NAMA ALLAH: PAS SERBA SALAH
Pas hari ini bukan lagi Pas dahulu. Semenjak bergabung dengan DAP yang anti Islam dan PKR yang cuma menjadi pembela 'peliwat' untuk meletakkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia sudah tidak galak lagi untuk bercakap terlalu fanatik terhadap permasalahan Islam.
Semalam lahjunah ulama Pas bersidang lebih dua jam dengan memutus untuk tidak pertikai penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Lau Bee Lan. Keputusan nama Allah boleh digunakan oleh agama samawi asal tidak menyeleweng tujuannya. keputusan itu sebenarnya berbaur politik, bukan perjuangan islam.
Jika tidak kerana gabungan dengan DAP dan PKR, Pas pasti akan menjadi raja penentangan penggunaaan nama Allah s.w.t dan akan sekaras-kerasnya menjaja keburukan Umno yang bertanggungjawab menghina ajaran suci Islam ini. Tetapi, kerana mahkamah itu lebih bebas dengan keputusannya, Pas tidak pertikai keputusan itu.
Pas lebih suka berdemotrasi soal Anwar dan soal Bahasa Inggeris, matamatik, tetapi takut untuk berdemotrasi soal penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik, sebaliknya Pas pula ugut badan politik lain (dituju khusus kepada UMNO) agar tidak mengambil kesempatan untuk memperjuangkan kes ini. Pas akan tentang mereka yang menggunakan isu ini. Siapa Pas sebenarnya.
Mungkin benar kata Nik Aziz, jika kita mahu menang dalam piliharaya dengan iblis, syaitan pun kita boleh berkawan. Iblis dan syaitan itu maksud Nik Aziz adalah DAP dan PKR. Sebab itu, di Kelantan sendiri, untuk maju dalam berniaga kena guna khidmat bomoh untuk lebih pelanggang. Yang penting asal kita seorang yang berjaya dan kaya raya. Orang lain mampus tak apa.
Inilah ilmu yang diajar kepada rakyat oleh Nik Aziz. Untuk Pas menang, kita boleh mengkafirkan, memfiraun orang lain (Umno). Yang penting menang dan kuasa, bukan pun berusaha untuk melaksanakan Hukum Hudud atau pemerintahan secara islam. Akhirnya, Pas cakap berdegar-degara, ekor bahu tahik.
Namun kerana Pas begitu taksub dengan gabungan baru untuk meraih siokongan bukan Melayu terutama dari kalangan penganut ajaran Kristian, Pas cuma secara terbuka menganggap penggunaan nama Allah boleh diguna, asalkan tidak dengan jalan yang salah.
Pas menggunakan ayat 64, surah al-Imran untuk memutuskan bahawa nama Allah boleh diguna oleh semua ahli kitab dan syarat tidak menyekutukan Allah.
Memang tidak dinafikan semua ajaran yang diturunkan oleh Allah atau dikenal ajaran Samawi yang harus dipercayai dari Kitab Taurat, Zabul, Injil dan ajaran terakhir - Islam.
Namun, persoalannya - apakah masih ada saki baki lagi Ahli Kitab yang asli yang tidak menyekutukan Tuhan mereka dan Allah yang dihukum dalam Islam.
Soalnya, kenapa dulu Pas begitu 'menyalak' ke sana ke mari apabila Tun Mahathir memasuki Vitican untuk berjumpa Paderi Kristian, Pope. Kenapa Mahathir dituduh kafir laknat. Apakah Pope yang begitu berkuasa ke atas ajaran Kristian bukan ahli Kitab seperti yang dikatakan oleh Pas. Pope juga mengali ajaran Injil seperti paderi Gereja Ketolik di Malaysia.
Kenapa pula Pas mengecam Yahudi dan Isreal yang menjadi pusat pemerintahan Yahudi kerana Yahudi juga berpegangan kepada agama samawi - Taurat dan Zabur. Apakah paderi Yahudi bukan ahli Kitab jika benar mereka juga menggunakan nama Allah di Timur Tenggah.
Sila kupas secara jelas ayat 64 surah al-Imran itu biar lunas disegi kefahaman Islam, bukan huriaan untuk kepentingan politik Pas. Pada pentafsiran, ayat itu adalah Ingatan Allah s.w.t yang kita junjung atas nama Islam bukan politik Pas, MERUPAKAN satu ingatan keras agar tidak menyekutukan DIA.
Jika tiga kitab agama samawi itu tidak diselewengkan oleh pendakwah mereka, tidak mungkin akan ada kitab terakhir al-Quran diwahyukan kepada Nabi terakhir, Muhamad Rasulullah. Al-Quran itu diturunkan untuk membetul segala peringatan bahawa ketiga-tiga kitab itu sudah jauh diseleweng.
Jarak Al-Quran dengan Injil cuma 600 tahun kerana wujud penyelewengan dalam isi kitab injil. Kenapa pengikut Kristian dari Injil yang diselewengkan berkeras mengataskan Isa Anak Tuhan (ALLAH), sedangkan dalam Injil yang asli dan ilmu ajaran nabi Isa a.s bahawa dia bukan anak Tuhan (Yeshus).
Kenapa dalam ajaran Kristian baru, penganutnya bebas bebas bersekdudukan dan mabuk dengan meminum arak. Kenapa dan kenapa terlalu banyak Tuhan yang perlu disembah oleh ajaran agama lain, sedangkan islam mengiktiraf Allah itu tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Di dalam Injil, Zabur dan Taurat apakah tersebut nama Allah, sedangkan dalam al-Quran sahaja tersebut nama Allah selain 98 nama khusus dalam asma al-husnanya.
Kerana itu, sejak dulu lagi saya tidak boleh menerima seruah Pas kononya untuk mendaulatkan kerajaan islam di negara ini. ketika pemimpin Pas Selangor ingin membenteras penjualan arak di kawasan mejoriti Islam, kenapa ditentang hebat dan Pas pusat tidak menyokong perjuangan Dato' Dr Hassan Ali.
Semua umat Islam tahu soal agama samawi dan Allah itu milik semua agama. Tetapi, apakah ajaran agama lain turut menyebut nama Allah itu semenjak ajaran Krisitian itu bertapak di Malaysia.
Sebelum ini, apakah gereja Krisitian sudah pun menyebut nama Allah. Soalnya, kenapa sekarang baru bertemu dan beria-ia berjuang untuk menggunakan nama Allah s.w.t. Kesemua gereja di malaysia sebenarnya, tidak pernah menyebut nama Allah dan mereka sendiri takut untuk menyebut nama itu kerana tidak mahu berbaur Islam.
Apakah Pas akan bersetuju jika majlis Hindu dan Buddha juga tampil ke Mahkamah untuk menggunakan nama Allah s.w.t kerana mereka juga adalah pecahan kepada ajaran samawi dari Taurat dan Zabur. Tidak ada agama di bumi ini jika tidak dari Tuhan yang Maha Esa. Ajaran itu satu, tetapi perpecahan dan penyelewengan dalam beragama itu sudah lama berlaku.
Al-Quran itu pun satu, tetapi mazahab sudah menjadi empat dan lima jika dixcampur dengan mazahab syiah. Kenapa pula ajaran syiah ditentang sedangkan mereka juga menggunakan kalimah Allah dan mereka juga penganut ajaran islam.
Kenapa pula fahaman Wahabi ditentang, sedangkan mereka juga menganunt ajaran islam dan mengiktiraf Allah yang tunggal.
Pas kini terjerat dalam kemelut politik yang mereka cipta sendiri. Nasaruddinb berpendiran lain, kalid Samad berpendirian lain, Nik Aziz pula lain. Apakah keran memikirkan persahabatan dengan DAP yang memang anti Islam, Pas tidak terlalu keras macam dahulu.
Jika DAP dan PKR mempertikai soal isu arak, Pas terpaksa aku bahawa kes itu sudah diselesaikan. Bukahkah Pas mengutuk kerajaan Umno-BN konon membina kilang arak begitu besar di jalam utama menuju ke Shah Alam. Kini Pas sudah bersama pakatan di Selangor, kenapa kilang itu tidka dirobohkan atau dibakar sahaja.
jangan menggunakan nama Islam untuk memutar belitkan atas nama kebebasan Islam dan islam bukan agama paksaan. Tidak ada paksaan dalam dalam Islam. islam tidak memaksa penganut ajaran lain agar memeluk Islam.
kenapa Pas bising bila ada umat Islam yang 'tohor' keilmuan Islam untuk memeluk agama lain. Bukahkah Pas yang begitu bising dan menyumpah serang membawa isu murtad kononya keranaan Umno tidak tahu menjaga umat Islam hingga menjadi murtad. Hari ini, Pas pula bercakap bahawa Islam itu bukan agama paksaan.
Kalau Gereja Katolik sudah dibolehkan menggunakan nama Allah kerana mereka juga dari agama samawi, jangan salahkan orang lain jika ada penganut Islam bertukar menjadi kristian kerana bukankah dalam pencarian agama ini adalah mengenal Allah dan mentauhid Allah yang maha berkuasa.
Hari ini, rata-rata umat Islam di Malaysia menentang Gereja Katolik dari menggunakan nama Allah bagi mengelak kekeliruan kerana tidak dinafikan kekeliruna besar akan terjadi jika nama Allah diguna sewenang-wenang oleh agama lain, seolah-olah tidak ada perbezaan dengan ajaran Islam.
Sudah lama gereja Keristian cuba menembusi tembok ajaran islam di negara ini. Jarum-jarum halus sudah mula meresapi di mana. Mereka sudah membuat kajian yang serius kaedah mana yang ingin dipakai bagi menghancurkan umat Islam.
Hari ini, Gereja Kristian sudah menang apabila dapat menggunakan nama Allah s.w.t. Pendakwah paderi krisitian lebih tekun dalam menjalankan tugas mereka mendidik dan tidak takut untuk berada di pendalaman, berbanding dengan pendakwah islam yang lebih banyak bersyarah dari mendidik soal ajaran islam. Pendakwah islam takut untuk duduk dalam hutan bersama orang asli kerana tidak ada kemudahan. Jika duduk pun satu malam untuk memberi syarahan, bukan mendidik.
Jika Kristian Malaysia boleh menggunakan nama Allah, jarum mereka akan lebih mudah bahawa tidak ada bezanya agama mereka kerana mereka juga menyebut nama Allah s.w.t seperti yang disebut oleh penganut ajaran Islam lain. Agama merejka juga dari Tuhan Allah, tetapi kami di sisni bebas untuk melakukan apa sahaja dan sembahayang pun cuma hari Ahad sahaja, bukan tiap-tiap hari lima waktu dan subuh-subuh pagi pun terpaksa bagun untuk sembahyang sedangkan waktu itu cukup sedap untuk tidur.
Inilah sebenarnya yang ditakuti, teapi kerana Pas lebih mementingkan politik bodoh dari kefahaman Islam yang sebenarnya, Pas pula mencabar orang lain (dituju kepada Umno) agar tidak menjadi juara mempertahankan nama Allah dari terus diguna oleh Gereja Katolik.
Apakah Pas akan berperang dengan Umno dalam hal nama Allah s.w.t selepas ini kerana Pas lebih berpihak kepada Gereja Ketolik kerana bimbang tidak dapat undi besar dalam pilihanraya ke -13 nanti.
Inilah yang dikatakan, Pas mengadai ajaran islam kerana kepentingan politik bodoh mereka. Apakah, jika Pakatan berkuasa Pas akan berjaya untuk melaksanakan Hukum Hudud dan membenteras arak dan judi serta menutup terus perjudian di Genting Highland.
Kerajaan Pas diPerak yang ditumbang oleh tiga Adun yang lebih mencintai ajaran islam dan kemakmuran kaum, tidak pernah ada agenda untuk menutup pusat perjudian dan maksiat. Kerajaan Pas Perak yang roboh itu lebih rela memberi kekuasaan tanah kepada penduduk kampung baru dengan hak 999 tahun. Memberi tanah lebih 4,000 hektar kepada Persartuan Sokolah-sekolah cina, sedangkan cuma 100 ekar kepada persatuan sekolah agama islam.
Inilah nilai perjuangan Pas yang sebenar. Mereka lebih memikir soal menang pilihan raya dari perjuangan sebenar untuk memartabatkan umat Melayu islam dan syiar Islam itu sendiri. Inilah yang dikatakan Pas sedang diuji dengan bala yang bakal diturunkan oleh Allah s.w.t nanti.
kebenaran sebenar akan terjawab pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Jika dilihat pada perkembangan mutakhir, Umno-Bn tidak akan jatuh malah akan memang lebiuh besar pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Angka 'tunggal' akan lebih berpihak kepada Umno.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata