Saturday, January 16, 2010

NIK AZIZ HEBAT : DOSA ORANG NAMPAK

Kalau nak kata Menteri besar kelantan, Doto' Nik Aziz Nik Mat, yang digelar 'tok guru' sebagai 'takabur' pun tidak akan menjadi satu dosa lagi kerana jelas dalam menyelesaikan masalah kepimpinan di Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK) dana kepimpinan Pas Kelantan, jelas ke arah itu.

Cakap-cakap dan sumpah seranahnya kebelakangan ini membuktikan, beliau bukan manusia alim yang mencontohi sifat Rasulullah atau ulama alim sebenarnya. Sifat rakus, 'agah', dan sukan menunding jari kepada orang lain dalam setiap kesalahan sama seperti manusia tidak ada lemah imam. Jiwanya dibelenggu oleh iblis yang beliau sendiri tidak nampak.

Sebenarnya, ramai orang berilmu ajaran islam rosak imam kerana suka dipuja-puja, suka mengakui bahawa merekalah lebih alim dan lebih tahu. Apa lagi dengan kuasa yang ada, mereka boleh menutup pelbagai kesalahan dengan menunding jari kepada orang lain.

Nik Aziz patut berhenti kerana 'tahi' yang dibuat oleh anak-anak dan menantunya sudah sampai kemuka. Dulu golongan yang menganggap dirinya bersih inilah yang dok hentam Tun Mahathir, pak Lah dan kini Najib kononnya dok berio kekayaan kepada keluarga sendiri.

Hari ini, apa jadi dengan Nik Azizi yang begitu beria-ia mempertahankan menantunya, Arifahmi Abdul rahman, kononya bijak dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebgai CEO PMBK.

Ingatlah, apakah tok guru dan keluartganya tidak mahu hidup mewah dengan wang melimpah ruah ketika ada kuasa. Jangan sampai duit haram dengan mengutip rasuah akan membeli kain putih untuk dibuat kapan pula.

Syaidina Omar Al-Khatab, tidak mempertahankan anak dan keluarganya jika membuat salah. Hukum akan tetap menjadi hukum jika bersalah. jangan jadi macam Pas, mempertahankan kesalahan Mat Sabu yang ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana kerana ingin menjadi maruah parti. Jangan ingat Mat Sabu tidak ditahan berdua-dua dengan Normah di dalam bilik itu. memang Normah bini orang itu berada dalam bilik, teapi kes ini di buang begitu sahaja kononnya Mat Sabu tak salah.

Jika pegawai pencegah maksiah menangkap buduk di bawah pohon ruh tempat terbuka boleh dijatuhkan hukuman dan denda, kenapa Mat Sabu dan Normah berdua-dua dalam bilik hotel tidak salah. Apakah ini yang diperjuang oleh Pas.

Kes yang sama dilakukan oleh Nik Aziz yang begitu beria-ia memuji menantunya, Arifahmi, kononnya pemuda hebat yang berjaya meerancang membangunkan imej Kelantan. PMBK sudah meraih keuntungan besar sejak diketuai oleh Arifahmi.

pendedahan terbaru dan secara bersiri oleh Kickdefella yang disumpah seranah oleh Nik Aziz, begitu juga dengan bloger lain kononnya memfitnah keluarga beliau, terutama menantu kesayangannya yang memiliki ijazah jurutera.

kehebatan Arifahmi menerimapakai perjanjian dengan Sensa Timur dalam pemibinaan Bazar Tok Guru, kini kerajaan negeri terpaksa menanggu beban dengan membayar balik dengan jumlah RM23 juta. Ini terbukti, CEO buta perjanjian jika PMBK terpaksa membayar balik kepada Sensa Timur.

Atau, apakah draf perjanjian PMBK dengN Sensa Timur itu sengaja dirancang untuk membolehkan Sensa Timur - membahagi-bahagikan duit lebih RM23 juta itu dengan keluarga Nik Aiziz, terutama Arifahmi.

Apakah, selepas perjanjian itu Arifahmi tidak dapat 'durian runtuh' yang dihulurkan oleh Sensa Timur. Berniaga seperti ini pasti ada 'hulur dan tarik'nya. Ini kena tanya Arifahmi kerana ia sudah sampai ke peringkat tidak amanah.

Begitupun dengan abang iparnya, Nik Abduh yang sering menulis soal alam sufi, apakah tidak menerima sebarang habuan dari mana-mana pihak. Ingatlah, orang yang memberi 'habuan' tidak duduk diam. mereka ini ada mulut. Sebarang duit keluar untuk memberi 'rasuah' atau 'duit' tetap mereka tanda dalam akaun penyata syarikat, bukan duit buta.

Mereka juga akan bercakap duit habuan balak yang dihantar kerumah Exco Pas yang lahir di Pachor yang dibawa tengah-tengah malam buta. Begitu juga dengan duit balak yang diberi kepada exco yang lahir di Kedah.

Orang yang beri hadiah, rasuah dan apa saja akan bercakap dengan penuh sombong kerana mereka bersusah payah bekerja untuk mengutip hasil, sedangkan 'orang yang menerima rasuah' hidup senang lenang tanpa kerah keringat.

Jangan ingat semua penulis blog tidak berilmu. jangan ingat penulis blog orang tidak bermaruah. Jangan ingat, orang politik yang berilmu ajaran islam bebas rasuah. Jangan ingat, orang politik yang tiap hari berceramah dengan membaca ayat Quran bebas dosa besar mahupun dosa kecil. Dalam Pas, tidak ada yang tidak terlibat dengan rasuah, sebab itu mereka begitu cepat menuduh orang lain berbuat salah.

Dosa yang dibuat oleh orang yang berpegetahuan luas soal-soal ajaran Islam, akan berganda dosanya berbanding orang yang tidak tahu. Golongan ini seumpama - ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul, tetapi dirinya sendiri jauh lebih tidak betul.

Apakah, kesilapan dari perjanjian dengan Sensa Timur dalam melaksanakan Bazar Tok Guru dan bangunan Tengku Anis akan ditanggung oleh kerajaan negeri. Kes Bazar Tok Guru, kalau PMBK terpaksa bayar RM 1 juta, ia tetap duit rakyat, usahkan berjumlah lebih RM23 juta.

Terlalu muda bagi CEO yang tidak berapa lama pun berada di atas kerusi itu dapat hidup mewah di rumah banglo mewah. Begitu juga dengan Nik Abdul dan juga keluarga yang lain. Juga, apakah tidak menjadi salah tawaran Sensa Timur untuk membina sekolah untuk keluarga Nik Aziz dimasukan dalam perjanjian pembinaan Bazar tok Guru, sedangkan ia tidak ada kena mengena pun. Jika benar, sekolah ini juga berbentuk 'rasuah'.

Soalnya, siapa pemilik Sensa Timur yang perlu didedahkan. Apakah hubungan akrab dengan keluarga Nik Aziz termasuk isterinya menjadi ukuran untuk mendapat 'habuan murah' dari kesilapan perjanjian yang disengajakan.

Apapun yang berlaku, jelas Arifahmi tidak cekap sebagai CEO dan ia wajar berhenti dan menanggung hukuman yang bakal dikenakan. Jika cara Nik Aziz memuji menantunya, sudah pasti kerajaan negeri akan menanggung kerugian lagi. hakikatnya, wang yang bakal dibayar dari kecuaian yang mungkin segaja dirancang oleh menantu dengan pengetahuan Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK - tetap menjadi hak rakyat kelantan.

Jika wang itu diguna untuk membantu rakyat miskin tegar, ia lebih berfaedah atau digunakan untuk membina masjid ia lebih mulia. Sejak Pas, perintah cuba tanya Nik Aziz, sudah berapa buah masjid yang dibinanya. kenapa taka pakai duit RM23 juta ini untuk bina masjid atau untuk pembangunan sosio-ekonomi yang lebih berfaedah kepada rakyatnya.

Dengan beberapa kesilapan termasuk soal perjanjian air dulu, Nik Aizi sepatutnya berhenti dan biar Husam Musa menjadi Menteri besar Kelantan, kalau pun Annuar Musa sudah tidak berpeluang lagi menjadi menteri besarnya. Biarlah salah seorang anak Musa menjadi menteri Besar, mungkin Kelantan akan lebih berdaya maju dan maju untuk rakyatnya.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata