Ketika di USM dulu - mengarap titik-titik Philosofi Karl Marx, Masolini, Socretes, Khaldum dan Niccolo di Bernardo dei Machiavelli memang menyeronokkan biar pun terkadang memeningkan kepala.
Merka masing-masing memiliki pandangan tersendiri baik bercorak komunis, sosialis, ke Islaman - tetapi penghujung terserap mesej kebaikan beragama sebagai asas kehidupan dan kemajuan suatu tamadun bangsa.
Namun, di akhir penemuan dari bahan pemikiran tokoh-tokoh pholosofi ini adalah minda kedekatan jiwa kepada nilai-nilai murni keagamaan dari padangan dan sorotan mereka ketika itu ke arah kebaikan bangsanya.
Seperti Philosofi China - Sun-Tze yang merencanakan kemulian hidup beragama - malah ada yang menganggap sebagai Nabi yang tidak bertaraf Rasul. Namun, biarlah andaian itu di buat - hanya Allah s.w.t yang lebih tahu hakikat kenabian atau kewalian seseorang terhadap ahli agama Samawi.
Begitu pun, selepas mengingat pengajian lama - teringat kesah tokoh Pholosofi, Niccolo di Bernardo dei Machiavelli, kelahiran Florence, Itali yang keluar melihat dunia pada 3 Mei 1469 dan kembali menghadap penictanya pada 22 Jun 1957 selepas meninggalkan sebuah buku 'pemikir politik' terakhir yang cukup popular untuk kajian ilmuan kini - Author of The Prince yang diterbit pada 1513.
Michiavelli adalah tokoh bijaksana dalam mengultra pandangan di sudut Sains Politik yang mengarab idea dari cetus ketamadunan politik Greek dengan resa idea - 'Mencari kuasa, menggunakan Kuasa untuk kekal berkuasa' - Polisi dari kuasa Rakyat untuk rakyat.
Pas tidak bebas dari menggulkan prinsip - cari kuasa untuk kekal berkuasa' hingga mengadaikan maruah ajaran islam yang dilaungkan selama ini. justeru itu, saya pernah menulis artikal bahwa pas sebenarnya sudah terlalu ramai melahirkan 'ulama Machiavelli'.
Ulama Machiavelli itu menggunakan kelebihan ilmu ajaran Islam dari yang dipelajari secara khusus dengan mentafsir al-Quran, hadis dan sejarah islam untuk menghukum orang lain yang tidak berpihak kepada pejuangannya.
Ulama Pas ala Machiavelli ini yang 'menghalalkan Cara' dalam segala bentuk biarpun terpaksa membuat fitnah, mengkafirkan sesama Islam, politik adu dumba asalkan kekal berkuasa, sedangkan rialiti perjuangan untuk rakyat tidak memberi kesan positif yang sebenar.
Ulama Machiavelli ini begitu nama keburukan orang lain, tetapi kerajaan Pas kelantan yang penuh sampah, kroni dan rasuah dilidungi.
Golongan ini sentiasa ada 'nas' untuk membela keburukan mereka, asal maruah peribadi pemimpin dan parti mereka setiasa nampak bersih dan terbaik. Kesan kebencian saya yang paling terlekat - apabila 'ayam laga' Pas, Mat Sabu dibebaskan dari tuduhan khalwat dengan isteri orang di Hotel Perdana dan jelas dalam bilik bernombor 121 secara berdua-duaan.
Pada epesiod lain, masih ramai anak-anak muda yang duduk berbual secara berpasangan di bawah pokok kelapa, pokok Rhu, atas motosikal dan kereta di dakwa kerana berkhalwat.
Apakah, mereka yang ditangkap itu bukan pemimpin besar Pas yang tersohor maka mereka di hukum, sedangkan pemimpin Pas boleh di bebaskan oleh Mahkamah demi menjaga maruah pemimpin dan Pas. Apa lagi, ketika itu sudah menghampiri pilihanraya umum.
Mat Sabu boleh bebas sedangkan mereka ditangkap ketika berdua dalam Bilik 121 Hotel Perdana, bukan di luar bilik. Ketika di ketuk pintu bilik oleh Pegawai Pencegah maksiat, ia mengambil waktu agak lama untuk di buka. Bukan pintu terselak tidak berkunci.
Apakah hukum Hudud ala Pas begini corak perlaksanaannya. Jika Mat Sabu tidak salah, kenapa tidak kekalkan terus bertanding di Kubang Krian.
Dalam kes sebelum Mat Sabu di tangkap, Pas menyebarkan fitnah kononnya pemimpin Umno Kota Bharu dilihat berdua-dua dalam lif Hotel Pardana dan setengahnya menyebar ditangkap khalwat dalam lif.
Ulama Machiavelli kelahiran Pas ini bijak mencari helah dengan tafsiran ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan pelbagai cerita sejarah untuk menghentam orang lain. Dakyah kepelasuan ini semakin menyerlah setiap kali pilihanraya.
Sebenarnya, Pas bukan pejuang Islam tulin - tetapi sekadar melempias nafsu politik dengan menghalacarakan ajaran islam. jika Pas benar-benar berjuang atas nama Islam, pastinya mereka akan lebih berhikmah dan bijaksana seperti ajaran Islam.
Jika tidak percaya perhatikan banyak cakap-cakap yang berubah-ubah mengikut masa. jika dulu haram, kini sudahmenjadi Haram soal kerjasama dengan orang bukan islam. Kini Pas menghalakan cara kerana sudah bersengkokol dengan DAP yang disifatkan kafir Harbi - Dap Menolak islam secara terang-terang.
Pas hebat mencari kelemahan titik hati Melayu dengan mentafsir Al-Quran, memberi hukum - tetapi hakikatnya segala hujahan mereka tidak berkepentingan ajaran islam yang sahih, tetapi semata-mata politik untuk kuasa.
Umat islam berpecah belah kerana anjuran politik Pas sejak dulu hingga ke hari ini, kononnya parti Melayu lain khususnya Umno adalah kafir kerana bergabung dengan bukan Islam untuk memerintah Malaysia.
Hari ini, apa dah jadi dengan fatwa kafir mengkafir Pas apabila mereka juga bergabung dan bersatu padu dengan DAP, malah ulama mereka berpelukan dengan pemimpin kafir dari DAP dan ada juga dari kalangan PKR.
Pemimpin Pas yang kononnya begitu Islamik menyerang pemimpin kerajaan rasuah, tetapi dalam kerajaan Pas di Kelantan, PKR selangor - rasuah macam - air makan minum - dilakukan dengan pelbagai kaedah. Pendedahan Kickdefella sekadar diperbaharui sedangkan itu adalah najis yang sudah lama berbau.
Jika dulu pas menyerang tun Mahathir kononnya memberi kekayaan kepada anak-anak, kini menenatu dan anak-anak kepada pemimpin Pas sudah menjadi kaya raya di Kelantan. Pandai pula cari 'nas' mengatakan dahulukan keluarga, kemudian sahabat dan akhirnya orang lain.
Umno menjadi teras kepada BN untuk memerintah negara berbilang kaum selepas Merdeka 1957 atas teras kepada Perjanjian Hudabiyyah yang dimeterikan oleh Nabi Muhamad Rasulullah, akhirnya Pas tuduh kafir dan bukan kerajaan Islam, sedangkan Malaysia diiktiraf oleh negara islam lain sebagai sebuah negara islam yang berjaya.
Di Kelantan, sejak pas memerintah - kononnya membangun bersama Islam, tetapi hakikatnya cuma slogan kosong. Nik Aziz baru balik dari Mekah, apakah Nik Aziz tidak tengok apa ertinya pembangunan di Mekah. Apakah, islam menolak pembangunan untuk kepentingan rakyat.
Hari ini, di Hulu selangor - Pas pula beria-ia datang untuk membela Zaid yang mereka dulu fitnah dengan soal moral - kaki minum arak, kaki judi kuda dan pelbagai lagi kata-kata kesat Pas kepada batang tubuh Zaid ketika dalam Umno.
Sebenarnya, terlalu banyak untuk memjelaskna soal 'munafiknya' Pas yang dizahirkan oleh ulama Machiavelli kelahiran Pas. Biarlah rakyat yang merenung sendiri hakikat Pas sebenarnya - kerana Allah tidka melihat serban, kopiah, ulang alik ke Mekah bagi nampak alim dan bakal penghuni Syurga - tetapi yang dijelaskan dalam al-Quran adalah orang bertaqwa.
Bertaqwa adalah orang tawaduk dalam mengamal setiap ajaran Islam termasuk fardu Ain dan fardu Kifayah. Yang penting jangan sukan membuat fitnah, bersikap saling membantu, jangan menghina orang lain dan hindup dengan berkasih sayang bukan hanya sesama islam, tetapi bukan islam juga.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata