Thursday, April 22, 2010

NIK AZIZ ARAH SERANG HULU SELANGOR

Ketika jentera PKR lumpuh di Hulu Selangor, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat, yang baru kembali dari Mekah petang semalam - sudah mengarahkan Pas perlu mengempur Hulu Selangor bagi membantu Dato' Zaid Ibrahim, yang ada pertalian keluarga dengannya.

Justeru itu, kini pemimpin-pemimpin Pas tampil menjadi panglima perang untuk berceramah bagi menjelaskan bahawa bersihnya orang bartaubat kerana minum arak dan pernah berjudi kuda.

Pas yang dulu menghina Zaid dengan tuduhan fazik,kafir, kaki botol dan kaki judi Kuda terutama ketika bertanding di Perlimen Kota Bharu pada 2004, kini tampil untuk menagih pengampunan Zaid sebagai membals budi ketika Zaid mula terdesak.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, dengan ghairah bahawa 10,000 jentera Pas seluruh Malaysia digerak di Hulu Selangor bagi memastikan Zaid menang. Pas kini menjadi penyelamat di saat genting ketika jentera PKR sudah lumpuh.

Pas sebenarnya bukan penting sangat soal pilihanraya. Pas lebih senang Zaid kalah kerana pada pilihanraya umum ke-13 nanti, Pas akan meminta untuk bertanding di Hulu Selangor. Ini motif terbaru Pas di Hulu Selangor.

Pas hadir di Hulu selangor untuk menanam 'benih' yang hasilnya akan dituai pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Pas sudah tahu Zaid akan kalah dan ini adalah peluang Pas untuk menuntut kerusi lebih sebagai tanda kekuatan jentera pilihanraya mereka boleh mengegar di segenap tempat pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sebenar Pas adalah sebauh parti yang licik dan seringkali akan menuntut yang 'lebih' ketika mereka tahu PKR sedang bermasalah. Jalan terakhir, apabila tuntutan mereka tidak diterima nanti, Pas akan keluar dari Pakatan Haram ini dan bertanding sendiri.

Gerakan licik ini susah mula dirancang, terutama apabila mereka mula menghidup 'noda' Anwar Ibrahim sudah tidak boleh ditutup dengan daun kelapa sawit dan kini rakyat dan pemimpin kanan PKR sudah keluar beramai-ramai setiap hari.

Pas cuma menunggu waktu sesuai dan satu gerakan ke arah itu dilakukan secara sulit, terutama ketika penerima rakyat terhadap Pakatan Haram ini mula merudum. Pas bukan sahabat yang baik kerana sejarah terbukti Pas mula mengencing UMNO-BN selepas pilihanraya 1974 dulu.

Pas bila bercakap, air liur berbuah atas nama Islam tetapi sekadar cakap, bukan amalan nyata. Pas cuma membawa mesej islam, tetapi perbuatan mereka begitu hipokrit.

Selepas balik dari Mekah, Nik Aziz akan turun ke Hulu Selangor tanpa berkerusi roda berbading ketika di Mekah. kebiasaannya, orang yang di terima Allah sw.t ketika di Mekah akan lebih gagah berkat doa untuk ikhlas beribadah.

Jika di Meka berkerusi roda, tetpai turun di Hulu Selangor gagah berjalan - jelas inilah ulama politik yang akan tampil membela Zaid. Plabagai ayat Quran dan cerita sejarah akan diketengahkan kepada rakyat Hulu Selangor bahawa Allah s.w.t sudah memberi petunjuk kepada Zaid agar meninggalkan tabiat minum arak dan judi kuda ini.

Apakah benar Zaid sudah bertaubat. Apakah Kuda 'Kelantan' kesayangannya yang dijaga dengan puluhan ribu setiap bulan di Singapura sudah dijual. Apakah, pengakuan Zaid di Hulu Selangor atas segala tuduhan yang pernah di buat oleh Pas itu sekadar di Hulu Selangior dan selepas ini tabiat lama berulang semula.

Cara pengakuan Zaid tidak ubah seperti Dato' Chua Soi Lek yang tampil meminta maaf kepada umum secara terbuka gara-gara tuduhan melakukan hubungan songsang dengan perempuan simpanan. Kepada umum, Soi Lek begitu 'berani dan jantan'.

Tetapi, Anwar jelas tidak bernai untuk membuat 'sumpah al-Quran' apabila yang menuduh dalam isu liwat mengajaknya bersumpah di masjid. kenapa Anwart tidak berani. Jika Anwar anggap sumpah itu tidak memberi kesan di bumi Melayu ini, Anwar boleh bersumpah di depan Kaabah bersaksikan Haji Hadi dan Nik Aziz sendiri.

Kes Soi Lek dan Zaid berbeza. Kepada masyarakat Cina - ia satu perlukan biasa dan bukan luar biasa kerana ada perkara yang menghalang untuk berkahwin lebih dari satu. Masyarakat Cina boleh menerima permohonan maaf Soi Lek dan memberi ruang untuknya memimpin MCA. Kemaafan Soi Lek adalah satu taubat moral kepada masyarakat Cina.

Tetapi, kenapa Pas measih mempertikai isu moral Soi Lek, sedangkan kali ini mereka beria-ia mahu mempertahankan Zaid di Hulu Selangor, sedangkan isu moral Zaid ini didedahkan oleh Pas sendiri dulu.

Sebenarnya, saya tidka terkejut dengan sikap Pas untuk membela Zaid. Ini memang perangai Pas. Ketika lawan mereka cemuh dan hina, tetapi bila berkawan dengan mereka aib yang mereka dedah dulu cuba di tutup dengan minyak wangi.

Tetapi, Zaid adalah penganut ajaran Islam yang sudah jelas diharam dalam soal minum arak dan judi. Zaid berdepan dengan masalah 'moral' didikan islam tulin dan terpaksa berdepan dengan mejoriti pengundi Islam.

Zaid memang mengharap sentuhan Nik Aziz saat akhir di Hulu Selangor, seperti mana Zaid mendapat sentuhan Nik Aziz pada dua hari terakhir yang membolehkan Zaid menang di Kota Bharu pada 2004. Nik Aziz yang membunuh kejayaan Pengerusi PKR Kelantan ketika berdepan dengan Zaid 2004.

Ketika itu Nik Aziz tidak boleh menerima PKR secara terbuka. Jika boleh Nik Aziz tidak mahu satu pun kerusi PKR bertanding di Kelantan ketika itu. Tetapi, ugutan PKR akan menyokong Umno, membuat PKR boleh bertanding. Kesannya, Pas hampir kencundang di Kelantan pada 2004.

Bila dengar Nik Aziz mahu turun di Hulu Selangor, ramai panglima perang Pas Kelantan dan pusat begitu gigh mengatur ceramah, termasuk Mat Sabu (HP 121) yang kes khalwatnya dengan isteri orang dibebaskan oleh Nik Aziz demi untuk menyelamatkan maruah Pas dari runtuh di Kelantan.

Inilah kelebihan Pas, apabila mereka bersalah terutama dikalangan pemimpinnya - mereka bijak menutup aib itu, tetapi mereka menjadi thagut dengan begitu hebat memfitnah orang lain, mengkafar sesama Islam kononnya berkawan dengan bukan islam dalam memerintah negara.

Hari ini, jika Pas bernai bercakap soal Hudud dan pembentukan Negara Islam jika memerintah - apakah DAP akan kekal membisu begitu saja. Pas kini sudah dicucuk hidung oleh DAP. Sebab itu, PAS aku dengan moto baru yang diberikan oleh DAP - PAS Untuk Semua.

PAS Untuk Semua itu apa sebenarnya...Pas kena iku apa kata DAP agar tidak menganggu soal penjualan Arak seperti yang berlaku di Shah Alam yang terus menutup mulut celupar Pesurujyaya Pas Selangor, Dato' Dr Hasaan Ali.

Pas kena akur penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh geraja Katolik kerana ia adalah hasil kerja diatur oleh DAP. Pas jangan lagi bercakap soal Hudud dan Negara Islam kerana DAp tidak suka pengundi cina lari menyokong BN.

Pas jangan lagi bercakap dan menyerang isu 'Murtad' kerana memang menjadi matlamat politik DAP untuk menyesatkan umat Islam agar meninggalkan agama itu.

Pas jangan lagi mempertahankan institusi Raja, kerana DAP mahu menghapuskan institusi Raja yang menjadi asas menjadikan Melayu Islam 100 peratus di bumi Melayu ini. Sebab itu, bila DAP menentang Institusi Raja - pengikut Pas yang sanggup berbaring di depan kereta Sultan Perak untuk menghalang ke Dewan Undang Negeri.

Inilah motto - 'PAS Untuk Semua' ciptaan DAP - bukan lagi 'Membangung Bersama Islam'. DAP tidak mahu Pas menggunakan nama islam dalam perjuangannya . Hakiaktnya, kerana nama Islam Hadhari yang menjadi dasar kerajaan bawah kepimpinan Pak Lah, yang membuat Umno-BN kalah teruk pada pilihanraya umum ke-12 lalu.

Biarpun, Nik Aziz dan panglima 'barua' Pas akan berkampung di Hulu Selangor - firasat saya dan juga dari sms rakan-rakan di Hulu Selangor, Zaid akan kalah teruk dan mejoriti BN akan pulih semula seperti asal sebelum ini. Tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata