Wednesday, January 13, 2010

RASUAH: 39,046 RAKYAT INDIA 'HILANG'

Apakah cuma 39,046 rakyat India yang datang sebagai pelancong ke negara ini yang 'hilang' selepas tempoh visa tamat. Bagaimana dengan pelancong dari negara lain, terutama dari China, Banglades, Indonesia dan Pakistan.

Sebenarnya, ada dua faktor penting yang mencetuskan 'kehilangan misteri' sebegitu ramai pelancong. Hitung betul-betul dan ia berlaku bukan kepada rakyat India sahaja, tetapi ramai warga asing lain yang berkeliaran di mana-mana di negara ini.

Dua faktor itu, pertamanya sikap tidak petriotik rakyat negara kita sendiri yang menjadi pelindung dan 'pemberi kerja' haram kepada kaum pendatang yang tidak bertauliah atau berlesen ini.

Sewajarnya, rakyat negara ini yang membuat laporan kepada pihak berkuasa, baik Imigeresen mahupun yang terdekat dengan kita adalah pihak polis, jika ada rakyat asing yang tidak berlesen tinggal dan bekerja di negara ini.

Sikap ini tidak harus dibiarkan berlaku kerana akhirnya negara akan menjadi huru hara dengan kebajiran tanpa sekatan warga asing. Mereka ini akan menjadi lebih tega untuk menjadi sampah masyarakat dengan merompak, menyamun, mencuri dan meragut jika sudah kehabisan wang atau tidak diberi pekerjaaan.

Sikap tidak memiliki rasa kecintaan kepada negara, membuat rakyat asing menganggap negara ini adalah bebas dari tindakan undang-undang. Tanpa visa kemasukan pun mereka boleh bekerja dan hidup bebas.

Kenapa permasalahan ini harus berlaku. Kenapa mereka begitu bebas dan tidak takut dengan undang-undang sedia ada. Di Mana pengawasan pihak berkuasa. Atau disegi dasar kerajaan, agensi penguatkuasaan tidak memiliki 'kesatuan kuasa' dalam menandatanganinya.

Apakah perlu ada pengawai Imigeresan baru polis atau RELA boleh bertindak menangkap pendatang asing tanpa lesen ini. Jika polis atau Rela yang menangkapnya, Imigeresen tidak boleh terima kerana mereka tidak terbabit sama.

Ini yang Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu tekankan dalam menyatukan pemikiran pegawai-pegawai penguatkuasa.

Kemudian faktor kedua yang lebih besar adalah kegiatan rasuah dikalangan penguatkuasa undang-undang. Kegiatan merasuah penguatkuasa inio memang satu lumrah atau macam 'makan nasi'.

Tetapi, alangkah murahnya 'maruah' pegawai penguatkuasa baik Imigeresen, Polis atau Rela dipanggil 'lembu' oleh pemberi rasuah. Cuba dengan mereka berkata bahawa kita 'bayar bulan' kepada 'lembu-lembu' penguatkuasa. Tiap bulan mereka datang ambil duit. Mereka bagi sama-sama mereka.

Kebiasaannya, ketua-ketua lembu akan agih-agihkan duit rasuah, agar premis hiburan dan tempat yang mengambil pekerja asing haram tanpa permit ini begitu bebas dan berkuasa sekali melanggar undang-undang.

Bukan sekadar pekerja tanpa permit ini, tetapi pengedar dadah yang ditahan pun boleh bebas asal ada 'wang'. Kes mengadai maruah ini berlaku di mana-mana oleh kalangan pengutkuasa yang ingin hidup bergaya, mewah untuk memberi keluarga makan duit haram dan berhibur.

Gara-gara rasuah yang berluluasa ini, kegiatan penyeludupan berlaku dengan begitu hebat dalam nilai yang begitu besar kerana jalan untuk membawa masuk barang terbuka luas oleh 'jalan duit'.

lagi besar jumlah penyeludupan, lagi besar nilai rasuah yang diagihkan. Bukan setakat, rasuah duit tetapi ada (plus-plus) dengan perempuan yang boleh ditiduri. Yang penting kerja menyeludup berjalan lancar.

Sebenarnya, apa akan jadi dengan penguatkuasaan di Malaysia. Sebab itu, angka rasuah yang dibuat oleh Institutsi dunia meletakkan Malaysia - negara rasuah. Rasuah itu dikaji selidek dikalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mejoritinya mengaku Islam.

Islamkah mereka ini dari hakikat ajaran islam sebenar jika sanggup mengambil duit haram kerana ingin hidup bersenang lenang, tanpa memikirkan kehancuran bakal berlaku.

Tidak dinafikan, mereka yang terbabit dengan rasuah ini yang akan dengan mudah mengadai maruah negara jika diserang musuh. Mereka ini yang akan membuka pintu kota 'Istana Malaysia' apabila dirasuah.

Hakikatnya, gejalan rasuah di negara ini sudah sampai kekemucak paling buruk. Justeru itu, penyeludupan senjata api, dadah, bunga api dan sebagainya begitu besar. Kadang-kadang, berita penangkapan kes penyeludupan ini cuma sebagai satu 'berita propaganda' untuk menyatakan inilah kerja mereka, sedangkan tangkapan itu berlaku cuma sekali dalam seribu kes penyeludupan.

Soalnya, siapa dalang yang pernah dihadap ke mahkamah hasil tangkapan penyeludupan ini. Yang ditangkapa adalah barang, bukan ketua penyeludupan. mereka hidup bebas kerana 'duit' melindungi mereka.

Berita penangkapa itu seakan sengaja di atur oleh pihak penguatkuasa dengan ketua penyeludupan, kerana selepas berita itu banyak lagi 'barang seludup' boleh dibawa masuk dengan mudah.

Apapun, pertukaran nama dari Badan Pencengah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mampu mengubah keadaan dengan ketara kes-kes rasuah. ia umpama bersalin warna, sedangkan hakikatnya tetap sama.

Oleh itu, SPRM perlu mengubah tatacara kerja dan seoran wakil SPRM perlu ada dalam sidang pemberian tender dan skuad 'perisik' atau mata-mata SPRM perlu ada di setiap agensi kerjaaan tanp[a kesedaran pihak lain.

Perisik SPRM perlu berada dalam kelompok pegawai penguatkuasa di pintu masuk. Agen-agen ini boleh dilatih dan ditarbiah atas nama kalimah Allah yang dipertahankan oleh umat islam sekarang ini dari disalahguna oleh ajaran agama lain.

barangkali tugas SPRM untuk membenteras rasuah hingga ke tahap 10 peratus dan menggagalkan penyeludupan dan melindungi pendatang asing tanpa izin akan dapat dibenteras dengan lebih berkesan. Setiap agen perisikan itu tidak boleh dibiar terlalu lama di satu-satu tempat, kerana mereka juga manusia yang tidak bebas dari rasuah.

Dunia hari ini, Duit dan perempuan jelita (yang cuma nikmatpun cuma 5-10 minit) membuat manusia bersedia menukar Syurga dengan Neraka. kebanyakan yang menerima rasuah ini adalah mereka yang 'bersolat', tetapi cuma solat mereka yang tidak mampu untuk menjadi 'tiang agama'. Solat mereka cuma solat malu dan ikut-ikutan - solat syariat, bukan solat hakiki yang semakin solat semakin takut dengan dosa-dosa kehidupan.










No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata