Saturday, January 23, 2010

PAS KELANTAN : JUAL HARTA BOLEH, ASAL...

Gejala kerajaan pimpinan Pas Kelantan menjual harta milik rakyat bukan satu fenomena baru. Tetapi, ia bukan satu perkara dosa besar, asalkan bertujuan baik yang kemudiannya boleh memberi faedah kepada kegiatan sisio-ekonomi rakyat dan hasil keuntungan lebih besar kepada kerajaan negeri.

Sebenarnya, ada dua syarat yang dibolehkan kerajaan menjual, memajak atau menukar ganti harta atau tanah milik kerajaan kepada swasta untuk tujuan pembangunan. Ini adalah hasil dari pengalaman ketika berada dalam kerajaan lebih 10 tahun.

Setengah perjanjian itu disebut - 'in-win stuation' yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak dan tidak ada 'orang ketiga' mendapat habuan.

Pada umumnya, tanah di kawasan strategik lebih mahal. Pamaju yang diberi peluang untuk memaju tanah itu diberi dua syarat, sama ada mengganti dengan tanah baru yang mempunyai nilai hampir sama atau lebih luas atau memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri mengikut nilai tanah baik secara bayaran dengan jumlan 70 peratus nilai duit dan sebahgian lagi nilai bangunan yang diperuntukkan.

Begitupun, kemelut yang terjadi di Kelantan mungkin jauh berbeda. Ada dikalangan tertentu yang menjadi 'broker' mengambil data tanah dan harta kerajaan dan diserah kepada pemaju atau kontraktor untukd ibuat proposal dan mereka ini akan mengguanakn pengaruh politik untuk mendapat kelulusan.

Broker ini bukan calang orang, tetapi umumnya membabitkan tokoh-tokoh tertentu termasuk wakil rakyat dan orang-orang keliling yang dilihat cukup akrab baik dengan Nik Aziz, Exco tertentu, Isteri Nik Aziz dan kaum kerabat terdekatnya yang begitu dipercayai tingkal laku, kononnya 'pijak semut tidak mati' dan warak.

Ada seorang ahli perniagaan yang dikenal brokar maut yang mempunyai hubungan darah dengan isteri Nik Aziz, turut mendapat kawasan balak yang berterusan. beliau bukan pengusaha balak, tetapi broker balak. hubungan kedua ini bukan 'bau bacang' tetapi jenis tidak terbatal air sembahyang.

Jika Ketua bahagian Kota Bharu, Dato' Fatmi Salleh, mendedahkan banyak tanah dan harta kerajaan di jual, ia bukan cerita fitnah. Rumah rehat Menteri Besar dan kakitangan kanan kerajaan Ngeri kelantan di Jalan Conlay bukan satu nilai yang kecil. Harga hartanah dikawasan itu mencecah puluhan juta bagi sebidang tanah satu hektar, bukan juta. Kawasan itu kini dibangun dengan kondo mewah yang nilainya RM jutaan bagi stiap unit.

Hari ini, mungkin rumah rehat Menteri Besar dan pegawai kanan yang dijual, tetapi esok lusa mungkin tanah yang menempatkan istana Kelantan di kawasan yang sama akan dijual.

Sebagai sebuah kerajan yang hebat, yang menteri kewangannya dipimpin oleh tokoh paling cerdik (kata Nik Aziz), sepatutnya dari hail kerajaan negeri menerusi agensi kerajaan negeri boleh membeli lebih banyak hartanah di Kuala Lumpur, untuk dimaju bangunkan. ia sudah pasti akan memberi pulang lebih besar.

Jika Hotel Perdana dan Perdana Resort dijual kerana dikatakan mengalami kerugian berniaga hotel di Kota Bharu, soalnya kenapa duit itu tidak digunakan untuk membeli atau membina hotel di Kuala Kuala Lumpur yang menjadi pusat tumpuan pelancong.Inilah baru dikatan hebat perancangan untuk berniaga.

PNB yang beli Hotel Perdana, sebenar satu kerja buang masa. PNB jika benar mahu berniaga hotel boleh belai tanah di bandar Kota Bhatu dan bina hotel yang lebih besar dan indah lagi dengan kos yang sedemikan. Ini tidak, beli Hotel Perdana dan kemudian diubah suai sebegitu rupa, sampai hilang 'sejarah Mat Sabu di Hotel Perdana'.

Kalau dilihat sepintas lalu, ini satu kerja bodoh dan amat merugikan kepada PNB. Hotel Perdana yang suatu waktu pembinaannya adalah yang terbaik, tetapi PKINK yang mengurus hotel itu mengalami kerugian. Hotel lain yang ada dan setanding dengan Hotel Perdana yang muncul kemuedian, tidak ada yang dibebani hutang dan beroperasi seperti biasa.

Jika bernaiga Hotel di Kelantan rugi seperti ditanggung oleh Hoterl Perdana dan Perdana Resort, kenapa pula tiba-tiba TUNE Hotel akan dibina di Kelantan. Malah ramai pula kebelakangan ini bercita-cita untuk membina hotel bertaraf lima bintang di Kelantan.

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri mengambil insentif memajukan sektor perhotelan di tepi pantai pelancongan sebagai menghargai keindahan pesisir pantai anugerah Allah s.w.t. Jika diukur lihat, jauh pantai di persisiran perairan pantai Kelantan lebih cantik dan indah mata memandang dengan airnya kebiruan.

Tetapi, kerajaan tidak begitu memberi penekanan kepada sektor pelancogan di pesisir pantai. Pantai dari Persisiran Melawi ke Tok bali begitu berpontesi tinggi untuk dimajukan. Yang panting kerajaan negeri cuma menambahbaikan disegi infrastruktur dengan membina jalan empat hala bagi memendekkan waktu perjalanan dari bandar Kota Bharu.

Bachok sebenar cukup berpontesi untuk dimajukan dalam industri pelancongan, tetapi pemikiran pemimpin kerajaan Kelantan lebih beria-ia untuk mengaut keuntungan peribadi dengan menjual harta kerajaan sahaja. Inikah yang dikatakan kerajaan cekap dan berwibawa.

Apakah Pas takut untuk memaju sekator pelancongan kerana hukum haram. Jika bina hotel nanti orang buat maksiat. Dalam Pas sendiri masih ramai yang macam Mat Sabu, bawa bini orang masuk kebilik hotel sendiri. Yang dok buat maksiat keat Golok pun ramai ahli Pas dan mengundi Pas, malah ada yang mati di Golok pun ada.

Bila ceramah, orang ini yang dok bertepik melolong dengan melaung 'Allah Hu Akbar'. kenapa jadi begitu, kerana kita bermain politik atas nama Islam. Sebab itu, ada dikalangan pemimpin Pas, bapa dok ceramah untuk memperkasa syiar Islam, sampai anak di rumah dok hisap dadah dan mengedar dadah. Anak kat rumah dok Merempit dengan motosikal curi hingga menggangu kententeraman orang lain. Apakah ini pun nak salahkan Umno.

Jadi jangan dok ingat buat Hotel saja boleh jadi tempat maksiat. Hari kalu nak buat maksiat boleh dimana-mana termasuk dalam masjid. Esok, bila siap Bazar Tok Guru tidak dinafi akan juga jadi tempat maksiat. Maksiat zahir dan maksiat batin.

Hari ini pun, Bazar Tok Guru belum siap pun sudah ada maksiat. Maksiat kerana menerima rasuah dari perjanjian yang akhirnya keranaan negeri terpaksa menanggung kerugian untuk membayar lebih RM23 juta dan mungkin lebih hingga RM50 juta kepada pemajunya. JANGAN INGAT TAK ADA RASUAH BERLAKU....kita orang menagaku lebih berilmu ajaran islam, dosanya akan menjadi berganda-ganda.

Atas dunia kita boleh bersumpah bebas rasuah dan mengutuk orang lain rasuah malah mengajak orang membenteras rasuah, tetapi di Masyhar esok 'orang akan berkata, menantang ni pun rasuah juga, dulu ajar kita jangan makan rasuah'.

Pontensi untuk menjadi Kelantan lebih maju cukup jelas, jika pemimpin negeri memiliki perancangan khusus. Infarastruktur, terutama melebar luas jalan utama dari dua line kepada empat line sepatutnya sudah lama diberi perhatian, tetapi dialpakan tanpa di bawa kepada kerajaan pusat untuk mendapat peruntukan dengan 'proposal yang lojik'.

Sebagai negeri kerajaan pembangkang, macam nana kerajaan pusat untuk terus membantu dengan lebih berkesan jika setiap hari kita hidup dengan meaki hamun mereka. Jangan ingat, anak tiri diabaikan, jika mereka berperangai baik. Anak sendiri pun kalau menunjukkan sikap biadap kepada kedua ibubapa, sudah pasti harta pusaka puna tidak diberikan, ini pula duit ringgit.

Dalam hal, penjualan hartanah kerajaan negeri termasuk Base Camp JKR di Lebuh raya Timur Barat, Tanah Lembah Sireh, Tanah Bengkel MPKB di sebelah Masjid Telipot, Tanah Padang Bas (Pakson) dan banyak lagi tanah hutan balak yang sudah dijual, siapa yang sebenarnya mendapat untung besar dan menjadi 'jutawan segera'.

Kenapa Nik Aziz tidak siasat dikalangan Adun Pas sendiri yang dulu tarap kehidupannya lemah longlai, kini bangkit seakan kera dapat bunga. Apakah wang itu hala dan tidak diketegori rasuah. Gelongan ini sama dengan makan duit haram yang mendapat habuan dari kontraktor atau pemaju tanpa menitis peluh.

Dari pengamatan ini, jika pemimpin Pas bercakap berdegar-degar mengatakan orang lain korap, makan duit haram, jual harta kerjaaan dengan tafsiran ayat Quran berbuih mulut, sebenarnya mereka ini jauh lebih jahat dari orang lain. Mereka ini, tahu agama tetapi beergelomang dengan dosa haram.

Di Kelantan, setiap kali dekat dengan pilihanraya umum, ramai pemimpin Pas berlumba menambah kekayaan. Hutang balak di beri kelulusan bertambah tiga emapt kali ganda. Semua itu berlaku kerana bimbang kerajaan negeri akan jatuh dan inilah waktunya kita mahu meraih kekayaan yang ada tanpa memikir wang haram atau halal.

Kawasan balak yang diluluskan akan dijual kepada toukeh balak. Toukeh balak ini bukan sahaja terpaksa mengeluar wang untuk diberi kepada pemilik kawasan, tetapi diarah untuk menyumbang kepada tabung Pas kononnya mahu menang pilihanraya. sebab itu, kita tidak ghalap jika Pas pun rasuah pengundi untuk menang, kemudian tuduh Umno rasuah pengundi.

Sebab itu orang kata, jangan pandai bercakap jika kita pun berlumpuran tahi yang busuk. Bahana sudah mula melanda Pas, samapi kalimah Allah pun boleh dikongis dengan panganut agama lain yang terang-terang berdakwah bahawa Allah itu beranak dan diperanakkkan dan Nabi Isa a.s itu Anak Tuhan (Allah), sedang kita mengakui bahawa Nabi Isa a.s itu bukan anak Allah dan matinya bukan disalib, tetapi diangkat ke Langit seperti diterangkan dalam Al-Quran.

Cuba baca dan kaji pentfsiranya sampai habis, jangan hanya pandai mendengar orang baca Quran kemudian kita terima bulat-bulat terjemahan yang diberikan. Baca dan lihat terjemahannya, cari buku tafsirnya. Amlan setiap hari, dari sehari ke sehari dari selember benang akhirnya boleh jadi kain.

Jadi kita tidak mudah ditipu oleh orang yang berkepentingan menjual ayat-ayat Allah s.w.t yang lebih untuk mencari kepentingan peribadi diri mereka sendiri. Jika kita semua dapat buat, selain dimurah rezeki dan pahala ganjaran mengikut pertimbangan Allah s.w.t, kita boleh tahu baik buruk orang yang cuba menipu kita.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata