mengah dengan kelebihan musridnya dan ada pula yang berlebih-lebih gambaran yang diberikan kononnya untuk menarik ahli baru.

Ketaksuban kepada guru itu yang menjadi satu kesilapan hakiki, sedangkan guru itu sekadar penunjuk jalan agar kita juga berkemampuan untuk mencapai kelebihan yang dinikmati oleh guru.

Jangan ingat, keistimewaan itu bolerh berlaku dalam jangaka waktu yang terlalu pantas. Dalam bertareka tidak ada jalan pintas kerana selagi gigih kita mencari kebersihan diri, terlalu banyak ujian yang bersimpang di perjalannnya. Jangan ingat, iblis tinggal diam kerana itulah dendamnya kepada uamt Adam a.s.

Jika tersilap menerima bisikan, yang terhidang itu adalah bisikan iblis agar kita bangkit dengan rasa ego kerana sudah menemui jalan khasaf. hakikatnya, khasaf yang tidak bersifat lurus hingga menjadi pemujaan diri - ia adalah bersifat iblis.

Pengikut tarekat pula tidka boleh cuma menerima, tetapi perlu banyak bertanya setiap satu ilmu yang diperturunkan. Ini kerana setiap satu ada kesinambungan yang tidak boleh terpisah antara alam nyata dan alam ghaib.

Pengikut yang baik adalah adalah kalangan mereka yang memiliki akal yang sempurna untuk menapis kebaikan dan keburukannya. Tetapi, harus diingat - Akal itu akan mati ketika kita belum mati, tetapi jiwa atau kekuatan qalbu itu tidak akan mati kalau pun kita mati'.

Akal, biarpun satu kelebihan kepada manusia, tetapi ia akan mati. Sebab itu manusia ramai yang hilang akal - biar pun solat tetapi masih lagi hidup dengan rasuah, fitnah memfitnah sesama sendiri, ada perasaan iri hati dal palbagai lagi. Ada manusia tinggil akalnya, tetapi hilang akal bila mabuk arak atau mabuk perempuan.

Tetapi, jiwa yang bersih tidak akan melakukan maksiat dan akan lebih sempurnanya solatnya. Jika ahli solat itu boleh berrukuk dan bersujud dengan lebih lama dari kebiasaan dalam solat - jiwa akan jadi lebih bersih dan akal juga akan menjadi lebih sihat. Kerana Allah s.w.t suka meliaht orang berukuk dan bersujud.

Apapun, diharapkan Syeikh Mahmud dapat mempertahankan ilmu yang diterbiahkan ini kerana mencari yang kekal sudah tidak banyak lagi terlahir di muka bumi ini. Biarlah, ia boleh dijadikan tempat rujukan untuk semua. Selamat berjuang semuga kita akan mendapat lebih kerahmatan dan kemakmuran di bumi Melayu ini dan dunia umumnya. wasalam.

1 comment:

  1. teruskan perjuangan Allah mengetahui Hamba-hambaNYa yang sholeh.

    ReplyDelete

Jangan Pandang Sebelah Mata