Friday, April 16, 2010

ZAID: PAS KELANTAN TELAN LUDAH SENDIRI

Pemilihan Dato' Zaid Ibrahim bertanding pada pilihanraya kecil Perlimen Hulu Selangor, membuat Pas Kelantan khasnya dan Pas pusat umumnya terpaksa menelan 'ludah sendiri' yang pernh dipalitkan ke muka Zaid sebelum ini.

Zaid amat dibenci oleh pucuk pimpinan Pas Kelantan dan pengikut fanatiknya kerana Peguam tersohor itu pernah menyaman Kerajaan Pas Kelantan yang melulus Hukum Hudud di Dewan Undangan Negeri.

Walaupun ADUN Kelantan melulus pelaksanaan Hukum Hudud, tetapi kerajaan Pas kelantan tidak berminat untuk melaksanakan hukum itu, sekalipun kemudianya Zaid menarik balik fail saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Sebenarnya, Pas cuma mahu berlagak kononnya melulus Hukum Hudud dari draf hudud yang dilakukan oleh Firma Guaman tokoh Pas Terengganu dengan harga lebih RM250,000. Akhirnya, wang rakyat hangus - Huklum Hudud tinggal kata-kata palsu sahaja.

Untuk pengetahun umum, ketika Zaid bertanding di Perlimen Kota Bharu pada pilihanraya umum 2004, pemimpin Pas Kelantan yang mengarahkan anak buah mereka memasang bena besar di serata tempat - "Zaid Kaki Botol - Zaid Brandi, Zaid kaki Judi dan sebagainya gelaran buruk kepada Zaid'.

Tetapi, semalam Pengarah Piliharaya Pas Kelantan, Fatah Harun, dengan bangga memberitahu wartawan bahawa Pas kelantan akan membantu Zaid di Hulu Selangor dan melupakan kesah silam palbagai tuduhan ke atas Zaid.

Ketika 2004, ahli Umno Kota bharu begitu bertungkus lumus untuk mempertahankan maruah Zaid ketika di fitnah oleh Pas dengan gelaran Zaid Brandi dan kaki judi Kuda. Akhirnya, kesepaduan ahli Umno Kota Bharu dan gerakan rahsia Ni9k Aziz di belakang tabir yang mahu Zaid menang - Zaid akhirnya berjaya menewaskan calon PKR yang juga Pengerusi PKR Kelantan - Ramli.

Kemenangan Zaid dengan bantuan 'rahsia' Nik Aziz selaku Menteri Besar itu kerana Nik Aziz 'benci' dan tidak boleh menerima calon PKR. Nik Aziz sebenarnya, menolak calon PKR. Pertelingkahan Pas dengan PKR berlaku hebat di Kelantan pada pilihanraya 2004 yang hampir membuat Pas menguasai Kelantan dengan mejoriti tipis - dua kerusi.

Sebenarnya, jika tidak kerana rusuhan dari penyokong Zaid di Pejabat Umno Kelantan apabila tidak dicalonkan - gara-gara isu moral serti dakwaan Pas, Zaid sudah tidak disenaraikan. Yang dicalon dan dipersetujai oleh Pak Lah ketika itu adalah Dato' Nordin Razak - Bekas Ketua Pengarah DBKL.

Kesetian pengikut Zaid di Kota Bharu di ketuai oleh Dato' Kamaruddin Abdullah dan Dato' Fatmi sendiri ketika itu membuat Zaid dicalon semula demi keharmonian dan keutuhan perpaduan Umno menghadapi pilihanraya umum ke-11.

Zaid tersingkir dari senarai biarpun ketika itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan kerana sudah terhidu isu moral dan akhirnya Pas mengambil kesempatan untuk menyebar di setiap kain rentang bahawa - 'Zaid tahi Arak dan Tahi Judi'.

Setiap simpang jalan di Perlimen Kota Bharu, kain rentang - Zaid tahi Arak, Tahi Judi - yang dipasang oleh Pas di buang oleh Pemuda Umno, akhirnya di pasng dan terus di pasang semula oleh Pas.

Zaid dilihat oleh Pas terlalu tidak bermoral kerana kaki arak, kaki judi dan tidak Islamik kerana mencabar Hukum Hudud.

Kenyataan Fatah itu membuat pengikut Pas terkedu. Jelas Pas selalu menghalalkan segala perkara asal bersekongkol dengan mereka. Pas boleh melupakan segala-gala kata nista mereka asalkan orang itu bersama dengan perjuangan mereka.

Jika isu Zaid dikota Bharu yang dicipta oleh Pas itu berbangkit di Hulu Selangor, apakah Pas akan mempertahankan Zaid hingga ketitisan darah terakhir sekalipun Zaid masih tidak meninggalkan segala tuduhan Pas selama ini.

Suatu yang tidak jelas dari dakwaan Pas bahawa Zaid menarik undi Cina Kota Bharu dengan 'YAM-SENG' pada malam akhir sebelum menang pada 2004. Ketika malam akhir bersama tokoh-tokoh berpengaruh Cina Kota Bharu, Zaid cuma datang seorang diri untuk berunding dan 'YAM_SENG'.

Dakwaan ini yang dibuat oleh Pas, bukan dikalangan Umno yang tidak dapat menjadi saksi di malam akhir pilihanraya 2004.

Pas Kelantan yang banyak menghina Zaid ketika itu atas alasan Zaid Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Hari ini, Pas Kelantan akan membawa bala tenteranya ke Hulu Selangor untuk membela, memuja dan memuji Zaid. Pastinya, perkara yang pertama akan di bawa adalah - Zaid adalah 'keluarga terdekat Nik Aziz' yang layak di beri undi.

Pas Kelantan akan membawa isu bahawa Zaid terpaksa menyertai Umno dulu kerana untuk menari peluang dalam perniagaan dari firma guamananya. Kini Selepas Zaid mendapat segala keuntungan dan meraih kekayaan, Zaid berjuang bersama kita.

Pas kelantan akan membawa usul bahawa kepulangan Zaid tidak ubah seperti islamnya Saidina Umar yang sebelum itu begitu kuat menentang Nabi Muhamad s.a.w. Pas Kelantan pernah mengisytiharkan Abang Jak - Singa Umno Rantau panjang sebagai 'Khalid Ibu Walid' selepas menyertai Pas.

Apapun kedudukan Zaid, kekalahan di Hulu Selangor sudah berada di ambang pintu ketika PKR dan Pas sendiri sudah mula diragui perjuangan mereka.

Pas tidak lagi bercakap soal Hukum Hudud, perjuangan untuk menjadi Malaysia negara Islam demi menjaga perasaan kafir Harbi - DAP. Dulu, Pas begitu beria-ia mengkafirkan Umno kerana berpakat dengan bukan Islam dalam memimpin negara, tetapi hari ini siapa Pas sebenarnya yang terpaksa akur dengan setiap olah DAP agar Pas tidak bercakap soal Islam.

Pas sudah menjadi 'lembu di cucuk hidung' yang terpaksa akur kepada segala kehendak DAP dan Anwar Ibrahim, sekalipun terpaksa akur kepada tuntutan Gereja Katolik untuk menggunakan nama Allah.

Kepada rakyat di Hulu Selangor yang bakal mengundi pada 25 April nanti, buatlah keputusan yang memeranjatkan untuk menolak Zaid - PKR, PAS dan DAP bagikan tsunami politik baru.

Setiap hari YB dari PKR melarikan diri dari pautan parti 'penipu' itu. Ini membuktikan PKR sudah menuju jalan kehancuran yang nyata. Terbaru di Kedah dan kini kerajaan pimpinan Pas Kedah terus tertekan dan berada dalam kedudukan tersempit untuk menjunam jatuh sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi di Kedah sedikit waktu nanti, sebelum beralih ke Selangor. Ramai di kalangan wakil rakyat Pas pun mula menyedari perjuangan mereka sudah jauh tersasar semenjak bergabung dan terpaksa mengikut telunjuk DAP.

Perjanjian Syaitan seperti yang dikatakan oleh Kickdefella antara PAS dengan PKR dan DAP tidak akan kekal lama. Penyokong Pas yang tidak terlalu fanatik mula menyedari hakikat mereka selama ini tertipu dan terlena di ulit dengan ayat-ayat Quran dan segala Hadis, sedangkan pemimpin mereka sudah jauh tersimpang dari perjuangan sebenar.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata