WANG EHSAN: JANGAN LAYAN KESOMBONGAN NIK AZIZ
Semalam sekali lagi Nik Aziz Nik Mat, menteri Besar kelantan terus berlagak sombong dan bongkak apabila meminta orang mendoakan agar pemimpin Umno di timpa bala, gara-gara tidak menamakan pemberian hasil minyak atas nama Royalti.
Nik Aziz elagic mendengar nama Wang Ehsan kerana dia mungkin bukan pemimpin negeri peminta sedekah. Cuma Nik Aziz layak menjadi peminta sedekah untuk mendapat pinjaman RM 600 juta bagi memulih bekalan air kelantan yang samapi kini pun belum pulih-pulih.
Rakyat ramai lagi yang menderita kerana masalah air tidak dapat dibekalkan, malah ada di kawasan pula tekanan air begitu rendah membuat permasalahan air berterusan. Apakah wang yang diminta sedekah oleh Nik Aziz di zaman Tun Mahathir yang digelar maha Firaun, kafir dan sebagainya di belanja ke mana, sedangkan masalah air tak selesai.
Sekali lagi Nik Aziz dengan nada gedebenya, tidak akan menghantar wakil untuk bermesyuarat dengan JPP bagi mengagih-agihkan Wang Ehsan yang akan disalur pada Mac depan.
Cara Nik Aziz bercakap sebenarnya tidak menggambarkan nilai hidup seorang orang berilmu, macam orang kemaca. Tak ada akui ulama pewaris Nabi. Watak bercakap macam samseng Pualu Melaka, bukan Tok guru. Tak tahu macam mana orang boleh tertarik dengan sifat Nik Aziz. Jika dilihat maca di luar (pakaian) saja yang nampak islam, tetapi di dalam seolah-olah tak ada cahaya bila marah. Mana nilai sabar yang diajar dalam islam.
Ingatlah pesan ini kepada pemimpin-pemimpin Umno, baik Kelantan atau pusat, tak payah layanlah orang macam ini. Layan orang tak ada akal, kita juga akan rosak akhlak. Biarlah nik Aziz ajar anak menantunya agar bebas dari rasuah, sebelum nak kritik orang lain.
Nik Aziz yang ini juga yang berdegar-degar nak buat Hukum Hudud di kelantan. habis kenapa tak buat sedangkan Dewang Undangan negeri sudah bersetuju untuk pas buat hukum Hudud. kenapa takut Umno halang, dari takut kepada Allah yang boleh dikongsi dengan ajaran lain.
Tak mungkin kaji soal Hukum Hudud pun nak ambil masa 40 tahun. tak cukupkan dengan 20 tahun pas perintah kelantan dan sebelum ini sudah 18 tahun perintah kelantan, draf dan undang-undang Hudud belum boleh dilaksanakan.
Percayalah Pas, Umno dan kerajaan pusat tidak akan sekat jika Pas nak laksanakan Hukum Hudud. jika tak percaya, pas isytihar Hukum hudud di kelantan. Jangan salahkan orang lain jika pas sendiri hanya pandai bercakap, tetapi seebnarnya tidak ada cita-cita besar untuk laksanakan Hukum Hudud.
Hukum Hudud pas cuma satu gimik politik, bukan perjuangan sebenar. Hari ini, baik pas isytihar segera dan syaa percaya dato' Seri najib akan bersetuju.
Sebenarnya, pas takut naka buat hudud kerana semua akan pemimpin Pas akan termasuk jerat. jika Mat Sabu berkurung dengan bini orang dalam bilik 121 Hotel Perdana pun boleh diarah bebas kerana terlalu ingin menjaga maruah parti, macam mana nak laksanakan hukum hudud.
Mutakhir ini, Pas lagi takut untuk bercakap soal Hukum Hudud dan pembentukan negeri islam kerana terlalu menjaga hati DAP yang beridelogi komunis moden. Tetapi, bagi Pas dan Nik Aziz sendiri merreka ini sedia berkawan dengan Iblis dan syaitan asal boleh mempertahankan kuasa, sedangkan hal-hal islam tidak berkembang langsung di kelantan.
Jika Pas pejuang tulin islam, berapa ramai orang bukan islam memeluk islam di kelantan. Cuba cari statistik jumlah bukan Islam memeluk islam di kelantan sejak Nik Aziz jadi menteri Besar. Di mana contohnya, islam itu agama dakwah.
Jelas kepaada kita, Pas lebih berpolitik dari memperjuang nilai islam sejati yang mengajurkan kita menjadi pendakwah untuk menarik lebih ramai bukan Islam memeluk islam.
Kenapa kerajaan Pas kelantan beria-ia untuk mendapatkan wang royalti minyak. bercakap samapi nak saman kerajaan pusat dan Petronas jika tidak bagi. Jelas kerajaan pusat sudah tak bagi wang royalti minyak, tetapi di beri atas nama wang Ehsan dan disalur menerusi JPP untuk diagih-agihkan kepada rakyat kelantan.
Samanlah kalau benar-benar gedebe. Doalah biar semua orang pecah perut jika doa kita begitu hebat. kenapa tak doa biar orang yang didakwa memfitnah menantu kita yang sombong dan begitu bermegah atas nama menantu Tok Guru jadi pecah perut.
Hari ini, orang memecah tembelang hal anak menantu Tok Guru nik Azizi masih sihat pun. barangkali orang yang mendedahkan ini lagi benar dan lebih ikhlas untuk kepentingan umum rakyat kelantan.
orang bercakap sombong terlalu jauh doanya untuk diterima Penguasa Alam dan manusia. Jangan hidup terlalu bermegah kerana kita ni tok guru agama yang boleh mengajar orang Pas yang berhati batu pada setiap pagi Jumaat.
Kerana terlalu nak doa orang lain pecah perut, perut kita pula yang selalu sakit. dan terlalu kerap untuk jumpa dan masuk hospital kerana sakit perut. Ingat, jika salah doa kepada orang yang berhati lebih mulia, perut kita yang pecah dulu atau dihidap kenser perut. Ingat, Allah itu lebih adil dan maha mengetahui niat kita.
ketahuilah, dunia akhir zaman ini terlalu ramai manusia menjadi 'kufur' kerana menggunakan ayat-ayat Allah dan kalimah Allah untuk menghina orang lain dan menjatuhkan orang lain. ingatlah, nabi Muhamad s.a.w pun tidak mendoakan orang yang membaling tahi unta ketika bersolat agar pecah perut atau mati katak.
Kita selalu bercakap ikutlah perangai nabi sebagai contoh, tetapi percakapan kita, perbuatan kita jauh untuk mencotohi cara hidup Nabi. Yang ditiru cuma cara nabi berpakaian luar sahaja, di dalam memakai pakaian Iblis.
Dengan kesombongan Nik Aziz untuk tidak menerima Wang Ehsan, biarlah Umno kelantan mengurus secara lebih berkesan. Jika bagi pun, wang Ehsan ini akan di guna oleh PBMK untuk membayar hutang bodoh yang dibuat oleh CEO dungu yang sudah pun jadi jutawan.
Lagi baik tidak bagi kepada kerajaan pas kelantan kerana setiap program yang dilaksanakan sebelum ini lingkup begitu sahajha. Ke mana perginya kandang kambing terbesar di Gong Chenok yang dulu diwar-war sebagai yang terbesar di pantai Timur, malah malaysia.
ke mana hilangan Skim Kifalah di mana orang yang usia 60 tahun meninggal, Tok Penghulu pas pun sudah mula takut nak jengok kerana bimbang orang tanya mana duit Kifalah yang digembur=gembur sebelum ini.
kenapa pula peserta Ladang rakyat , setiap tahun semakin bertambang kurang. Apakah untung Ladang Rakyat sudah tidak memberi untung besar lagi. Berapa pula jumlah hasil keuntungan duit Ladang Sawit yang dirampas dari Felcra.
Mujurnya rancangan untuk meroboh Sekolah Mahad Muhamadi di jalan Pengkalan Cepa untuk dijadikan Pusat perdangang tidak jadi kerana ada bantahan dari orang ramai termasuk bekas pelajar Muhamad Muhamadi. Jika orang ramai tidak tahu kes ini, sudah pasti Sekolah Ma'ahad Muhamadiakan tinggal lama.
Yang pelingnya, kerajaan pas kelantan beria-ia untuk memajukan tanah di Tujung, tiba-tiba habis tanah kerajaan di kawasan bandar mahu di jual. Ini yang pelik lagi ajaib.
jika Nik Aziz tak mahu wang Ehsan, tak usah nak bercakap lagi. Sebenarnya, pas mengharap duit ehsan itu untuk digunakan bagi memperkuatkan Pas untuk merasuah rakyat menghadapi pilihanraya umum ke -13 nanti. Nak jual kawasan balak, dah terlalu banyak kawasan balak sudah di pugar, balak tak sempat tumbuh beasar dlam tempoh 20 tahun ni.
kini pas sudah megnukur tanah mana yang boleh dijual kepada pemaju swasta kononnya untuk meluaskan kawasan Ladang rakyat untuk cari duit. Esok, jika Umno memerintah kesemua Ladang rakyat itu masing-masing ada pemilik individu, bukan ladang Rakyat milik kerajaan sepeti yang diusahakan oleh Felcra, Felda atau pun Kesedar.
Sebenarnya, rakayt kelantan sudah terlalu lama ditipu oleh kelicikan Pas yang hebat dan pandai membaca ayat-ayat al-Quran. hakikat banyak harta kerajaan milik rakyat sudah tergadai dan terjual. tunggulah fakta yang bakal meletus jika kerajaan pas jutuh nanti.
Ingat, nik Aziz dengan megah bercakap bahawa kerajaan negeri dulu bodoh memerintah atau tidak pandai memerintah hingga kerajaan pimpinannya terpaksa menanggung beban untuk membayar saman RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd.
Nik Aziz sebenarnya terlupa, kerajaan bodoh yang disumpah seranahnya itu adalah kerajaan Pas pimpinan Tok Guru Haji Mat Nasir yang meninggal di Australia dan ketiak itu kekal menyokong Pas kembali.
Waktu Nik Aziz sumpah itu, seingatnya kerajaan Mat Yaacob, kerajaan Umno-Bn yang perintah kelantan selama 12 tahun yang berjaya memaju bandar Kota Bharu dan membuat penempatan semula rakyat apabila tanah stinggan di ambil di kawasan Padang Bas.
Apakah kerajaan pas pimpinan Nik Aziz menyediakan penempatan baru kepada stinggan apabila mengambil tanah untuk dimajukan. Inilah perbezaan anatara kerajaan berjiwa rakyat dengan kerajaan yang sebenar-benar bercakap atas nama islam tetapi menindas rakyat.
Kini, rakyat yang diberi lot-lot tol (sementara) mula merungut kerana primeum tanah dinaikkan beratus kali ganda. Apa sudah jadi dengan kerajaan Pas kelantan yang penuh kesombongan ini.
Ketahuilah, tidak ada beza Wang Ehsan dfengan Royalti minyak. yang penting itu juga duit. Apakah kerana namanya 'kueh tahi itik' tidak boleh dimakan, tetapi kueh tahi iti itu jika ditukar mana menjadi kueh Tok Guru baru halal di makan. Jangan jadi bodoh dan jangan terlalu sombong apabila bertutur kata.
Ingatlah, biat kita ni hebat kerana di gelar Tok Guru, tetapi - 'Jangan pandang Sebelah Mata' jika jumpa oran tidak pakai serban. Kita buat haji dan Umrah pun sama-sama pakai kain Ihram tanpa pakai selar dalam.
Apakah tok Guru buat haji dan Umrah pakai jubah dan berserban. Itulah hakikat, Allah tidak pandang pakaian, tetapi Qalbu (takwa). Siapa ikhlas dalam ibadah, berukuk dan bersujud, Allah s.w.t menjanjikan kebaikkan dan kemulian untuknya. Ingat, lebih afdal pergi buat ibadah haji dan umrah dengan duit sendiri.
Tak ada duit tak payah pergi, tetapi kena pasangan niat yang kuat dan ikhlas untuk pergi ke Mekah, jika aku ini dimurahkan rezeki oleh Allah hingga mencukupi atas diri aku dan hak menjaga keluarga aku sepanjang aku menunaikan ibadat haji dan Umrah.
Diri kita lebih tahu duit kita bersih atau tidak. Jika duit orang lain atas dasar 'belanja' belum tahu bersih, mana tahu duit yang merak dapat pun dari projek yang diperolehi secara rasuah, cara bodek atau cara memujuk pemimpin yang berkuasa. Ini hakikatnya duit HARAM, biarpun nampak HALAL kerana kita menggunakan pengaruh orang lain untuk menidakkan hak orang lain secara lebih adil dalam setiap tendar.
Sebab itu, bila kita melihat di sekeliling - kenapa terlalu ramai orang yang dulunya kaya raya dan hidup mewah, tiba-tiba hilang kemewahan itu untuk menjadi tidak kekal. Ada pula yang ditimpa kesusuhan dengan pelbagai penyakit. Ini semua hasil ketidak-cermatan kita dalam merebut peluang perniagaan yang awalnya kita nama HALAL, tetapi tanpa sedar ia sebenarnya HARAM.
Sebab itu, dalam bayak perkara apabila kita lebih bercakap soal ajaran islam - 'Jangan Pandang Sebelah Mata'. Islam dengan politik tidak boleh dipisahkan, tetapi jika menggunakan islam untuk mengaut keuntungan pilitik yang kemudia kita tidak berbuat seperti yang dituntut, ia akan menjadi HARAM.
Jika terlalu banyak buat yang HARAM, hanya nabi Muhamad s.a.w yang memegang syufaat dan kunci Syurga, bukan pemimpin Pas atau nik Aziz. Orang Allah memberi jaminan Syurga adalah mereka yang mengamal ilmu-ilmunya secara ikhlas, bukan bercakap soal ilmunya sahaja. jika ini berlaku, orang yang mendegar kemudiannya beramal dengan akhlas akan lebih terjamin Syurganya dari yang bercakap banyak. Muga kita bermuhasabah.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata