PAS KELANTAN KECOH LAGI: SIAPA BOCOR RAHSIA
Di mana sifat 'amanah' yang diajar oleh ilmu Islam, sedangkan yang berada dalam mesyuarat Exco kerajaan Kelantan semuanya orang yang hebat mengaku Islam, tetapi macam mana berlaku kebocoran rahsia keputusan mesyurat kerajaan negeri.
Apakah, Husam Musa yang membocorkan rahsia kerana terpaksa menanggung kekeliruan dari sebuah perjanjian PMBK yang dibuat oleh CEO, Arifahmi menantu menteri besar kelantan, Dato' Nik Aziz yang dijulang sebagai tok guru keramat.
Siapa lagi kalau tidak Husam. Barangkali inilah pertuduhan paling mudah kerana Husam yang begitu memusushi Arifahmi dan begitu akrab dengan Kickdefella yang menuklis dalam blognya tidak sampai sehari selepas mesyuarat selesai.
Namun, jangan terlalu mudah menuduh sekali pun Husam dikatakan tidak menyukai Arifahmi dan keluarga Tok guru. Husam tetap ada maruah dan memang manusia yang begitu memikul amanah.
Husam bukan jenis bangsa yang mudah untuk mendedah kepincangan Pas. Husam yang terdidik dengan 'ilmu tarikat Dasukiyah' tidak mungkin melakukan hal-hal yang boleh memalukan Tok guru.
Tetapi, dikalangan exco kelantan itu pasti masih ada yang tidak bersetuju dan juak dengan keputusan bahawa kerajaan negeri bawah PMBK terpaksa membayar duit free kepada pemaju Bazar Tok Guru, Sensa Timur lebih RM23 juta atau mungkin sampai RM 50 juta jika membabitkan kes pembinaan Bazar Tengku Anis.
Di mana kerajaan negeri hendak cakau duit sejumlah besar itu. Apa pun, Husam yang sudah pasti dipertanggungjawab untuk mengorak kat mana sekali pun duit itu asalkan Sensa Timur yang dikatakan begitu akrab dengan keluarga Tok guru, termasuk isteri Tok Guru sendiri perlu dibayar. Wang ini akan diagih-agih dengan siapa.
Sebenarnya, sudah berapa jumlah wang yang disah berikan oleh Sensa Timur kepada Arifahmi dan keluarga Tok guru, serta Tabung Pas kelantan, selain sumbangan sebuah Sekolah Agama milik keluarga Nik Aziz di Pulau Melaka.
Apa kena mengena keuntungan Sensa Timur dari pembinaan Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis dengan membina Sekolah Agama di Pulau Melaka, sedangkan pengurusan sekolah itu milik peribadi keluarga Tok guru Nik Aziz. Apakah ini, bukan rasuah sama dengan duit tawaran untuk pergi haji.
Sebenarnya, pendedahan Kickdefella yang menjadi kemarahan besar Nik Aziz dan keluarganya menerusi bloger, terbukti wujud kebenaran yang nyata. Nik Aziz menyumpah seranah para bloger dengan perkataan celaka dan bermacam cemuhan, seolah pendedahan itu berupa fitnah.
Apakah Kickdefella mendedahkan perkara palsu, yang akhirnya mesyuarat exco terpaksa memutuskan agar kerajaan negeri membayar gantirugi kepada Sensa Timur kerana silap perjanjian.
Bagaimana perjanjian dengan Sensa Timur dengan PMBK yang diCEO oleh Arifahmi itu boleh memihak kepada syarikat swasta, bukan kerajaan. Atau adakah perjanjian yang berpihak kepada Sensa Timur itu disengajakan dan Arifahmi sudah tahu akan keuntungan Sensa Timur boleh dikongsi bersama di belakang tabir.
Siapa sebenarnya di belakang Sensa Timur yang secara tiba-tiba muncul menjadi sebuah kologmrat tersohor di kelantan. Harapnya, Kickdefella terus mendedah segala kepincangan itu demi rakyat dan untuk rakyat kelantan kerana beliau lebih dekat dalam kemelut luar biasa yang menipu ajaran islam.
Ingat, Husam bukan pemberi maklumat kepada Kickdefella, tetapi masih ada tokoh-tokoh Pas lain yang juga membenci kejadian seperti itu kerana hasil keuntungan tidak boleh dibahagi-bahagi sama rata jika ada rasuah dari Sensa timur.
Apa lagi dengan Timbalan Menteri besar, Dato' Ahamad Yaacob, yang terpaksa berdepan dengan sumpah seranah para peniaga Arkid Uda dan Pasar lama MPKB Bukan Bandaraya Islam. Islam apa jika setiap kerja berlaku rasuah. Ini yang akan memalukan ajaran Islam yang begitu indah dalam segala-gala.
Gara-gara kesilapan pembinaan Bazar Tengku Anis, Sensa Timur juga dibayar dan diberi tapak tanah pasar lama MPKB serta sejumlah wang lagi.
Jika Sensa Timur boleh mendapat untung mudah, mungkin ramai lagi kontraktor atau developer yang bersedia untuk membuat perjanjian dengan kerjaaan Kelantan.
Bagaimana pun dengan urusan pembinaan Bandar Baru Tunjung, yang tanahnya belum diambil oleh kerajaan negeri. Sedangkan kerajaan kelantan begitu bermegah-megah kononnya Bandar baru Tunjung akan menjadi mercu tanda baru pembangunan kelantan nanti.
Dulu di war-war bahawa terlalu ramai pelabur termasuk dari China yang akan datang melabur di kelantan dan terut bersiap sedia memaju Bandar Baru Tunjung.
Namun, dari apa yang diketahui bahawa pemaju atau kontraktor perlu membayar harga tanah dengan begitu mahal sedangkan kerajaan negeri akan 'mengambil tanah rakyat' dengan harga begitu murah. Pemaju juga disyaratkan memberi deposit dengan jumlah besar, selain wang rasuah kepada orang tertentu.
Harapnya, Kickdefella akan terus menjadi manusia yang lebih ikhlas untuk mendedah kemungkaran dari kalangan mereka yang begitu mengaku pejuang islam tulin.
Semuga tuduhan buruk ke atas Kickdefella yang melayan kecelaruan emosi menerusi segelas arak, biarlah 'gelas arak' itu yang akan membongkar kesombongan orang berilmu agama yang hidup berpura-pura alim, tetapi penuh dusta, penyelewengan dan rasuah kehidupan.
Hidup Husam, agar Allah s.w.t merestui keinginannya menjadi Menteri Beasar kelantan dan hiup Kickdefella kerana berani mendedah segala kepincangan, biarpun diugut dengan kapak terbang.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata