Sunday, January 3, 2010

SEBAT: KARTIKA SERI DEWA LAYAK DIBEBASKAN

Dari seawal tahun lalu, kisah Kartika Seri Dewi Sukarneo, anak kelahiran Perak yang dijatuh hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah Pahang belum berkesudahan. Apa yang berlaku bukan lagi isu, tetapi sudah menjurus kepada 'jatuh'nya maruah seorang wanita yang diarak ke sana sini dalam soal hukuman sebat ini.

Hukuman yang diciptakan oleh Allah s.w.t adalah untuk memberi pengajaran bukan sahaja kepada sepelaku jeniayah syariah, kononnya meminum arak dikhalayak ramai di sebuah hotel, tetapi kepada penganut yang menjunjung ajaran islam.

Terlalu lama Kartika menunggu hukuman sebat yang tidak kunjung tiba. Sebenarnya, jurusebat yang benar-benar didiak untuk menyebat dalam hukum Islam tidak dilatih oleh pihak kerajaan. Jurusebat yang ada cuma dilatih untuk menyebat 'pengkhianat' sivil yang caranya jauh berbeza.

Oleh kerana hukuman sebat itu sudah mula memberi tanda keinsafan kepada Kartika, biarpun belum di rotan, ia wajar dipertimbangkan untuk dibebaskan. keinsafan itu adalah yang dituntut oleh Islam dan Allah sw.t lebih tahu untuk memaafkan umatnya jika taubat nasuha dibuat secara tertib dan penuh keinsafan oleh Kartika.

Kini, kerana isu yang sudah ke tahap menjatuhkan maruah diri kartika itu sendiri, rumahtengganya pula menjadi purak peranda dan kehidupan anak-anaknya pula yang terpaksa menanggung aib dengan ejekan rakan-rakan sebanyanya.

Oleh itu, Paduka Sultan pahang wajar mengeluarkan satu perutusan bahawa Kartika wajar dimaafkan atas hukuman dunia ini kerana ia berlalu terlalu lama. Melihat kepada perubahan wadah kehidupan Kartika juga yang sudah jauh berubah, hukuman rotan itu juga boleh diperkenan dengan keampunan.

Biarlah akhirnya, diakhirat nanti Kartika berdepan dengan Allah s.w.t atas kesilapan. Semuga kesilapan kartika ini membuak ruang kepada lebih ramai dari kalangan penagih arak terutama dikalangan uamt Islam turut mengisafinya.

Jika mahu menangkap dan menghukum golongan minum arak ini memang tidak terhitung ramai. Jabatan pencegahaan agama setiap negeri boleh menyerbu setiap kelab hiburan pada setiap malam untuk menangkap kumpulan sesat dalam cahaya kemewahan ini.

Soalnya, kenapa pendakwah-pendakwah yang behgitu hebat mengaku aku lebih islam dan dibayar dengan harga yang begitu mahal dalam setiap ceramahnya tidak turun ke tempat hiburan untuk menjalankan tugas dakwah bagi membetulkan akidah yang rosak ini.

Jangan hanya pandai menunding jari kononnya kerajaan yang memberi lesen hiburan untuk dijadikan sarang minum arak atau menagih dadah, sedangkan di kelantan yang tidak ada kelab hiburan pun penyakit minum arak begitu berluluasa dikalangan generasi muda.

kenapa tidak ada unit ditubuh untuk mengambil tindakan dengan menghantar kempulan ini ke satu kem untuk dipulih jati diri dan akidah keislaman agar mereka kmembuang tabiat minum arak. Jika dalam politik ada kem bina semangat untuk memperkasa perjuangan parti masing-masing, kenapa golongan ini tidak dihantar ke kem pemulihan semangat.

Sewajarnya, perkara ini perlu diberi keutamaan, buka bercakap soal politik dabn bergadung dalam hal-hal idealogi politik yang tidka pernah kesudahan.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata