Thursday, March 11, 2010

KICKDEFELA vs NIK AZIZ : DI MANA KEBENARANNYA

Rakan blogor tersohor, Kickdefalla diserang lagi gara-gara mendedah kesah 1001 malam Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Kali ini, serangan itu bukan dengan 'kapak', tetapi dengan ugutan untuk menghancurkan batang tubuhnya menerusi solat hajat atau solat malam.

Sebenarnya, kata-kata ini terlalu ego dan jauh lebih sesat dalam mencari hakikat diri bagi umat Islam yang faham tentang ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jika membaca blog Kick, luar biasa sebenar pemikiran sebahagian ahli-ahli Pas ini, macam orang cetek pengetahuan Islam. Ini hal yang ingin dibicarakan untuk kita berfikir bersama.

Saya tidak pernah belajar agama baik di pondok atau sekolah agama. Tetapi, sebagai orang Islam yang menjunjung perintah agar terus belajar dari pengertian wahyu Allah s.w.t yang pertama untuk Nabi Muhammad s.a.w - kita dituntut untuk mengaji secara formal atau tidak formal.

Pengertian dalam mencari ilmu Islam ini saya selalu sifatkan - 'Mencari Jalan Putih'. Ini kerana Allah s.w.t mencipta manusia itu dalam Tujuh Martabah Nafsu. Secara kebetulan, Nafsu Amarah yang dikuasai oleh Roh Haiwani dan Roh Jasmani ini terbentuk begitu besar dalam qalbu manusia.

Nafsu ini yang kuat mendorong manusia untuk melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti berperangai bongkak, riak, menghina, menfitnah dan segala kejahatan lain.

Apa lagi, kalau solat itu dengan niat untuk menjatuhkan orang lain sekalipun meraka itu jahat atau bermusuhan dengan kita. Solat itu, adalah bernawaitu untuk mendoakan kebaikan kepada semua orang agar Allah s.w.t membuka pintu kesedaran untuk menjadi lebih baik, bukan bersifat menghukum atau mengaibkan.

Apakah dalam kehidupan ini, Allah s.w.t hanya 'teringat' kepada orang baik atau sempurna sahaja dan Allah s.w.t akan lupa kepada orang yang melakukan kejahatan.

Apa yang saya pelajari, Allah s.w.t tidak pernah lupa kepada semua makhluk yang bersifat baru yang DIA ciptakan, termasuk manusia baik atau yang jelek (hina atau jahat).

Tetapi, Allah s.w.t mengharapkan manusia yang faham erti ilmu Islam itu perbanyakkan doa untuk membolehkan Allah s.w.t mencampakkan taufik dan hidayah baru kepada satu perubahan manusia yang dikatakan jahat.

Jika anak-anak itu yang degil, jahat - maka terlebih afdal ibu bapa mereka yang mendoakkan sepanjang waktu solat mahupun tidak waktu solatnya, untuk memohon kepada Allah s.w.t memberi pengampunan dan hidayah perubahan dalam kehidupannya.

Ingatlah kita, kenapa Allah s.w.t membuka pintu hati kepada Syadina Omar Al-Khatab untuk memeluk Islam dan menjadi antara sahabat yang begitu dekat dengan Rasulullah. Bukankah berkat doa Nabi Muhammad s.w.t yang sampai kini menjadi ikutan kita - soal perangai, akhlak, amanah dan intraksi sosialnya dengan masyarakat.

Kenapa Nabi Muhammad s.w.t tidak memohon doa kepada Allah s.w.t untuk men'JAHANAM' Saidina Umar Al-Khatab kerana baginda antara paling tersohor untuk membunuh dan memusnah penyebaran Islam yang di bawa oleh Muhammad Rasulullah.

Doa Nabi Muhamad s.a.w itu jauh lebih dekat didengari dan disempurnakan oleh Allah s.w.t jika baginda mahu menjahanamkan musuh-musuhnya, baik untuk pecah perut atau menghancurkan.

Jika bercakap soal 'akhlak' Nabi, itulah yang saling dicakap dikalangan ilmuan islam untuk dijadikan contoh kepada kita, maka kita pun bertakbir dan mengiakan. Tetapi, hakikatnya kita jauh untuk mencontohi semua kelumit akhlak itu. Kita hanya pandai bercakap atas dasar kita ini orang berilmu islam dan belajar ilmu Islam, tetapi amalannya hakikinya di mana?...

Bukankah Nabi mengajar kita agar 'bersabar' dan jangan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memusnahkan orang lain, tetapi berdoalah untuk kebaikkan mereka sekali pun mereka itu musuh kita.

Doa kebaikkan untuk orang lain termasuk musuh kita, lebih disempurnakan oleh Allah s.w.t kerana ia satu pengiktirafan bahawa - 'kita faham nilai keagamaan' yang sebenar. Kita tergolong dalam golongan manusia yang sabar, tabah menghadapi ujian dan sempurna dalam mengamal ilmuNya.

Harus diingat, jika kita mendoakan orang lain tarmasuk musuh kita agar Allah s.w.t menghancurkan dan mengaibkan mereka, Allah s.w.t akan terlebih dahulu meng'HUKUM' kita dari segala kejahatan yang kita tidak 'sedar' dan pernah kita lakukan.

Jika kita berniat untuk menjahanamkan orang lain dengan kehebatan solat-solat kita, sebenarnya tanpa kita sedar - 'kita masih berkawan dengan iblis'. Jiwa dan qalbu kita masih lagi menjadi sarang iblis dan syaitan biarpun ilmu kita setinggi langit. Hakikat yang benar, biar ilmu setitis air, tetapi biarlah amal setinggi langit jika mahu mencari keredaan Allah s.w.t.

Orang yang berilmu jika hebat 'beramal', jiwanya akan lebih dekat dengan sifat dan akhlak Rasulullah. Justeru itu yang digelar - ulama pewaris Nabi.

Kerana itu, sebelum ini saya suka jika pengikut Pas yang taksub beramai-ramai ke Stadium untuk Solat Hajat. Ingat jangan mempermainkan solat kerana Allah s.w.t menjanjikan Neraka kehinaan bagi orang yang mempermainkan solatnya.

Sebenarnya, dalam kehidupan manusia ini - Allah s.w.t lebih mendengar permintaan atau doa orang yang Ikhlas dan Lurus dijalannya untuk dimakbulkan.

Mutakhir ini, ulama saling mendabik dada kononnya mereka lebih hebat dari ulama lain. Ulama saling menjatuhkan dan memperkecilkan sesama sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasa diri. Yang dipertahankan itu bukan ajaran Islam, tetapi siasah politik yang kita dokong.

Aib mengaibkan dan ketaksuban pengikut akan membuat ulama itu akan menjadi lebih taqbur, riak kerana saling ada penyokong. hakikatnya, pada firasat saya - mereka yang berilmu ini apabila bergaduh - sebenarnya di mata Allah s.w.t, mereka ini tidak ada apa-apa pun.

Allah s.w.t menurunkan Islam yang terakhir kepada Muhamad Rasulullah dengan tujuan menghapuskan pertelagahan, menyatukan umat manusia, membetulkan akhlak yang hancur dan membina satu kehidupan menusia ke arah yang lebih baik dan sempurna.

Manusia ini dijadikan Allah s.w.t dengan sifat semulia-mulianya, tetapi manusia yang menjadikan dirinya sendiri hina dan tidak berakhlak, sedangkan segala garis panduan yang sebegitu lengkap sudah disediakan untuk dijadikan pedoman hidup.

Hari ini, di negara ini khusus nya di Kelantan - manusia menjadi berpecah belah bukan kerana berebut kek ekonomi, berebut tempat tinggal - tetapi berpecah kerana mempertahankan kuasa politik.

Mufti Perak,Dato' Haji Harunsani dikecam kononnya bercakap atas nama Umno bagi menarik Pas bersatu membina kerajaan perpaduan di Perak. Alasannya untuk satu kekuatan kepada Melayu yang 100 peratusnya Islam.

Harusani bukan bercakap atas dasar politik, tetapi berasaskan kepada tuntutan ajaran islam yang menuntut umat Islam bersatu padu jika keadaan itu sudah ketahap yang boleh menjejaskan keamanan dan kedudukan ajaran Islam dalam sebuah kerajaan.

Harusani bukan orang politik, tetapi orang keberadaan ilmu agama. Cuma kebetulan, beliau bertugas sebagai Mufti kepada kerajaan Umno-BN di Perak. Memang majikannya Umno, tetapi matlamatnya untuk Islam.

Disinilah salalu saya katakan bahawa Pas terlalu berpolitik dan terlebih taksub hingga lupa sebenar 'kesesatan' sudah menjadi rumah dalam qalbu. Jika jiwa di asuh dan ditanam dengan taksub, mereka akan menjadi 'buta' untuk mendengar pandangan orang lain, sekalipun orang itu juga berilmu Islam. Inilah yang dikatakan sesat.

Jika kita pengamal Islam sejati, jangan sampai boleh menghina orang lain kerana Allah s.w.t berulang kali memperingat dalam Al-Quran bahawa - 'Aku melihat orang bertaqwa', bukan orang berilmu atau orang berpakaian jubah, serban atau jiblat.

Saya terfikir juga, kenapa orang ini begitu hebat bercakap soal berpegang kepada al-Quran atau hadis, tidak memahami seruan Allah itu. Apakah, kita hanya pandai bermadah dan hanya kita fikir madah kita sahaja yang lebih indah dan terbaik.

Semuga Allah s.w.t terus memberi petunjuk yang terbaik kepada semua, sebelum jauh lebih tersesat dari cahayaNya. Bermuhasabahlah diri, semuga cahaya Allah akan memberi jawapan kepada satu kebenaran hakiki.

Harus diingat, jangan kerana satu kebetulan dari permohonan solat Hajat itu akan - benar-benar berlaku - kita tafsirkan kerana keramat Tok Guru yang mengimankannya. BUKAN... Allah s.w.t itu akan hanya mendengar orang yang sebenar-benar ikhlas dalam kelompok itu, tidak semestinya yang berserban besar, tetapi mungkin orang yang kita pandang terlalu selekeh. Inilah ilmu Allah s.w.t sebenarnya.

Muga kita dapat berfikir dan menjadi umat Islam sejati, bukan menjadi pengikut terlalu taksub yang akhirnya memalukan dan merendahkan martabat kita sendiri akhirnya nanti. Dalam mencari ilmu Islam sejati, jangan hanya kepada satu guru dan kena berani bertanya, bukan hanya sekadar menerima.

Tuesday, March 9, 2010

NIKAH & CERAI - BERTALAK TIGA

Semalam saya baru tiba dari Surabaya. Ingatkan disambut dengan satu wirana yang mengembirakan, tetapi berlaku pula satu kejutan luar biasa apabila KDYMM Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Purtra al-Haj membuat satu kejutan dengan menceraikan isteri kedua, Toh Puan Elia Suhana dengan TALAK TIGA.

Bercerai talak tiga ini adalah satu yang luar biasa untuk satu-satu pernikahan. Umumnya, Talak Satu bagi membolehkan ruang berfikir dan merenung jauh untuk menyelamatkan satu hukum perkahwinan.

Bercerai tidak menjadi satu kesalahan dalam perkahwinan, tetapi ada waktu bertenang diberikan oleh Allah s.w.t dalam tempoh tiga kali suci bagi wanita. Inilah ruang untuk kembali muhasabah diri merungkai segala kesilapan dalam sebuah perkahwinan dan boleh kembali bertaut dengan satu azam baru demi untuk satu keluarga bahagia atau masa depan anak-anak.

Bagaimanapun, talak tiga satu perkara luar biasa dan hukum itu merujuk kembali sudah tidak ada lagi kecuali jodoh itu terlalu kuat dengan membolehkan wanita itu berkahwin secara ikhlas dengan orang lain, kemudian bercerai secara sah atas kalimah sebab dan musabab tertentu. Selepas habis edah, ia boleh berkahwin semula dengan suami yang asal.

Kaedah ini di gelar 'cina buta', tetapi hukumnya adalah salah kerana perkahwinan itu diatur untuk diceraikan. Hukum jika perkahwinan itu tidak ikhlas - ia boleh menjadi haram. Apa lagi jika janji di buat perkahwinan 'cina buta' itu tidak membolehkah lelaki mengauli wanita yang dinikahi.

Sekali lagi Kelantan dikejutkan oleh virasi penceraian tergis Al-Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya. Satu pernikahan yang halal sebelum ini akhirnya menemui jalan perpisahan.

Pencerian ini pada firasat saya akan menyiksa kedua-dua pihak. Al-Sultan Kelantan juga akan lebih tertekan, apa lagi ketika kesihatan Baginda masih belum pulih sepenuhnya.

Apa lagi, Toh Puan Elia Suhana bekas anggota polis sebelum ini akan lebih tersiksa dengan hukum yang begitu berat dan tidak pernah terjangkau oleh akalnya sebelum ini. Toh Puan Elia tidak menyendeng untuk mengimpikan menjadi isteri Sultan kerana perwatakannya bukan jenis wanita 'gelenya atau gatal'. Inilah hikmah JODOH yang Allah s.w.t lebih tahu segala-galanya.

Soalnya, firasat saya pencerian itu seakan tidak sah biar pun di lafaz secara terbuka kerana seperti ada satu tekanan ke atas Al-Sultan. Lafaz secara paksa, terpaksa dan apa lagi 'dipaksa' oleh satu tekanan luar, bukan dari lubuk hati Al-Sultan masih boleh dipertikaikan. Hukumnya, tetap tidak sah dan pernikahan ini masih terus halal untuk selamamnya.

Apa sebenar kesalahan Toh Puan Elia Suhana ini, hingga terpaksa menerima aib dalam sebuah rumahtangga dengan talak yang paling dibencikan oleh Allah s.w.t - TALAK TIGA - seolah-olah bukan saja meruntuh sebuah masjid, tetapi berpuluh-puluh rumah Allah s.w.t. Siapa sebenarnya 'peruntuh' Rumah Allah s.w.t ini.

Saya tidak takut memperkesahkan soal kehidupan berumahtangga dalam pagar istana, kerana dalam dunia terbuka hari ini tidak ada apa lagi yang boleh disorot. Kini sudah tiga kehancuran dalam alam rumahtangga dalam istana Kelantan.

Kesemua kes alam berumahtangga Kelantan tersiar di media massa dan eletronik menjadi satu fenomena 'luar biasa'. Apa pun lebih targis adalah 'Talak Tiga' dari Al-Sultan, ketika Tunku Temenggung yang dihina dina dan diaibkan oleh isteri rakyat Indon - tidak pula dilafaz 'Talak Tiga' sedangkan kes itu lagi memalukan Istana Kelantan.

Kita melihat kes sama menyaman Tungku Temenggung dengan isteri baka Indon ini begitu luar biasa. Isteri baginda sudah 'nusus' - membelakang dan mengaibkan suami sendiri, lebih mementingkan keluarganya dari suami. Wanita nusus ini baka Indon yang mencari kesempatan untuk mengaut kakayaan Tunku Temenggung ini lebih layak menerima 'Talak Tiga', bukan Toh Puan Elia Suhana.

Hakikatnya, wanita apabila lafaz nikah diterima, - Syurga itu di bawah telapak kaki suami - bukan lagi keluarganya. Berbeza dengan lelaki yang berkahwin, - syurga itu tetap di bawah telapak kaki 'ibu' yang perlu dihormati dan diberi keutamaan dalam apa saja keperluan yang dibutuhkannya.

Dalam sejarah baka Raja, tidak ada Raja ditipu dan diaibkan oleh wanita, tetapi kebanyakannya Raja pula yang menipu dan memaksa wanita untuk menjadi wanita simpanan atau sekadar pemuas nafsu.

Saya tidak menghina istitusi raja dan saya amat mempertahankan kuasa intitusi Kesultanan Melayu yang ada. Tanpa Raja dan Sultan, umat Melayu tidak mungkin menjadi Islam 100 peratus hingga ke hari ini. Inilah yang membuat saya menghormati dan menjunjung kuasa Institusi Raja.

Namun, dalam kes bertalak tiga ini, ia mencakupi soal hukum Islam yang dipayongi sendiri oleh Al-Sultan sendiri.

Pokoknya Al-Sultan Kelantan tidak memelihara 'Selir atau gundik', jauh sekali memiliki perempuan simpanan yang haram di segi hukum. Al-Sultan Kelantan bernikah secara sah dan secara umum disuarakan sebagai poligami.

Biarpun, poligami itu bukan satu perkara 'wajib' dalam ajaran Islam, tetapi dihalalkan oleh Allah s.w.t dengan ganjaran yang sebengitu tinggi kepada wanita. Apabila seorang berjaya mengikhlaskan pernikahan suaminya dengan wanita lain dengan sebab pernikahan itu bukan keranaj nafsu semata-mata, Allah s.w.t sudah pun menyediakan tempat tinggalnya di Syurga kelak.

Bukankah dalam kehidupan umat Islam, lelaki dan perempuan - perjalanan terakhir yang diharapkan dalam hidupnya adalah 'syurga' Allah selepas khiamat. Dalam islam, wanita terlalu mudah mendapat 'syurga', tetapi juga terlalu dekat dengan Neraka.

Tidak salah Al-Sultan bernikah lebih dari 'satu' atau 'empat' sekali gus kerana waktu itu baginda sihat atas segala anggota badan dan memiliki kemampuan di segi sumber kewangan. Wanita yang dipilih memiliki ciri keibuan, kesempurnaan di segi iman, jelas bermuslimah dan lemah lembut untuk menjadi ibu keluarga.

Kenapa dalam hal nikah kahwin ini, semua Al-Sultan tidak boleh mencontohi Paduka Al-Sultan Brunei yang begitu hebat dan mengkagumkan. Kedua-dua isteri diiktiraf sebagai permaisuri dan gambar kedua-dua isteri dihiasa di setiap tempat awam. Inilah cotoh terbaik yang bersifat terpuji dan di puji oleh Allah s.w.t.

Tuanku Ismail bukan memilih wanita liar atau GRO yang boleh menjatuhkan imejnya di mata rakyat untuk dijadikan isteri. Wanita yang dipilih al-Sultan tidak menuntut Tuanku mencerai isteri pertama jika mahu memilikinya.

Kebetulan ia satu suratan jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t bahawa dia akan menjadi salah satu penyeri hidup kepada Al-Sultan yang sebelum ini tidak terfikir oleh pemikiran Toh Puan ke-ll itu sendiri.

Dunia sudah menjadi terbalik. Agama kini sudah dikelek di bawah ketiak. Semua manusia terutama wanita hanya tahu bercakap soal hadis dan Al-Quran, tetapi kenapa harus menentang poligami yang sudah tertulis dalam Al-Quran sebagai suatu yang halal dan bermarkah tertinggi bagi seorang wanita.

Jika setiap wanita menolak poligami ketika suaminya berkemampuan disegi segala-galanya, bermakna ia sudah memolak hukum Allah s.w.t. Menolak ilmu wahyu bermakna menolak kepercayaan kepada Allah s.w.t. Jadi siapa sebenarnya orang-orang sebegini.

Apapun, dalam soal kahwin lebih dari satu ini - ia satu fenomina yang sukar untuk diterima oleh isteri pertama. Malah lelaki sendiri tidak begitu berani untuk menghadapi kenyataan bahawa semua itu satu ketentuan Allah s.w.t yang tidak boleh dielak biarpun dikawal rapi atau 'queen qontrol'.

Bukan semua lelaki boleh berkahwin lebih dari satu, sekali pun ramai lelaki mengidam untuk berbuat demikian. Kenapa tidak, semua itu adalah ketentuan Allah s.w.t yang sudah pun tersurat dalam lipatan azali.

Al-Sultan Kelantan sendiri tidak terfikir untuk bernikah satu lagi. Apa lagi ketika semua maklumat terbocor bahawa baginda begitu 'mengeruni' permaisuri baginda, selain bagitu menyayanginya kerana begitu cantik, menarik dan menawan biarpun seusia kini.

Tidak mungkin seorang Raja akan takut bini. Raja akan tetap Raja yang berhak membuat keputusan sekalipun ada halangan.

Namun, Talak Tiga adalah satu luar biasa ketika Toh Puan Elia Suhana bukan bermukah dengan lelaki lain atau berselingkuh dengan kekasih lamanya atau nusus.

Apa pun, istana kelantan sejak kebelakangan ini tidak pernah reda dengan pelbagai kekalutan. Apakah kekalutan itu kerana Kelantan kembali di perintah oleh 'Cik Siti Wan Kembang' yang berwajah baru ini.

Namun, kepada rakyat Kelantan - Sultannya tetap hebat kerana sekurang-kurang pernah menjadi 'Lelaki Sejati' apabila berkesempatan bernikah untuk kali kedua ketika Cik Siti Wan kembang lena di peraduan.

Cuma doa rakyat Kelantan kepada Al-Sultannya agar lebih cepat sembuh dan pulih seperti biasa untuk terus memain peranan bertemu rakyat jelata, selain memain peranan untuk menyelesaikan segala kekusutan dalam istana agar kembali menjadi aman damai.

Begitupun, Toh Puan Elia Suhana kini sudah bergelar janda muda dan kini terus menjadi penganggur kerana kerjayanya hilang selepas menjadi isteri seorang Ketua Agama dan Penguasa jajahan takluk baginda. Yang jelas batin sudah telalu lama tersiksa dan di tambah dengan derita baru yang mengejutkan. Semuga Allah s.w.t memberi petunjuk terbaik untuk hidupnya.

Monday, March 8, 2010

KENANGAN SURABAYA

Surabaya adalah kota kedua selepas Jakarta. Bilangan penduduk di kota ini dalam lingkungan 7 juta. Kota Surabya dikenali kota para wali dari Ampel hingga Gersik.

Kunjugan kali ini untuk mengucapkan salam tahniah kepada seorang teman yang memenang pilihanraya (pemilu) lalu - Sdri Micher yang bertanding di kawasan Ampeldeta dari parti Presiden Indonesia, Bapak Susilo.

Pada Disember tahun lalu, saya ke Surabaya untuk memberi sokongan sebelum pemilu dan mengatur sebahagian strategi kempen ala politik Malaysia yang mana saya begitu berpengalaman, termasuk strategi kempen akar umbi dan media, terutama sepanjang 15 tahun mencatur untuk politik Umno Kelantan.

Strategi politik kita jauh lebih baik, kemas dan tersusun hingga ke gerakan dalam rumah. Di Indonesia, khususnya di Surabaya - gerakan rumah kerumah tidak berlaku. yang berlaku cuma berhimpun di rumah Pak Lurah atau ketua kecil, kemudian bagi sumbangan.

Jumlah hemper dikira RM 20 sudah cukup besar ketika itu, berbanding dengan tempat kita yang terpaksa berhabis sebegitu rupa untuk setiap pilihanraya. Di Malaysia, setiap kali pilihanraya jika tidak ada RM 1 juta untuk bertanding Perlimen, seakan tidak sah dan tidak memberi kesan kepada pilihanraya.

Ketika ini, semua perkara hendak diagih dari kain sarung, kain sembahyang, sejadah, hempar dan macam-macam yang lain, bergantung kepada keperluan semasa.

Di Indon, hemper yang wajib adalah beras, minyak masak, sakar dan sedikit wang belanja. Dalam membantu sahabat ini dulu, banyak juga sumbangan yang terhulur. Bagi kita RM 15 - RM 20 ribu cuma setitik kepada satu keperluanan perbelanjaan pilihanraya, tetapi bagi mereka ia terlalu besar.

Apapun, sahabat lama ini sudah berada di dewan Kota Surabaya dan kini menjadi antara pemantau 'pekerja asing', terutama pembantu rumah.

Anak kacukan Arab- Indon ini seawalnya tidak begitu percaya boleh menang, kerana lawannya adalah tokoh-tokoh parti lawan kalangan lelaki yang begitu hebat, tetutama dari PDI-P yang menjadi kubu kuat pengaruh Megawati di Subaraya.

Seperti biasa, jika ke Surabaya - jika tidak menziara makam wali seakan tidak sah. Lagi pun, ini tujuan utama selalunya jika memijak bumi jawa. Begitu juga, jika membuat Umrah - serasa seakan tidak sah beribadah jika tidak sempat menziarah makam Nabi Junjungan besar Muhamad Rasulullah. Pahal, dalam umrah dan haji ia tidak menjadi perkara wajib.

Yang paling dekat makam wali adalah Masjid Ampel dan makin wali Sunan Ampel - wali tua di bumi jawa. Selepas itu, dari Surabaya menghala ke Gersik untuk meziarah makam Wali Malik Ibrahim, sebelum ke makam Sunan Giri yang terlepak di puncak Bukit Giri.

Setiap malam, manusia tidak pernah putus-putus untuk berkahlawat di makam wali ini. Makam-makam wali ini seakan tidak pernah sunyi dan hidup sepanjang 24 jam dengan pengujung.

Mujurnya, setiap kali menziarah - penjaga pintu setiasa membuka pintu untuk berada di pusaranya. Apa yang menghairankan seakan semua penjangan pintu begitu mengenali diri saya ketika orang lain terpaksa memujuk dan cuba merasuah kepada penjaga pintu, tetapi tidak boleh masuk ke dalammnya.

Begitupun, jangan ingat menzirah kuburan wali - kita di tuduh sesAt kerana memuja kuburannya. Nilai yang hebat adalah keramahnya dalam mengislamkan umat di bumi Jawa.

Kalau mengharapkan keramah kerana memuja kuburan, lebih baik ke Madinah memuja kuburan Nabi Muhamad S.a.w dan bersimpul di masjid yang dibina oleh syadina Ali a.s.

Mungkin kalau ada kesempatan pada Julai nanti, saya seakan terpanggil untuk ke Klanten untuk menziarahi makam Syeikh Siti Jenar yang manjadi panutan keilmuan saya. Kepada yang mengikuti ilmu Siti Jenar sejati, ajarannya tidak salah atau sesat.

Dari itu, saya mungkin ke Demak untuk makam Sunan Kali Jaga, Sunan Kudus dan Sheikh Hidayatullah (Gunung Jati).

Kata orang jawa, jika mahu meminta rejeki bertafakurlah di makam Sunan Kudus, adala pun agar menziarahi ke makam Putri Putih di Mataram, Madura. Apapun, rezeki hidup dan mati, jodoh malah tanah kubur itu sudah tertulis di azali. Namun, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkannya dan rezeki bukan datang melayang keribaaan kita.

Barokah atau tidak kehidupan adalah dengan cara mentajjali diri dengan kesabaran beramal ibadah dengan IKHLAS kepada Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t membuka jalan Laduni - itulah hakikat pencarian dalam beribadah dan bertahjud.

Di bumi jawa, berjuta alim ulama dengan bilangan rakyatnya yang sudah menjejah 220 juta. Rakyatnya begitu ramai kerana kehebatan 'jamu' yang menjadi minuman wajib setiap hari bagi penduduknya.

Begitu juga jika mehu mencari ilmu hitam - bilangan gurunya juga besar. Tetapi jangan tersalah pilih jalannya kerana ada yang menggunakan ayat suci boleh menjadi ilmu hitam.

Kenapa tidak. Jika tersilap membaca al-Fatihah pun boleh mengundang lapan nama iblis dan syaitan yang terdapat di dalamnya. Oleh itu, Al-Fatihah yang menjadi ayat wajib dalam solat perlu di sempurnakan dan dibaca dengan tertib mengikut tadjuidnya.

Lantaran itu, Allah s.w.t memperingatkan kebanyakan orang yang bersolat itu tempatnya di Neraka way kerana melakukan secara 'semborono', tidak ikhlas, ikut-ikutan dan tidak bertertib dalam setiap perbuatan, sedangkan ketika itu kita berhubungan jiwa, qalbu dan jasad dengan Allah s.w.t. - Satu penyerahan diri yang abadi - menyatu atau menunggal.

Bersolat dan beramal ibadah kepada Allah s.w.t jangan menghitung pahala, biarlah segala hadiah itu akan ditentukan olehNya. Rukuk dan Sujudlah seikhlas hati kerana kematian itu tidak hanya menanti orang warga wemas, tetapi orang muda juga boleh dipanggilnya pulang tanpa satu amarah awal seperti amaran Tsunami.

Orang berilmu tidak boleh saling tuduh menuduh - apa lagi jika kita mempertahankan hak kepartian. Terlalu bodoh ajaran ISlam di gaul dengan politik seolah tidak tahu yang mana strategi poltik dan yang mahu ilmu ajaran Islam.

Sebab itu kepada saya, perjuangan Pas yang kononnya atas nama Islam tidak akan kemana, malah akan menjadi seumpama kelkatu yang sesat dan mati dalam cahaya. Kenapa, - jawapan yang terlalu mudah kerana perjuangan Islam yang dilaung selama ini jauh tidak ada keikhlasan dihati sanubari sendiri.

Perjuangan Pas termasuk dalam kelompojk Asabiyyah, suka menghina orang lain, apa lagi mengkafir sesama Islam demi untuk kemenangan parti semata-mata, bukan perjuangan.

Jika perjuangan Pas begitu iklas dalam konteks Islamnya, sudah lama Islam pas bertapak menjadi penguasa kerajaan bukan mengambil waktu lebih 50 tahun berjuang, sedang islam tersebar luas dan menguasai alam selepas 13 tahun perjuangan Nabi Muhamad s.a.w.

Ini kerana Allah s.w.t tidak akan memberi jalan yang 'sukar dan payah' kepada pejuangan islam tulin yang berjuang seikhlas hati untuk menegak kerajaan Islam. Tanyalah alim ulama tidak parti dan ikhlas memberi pandangan dari hati suci bersihnya. jangan bersentimen dalam hal Islam dalam pelbagai perkara soal politik.

Apa lagi jika terlalu memandang rendah pandangan ilmuan Islam lain kerana tidak menyokong perjuangan politik kita. Jika tidak percaya - jadikan amalan tahjud dan berdoa untuk mendapat petunjuk - benar atau tidak pandangan dari firasat saya ini. Muga kita terus mendapat reda Allah s.w.t ke arah kebaikan, bukan mendoakan orang lain jahanam, ketika Allah begitu memaaf kepada umat Muhamad Rasulullah yang membuat Iblis menduhaka sedurhakanya.

Apakah pemimpin-pemimpin Pas duah mengambil tempat Allah s.w.t hingga sanggup mengkelas orang lain kafir, sesat atau jahil. Tidak cukup dengan hanya berilmu jika tidak mempratik secara amali.

Ulama besar dulu, berilmu dan kuat beramal ibadah sebab itu mereka dianugerah keramat wali seperti Tuan Tabal, Sehkh Ali Pulau Pisang, Haji Ismail Kubang Kiat dan ramai lagi di luar Kelantan. Mereka ini di buka tabir ghaib alam rahsia berkal amalannya, bukan banyak ilmunya.

Sebab itu, orang yang dapat PhD dalam iolmu Islam pun tidak dibuka tirai alam ghaib untuk mendapat tambahan ilmu Laduni kerana hidup mereka cuma mahu mencari Ilmu, bukan beramal seTauhidnya dari ilmu-ilmunya.

Berapa ramai penulis buku kehebatan dan ketinggian amalan 'Asma Al-Husna' atau nama Allah s.w.t mengamlakan kelebihan itu hingga terbuka tabir ilmu hakiki dan kerahsiannya. Apakah hebat kerana menulis, tetapi bukan mengamalnya.

Nik Aziz yang tahu tingginya martabat - Ya Syukur Ya Salam' yang dijanjikan untuk melawan segala penyakit dan menyembuhkannya tidak galak mewiridkannya. Jika tidak percaya, baca sebagai wirid ketika selsema atau batuk, pakah ia akan berhenti cepat atau tidak. ini yang disifatkan amalan, bukan nama berilmu sahaja.

maaf, saya bukan belajar pondok atau sekolah Arab, cuma mencari keterbukaan Ilmu Allah sekadar untuk tahu dan merasai sendiri kelebihannya. Tidak ada pun umat Islam yang jahil jika beramal secara khusus dengan sepotong ayat. Allah akan tetap memberi hidayat, tanpa perlu kitab yang bersusun sekadar baca untuk berdebat.

Sunday, March 7, 2010

KELANTAN dan PKR SEDANG SAKIT

Walaupun masih di Surabaya, pada kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk menghulur pandangan tentang kelantan yang sedang sakit, begitu juga dengan PKR.

Ases internet di Surabaya juga begitu baik untuk melihat apa yang berlaku di Kelantan dan PKR adalah wajah-wajah kelam yang bakal menanti rebah.

Di Kelantan, KDYMM Tuanku Sultan Ismail Putra sudah kembali ke bumi karamat sendir selepas menerima rawatan insantif di Singapura. Jika diperhatikan, wajah ceria Al-Sultan mula menampakkan kesihatan baginda mula pulih, biarpun tidak seumpama sihtnya dulu.

Yang penting, Tuanku ada di kelantan untuk melihat secara dekat gerakan untuk menjatuhkan baginda dari takhta, kononnya meninggalkan negeri lebih tiga bulan , selain berpandukan 'medical bord' yang dikatakan palsu.

Begitu pun, seumpama firtasat saya sebelum ini bahawa Meneteri Besar kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat, tidak akan berada di lapangan terbang untuk turut menyambut Al-Sultan menjadi kenyataan.

Nik Aziz di serang sakit dada sehari seblm Tuanku tiba di Kota Bharu. Sakit dada dan sakit perut memang menjadi kesakitan biasa bagi Nik Aziz.

Cuma, mungkin kali ini benar-benar sakit atau 'bohong sunat' untuk lari dari menghadap Tuanku - 'bimbang' nanti di maki hamun oleh Tuanku di depan ramai.

Bakal Menteri besar , Dato' Husam Musa pula yang diberi peranan menghadap Tuanku, bukan Timbalan Menteri Besar.

Jika digambarkan soal sakit dada Nik Aziz mungkin ada kaitan dengan kes melepaskan pelumba basikal Le'Tour de Langkawi. Mungkin dada Nik Aziz sakit kerana tidak dapat menjadi pelepas perlumbaan, yang kebetulan dilakukan oleh Dato' Awang Adek.

Nik Aziz cukup marah dimalukan, sedangkan dalam jadual - Nik Aziz adalah pelepas perlumbaan. Tiba-tiba 'toekeh' Wang Ehsan pula yang melepaskan para peserta.

Tapi, tidak mungkin kerana hal kecil itu membuat Nik Aziz sakit dada.Mungkin, Nik Aziz begitu tertekan dengan gelagat Ahli Perliman PKR yang lepas seorang- seorang keluar dari parti pakatan yang dipertahankannya.

Nik Aziz malu dengan kejadian itu, kononnya dalam perjuangan suci mereka pun masih ada orang lari, termasuk pejuang Islam - Zulkifli Nordin yang dipecat.

Anwar yang bercakap besar kononnya kerajaan BN akan jatuh pada 16 september 2009, akhirnya terpaksa menelan 'ludah' sendiri apabila keinginannya tidak direstui oleh Allah s.w.t kerana dosa liwatnya.

Anwar sudah disediakan duit yang cukup oleh Yahudi untuk mmebeli Ahli Perlimen BN hingga terpaksa pergi memburu wakil rakyat BN hingga ke Hong Kong bersama Saiful.

Kini, dalam mengelabah dan menunggu maut, Anwar menuduh pula BN yang membeli wakil rakyat mereka. Ini manusia penipu besar dan tidak boleh dipercayai dalam kumus politik Malaysia.

Jika kita jahat, kita akan sentiasa menuduh orang lain jahat. Kejahatan kita kita simpan di sebalik jubah, kopiah dan lagu-lagu al-Quran dan atas nama persahabatan dengan ulama dunia yang tersohor.

Anwar ibrahim cuma 'warak'nya di mulat dong, kata sahabat yang juga ahli Wakil Rakyat Indonesia. Katanya, Anwar dana kuncu-kuncunya yang membayat para perusuh untuk melaung - 'Sapu Malaysia' tempoh hari.

Di sini, perusuhnya boleh dibayar oleh sesiapa saja bersama jodulnya. Asalkan, lepas makan dan dapat lepas perasaan dong.

Bulan lalu, saya menulis bahawa akan berlaku peristiwa besar dalam parti pakatan rakyat. Hari ini, firasat saya itu semakin menjadi kenyataan dan bakal lebih ramai ahli perlimen PKR, termasuk PAS akan buat kejutan lagi.

Pandang ke Perak dan Selangor, akan berlaku lagi perkara pelik, Jangan terkujut jika ada PAS bersama Umno-Bn dalam sedikit waktu lagi.

Segala yang berlaku ini adalah satu ketuntuan Allah s.w.t untuk dijadikan satu sempadan pemikiran agar umat melayu Islam lebih bersih dalam membuat keputusan.

Pas tidak salah, tetapi kini sudah jelas diperkudakan oleh DAP yang menjadi pemain utama dalam pakatan. DAP menghalang Pas bercakap soal Islam, kononnya akan kalah besar dalam pilihanraya ke-13.

Sebenarnya, PAS kini berada dalam angan-angan mat jenin dan dibuai oleh tipu muslihat DAP, agar Pas akan kelah teruk dalam pilihanraya ke-13 nanti jika tidak bercakap soal HUDUD dan NEGARA ISLAM.

Jika Pas yang kini menguasai 23 kerusi di Perlimen, berbanding 32 waktu 1999 dulu, mudah bagi DAP berkuasa dan Perdana Menteri Cina pertama akan berkuasa di Malaysia nanti.

DAP bijak mencatur mainan politik kerana ini adalah peluang terbaik untuk mengabui dan menipu pemimpin PAs secara tidak nampak.

Dlam perlembagaan Negara, bukan macam Perlembagaan Tubuh Negrei Perak bahawa Menteri Besar itu wajib yang beragama Islam. Jika ada dari DAP yang Islam, sudah tentu Pas tidak merasa menjadi Menteri Besar Perak.

Ketika menjadi Menteri Besar Perak pun, Pas cuma menjadi Pak turut DAP saja. Inilah realiti politik Malaysia.

PKR akan hancur dan selepas ini pula Anwar akan berkuasa di Pejara sekali lagi. Itu sebenar takdir, bukan konspirasi. Beristiqarahlah jika mahu jawapan terkini dan hakiki.

Wednesday, March 3, 2010

MUNGKIN HURU HARA DI KELANTAN

Esok (khamis), di beritakan KDYMM Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Putra, akan memijak semula bumi Kelantan yang penuh keramah pada jam 12.30 tengah hari dengan pesawat khas.

Keberangkatan pulang itu, selepas menjalani rawatan rapi di Hospital tersohor di Singapura lebih 10 bulan. Kini, kesihatan Al-Sultan Kelantan sudah mula pulih dan boleh bertutur seperti biasa biarpun tidak selancar sebelumnya.

Namun, ketibaan Al-Sultan yang sebelum ini kalut ribut dengan perancangan sulit kerajaan Kelantan untuk menyingkir Al-Sultan dari tahktanya dengan alasan lebih 3 bulan meninggalkan bumi Kelantan.

Biarpun, mengikut percaturan undang-undang boleh dilakukan, tetapi bukan dengan alasan 'kesakitan'. Alasan itu hanya boleh diguna pakai jika Al-Sultan meninggalkan takhta tanpa sebab atau `gila', bukan kerana gering yang masih boleh dirawat.

Soal rawatan di dalam atau di luar negara, ia adalah hakikat kepada ilmu perubatan moden dalam dunia serba moden hari ini. Segala boleh diuruskan dengan kecapaian teknologi cangih.

Namun yang masih menjadi persoalan, apakkah kelibat Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat, akan turut menyambut ketibaan Al-Sultan di Lapangan Terbang Tuanku Ismail Putra esok (hari ini).

Sebelum ini, Nik Aziz sudah 'sembah durhaka' kerana tidak mematuhi titah Al-Sultan untuk menghadap sebagai memanda menteri kerajaan Kelantan sewaktu berada di Hospital Singapura.

Biarpun, dalam keadaan belum pulih sepenuhnya, kuasa Sultan di Kelantan begitu besar dalam mencatur semula kedudukan Menteri Besar kelantan.

Kuasa Sultan masih kuat, sekali pun sebelum ini rakyat penah ditipu oleh pemain politik kotor bahawa Tun Mahathir Muhammd sudah membuat kuasa Raja-Raja Melayu menerusi pindaan Perlembagaan.

Istana Kelantan bukan saja begolak di dalam, tetapi turut bergolak di luar lingkaran istana yang mecakupi kedudukan kerajaan Nik Aziz, khususnya jawatan Menteri Besar itu sendiri.

Pergolakan dalam lingkaran istana membabitkan soal perkahwinan kedua Al-Sultan dengan bekas polis pengawal istana - Toh Puan Elia Suhana.

Gelojak itu hanya hukum alam dunia apabila wanita yang bergelar isteri seringnya menolak 'hukum Allah' yang memboleh dan menghalalkan lelaki kahwin lebih dari satu jika berkemampuan di segi zahir dan batin, serta mengikut peraturan hukum - iaitu bukan kerana nafsu semata-mata.

Begitupun, keberanian Al-Sultan menyahut seruan Allah dalam soal berpoligami, membuktikan segala tohmahan bahawa Al-Sultan Kelantan selama ini terlalu mengikut telunjuk Raja Perempuan adalah tidak benar.

Al-Sultan Kelantan adalah raja rakyat yang berani dan taat kepada hukum hakam Allah s.w.t dari melakukan perkara-perkara keji ajaran Islam. Al-Sultan adalah contoh yang harus diikuti oleh rakyat Kelantan demi hukum, bukan menjadi liar di sebelah sempadan Kelantan atau melemias nafsu dalam gelap.

Apa pun, natijah politik di Kelantan akan semakin bercelaru. Masih beranikah Nik Aziz untuk menghadap Al-Sultan atau akan ada salam terakhir agar Nik Aziz berundur dan memberi laluan kepada Dato' Husam Musa menjadi memanda baru di Kelantan.

Lagi pun, Nik Aziz bukan pemimpin yang begitu teliti dalam membuat keputusan. Nik Aziz banyak dikelirukan dan menjadi `orang suruhan' kepada juak-juak di sekeling dalam setiap kenyataan yang berupa dasar kerajaan.

Adakah, seorang menteri besar boleh mengarahkan Sultan yang gering di pindah pulang ke HUSM, ketika rawatan insentif masih dijalankan di Singapura.

Apakah patut, seorang Menteri Besar boleh mengatakan kerajaan negeri tidak mampu membayat bil perubatan yang tinggi untuk merawat seorang ketua agama dan ketua Negeri.

Jika untuk 'kesalahan' sebuah perjanjian dalam kes pembinaan Bazar Tok Guru - kerajaan negeri sedia membayar lebih RM 25 juta bagi menututup aib yang dibuat oleh al-menantuyanya sendiri.

Dalam kes rawatan seorang 'Raja' pemerintah negeri yang sepanjang hidupnya baru kali ini mendapat kesakitan serius, boleh dikatakan duit tidak ada untuk membayar kos rawatan.

Pelbagai alasan diberikan termasuk menubuh JK 'medical report'yang sebenarnya bercanggah dari kebenaran hakiki. Inilah kelemahan Nik Aziz yang tidak 'bijak' menyelidik dalam sesuatu perkara besar,

Cukuplah dengan tandatangan perjanjian Air Kelantan dan Syarikat British dulu, kononnya selepas dijamu nasi beriani, 'orang suruh ttangan'. Sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab, setiap perjanjian dalam apa kerkara pun, baik kecil mahupun besar agendanya, perlu kita sendiri membaca dan memahami isi perjanjian. Bukan main pakai 'sain' selepas diberitahu oleh pegawai.

Kalau macam inilah gaya menteri besar, alamaknya Kelantan akan lingkup. Oleh itu, layaknya Nik Aziz berundur dan biar budak cerdik seperti Husam yang mengendalikan negeri.