Monday, April 19, 2010

PKR HULU SELANGOR AKAN LUMPUH

Pengumuman mengejut Dr Halili Rahmat, Bendahari PKR Hulu Selangor meninggalkan PKR dan menyertai Umno pagi tadi - satu lagi pukulan 'side kick' yang tepat ke muka Anwar Ibrahim. Terkini, Anwar sudah terhuyu-hayang menanti rebah di Hulu Selangor bersama Zaid Ibrahim.

Halili yang juga doktor peribadi Anwar sejak sekain lama dan orang yang turut bertanggungjawab membina kekuatan PKR sejak mahu dilahirkan, kini tidak mahu lagi bersama Anwar yang sebenarnya 'Bapa Hipokrit Malaysia'.

Pakar Bedah anak kelahiran Hulu Selangor yang disebut-sebut bakal calon di Hulu Selangor selepas sekian lama berjuang dalam PKR, cuma membuka sebahagian kecil kenapa dia membuat keputusan keluar dari PKR.

Halili berbuat demikian bukan kerana kecewa tidak dicalonkan oleh Anwar di Hulu Selangor, sebaliknya memutus Zaid Ibrahim yang kini dituduh rendah moral di sudut ajaran Islam.

keputusan keluar dari PKR direstui oleh Azmin Ali yang sebelum ini bertungukus lumus meyakinkan Anwar agar memilih halili sebagai pemimpin paling layak.

Tetapi, Anwar sebenarnya mehu memperjudikan nasib ke atas batang tubuh Zaid yang juga pemimpin rendah moral kerana masalah ketagihan arak dan kaki judi kuda - sama ada rakyat boleh menerima calon seperti itu sebagai mewakili batang tubuh Anwar sendiri yang terlalu rendah moral kerana isu Liwat.

Kepada Anwar, Zaid adalah 'umpan' untuk rakyat Hulu Selangor membuat keputusan - memilih parti atau moral calon. Sempadan moral diri Anwar kini terletak atas diri Zaid.

Azmin yang begitu akrab dengan Halili, begitu juga Samsul (ketua Pemuda PKR)sebenar yang merestui agar Halili membaut kejutan itu, selain ada seorang lagi pemimpin kanan PKR yang mengikut jejak Halili.

Sebenarnya, tindakan mengejut Halili itu cukup 'menakutkan' Anwar kerana segala masalah kesihatannya yang sakit secara 'pura-pura' termasuk saki tulang belakang bakal terdedah tidak lama lagi.

Halili akan mendedahkan segala-gala soal peribadi Anwar jika beliau di serang di Hulu Selangor. Namun, orang yang akan menyerang Halili adalah Azmin dan Samsul - sebagai 'satu pakatan' agar Halil tampil untuk membuat kenyataan balas.

Azmin dan Samsul sebenarnya mahu menghuruharakan PKR di Selangor dan memulang paku buah keras kepada Anwar yang kini mula melupakan 'rayuan' - cinta kasih sayang Azmin sekian lama. Anwar mula lupa segala 'kerelaan' Azmin selama ini hingga menolak cadangannya agar memilih Halili atau Samsul.

Anwar pada hatil kecil Azmin melihat Zaid yang dianggap 'macho', lembut dan menawan untuk dijadikan calon di Hulu Selangor. Apa lebih Zaid berbanding 'servis' yang diberikan oleh Azmin kepada Anwar, termasuk 'pengorbanan' isterinya Shamsidar demi untuk melihat kejayaan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Azmin sudah berkorban segala-gala, tetapi Anwar lupa perngorbanan besar Azmin selama ini untuk menolak rayuannya agar mencalon Halili. Justeru itu, Azmin segaja mencabar media agar mendedahkan bukti Zaid kaki botol.

Hari ini, pendedahan Zaid kaki botol yang pernah dibuat Azmin ddan Pas sendiri ketika pilihanraya 2004 lalu, menjadi lebih lebih bersar tentang keburukan keperibadian Zaid apabila didapati Zaid juga kaki judi Kuda yang tegar - malah ada kuda peribadi bernama -Kelantan- yang disimpan di Singapura.

Zaid juga ada memelihara kuda di banglow mewahnya di Pasir Hor. Ketika itu, saya juga ada memelihara 7 ekor kuda lumba yang dibeli di Perak, Kuala Lumpur, Singapura dan seekor dari New Zealand.

Saya menunggang kuda untuk riadah bersama adik beradik dan sekali sekali menyertai pertandingan Lumba Kuda Amatur di Kelantan dan Besut, Terengganu.

Sayangnya, kuda saya yang paling mahal dan paling laju yang dibeli dari New Zeland mati dilangar kereta sewa di Padang Bongor, Binjai Kota Bharu. Kuda yang saya panggil 'Rambo' itu lari liar selepas saya terjatuh dan menyeret saya hampir setengah kilometer.

Kuda itu berlari sepajang 5km dengan begitu laju biarpun tiga adik saya mengejar dengan kuda masing-masing, akhirnya melanggar kereta sewa di Padang Bongor. Selepas sejam, 'Rambo' boleh bangung semula untuk dibawa pulang, tetapi doktor yang merawatnya gagal menyelamatkan kuda kesayangan saya itu. Seminggu kemudian 'Rambo' meninggal.

Memelihara kuda memerlukan belanja yang besar, bukan setakat stable, tetapi makan dan ubat untuk memastikan ianya sihat. Jika wang itu dibel;anjakan untuk membela lembu, mungkin duit beli kuda boleh beli 50 ekor lembu dan boleh hasil pulang semula selepas jual.

Tetapi, kerana hobi dan kebetulan wang juga ada yang terlebih ketika itu - kuda jadi kegilaan kononnya mashu mengikut sunah Nabi menjadi pengungang kuda yang baik. Belajar naik kuda, jika tidak jatuh lambat pandainya.

Saya belajar naik Kuda diajar oleh guru saya, Wan Zaleha Radhi di Mont Kiara, Kuala Lumpur - kebetulan ketika itu membuat liputan sukan berkuda. Akhirnya, bila sudah menguasai - saya beli kuda sendiri. Mula-mula beli satu, kemudian tiga- akhirnya jadi 7 ekor dalam satu masa.

Setiap hujung minggu balik ke Kota Bharu untuk naik kuda. Kadang, saya melawat satu Peti undi sambil berbual dengan orang kampung dengan naik kuda. Suka juga bila singgah berbual di kedai kopi, kuda akan jadi tumpuan ramai. Itu cerita lama...

Apa pun, tindakan Halili ditengah-tengah Anwar berharap agar pemimpin PKR Hulu Selangor bekerja keras untuk menangkan Zaid - akhirnya manjadi satu purak peranda kepada PKR.

Apakah hanya Halili aakan keluar dari PKR di Hulu Selangor. Tunggu sehari dua ini, akan lebih ramai pemimpin yang mendokong perjuangan PKR di Hulu Selangor ini akan mengikut jejak Pakar Bedah ini.

Tidak meusathil, pakar bedah Halili ini akan 'membedah' segala penyakit 'sawan Awnar' selama ini. Tunggu dan lihat nanti.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata