JANGAN BAKAR RUMAH IBADAH : SATU DOSA BESAR
Kekecohan mula berlaku apabila baru tiga gereja - Metro Taberate di Malawati, Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya - mula terbakar gara-gara keinginan Gereja katolik mahu menggunakan kalimah Allah dalam seruan ajaran Kristian di Malaysia.
Apapun isu pembakaran geraja ini baru satu permulaan kepada kemarakan api yang lebih besar jika tidak dikawal dan diberi perhatian serius oleh kerajaan. Inilah racun-racun permusuhan yang dirancang begitu rapi untuk menghancurkan kehormonian kaum di malaysia yang wujud sekain lama.
Gereja Kristian juga sudah tahu akan resikonya, tetapi kerana ada pihak yang berada di belakang untuk membuka jalan agar tercetus 'huru-hara', sepak mula kekecohan seakan baru terletus uantuk membawa seribu luka lain lagi.
Negara sudah dalam pemulihan ekonomi yang begitu pantas hasil gerak kerja bijaksana pakar-pakar ekonomi yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato' Seri najib Tun Razak, dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia.
kejayaan awal negara memulih ekonomi sewaktu era tun Mahathir, sekali lagi berjaya di bawah Najib, biar pun kesan kemelesetan itu mula berlaku di zaman Pak Lah Badawi.
Kejayaan ini yang begitu dibenci oleh anasir dalaman dan juga pihak luar yang sejak dulu lagi ini menjahanamkan ekonomi sebuah negara islam yang kecil tetapi begitu berjaya di bawah pengaruh pemimpin Melayu islam.
Kini kecaman demi kecaman dari pangaruh peolitik dalaman yang bergabung menjadi satu untuk menghacur kekeuatan politik Umno-BN, tetapi anasir luar tetap di belakang untuk menghancurkan kekuatan islam.
Ingat sejarah peninggalan Inggeris di Tanah Melayu dulu dengan mewujudkan Pas untuk menghacurkan sesama Islam. Pas yang dikatakan membawa viriasi lebih Islam akan menjadi penghasut sesama Melayu kepada perpecahan politik. Inggeris membayangkan perpecahan sesama umat Islam akan berakhir dengan kemerdekaan negara ini akan ditarik balik oleh Inggeris.
Namun, kebijaksanaan pemimpin negara berjaya mengatasi segala isu fitnah kafir-mengkafir dengan rakyat ramai menilai dengan kebijaksanaan sendiri bawaan Pas.
Apa pun, dalam soal penggunaan kalimah Allah ini, siapa sebenarnya di belakang Gereja katolik hingga berani membawa kes itu ke Mahkamah. Sedangkan Gereja sendiri sudah tahu akan bahananya akan berlaku penentangan kuat dari umat Islam di negara ini.
kerjaan perlu mencari dalangnya siapa di belakang Gereja katolik kerana golongan ini yang sebenar cuba mencetuskan huru hara. Apakah masih tidak cukup untuk mencabar kesabaran Melayu islam dengan penghinaan di secdut permainan politik sejak akhir-akhir ini.
Begitupun, umat Islam perlu bersatu dan bermuhasabah diri untuk menangani kes ini dengan sabar dan berdoa kepada Allah s.w.t agar mendapat jalan penyelesaian tanpa bertumpah darah.
Hakikatnya, adalah amat bersalah dan berdosa besar jika kita melepaskan kemarahan dengan membakar rumah ibadah orang lain, sekali pun ia bukan rumah ibadah orang islam.
jangan bangkitkan kemarahan ini kerana ia melanggar ajaran islam, selagi isu ini tidak menampakkan setu penghinaan dan menganggu gugat amalan umat islam itu sendiri. Kita harus bermuhasabah dengan sabar dan serahlah kepada kebijkasanaan kerajaan untuk mengatasi bantahan umat Islam.
Apapun, sudah terbukti umat islam masih terus bersatu jika ajaran islam cuba diperkotak-katik, apa lagi kalimah Allah adalah kalimah yang begitu suci dan tinggi pemahaman spritual kepada umat Islam semanjak zaman bermulanya kehadiran Nabi Muhamad s.a.w yang menyampaikan ajaran ini kepada semua.
Adalah diharapkan agar Gereja katolik tidak terus berdegil dengan niat mereka untuk menggunakan kalimah Allah dan mereka masih boleh berdakwah dengan amalan yang sudah sekian lama mereka amali.
Jangan kita hancurkan kedamaian dan kehormonian kaum di negara ini yang sekian lama begitu teguh tanpa gangguan.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata