Wednesday, April 14, 2010

ZAID JADI MANGSA ANWAR DI HULU SELANGOR

Pertama sekali, pemilihan Dato' Zaid Ibrahim bertanding di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil perlimen di bawah payong PKR bermula pada 17 hingga 25 April ini, memberi satu kebanggaan kepada 'anak Kelantan' kerana dapat bertarung di negeri orang.

Zaid anak kampung tulen yang lahir di sempadan Bachok - Kota Bharu , Kampung Terap. Terdidik dengan asuhan agama yang cukup sewaktu kecil, tetapi kini sudah hidup ala Barat selepas bergelar multi Jutawan.

Ini satu adat biasa bila manusia itu sudah berjaya kerana terkadang manusia lupa bahawa setiap kejayaan dan kemewahan itu adalah kurniaan Allah s.w.t yang menunjukkan jalan terbaik. Tetapi, ada waktu manusia lupa hingga mengakui bahawa setiap kejayaan dan kekayaan yang diraih itu hasil kebijaksanaan dan kerja kerasnya sendiri, tanpa bantuah Allah s.w.t.

Saya tidak pernah dengar ungkapan - 'Zaid Brandi' yang dirungkai dari blog rakan-rakan lain. Zaid Brandi mungkin gelaran dari musuh politiknya kerana sebagai orang politik pakai baju koyak dan selipar jepun pun menjadi bualan hinaan.

Namun, kepada saya kenapa apabila berpolitik segala 'keburukan' harus di ditelanjangkan, ketika kita lupa setiap manusia itu adalah kebaikkannya tersendiri.

Kita bermain poltik dengan naiwatu untuk berbakti kepada rakyat. Kita berpolitik untuk meramaikan hubungan silaturahim. Kita bermain politik kerana dirasakan diri kita ada sedikit kelebihan untuk berkawan, bersahabat, berbincang dan memiliki idea untuk menyumbang ke arah kemajuan rakyat.

Bukan semua manusia dilahirkan untuk minat membuang waktu bermain politik, ketika sudah hidupa dalam keadaan begitu selesa dan mendapat ruang waktu yang begitu banyak dengan anak-anak dan keluarga.

Manusia juga tidak dilahir untuk menjadi malaikat, tetapi harus berusaha untuk lebih di kasih Allah s.w.t melebihi keupayaan malaikat jika berdaya mencari jalan penyucian qalbu.

Manusia bukan semua bersih dan baik. Jika tidak munum Brandi pun akan jadi kaki betina, mengumpat dan mengeji orang lain. Jika sudah terlebih duit, bini orang pun mahu dibelinya.

Sebab itu, saya mula mengundur diri dari aktif dalam politik kerana permasalahan ini. Bertanding sesama sendiri segala rahsia buruk orang lain di dedah dan fitnah bersuara di mana-mana. Apakah, politik itu tempat menabur fitnah jika mahu menang.

Memang Zaid ditolak menjadi calon pada pilihanraya 2004 dulu kerana dikatakan 'rendah moral' kerana kuat 'minum' dan 'judi kuda' di Australia. Tetapi tuduhan itu tidak jelas kerana tidak ada saksi untuk mengesahkan.

Jika benar, adakah Zaid meminta duit orang lain untuk membuat kerja yang dianggap rendah moral di segi kaca mata Islam. Terkadang umat Islam terlupa siapa Khalifah Muawiyah dan anaknya Yazid. Apakah mereka ini akan hidup dalam Neraka sedangkan mereka adalah pembunuh waris dan darah keturuanan Nabi serta Sahabat Empat.

Apapun, kesihan Zaid kerana begitu ghairah menyahut seruan untuk bertanding di Hulu Selangor sedangkan beliau tidak pernah memijak kaki ke sana. Apakah kerana 'gila' pangkat dan terlalu inginkan gelaran YB - Zaid begitu mudah untuk turun bertarung.

Zaid dengan Anwar bukan sahabat akrab sebelum ini. Mereka adalah musuh kerana Anwar berada di belakang Dato' Rastom ketika Zaid berlawan di Kota Bharu. Zaid kalah tipis dua kali di tangan Rastom di Kota Bharu kerana campur tangan Anwar dan orang Anwar ketika membilang undi.

Saya mengikuti pertarungan Zaid dengan Rastom secara dekat. Kali pertama saya ramal Zaid kalah kerana pengaruh Tengku Ahmad Ritaudeen masih bersama Rastom. Tetapi, kali kedua Zaid tertipu oleh tindakan 'spy' Rastom yang menyamar orang kuat Zaid dan akhirnya ketika dikumpul di Grand Olimpik Hotel dekat Stadium Negara, sebelum balik mengundi saya terkesan ada orang kuat Rastom akan balik semula kepada tuannya.

Ketika pertembungan kali pertama dan kedua, Zaid belum lagi sekaya hari ini. Tidak kaya tetapi berduit. Kepada Zaid, duit bukan 'halangan besar' baginya, asal hati puas dan menang.

Zaid yang pernah kecewa dengan Rastom pernah merajuk dan mahu melompat parti. Tetapi, akhirnya Zaid lompat juga menyertai PKR untuk bersama Anwar yang pernah 'membaham'nya suatu ketika dahulu.

Anwar membela Rastom ketika itu kerana membalas jasa atas sokongan Rastom membantu Anwart menang pertandingan Ketua Pemuda Umno Malaysia ketika menentang Dato' Suhaimi Kamaruddin. Begitu juga dengan Dato' Ismail Mamat dari Machang yang menjadi sahabat akrab Anwar sekalipun tidak menyertai PKR.

Jika Ismail menyertai PKR, hari ini perlimen Machang bukan milik Saifuddin Nastion, tetapi milik Ismail Mamat. Ismail terus kekal menjadi pejuang Umno di Machang dan isterinya kini menjadi Ketua Wanita Umno Kelantan.

Namun, firasat saya di Hulu Selangor, Zaid akan meneumui kegagalan yang pedih. Zaid sebenarnya tertipu oleh 'alakan' Anwar yang tahu Zaid akan mengeluarkan wang tanpa ada batasan jika mahu menang.

Zaid bukan manusia kedekut dan wang baginya adalah 'raja' untuk meraih kemenangan. Sayangnya, rakyat Hulu Selangor tidak kenal Zaid awal, jika tidak Zaid akan menang mudah kerana Zaid adalah pemurah dan manusia 'pendengar' yang baik setiap masalah rakyat.

Soalnya, kenapa Anwar terlalu awal mengguna Zaid ketika PKR mula berada di ambang pintu kehancuran. Anwar sepatutnya menyimpan Zaid berlawan di Kelantan kerana masyarakat di Kota Bharu atau Kubang Krian lebih mengenali Zaid yang pemurah.

Jika diukur disegi pemurah dan mudah menghulur - sikap Zaid adalah sama dengan Dato' Ibrahim Ali. Ibrahim rakyat sayang kerana sikap pemurah dan dilihat senang berkira. Tidak ada tokoh besar Umno di Kelantan sepemurah Zaid dan Ibrahim ketika itu, sekalipun tokoh lain juga kaya raya.

Seorang lagi dicerita orang tokoh Umno yang pemurah, tetapi tidak sekaya Ibrahim dan Zaid adalah Dato' Alwi Che Ahmad. Sebab itu, Alwi lebih disayangi oleh pengikutnya berbanding Ketua Bahagiannya sendiri.

Di Hulu Selangor - Zaid hanya akan berhabis duit, masa dan pengorbanan baru sebagai 'hamba' kepada Anwar dan PKR. Tetapi, mengenali Zaid - belaiu akan lompat lagi jika berlaku 'pertentangan' jiwa dalam satu perkara yang dia merasakan benar bagi dirinya.

Zaid tidak seprti orang lain kerana dia terlalu taat kepada Uminya dan segala perkara yang dia fikir benar - dia akan menentang ahbis-habisan tanpa memikir kesan kepada dirinya sendiri. Ini kerana dia tidak akan menjadi orang susah dengan kedudukan kewangan yang sedia ada, tetapi lebih mempertahankan maruah diri.

Begitupun, dengan kebangkitan semula citarasa rakyat kepada Barisan Nasional - V Mugilan (umum esok) - selaku tokoh tempatan akan meraih kemenangan besar. BN mengekalkan kerusi kepada MIC atas semangat 1 Malaysia dan kesepakatan serta amanah akui janji setia BN.

Pencapaian Najib yang jauh lebih hebat dari Zaman Pak Lah dan menghambat kecemerlangan Tun Mahathir mula mengubah pola kepercayaan politik rakyat kepada Barisan Nasional. Masyarakat pelbagai kaum akan lebih yakin kepada Najib kerana mengekalkan MIC bertanding atas semangat setiakawan.

Kepimpinan Najib adalah 'lanjutan' kepada kehebatan kepimpinan Tun Mahathir mula dirasakan oleh rakyat pelbagai kaum terutama dalam menjulang semula kemakmuran ekonomi ke arah kemakmuran sosial pelbagai bangsa sedia ada.

Namun, akar umbi BN perlu bersatu dan Umno Kelantan perlu lebih ramai di kerah untuk menyerang keribiliti kepimpinan Zaid di Hulu Selangor, bukan menyerang peribadinya. Bermain politik, jangan bermain body.

Jelaskan satu perbezaan yang nyata, BN berjuang untuk membela kemajuan rakyat, PKR berjuang untuk membela satu peribadi - Anwar Ibrahim yang mehu menghuru harakan negara ini selepas gagal mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri sekali pun kaki sudah di depan pintu.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata