Sunday, January 31, 2010

DAP KOMUNIS BARU : RUPANYA PEMIMPIN MELAYU PKR BARU SEDAR

Mutakhir ini lagi kecoh. Ikatan politik pembangkang menampakkan semakin rapuh. Ia sekaan menunggu maruh runtuh dan hancur berkecai. Pemimpin Melayu PKR baru terasa dipermainkan oleh DAP.

Manakala pemimpin PAS pula terus mendiam diri selepas kesilapan membenarkan Kalimah ALLAH boleh digunakan oleh pihak Gereja katolik, gara-gara terlalu bersumpah setia dengan DAP.

Lebih terkejut sehari dua ini, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato' Seri Zaharin Hashim, pula tiba-tiba bangkit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati yang membakar api kesabaran apabila menuduh Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai pemimpin berjiwa komunis dan anti Melayu.

Kemunculan kenyataan akhli Perliman Bayan Baru itu, sebenar sekadar mengesahkan tulisan saya sebelum ini bahawa DAP seebnarnya membawa idelogi politik komunis. Idealogi ini yang membuat DAP begitu bertegas untuk menolak dan tidak mengiktiraf Pelembagaan Persekutuan bahawa agama rasmi Malaysia adalah ajaran Islam.

Ketika keghairahan Anwar Ibrahim yang 'gila dan kemaruk' untuk menjadi Perdana Menteri, DAP mengambil kesempatan untuk mengucar kacir perpaduan negara ini. Gerakan DAP adalah untuk menguji apakah Anwar boleh menjadi 'si-Kitol' atau 'pemusnah' perpaduan bangsa Melayu yang utuh sekian lama sejak eran Kesultanan Melayu Islam Melaka.

DAP memang sudah lama mengkaji seribu sejarah, bahawa untuk menghancurkan perpaduan Melayu yang begitu utuh perlu menggunakan 'Melayu juga'. Sejarah membuktikan Melayu yang akan menghancurkan Melayu itu sendiri.

Akhirnya, DAP terjumpa 'orang gila - Anwar' yang boleh dijadikan senjata untuk memlempiaskan impian lama selepas Cheng Peng menyerah kalah. Namun, Komunis yang berjuang di hutan sudah berkubur, tetapi hidup di bandar-bandar atas nama perjuangan politik yang dihalalkan secara demokrasi.

Komunis berjaya menghidupkan kerajaan di Singapura. Sebab itu, Singapura tidak pernah senang melihat kejayaan dan kegemilangan Malaysia yang dicetuskan oleh Tun Mahathir dan kini Dato' Seri Najib pula berusaha membawa kesinambungan yang diinspirasikan oleh Mahathir.

Jika Singapura menjadi pusat kewangan kapitalis di Asia Timur, kini Najib bertekad menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Dunia. Dunia Islam dan Barat mula melihat satu pencapaian cemerlang Malaysia dalam sistem kewangan islam dan pusat pertumbuhan ekonomi Islam yang tumbuh dengan pantas.

Sebenarnya, Najib terlalu lama berguru dengan Mahathir sepanjang berada dalam kabinet. Plan dan perancangan najib tidak ubah gaya dan corak pemikiran Mahathir yang kreatif untuk kecemerlangan rakyat dan negara serta syiar islamnya.

Atas nama islam ini, DAP begitu benci. Atas nama memartabatkan umat Melayu Islam ini, membuat DAP lebih benci. Kini DAP berusaha keras untuk membantah hak keisitimewaan Melayu dalam pelbagai bidang. DAP tidak mahu Melayu menjadi lebih kedepan baik di segi pendidikan, ekonomi dan tolarasi kaum.

Justeru, kegilaan Anwar digunakan oleh menghancurkan kesatuan Melayu islam. Anwar digunakan oleh DAP untuk mengajak PAS dengan alasan 'rasuah, koroni' dan sebagainya diamalkan oleh Umno-BN. Pas yang sduah terlalu benci Umno kerana kekalahan di Terengganu pun terikut untuk bersama DAP, biarpun selama ini begitu dibencinya.

Akhirnya, PAS akhir-akhir ini mula sedar bahawa mereka sebenarnya menjadi alat DAP yang berfikiran komunis apabila terperangkap dalam isu kalimah ALLAH, apabila mengetahui DAP dibelakang Gereja Katolik.

Pemimpin Pas sedar kesilapan mereka yang kini mula ditolak secara berdikit-dikit oleh umat melayu islam di seluruh negara, gara-gara terlalu ingin mencari laba politik yang murahan hingga sanggup mengadai kesucian ajaran Islam.

kalangan pemimpin Pas sendiri berkecamuk dalam isu kalimah Allah. mana mungkin tokoh-tokoh agama dalam Pas yang setiap hari membaca dan mentafsir serta hampir 50 peratus ahli Pas hafis Quran dan Hadis boleh alpa dalam kes ini.

Apabila Zaharin mula menuduh DAP sebagai berfikiran komunis untuk menghancurkan Melayu islam, garis sempadan sebenar sudah mula menampakkan kebenaran siapakah sebenarnya DAP yang selama ini berjuang untuk menghakis kekuasaan Melayu islam dan menolak islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Sebenarnya, selepas kejayaan di luar dugaan pakatan DAP-PAS dan PKR dalam pilihraya umum ke12 lalu, DAP sudah mula tamak dan menganggap UMNO-BN terlalu lemah. DAp menyifatkan perpaduan Melayu yang utuh selama ini sudah hancur.

DAP sudah salah tanggapan bahawa Melayu mula memberi sokongan kepada Anwar dan Pas yang menguntungkan DAP dalam mencatur suasana ketegangan dalam politik negara.

Ketika melihat perpaduan Melayu berpecah ini, DAP menggunakan jarum terakhir untuk mengukur sejauh mana Melayu sudah berpecah apabila menggunakan Gereja katolik membawa isu kalimah Allah ke mahkamah.

Sebenar, para peguam tersohor yang ada dalam DAp sudah tahu lebih awal bahawa peluang untuk gereja katolik menang dalam isu Kalimah Allah ini agak besar. DAP mahu melihat sejauh mana keutuhan perpaduan melayu.

Jika dengan kalimah Allah yang akan dipertahankan oleh Pas dan Anwar, Melayu akan berada di belakang mereka, terbukti Melayu sudah boleh digula-gula ke arah menghancurkan kerajaan Umno-BN.

Hakikatnya, Melayu islam tidak mudah tersantun dengan keghairahan Anwar dan Pas. Akhirnya, DAP gagal dalam percaturan terakhir ini, selepas beberapa percubaan lain termmasuk mendapat Tanah Simpanan Cina yang diagih oleh Nizar di Perak selama 999 tahun tidak dibantah oleh umat Melayu islam secara total.

Percubaan DAP untuk menghancurkan ketuanan Melayu- Sultan-sultan apabila mencemuh Sultan Azlan Shah sebagai permulaan untuk menjadi Malaysia sebuah negara rupablik hampir menjadi kenyataan apabila Melayu sendiri yang menyerbu dan menyeran kenderaan Sultan Perak selepas solat jumaat.

Inilah licikkan jarum komunis yang dimainkan oleh DAP. Melayu sudah juah tertipu oleh DAP yang menggunakan kesempatan dari 'kegilaan' manusia Melayu lupa diri - Anwar Ibrahim untuk menghancurkan maruah Melayu sendiri.

DAP yang mengajak Anwar dan PAS untuk menyalakan 'api dalam sekam' agar melayu Islam dan Malaysia tenggelam dalam bara panas apbila bermain dalam timbunan sekam yang begitu indah rupa di atas.

DAP sudah menguasai Pulau Pinang. Saya sedari awal lagi sudah jauh ke depan dengan mengutarakan dalam penulisan saya bahawa Pulau Pinang akan menjadi Singapura kedua. Wajah dan pemikiran Guan Eng dengan nasihat dari pemimpin utamanya Lim Kit Siang,sebenarnya saling tak tumpah Lee Kwan Yue di Selatan tambak Johor.

Guan Eng sudah mula mengorak langkah untuk meminggirkan Melayu islam di Pulau pinang. Peniaga kecil yang meraih sesuap nasi dengan kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang di tutup mata pencariannya, seddang gerai peniaga kaumnya di biar melata di segenap jalan di Pulau Pinang.

Akhirnya, pelua yang didominasi oleh Melayu suatu waktu dahulu akan hilang identiti melayunya. melayu akan diasing-asing mengikit tempat untuk dijadikan menoriti di setiap kawasan pilihanraya seperti berlaku di Singapura. Akhirnya, Melayu kehilangan suara.

Sebenarnya, piliharaya ke12 lalau Melayu islam sudah melakukan satu langkah yang silap. Melayu ketika itu sudah mencurah air di tempayang kerana begitu kuat dentum guruh di langit. Melayu terlalu percaya kepada 'pelesit dan hantu jembalang' yang berlagak 'malaikat' untuk menghancurkan kecemer5langan yang sudah digapai sejauh ini.

Hakikatnya, Melayu terlaupa bahawa ketika Anwar dalam Umno dahulu, Anwar Ibrahim inilah jaguh kroni, jaguh rasuah, jaguh memperbanyakkan pusat perjudian, jaguh yang mengajar ahli-ahli perwakilan rasuah ketika memimpin Team Wawasan.

Anwar Ibrahim inilah manusia yang mengadai maruah dengan merasuah setiap pemimpin bahagian Umno untuk mencalon beliau dan menolak Tun Ghafar baba dengan sebegitu aib.

Anwar Ibrahim ini juga yang mengkayakan kroni-kroninya ketika menjaga pembedaharaan Negara (kementerian Kewangan) hingga membelakkang Tun Mahathir dalam setiap perkara.

Anwar ibrahim ini lah yang banyak menipu pemimpin bahagian Umno, kononnya beliaulah yang melobi Mahathir jika ada sesatu perkara soal pangkat atau untuk menjadi ahli Perlimen atau DUN. hakikatnya, Anwar sebenarnya terlalu banyak 'berak atas pusu' untuk mengikat semua tokoh Umno terhutang budi dan mudah di arah jika mahu menjatuhkan lawan yang boleh mengugat kedudukannya.

Hari ini, kerana 'jubur' Anwar Ibrahim diketepikan oleh Mahathir. Mujurnya Allah s.w.t memberi kesihatan yang begitu baik kepada Mahathir untuk menjadi saksi kebenaranya ketika melucutkan jawatan Anwar.

Anwar dana kuncu-kuncunya beratus ribu yang bangkit mmengerjakan solat hajat untuk Allah s.w.t menjatuhkan segala bala kepada Mahathir, tetapi terbukti 'kebenaran' berpihak kepada Mahathir yang masih segar bugar dan waras dalam melontar idea bernas untuk kemajuan negara dan umat Islam serta rakyat Malaysia.

Barangkali Allah s.w.t menghidup dan mensihat walfiat mahathir untuk dijadikan sempan pemikiran kepada rakyat Melaysia terutama melayu islam yang mudah melatah, bahawa Anwar Ibrahim tidak difitnah kerana kuasa, tetapi kerana perbuatan itu jelas.

pada selasa 2 Februari ini, sekalai lagi Anwar Ibrahim akan diseret ke mahkamah untuk dibicarakan atas kes liwat yang dilakukan ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhori.

Saiful sudah bersumpah laknak di masjid Wilayah Persekutuan dan kini tenang, sihat selepas sumpah ikhlasnya. Anwar sduah dua kali diajak bersumpah laknak, semenjak zaman mahathir dan kini bersama Saiful, tetapi kenapa harus takut jika kita benar.

Bukankah islam mengajar kita ' berani kerana benar'. Jika kita Anwar tidak bersalah, Anwar saya percaya akan berani bersumpah di atas 40 mimba masjid sambil membaca kuthbah.

Semenjak kes liwat sejak zaman mahathir, Anwar sudah tidak berani lagi membaca kuthbah. Siapa yang kenal Anwar, jika beliau tidak salah - 100 kali sehari pun beliau akan bersumpah laknat.

Apa lagi dengan Saiful yang tidak pernah dikenali ramai. Saiful bukan orang politik, malah hari ini sudah keluar dari PKR dan tidak menyertai mana parti politik. Sebenarnya, Anwar yanglebih mengenali Saiful luar dan dalam.

Jika dengan budak kecil yang pernah menjadi hamba suruhan kita, Anwar Ibrahim takut untuk bersumpah laknat, tidak mustahil jika Anwar begitu beria-ia menyokong Gereja katolik untuk dihalalkan menggunakan nama Allah, sedangkan golongan itu sudah kafir dan bukan lagi membawa ajaran Semawi yang sebenar-benarnya.

kini Anwar sekali lagi terus bernaynyi lagu lama dengan 'road show' murahan untuk mendapat simpati rakyat. Tetapi, Anwar terlupa bahawa cita-citanya untuk membicarakan kes liwatnya di Mahkamah Syariah juga menuntut dilakukan sumpah laknat kerana Saiful sendiri mendakwa dirinya di liwat.

Apabila Saiful sendiri berani mendakwa dan sedia bersumpah laknat, Anwar yang dituduh pun juga kena bersumpah laknat. Ini kerana yang dituduh tidak perlu membawa empat saksi kerana Saiful sendiri yang mendakwa dirinya di liwat.

Anwar lupa apa yang terkandung dalam al-Quran. Cari ayat ini dan jangan hanya ingat Anwar boleh terlepas dari pembicaraan jika ke mahkamah Syariah atas alasan tidak ada empat saksi.

Dua hari lalu, Anwar ke Surabaya kononnya melawat pusara almarhum Gus Dur. Sebenarnya itu, cuma alasan selingan, tetapi Anwar meminta pertolongan 'orang-orang bijak - alim' untuk mendoakan agar terlepas dari 'bala liwat yang diciptanya sendiri'.

Ingatlah, tidak ada siapa pun termasuk Nik Aziz yang mampu mengumpul orang penuh Stadium sultan Muhamad Kota Bharu untuk bersolat hajat bagi membebaskan Anwar dan menjatuhakn bala kepada Saiful, Allah s.w.t Maha Adil lagi Maha Mengetahui, siapakah yang terkutuk sebenarnya.

Ingat, Allah s.w.t lebih mendengar doa dari orang-orang terainyanya seperti Saiful yang dimalukan oleh Anwar.

Bukankah hubungan Anwar dengan Wan Azizah sudah jauh renggang dan kini hidup dalam kepura-puraan. Azizah lebih tahu sebenarnya Anwar begitu hipokrit. Azizah jauh lebih tahu bahawa kali ini benar Anwar tidak lagi di dakwa atas dasar politik seperti di dakwa ketika zaman Mahathir, tetapi hakikatnya Siful memang di liwat oleh Anwar.

Jika Anwar akan ke penjara sekali lagi dan 12 peguam hebat Anwar tidak akan mampu melawan kebenaran Saiful, inilah peluangnya DAp menangguk di air keruh sekali lagi untuk mempengaruhi minda melayu islam bahawa mahkamah diarah oleh kerajaan agar membawa Anwar ke penjara.

Sekali lagi, mahkamah dan krisis ketidak percayaan kepada hakim akan timbul kononnya kerajaan Umno-BN di belakang hakim. DAP sudah sedia untuk berketawa dengan gerakan politik mereka. DAP masih dendam dengan peristiwa 13 Mei 1969 dulu yang usaha untuk menghalau Melayu balik kampung tidak kesampaian.

Tetapi, DAP sudah merancang bahawa kali ini, peristiwa sama akan berlaku tetapi pergaduhan antara 'Melayu dengan Melayu'gara-gara membela Anwar Ibrahim. Tunggu dan lihat nanti dan jangan pandang sebelah mata dalam hal ini.

Hakikatnya, cukuplah sendiwara - MAHATHIR MENANGIS, MELAYU KETAWA. Ketawa Melayu itu sebenarnya sudah menghampiri kehancuran Melayu Islam diakhir-akhir ini. Air mata Mahathir dulu bukan senda gurau untuk mendapat simpati rakyatnya terutama melayu islam, tetapi tidak mahu Melayu menjadi 'pandir' di bumi sendiri.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata