KESIHAN RAKYAT HAITI...
Mungkin rakyat Malaysia tidak begitu mengenali kehidupan rakyat Haiti. Tetapi, hari ini rakyat negara itu menderita akibat gegaran gempa bumi yang membuatkan lebih 100,000 terbunuh. Ia satu perkara yang amat mengharukan dan di luar jangakan hukum manusia.
Jika di Acheh, gelombang laut Tsunami yang meragut nyawa lebih 250,000 rakyatnya yang kebanyakannya beragama Islam dari keturunan terawal memeluk Islam di Nusantara, tetapi Haiti mungkin bilangan Islamnya teramat kecil berbanding dengan beragama krisitian atau agama lain.
Namun, sebagai insan yang berihsan, kita tetap dituntut untuk menghulur bantuan ihsan atas sifat kemanusiaan biarpun mereka tidak seagama. hakikatnya, manusia itu tetap lahir dari keturunan Adam a.s.
Hulurlah bantuan yang sepatutnya kerana ia adalah sebahagian dari sedekah atau zakat yang diterima oleh golongan susah, biarpun berlainan agama. Allah .s.wt tetap akan melimpah ganjaran pahala dan jangan ingat ia hanya untuk membantu umat Islam sahaja baru dapat pahalanya.
Mereka perlu hidup dan memulakan kehidupan lebih baik untuk hidup. Jika kerana berlainan agama tidak boleh membantu, itu adalah salah dari ilmu ajaran islam. Kesakitan dan kesusuhan mereka serta kepayahan hidup mereka adalah kesakitan kita juga, sekalipun mereka jauh di hujung benua.
Jika kita berfikir kerana mereka bukan Islam dan bukan seagama, itu amat salah. Islam tidak ada sempadan agama ketika kesusahan dan menjadi tanggugjawab kita yang sihat dan berada untuk turut membantu. Jika kerana agama, tidak mungkin Allah s.w.t turut menghidupkan mereka.
Inilah waktunya umat Islam menunjukkan kemuliaan beragama. Ajaran agama islam adalah yang terakhir dan yang terbaik diserahkan kepada penganut yang terbaik, penuh keimanan dan kesabaran serta kemakmuran hidup. Daripada membazir di pusat karoke, lebih baik membantu rakyat haiti, biarpun bernilai RM0.10 asalkan dengan penuh keikhlasan.
Begitupun, gempa bumi yang meranap Haiti yang meragut lebih 100,000 nyawa manusia dan haiwan, ia adalah satu perkara untuk direnugi oleh orang-orang yang berilmu dan beragama terutama umat Islam.
Apakah gempa itu adalah satu hukum karma, seperti yang berlaku di Acheh dan tempat lain. Apakah masih wujud lagi kaum Lut dan kaum Nuh di atas muka bumi ini hingga bencana itu tidak mampu lagi di kawal oleh hukum ketentuan Allah s.w.t. Inilah yang dikatakan ilmu untuk kita kaji dan gali setiap perihalnya.
Ketika bumi atau atmosfera makin panas hingga mencair gunung-gunung salji di ketub utara dan selatan, Allah s.w.t meletuskan banyak gunung berapi kerana lava yang keluar boleh menyejukakn langit. Allah s.w.t menjadikan gehana matahari dan bulan juga untuk menyejukkan bumi.
Ini kerana Allah s.w.t masih akur bahawa rakyat dan umatnya di bumi masih utuh dengan amalan dari kitab yang diturunkan untuk dijadikan panduan hidup. Masih ramai manusia yang bersujud syukur ke atas kebesarannya biarpun berlainan ajaran kitab. Apa lagi, masih ramai umat Islam yang setia bersujud dalam solatnya dan tetap bercita-cita untuk melaksanakan Rukun Islam ke lima, biarpun rukun Haji atau Umrah.
Inilah nilai hidup berilmu. Amalan dari solat, sikar dan wirid itulah yang masih menguatkan kesetabilan bumi dan cakrawala ciptaan Allah s.w.t. Jika manusia sudah melupakan agama dan ajaran dari Kitabnya, tunggunlah matahari akan keluar dari Barat dan semual cakrawala termasuk bumi akan hancur dan 'kiamat' besar akan berlaku secara jelas.
Hakikatnya, cwerita kiamat tahun 2012 yang ditayangkan di pawagam sekarang cuma satu peringatan untuk kita berfikir, tetapi hakikat dari 'rahsia' Allah s.w.t itu tidak akan ada manusia mengetahuinya. Tetapi, cerita wayang 2012 itu membuktikan bahawa manusia lain yang bukan Islam pun boleh berfikir soal kiamat. Inilah nilai beragama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Muga kita sama menjadi pemikir yang sebenar.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata