SURAT TERBUKA ANWAR: JANGAN TUNDING JARI
Gara-gara tindakan membakar gereja katolik akibat konflik penggunaan kalimah Allah s.w.t, Anwar Ibrahim yang didakwa oleh Saiful gara-gara bernafsu kaum Lut, melayang surat terbuka menyeru umat islam agar tidak bertindak ganas.
Bagus saranan Anwar. Ia amat bertepatan dengan tuntutan ajaran Islam agar tidak menganggu gugat, lebih lagi hingga membakar gereja katolik.
Namun yang tidak cerdik pemimpin pembangkang ini, apabila dia menunding jari kepada Umno dan kerajaan BN pimpinan Dato' Seri najib Tun Razak, yang sengaja mempolitik isu kalimah Allah hingga menjadi api yang mula marak membakar gereja.
Menunding jari itu teramat salah. Jangan terlalu ghairah menyalah orang lain, sedangkan kita yang memulakan segalanya untuk membakar Melayu islam, gara-gara kehilangan kuasa politik akibat perbuatan diri sendiri.
Apapun yang hebat apabila Anwar memetik ayat 64 surah al-Imran dan Al-Ankabut ayat 46. Begitupun, umat islam yang mendalami sejarah Islam pun tahun bahawa Khalifah Umar Al-Khatab terut menyeru umat Islam tidak membakar gereja atau rumah ibadat orang lain sekali pun dalam peperangan.
Lawatan Syadina Umar ke Gereja Holly Sepulcher tahun 638M sebagai mengesahkan arahan Allah s.w.t yang diturunkan kepada nabi Muhamad s.a.w agar rumah ibadat ajaran lain perlu dihormati. Umar juga tidak menghancur rumah Ibadah Yahudi di Baitulmuqadis ketika penaklukan dibuatnya sendiri.
Apa pun ayat yang dijumpai oleh Anwar dari petikan al-Quran untuk menghalalkan penggunakan kalimah Allah oleh gereja katolik, ia juga tidak ubah dari helah politik. Tidak dinafi, ayat-ayat tidak akan menjadi amalan Anwar jika beliau masih dalam Umno, tetapi akan lebih hebat menentang penggunaaan kalimah Allah itu.
Harapnya, ketika Anwar mencari ayat-ayat Allah s.w.t untuk megnhalalkan kalimah Allah oleh ajaran agama lain, mudah-mudahan beliau turut terbaca hukuman Allah terhadap kaum Lut. Semuga Anwar mengambil iktibar dan bukan hidup dalam kepura-puraan. To me - Anwar itu the Greates hipokrit.
Berdepanlan dengan Saiful di Mahkamah, jangan berdolak-dalih untuk meminta mahkamah membatal dakwaan 'budak suruhan' kamu sebelum ini. Jika Anwar benar, kenapa tidak ikut Saiful untuk bersumpah di masjid atau atas mana-mana mimbar. jangan jadikan alasan lain bahawa islam tidak menggalakkan 'sumpah' kebenaran.
Bersumpahlah - ' bahawa siapa di antara kami BENAR, biarlah mati di panah petir'. Bersumpahlah di depan ramah ketika Anwar berceramah. Biar rakyat menjadi saksi mencari kebenaran, bukan dengan melengah-lengah dakwaan Saiful di mahkamah. Sesungguhanya, Allah lebih tahu siapa yang lebih benar.
Cukuplah Anwar bersendiwara untuk menghuru hara kehormonian kehidupan rakyat di Malaysia. Sesungguhnya Allah akan menjauhkan 'orang jahat' untuk menjadi pemimpin kaum yang baik. Bukankah Allah menjanjikan seseorang pemimpin itu bersesuian dengan kaum itu.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata