Tindakan membakar gereja bukan jalan penyelesaian memartabat kalimah 'ALLAH', tetapi sebenarnya sudah menjurus kepada mencemar kesucian kalimah Allah itu sendiri. Perbuatan ini sudah menjadi tidak waras dan boleh menimbulkan kekacauan, kacaubila dan ketegangan kaum.
Malaysia yang selama ini contoh beragama terunggul yang boleh dicontohi oleh seluruh alam. pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama, tetapi hidup harmoni dan saling membahu dalam semua perkara. Inilah yang dituntut oleh ajaran islam yang disampaikan oleh Allah s.w.t menerusi insan pilihanNya, Muhamad yang disah sebagai Nabi yang diangkat sebagai Rasulullah terakhir.
Lihatlah sejarah keindahan dan kehormonian Madinah yang diperintah oleh Rasulullah. Apakah, Geraja dan Kuil Yahudi dibakar biarpun mereka ini berlaku curang ketika berlaku Perang Badar. Ini ujian paling hebat berbading dengan penggunaan kalimah Allah. Ketika itu, di Madinah sudah ada Kuil dan Gereja, sebelum masjid didirikan. Apakah gereja dan kuil di bakar apabila islam menjadi pemerintah di Madinah.
Umat Islam wajib mempertahankan kalimah Allah s.w.t dengan jalan yang benar dan betul. Umat islam yang mengaku islam perlu memuliakan kalimah Allah yang hidup dalam diri masing-masing untuk tidak menjadi pemfitnah, memperlekahkan orang lain, hidup dengan bergelumang rasuah, arak dan zina.
Kalimah Allah tidak layak dipertahankan dengan membakar gereja atau tempat ibadah orang lain. ini adalah satu dosa besar selagi mereka tidak menganggut gugat dan memperlekehkan ajaran Islam itu sendiri.
Ajaran kristian tidak disebar secara terbuka dengan ceramah agama mereak di dewan terbuka dan padang-padang terbuka untuk menarik kepercayaan ajaran agama lain mengikut ajaran mereka. Mereka juga tidak pernah mendakwa ajaran islam yang sedia menjadi pengangan umat islam sesat dan tidak betul. Jika ini sudah berlaku, layak dipertimbangkan untuk memanggil seruan 'jihad fi-sabilillah'.
Kegilaan membakar gereja cukup tidak wajar dan menjadi dosa besar. isu dimahkamah, perlu dilawan di mahkamah. Seluruh peguam islam yang mahir soal perundangan negara dan islam perlu bersatu untuk berlawan dan mempertahankan hak di mahkamah.
Sebagai umat Islam yang tidak mahu kalimah Allah dikelirukan dan disalahguna pentafsirannya oleh ajaran lain, wajab bersatu untuk meluah kebimbangan, tetapi bukan untuk menyerang dengan tindakan yang boleh menghuru-harakan kehormonian negara yang terbina sekian lama.
Semua luahan dari kesatuan umat Islam sudah didengar oleh semua pihak, baik dari balik gereja kristian mahupun kerajaan. Jika penyelesaian itu tidak diambil dan kalimah Allah masih berpihak kepada tuntutan Gereja Kristian, jangan pula terus mengambil jalan perang.
Jalan perang fi-sabillah adalah langkah terakhir, jika nama Allah sudah diselewengkan dan terbukti ajaran islam sudah dihina sebegitu rupa nanti. itupun, peringatan secara sabar dan berhikmah perlu diisytiharkan. Jika segala amaran itu tidak dihiraukan, Islam bukan agama yang mengajar umatnya menjadi pengecut. Ketika itu, tidak menjadi kesalahan untuk berjuang membela kemulian ajaran islam. Matinya juga diharumi kasturi bauan Syurga. Inilah kebenaran ajaran islam.
Hari ini, pertelingahan dari tuntutan Gereja, membuat beberapa gereja sudah di bakar. Malah, fitnah dari khabar angin bertiup kencang untuk mengajak umat islam bangkit mengejar fi-sabilillah.
jangan terlalu mudah menjadi terlalu gila agama untuk mencemar rumah ibadah orang lain. Kemulian umat islam disisi Allah s.w.t adalah 'kesabaran' diri dan bersatu untuk meluahkan kebenaran bertapa muliannya kalimah Allah disisi umat islam di negara ini.
Di Indonesia atau negara lain itu bersifat kelainan kerana tidak tertulis secara khusus dalam perlembagaan Negaranya. Tetapi, di Malaysia ini jauh berbeza kerana kalimah Allah s.w.t sudah sebati menjadi pautan kalimah Tauhid dan keyakinan diri soal kemuliaan ajaran Islam sejak Islam muda bertapak di bumi ini.
Hakikatnya, pihak gereja juga perlu memahami sentiman ini sebelum bangkit membuat tuntutan hingga ke Mahkamah. begitupun, ini satu percubaan awal 'pihak' tertentu untuk menguji apakah umat islam masih mampu bersatu jika tercetus isu begini, ketika Pas sendiri begitu beria-ia mengkafir umat islam yang menyokong parti politik Umno-BN.
Sebenarnya, umat islam di Malaysia kini sedang diuji oleh Allah yang kita semua muliakan dan 'puji' setiap saat dalam zikir dan wirid kerana tanda-tanda perpecahan sudah mula menular sampai menghitamkan minda umat islam itu sendiri.
Umat Islam jangan bangkit bersatu dengan kemarahan, tetapi bangkitlah dengan sabar dan berhikmah. Inilah waktunya, kita membuktikan umat islam lebih mulia bersesuian dengan ajaran islam itu sendiri.
Jika kita beria-ia mempertahankan kalimah Allah, ketika puat hiburan masih ramai pengunjung dikalangan umat Islam yang mabuk-mabukan, berbelanja kejalan maksiat lebih besar dari berbuat kebajikan dan sedekah, anak-anak muda berkeliaran tidak kira waktu, solat pula seakan tidak lagi menjadi wajib - akhirnya kalimah Allah itu seebnar kini dihina oleh umat Islam itu sendiri, bukan orang lain.
Apa pun, mutakhir ini saya seakan berfirasat bahawa 'sudah wujud - orang ketiga' yang kini mencari jalan untuk menghuru-hara negara ini. Soal ia berlaku oleh pihak dalam Malaysia sendiri, mahupun dari pihak luar yang bimbang dengan kekukuhan politik pimpinan umat Islam di negara ini. Malaysia begitu maju dan terus kekal maju, ketika orang lain ditimpa masalah kemelesetan ekonomi dunia.
Malaysia terus mengorak langkah ke depan dengan keutuhan perpaduan pelbagai kaum, biarpun dari fahaman agama begitu berbeza. Islam fobia tidak berlaku, ketika negara lain tertekan. Kerukunan beragama masih kekal utuh, tanpa ada tuduh menuduh, cerca-mencerca. Perpaduan kaum itu lah - satu nilai kepantasan kemajuan bumi ini sejak merdeka.
Gereja tidak akan berani membuat tuntutan isu penggunaan kalimah Allah, jika tidak ada 'penasihat' ketiga di belakang mereka. Mereka ini akan mendapat bantuan pakar undang-undang yang berselindung di sebalik badan politik.
Jika diikut gerak hati, parti politik yang akan tampil mengutuk penggunaan kalimah Allah sudah pasti Pas. Tetapi, kerana Pas sudah terikat dengan pakatan dan DAP pula menentang keinginan Pas untuk menubuh negara islam, maka Pas yang sudah diikat kaki dan tangan pula seakan mengia penggunaan kalimah Allah oleh gereja kristian atas alasan agama samawi.
Apakah ajaran kristian yang bertapak di Malaysia masih lagi agama Samawi yang berpaut kepada ajaran Injil yang asal seperti yang diutus oleh Allah menerusi Jibrail kepada Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s juga adalah Nabi kepada Umat Islam kerana dalam Al-Quran jelas Allah s.w.t menceritakan kewujudan Isa anak Mariam, bukan Anak Allah.
Pihak Gereja juga harus faham penetangan umat islam akan bangkit dan jika tidak dikawal akan menjadi huru-hara dan pergaduhan kaum. kebimbangan utama umat Islam - Gereja akan tetap mempertahankan ajaran sesat mereka bahawa - God (ALLAH) itu beranak dan Isa itu anak Allah, sedangkan dalam islam adalah tidak benar. Jika ia dibaca oleh generasi umat islam yang lemah fahamannya, ia akan menjadi lebih celaru. Ini pasti berlaku.
Apa pun, kenapa pihak gereja terpengaruh dengan 'pihak ketiga'. Apakah, ia disengaja dirancang untuk 'mencari gaduh' dan akhirnya mudah untuk menunding jari kepada kerajaan UMNO-BN yang tidak tahu mengurus negara.
Selain itu, firasat saya juga seakan mengatakan bahawa gereja itu bukan dibakar oleh umat Islam, tetapi dirancang olrh pihak lain untuk menampakkan ia dicetuskan oleh umat Islam. Umat Islam itu akan dituju kepada penyokong Umno. Inilah isu politik yang sebenar.
mengikut firasat saya, umat Islam tidak mungkin bertindak sejauh itu kerana umat islam di Malaysia terdidik dengan penuh kendiri yang begitu menghormati hak orang lain, sekalipun akhir-akhir ini hak mereka mula diperkotak-katikkan.
Harapnya, polis yang cukup berjaya mengawal keamanan negara perlu lebih teliti mencari kebenaran dari kekecauan ini. Tangkap dan hukum mereka yang bersalah tanpa memilih bulu lagi. Ketahuilah, huru-hara ini seakan sengaja dirancang. Jangan mudah menuduh umat islam yang - 'gila-gila' membakar gereja.
Jika memang ia dilakukan oleh umat islam pula, hentikan kerana ia menyalahi hukum agama dan bukan waktunya untuk menjadi 'terlebih kuah agama' untuk bangkit mencari jalan jihad yang sia-sia, seperti peletup bom berani mati di Timur Tengah dan Pakistan yang sudah sesat kerana membunuh sesama Islam lain.
membunuh diri untuk meletupkan orang lain yang tidak berdosa adalah salah, tetapi meleutp diri oleh Dr dari Jordan yahng membunuh perisik CIA di Afganistan yang ingin membunuh umat islam lain adalah 'halal' dari jihad perjuangannya. ini adalah dua kejadian berbeza antara yang benar dan yang batil.
Belajarlah dari kekurangan dari Pelastin. Pergeseran sesama umat Islam yang terpecah kerana fahaman politik, hingga terlupa untuk menghadapi musuh sebenar Israel. tanpa perpaduan, bila Pelastine akan merdeka. belajarlah dari peristiwa Iraq, kerana bencikan Shadam Hussin, akhirnya negara menjadi huru hara lebih berat berbanding zaman Shadam. Inilah pengertian muhasabah diri kepada umat islam - di mana kita.
Jangan hanya guna akal untuk berfikir, tetapi belajarlah menggunakan gerak hati - qalbu - jika kita akui setiap hari memuja dan memuji Allah s.w.t dalam setiap zikir dan wirid. jangan pula cepat terlalu percaya dengan dakyah sekalipun yang bercakap itu tidak berhenti membaca ayat-ayat Allah s.w.t. Ingat, yang yang pandai baca ayat Quran pun akan tercampak dalam Neraka dan jangan mudah menuduh orang yang tak tahu baca ayat Quran tidak boleh masuk Syurga meskipun ia yakin bahawa Allah itu adalah kuasa segala-galanya.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata