Monday, January 25, 2010

NIK AZIZ : KERJAAN PAS CERDIK

Jika diikut hukum, orang yang terlebih cerdik sebenarnya bodoh. Begitu juga orang yang sering mengaku dia hebat dan terlebih cerdik, sebenarnya 'sombong' dan penuh dengan egoistik.

Kenyataan terbaru nik Aziz, menteri besar kelantan bahawa kerajaan mereka begitu cerdik kerana tidak berlaku perihal Stadium runtuh, masjid runtuh atau apa-apa yang runtuh.

Dengan bangga Nik Aziz berkata, kerajaannya tidak ada rasuah atau ' kami tidak rasuah. Baguslah, jika tidak ada rasuah. bagus juga jika kita mengaku kita kerjaan yang bijaksana dan sebgitu sempurna.

Tetapi, ingat benarkah ' kami (Pas) dan pemimpinnya tidak rasuah. Jangan sekadar bercakap kerana semua orang tahu.

Bumbung stadium dan masjid runtuh, bukan kerana rasuah., tetapi itu kecuaian kontraktor yang terlalu maraih untung besar dan tidak bertanggungjawab. Sebannnnnarnya, kontrakktor yang diberi tanggungjawab untuk tugasnya sebenar terlalu ramai - ali baba -, mahu dapat wang cepat dan hidup mewah dan bermengah dengan cepat.

Ini semua berlaku dengan kontraktor melayu yang beria-ia berlumba untuk hidup mewah. yang kaya sebenarnya kontraktor kaum lain yang terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi.

Nik Aziz jangan terlalu menuduh dan jangan ingat diri kita terlalu bersih dan kerjaaan kita pula terlalu hebat. Ingat kerajaan hebat di zaman Abasyiah pun pernah jatuh sedangkan pemimpin mereka terdidir dari ulama hebat. kenapa ...ambillah iktibar dari keegoan sendiri.

Jika pemimpin kerajaan pas hebat, tidak mungkin samapi ada saman samapai RM 600 juta, mana mungkin kerajaan terpaksa keluarkan duit untuk bayar lebih RM 23 juta kepada syarikat Sensa Timur dalam kes pembinaan Bazar Tok Guru.

Jika kita berjuang atas nama Islam, kenapa biarkan pasaraya TESCO yang dinaungi oleh tokoh perniagaan Yahudi boleh beroperasi di Kota Bharu. Bagaimanapun dengan pengambilan tanah di lembah Sireh, apakah bebas dari rasuah.

Jangan ingat tidak ada bangunan runtuh, kerajaan kita bebas rasuah dan terlalu bijak dalam pengurusan. jika terlalu hebat pengurusannya, tidak mungkin kandang kambing boleh hilang segala kandang selepas berjalan tidak samapi tiga tahun. Apakah dalam pembelian baka kambing tidak berlaku rasuah.

Sebenarnya, orang yang sukan menunding jari itu yang paling teruk hidup dengan rasuah dan segala kepincangan. Sebab itu mereka suka menuduh.

Jika kerjaan pas Kelantan itu bijaksana, tidak mungkin CEO PBMK sampai orang lain datang nasihat agar letak jawatan. Inikah yang dikatakan bijak. ini sebenarnya bukan bijak, tetapi dungu. Bukan kerjaan dungu, tetapi pemimpin dungu.

kalau kepimpinan pas kelantan itu 'jauh lebih pandai', tidak mungkin PKINK begitu kerap jual harta milik mereka. Bukan setakat hotel Perdana, Perdena Resort , tetapi sebenarnya banyak lagi. Siapa Pengerusi PKINK jika tidak menteri Besar kelantan. Inikah pemimpin bijak atau terlebih pandai.

Sudah waktunya, semua orang mengetengahkan segala rahsia kepincangan kerajaan Pas yang 'lebih pandai' ini untuk pengetahuan rakyat kelantan.

Jika kerajaan pimpinan pas Kelantan 'lebih bijak' - kenapa membazir wang rakyat untuk membina dan kemudian meroboh kononnya seni taman di tengah jalan utama di padang Bas ke Temenggung Hotel.

Dulu kawasan ini dimegahkan kononya dijadikan tempat orang sembahyang tarawih, kini kemana hilang tempat sembahang ini. Berapa kos yang di sia-sia oleh kerajaan lebih pandai ini. Bukankah kerajaan 'lebh pandai' ini terpaksa membelanjakkan lebih Rm 10 juta untuk satu kerja sia-sia.

Dulu, apabila orang membantah soal Dataran MPKB ini, kerajaan Pas yang lebih bijak ini begitu hebat mempertahankan keputusan mereka. Tetapi, jika ia begitu berguna, kenapa perlu roboh dan dibina semula jalan yang lebih baik, kononnya untuk menyelamatkan pusat perniagaan Pakson.

Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran yang diketuai oleh Nik Aziz. tetpai, kerana sikap dan sifatnya yang jenis manusia yang suikan berselindung di sebalik jubah apabila berlaku maksiat.

Jika Nik Aizz terlu bercakap songsang dari hakikat sebenar, lebih baik berhentilah. letak jawatan dan biar Husam yang dipuji lebih cekap dan amanah mentadbir negeri kelantan Darul Ulama ini.

Sememangnya, Husam pemimpin hebat. Nik Aziz yang berkcakap 'agas' soal isu Wang Ehsan pun hasil kerja pikir Husam, bukan Nik Aziz. Jika Husam yang buat kerja untuk meletupkan soal isu royalti minyak, biar Husam urus atas nama menteri besar kelantan.

Tidak ada guna kita simpan budak cerdik dan bijaksana, jika kita sendiri sudah menjadi dungu. Sebuah kerajaan itu akan menajdi hebat apabila di pimpin oleh tokoh yang cerdik. Tetpai, kenapa Husam hari ini tiba-tiba menjadi Hang Nadim yang menunggu masa untuk dibunuh.

Husam bukan jenis untuk berlawan dengan Tok Guru, tetapi jika tok Guru sudah tidak cekap dan terlalu mengikut nasihat yang tidak betul - Nik Aziz perlu berundur. Biar Husam di depan, lagipun Husam anak didi kesayangan Nik Aziz.

Dalam tuntutan islam sendiri, jika sudah ada orang yang berwibawa untuk menggantikan tempat kita yang sudah letih, uzur dan sduah tidak matang pemikirannya hingga menjadi manusia celupar dan tidak sabar, adalah wajib serahkan kepada pengganti yang berwibawa seperti Husam.

Jelas Husamn seorang pemikir dan jauh lebih cerdik dari kalangan exco yang sedia ada , termasuk Timbalan menteri besar, dato' Ahmad yaacob, yang sekadar menjadi 'patong' kepada pentadbiran kelantan.

Yang dua lagi, takiyuddin dan nik Amar jenis exco yang ambil kesempatan ketika orang tersepit saja. Semua perkara dalam kerajaan Pas dan pentadbiran parti pas kelantan di diberi daya fikir baru oleh Husam. hebatnya, Dewan Pemuda Pas kelantan hasil bimbningan dan idea Husam untuk bergerak.

Sebab itu, Husam tidak suka dengan Nik Abduh Nik Mat yang dilihat terlalu banyak berkhayal, sentimental dalam penulisan seolan-olah orang sufi, tetapi hakikatnya jauh dari jalan sufi. Inilah Husam tak suka. Husam mahu orang berani dan tegas - pahlawan cerdik, bukan pondan yang menumpang nama bapak.

Sebenarnya, dari kajian yang dibuat - rakyat kelantan sudah bersedia menerima Husam untuk mengganti Nik Aziz biarpun belai bukan mendapat pendidika islam yang khusus seperti Nik Amar. Tetpai, Husam begitu tekun belajar ajaran islam secara tidak formal dan kini begitu gigih untuk menjadi hafiz pula.

Sebagai orang tarekat, Husam memang akan mendapat 'suluhan' untuk mendalami ajaran Islam dalam bab-bab tertentu dan memperaktik amalannya secara lebih khusuk dan tertib. Selamat berjaya untuk Husam.

1 comment:

Jangan Pandang Sebelah Mata