Saturday, January 16, 2010

RAHSIA TERBONGKAR: JANGAN TUNDING HUSAM


Kerajaan Pas kecoh lagi. Kali ini persoalannya kenapa rahsia mesyuarat Exco kerajaan negeri Rabu lalu boleh bocor, terutama soal kerajaan negeri terpaksa cari duit untuk membayar lebih RM 25 juta kepada pemaju Bazar Tok Guru, Sensa Timur.


Secara kesimpulan mudah, kebocoran rahsia kerajaan itu pasti tertunding kepada Husam, exco kanan yang menjaga soal kewangan kerana dari dulu lagi Husam tidak boleh terima terma perjanjian yang dibuat oleh CEO PMBK, Arifahmi yang juga menantu Tok Guru Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat.


Apa lagi, pendedahan rahsia itu dibuat oleh Kickdefella yang dikatakan orang paling kanan dan perancang khas media kepada Husam. Jadi kesimpulan mudah, rahsia ini pasti dibocor oleh Husam.


Husam yang berwatak 'hero' kerana mencutus isu royaliti minyak milik Kelantan, tetapi kini terpaksa memikirkan untuk mencari dan 'mencuri' duit dari dana mana untuk membayar pampasan besar lebih RM 25 juta, bukan RM 50 juta atau betulkah RM 50 juta jika dicampur dengan kes pampasan pembinaaan Bazar Tengku Anis milik MPKB yang juga dibina oleh Sensa Timur.


Sensa Timur adalah kontraktor dan pemaju yang duduk di ketiak kanan keluarga Nik Aziz pasti akan menyambut gembira keputusan kerajaan Pas Kelantan untuk membayar pampasan sejumlah besar itu. Inilah dikatan duit durian runtuh yang boleh dibahagi-bahagi atau buat belanja pergi haji nanti.


Memang Husam menentang CEO PMBK, menantu Nik Aziz. Tetapi, tidak mungkin Husam mendedahkan rahsia terbaru kepincangan pengurusan dan pentadbiran kerajaannya. Husam adalah 'orang' kesayangan Tok guru dan manusia paling pintar di Kelantan.


Apa pun kekecewaan Takiyuddin Hasaan memang patut, tetapi Taki juga tidka menuduh sahabat akrabnya Husam untuk membociorkan rahsia peripenting dalam kes yang memalukan kerajaan kepimpinan Tok Guru yang keramat itu.


Jadi, siapa yang terbabit. Adakah 'orang' Umno yang ada dalam mesyuarat Exco. Kebiasaannya, jika keraja untuk memalukan Pas, pastinya ditunding jari kepada Umno. Apa lagi, Kickdeffela itu juga pernah dicop sebagai bekas ativis Umno di Kuala Lumpur dulu.


Apa pun, Pas tidak perlu membayar wang sejumlah itu kepada Sensa Timur. Kerajaan Pas cuma sekadar memberi subsidi kepada pembeli yang dijanjikan dari Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.


Jika Harga yang dulu dijanjikan cuma RM 50,000 dan harga semasa yang ditetapkan oleh Sensa Timur RM90,000, bakinyanya nanti dibayar secara subsidi oleh kerajaan negeri. pastinya, nilai tidak sampai RM23 juta.


Dalam kes PMBK yang terpaksa menanggung 'bangkai biawak' ciptaan anak muda paling hebat, Arifahmi yang sudah menjadi jutawan baru di Kelantan ini, Husam perlu tampil menyelesaikan dengan bijaksana. Husam adalah pakar ekonomi Kelantan dan selangkah lagi untuk menjadi menteri besar.


Dalam kes Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis, bukan Husam seorang yang menentang kealfan yang begitu bodoh ini, tetapi sebahagian besar exco turut menarik muka masam dan menentang dalam diam. Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad pun marah kerana akhirnya terpaksa diberi tugas menjadi 'orang tengah'.


Akhirnya, di mana doa seorang Tok guru keramat. Semuga orang membocorkan rahsia penting kerajaan Pas kelantan akan pecah perut dan hancur kerjaya politiknya. Siapa pula antara bloger yang peliang berani mendedahkan rahsia kerajaan negeri dan menuduh keluarga Tok guru yang paling hebat di dunia ini akan pecah perut hingga ke liang lahat. Apakah Kickdefella yang dulu akan menerima bahana ini kerana terlalu berani mendedah kebenaran untuk rakyat Kelantan.


Soalnya, mana lebih hebat doa atau kapak melayang. Ketika orang lain menjadi pembela rakyat, yang pasti kaya raya adalah orang yang mempunyai hubungan rapat dengan Sensa Timur. Siapa mereka perlu diadili oleh rakyat Kelantan pada Pilihanraya ke-13 nanti.


Yang pasti, segala sampah sarat yang ditimbun di bawah permaidani indah sudah mula tidka


No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata