PENANGUHAN GUNA KALIMAH ALLAH: MASA BERMUHASABAH
Rayuan KDN kepada Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan penggunaan kalimah ALLAH oleh Gereja Katolik menerusi Herold Weekly semalam, diterima oleh Hakim Dato' Lau Ben Lee.
Peguam Negara, Dato' Abdul Ghani Patil yang paling di benci Anwar ibrahim berjaya membawa usul umat islam agar gereja katolik tidak menggunakan kalimah Allah dalam ajaran dakwah Kristian kerana bimbang akan berlaku kekeliruan dan diguna untuk mempengaruhi umat islam yang rendah keyakinan Tauhaidnya menjadi murtad.
Cuma, kita belum dimaklum pembicaraan khusus perdana menteri, Dato' Seri najib Tun razak, sewaktu menghadap menyembah kegelisahan rakyat soal penggunaan kalimah Allah s.w.t oleh gereja katolik kepada Yang Dipertua Agong selaku ketua Agama islam di negara ini.
Kegelisahan rakyat ini bukan calang-calang dan jika tidak dikawal kemungkinan ia akan menjadi api yang terlalu cepat untuk marak dan menyerang simbahan ke mana sahaja.
Kemarahan umat islam di Indonesia hingga membakar setiap gereja sebelum ini, juga berpunca dari kerangkusan paderi pendakwah krisitian mengelirukan umat islam yang lemah kefahamannya dengan penggunaan nama Allah juga.
Jangan sampai perkara buruk itu tercetus di negara ini yang sejak merdeka begitu aman dan makmur dari pada cetusan krisis keagamaan. Jika ada satu dua kes, ia satu bahana terpencil.
Kebimbangan nanti, kerana isu penggunaaan kalimah Allah s.w.t ini oleh gereja katolik, semangat jihad dan kesiapsiagaan umat islam untuk mati syahid menjadi tidak terkawal kerana kalimah Allah ini sudah menjadi pegangan Tauhid dan zikir, wirid uamt islam secara syariah mahupun yang bertarekat.
Jika demotrasi di kota raya atas kepentingan politik tertentu mengumpul ribuan manusia, jangan samapai demotrasi soal kalimah Allah ini terjadi kerana ia akan membawa satu kesan yang lebih buruk.
Jangan biarkan perhimpunan yang membakar darah jihad berlaku di mana-mana, kerana ia di situ akan terhimpun segala guru alam pendekar, kesaktian dan mistik Islam dikalangan sufi dan para sufi yang akan mempercapatkan didihnya darah jihad nanti.
Tambahan pula kebelakangan ini, sudah terasa melayu islam diperkotak-katik secara terang-terang selepas kemelut politik pilihanraya umum ke-12 lalu. melayu islam sudah berpecah membuat, golongan dari spesis komunis moden cuba memperlekah Melayu islam dengan adanya sokongan dari orang Melayu sendiri di belakang.
Sebenarnya, komunis moden sudah menyerap dalam parti komunis tertentu yang kini berjuang atas wadah demokrasi dengan meniup api perkauman termasuk dalam isu kematian Beng Hee dan desakan agar membenarkan bapak komunis, Cheng peng boleh pulang ke Malaysia.
Komunis moden hari ini berjuang dalam bandar dengan menjadi perompak dan pengedar dadah untuk menghancurkan generasi baru, terutama dari keturunan Melayu islam. Seperti juga kata raja Putra bahawa hanya beberapa generasi sahaja lagi kerajaan beraja akan dapat di hapuskan di Malaysia dan malaysia bakal menjadi republik.
Harus diingat, Melayu menjadi Islam 100 peratus kerana raja dan sultannya yang menerima Islam dan ia sudah menjadi ketetapan. jasa keturunan Sultan dan Raja di bumi malaysia ini amat ternilai terutama yang mengekalkan umat Melayu menjadi islam atas bakanya Melayu.
Usaha menyisih dan menghina raja atau Sultan di Malaysia ini adalah menjadi satu kesilapan besar terutama kepada baka melayu islam. hanya bangsa melayu di dunia ini yang kekal menjadi bangsa beragama islam, sedang bangsa Arab pun tidak 100 peratus.
Islam yang diterima oleh Sultan dari Empayar Melayu Islam Melaka dan sultan-sulatan kerajaan kecil bahawa naungannya dengan mengtauhid kalimah ALLAH s.w.t sebagai asas kepada pemahaman ilmu Islam itu sendiri. Ketika Krisitian di bawa masuk oleh portugis dan belanda, kalimah Allah s.w.t yang menjadi benteng kepada keutuhan kepercayaan umat Melayu kepada Islam.
Krisitian yang cuba didakwah sejak dulu tidak berjaya memurtadkan umat Melayu islam kerana wujudnya cahaya kalimah Allah dalam qalbu umat Islam ketika itu hingga kini.
Kini, Gereja sudah kelemahan mereka dan mencari jalan untuk mendapat hak penggunaan kalimah Allah untuk kerja-kerja memurtadkan umat islam yang berjiwa rapuh dikalangan generasi muda dengan pelbagai umpan.
Pedari pendakwah Krisitian sudah tahu kekuatan mereka akan lebih hebat untuk mempegaruhi umat melayu islam lain menerima ajaran kristian hanya dengan menggunaakn nama ALLAH. Mereka sudah berjaya di Indoensia, kini masanya di Malaysia.
Paderi pendakwah kristian antara yang paling tekun dan begitu bijaksana yang mempengaruhi orang lain, berbanding dengan pendakwah dan ulama islam yang cuma hebat bersyarah tetapi tidak pandai mendidik. Pendakwah islam cuma hebat bercakap dan menabur fitnah, malah suka menuduh orang itu yang bersalah jika berlaku keruntuhan akhlak dalam masyarakat islam.
Sebenarnya, moral dan akhlak pendakwah islam yang sudah terlalu runtuh dan lemah. Islam bukan agama bersyarah, tetapi ajaran untuk mendidik dan bermuhasabah diri. Renunglah bersama.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata