Tuesday, April 27, 2010

ANALISIS PK HULU SELANGOR: TAHNIAH BN

Pertama saya ingin mengucapkan 'Tahniah' kepada P kamalathan yang mencipta kejayaan begitu baik sekali atas tiket Barisan nasional dalam pilihanraya kecil Perlimen Hulu selangor pada 25 April lalu.

Tahniah juga kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional, terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang begitu bertungkus lumus mengabdikan tanga dan waktu sepanjang kempen bermula.

Saya mengambil sedikit waktu untuk mencairkan satu analisis kerana segala firasat saya bahawa BN akan memenangi dengan mejoriti lebih dari 4 ribu tidak menjadi kenyataan. Yang mutakhir sekadar bermejoriti 1,725 undi sahaja.

Barangkali terlalu sukar membuat ukuran jika sekadar mengikuti perjalanan pilihanraya dari bersumber rakan-rakan yang bertugas di Hulu Selangor. pada umumnya, firasat saya begitu tepat jika berada sendiri di kawasan pilihanraya.

Seperti di pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, analisis BN menang dengan mejoriti 150 undi menjadi hampir tepat, begitu juga di Manik Urai yang satu kertas kerja saya serah sendiri kepada Tan Sri Muhyiddin bahawa Bn akan kalah dengan mejoriti kurang dari 100 undi menjadi realiti.

Sayanya, ketika di Manik Urai - kertas kerja saya di ketepikan oleh gerakan pemuda Umno, di samping unsur mencantas juga berlaku di saat akhir kerana ada yang kecewa diketepikan.

Namun, pemberi maklumat di Hulu selangor ada benarnya. Peningkatan undi melayu dan India jelas ketara. Tetapi, maklumat yang diterima bahawa undi kaum Cina akan meningkat lebih 50 peratus jauh meleset.

Suatu waktu dulu, pada tahun 1987 -1990, saya sering berulang alik paling tidak dua minggu sekali untuk menziarahi kakak yang bermustautin di Kuala Kubu Baru kerana suaminya bertugas di kem Komando berpangkat pegawai kanan ketika itu.

Lebih menarik di Hulu Selangor ketika itu, ada hati pula tersinggah di Sungai Choh, tetapi jodoh mungkin tidak kesampaian. Jadi, Hulu Selangor mungkin tidak terlalu asing ketika itu.

Begiotupun, hari ini Hulu selangor sudah jauh berbeza. Kini sduah terdiri kilang kereta Nasional kedua, Produa - Bandar Baru di Bukit Sentosa dan banyak lagi - membuat pola pembangunan Hulu Selangor di zaman tan Sri Muhamad Taib menjadi Menteri Besar Selangor, merubah pola pembangunan yang cukup ketara.

Kuala Kubu Bharu dulu cuma satu bandar kecil, tetapi kini sudah jauh berbeza. Apakah ini tidak membuktikan Hulu Selangor sudah begitu jauh berubah. Tuah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi jauh bebeza. Segala yang berubah di Hulu Selangor adalah hasil perancangan kepimpinan BN bawah pimpinan Tan Sri Muhammad Taib.

Sebenarnya, Selangor secara total berubah wajah sewaktu kepimpinan Tan Sri Muhammad Taib, begitu juga Melaka berubah wajah ketiak kepimpinan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Diharapkan, sejarah tidak melupa dua tokoh hebat ini. Begitu juga, lonjakan perubahan pembangunan ketara Johor darul Takzim sewaktu tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar.

Cuma Kelantan,tidak menampakkan perubahan ketara selepas Dato' Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri besar, berbanding sewaktu Tan Sri Muhamad Yaacob. Nik Aziz tidak minat pembangunan kerana ia bukan di wajibkan oleh Islam, tetapi Nik Aziz harus merenung jauh - kerana baru saja balik dari mengerjakan Umrah - apa sebenarnya yang berlaku di Mekah di segi struktur kemajuannya. Apakah itu bermakna Islam menolak pembangunan fizikal dan spritual.

Yang jelas, BN sudah menang di hulu selangor ketika pengundi kaum Cina masih lagi menolak BN, sedangkan pemerintahan BN yang memberi kurnia pembinaan kampung Baru dengan pelbagai kemudahan asas jika ingin dibandingkan dengan kampung Tradisional Melayu.

Apakah ini menunjukkan pola politik perkauman masih laku. Jika dasar politik 'risis' ini mula kembali menebal ketika BN membawa misi perjuangan untuk semua kaum, mula di tolak oleh kaum lain.

Soalnya, benarkan kerajaan BN mengambil kebajikan dan pembangunan kaum Cina, malah kaum Cina menganggap DAP yang selama ini berjuang untuk kemakmuran hidup mereka.

Ternyata pengundi Cina yang hampir membuat BN sekali tercabar, biar pun menang. Mujurnya, kaum India cepat sedar akan kesilapan mereka - tetapi ia masih belum pulih 100 peratus.

Bagi mengatasi masalah pengundi Cina dan India, serta Melayu lain amnya - Kamaltahan perlu memberi lebih tumpuan kepada pengundi Cina untuk mendengar apa luahan hati mereka, selain mengembalikan hubungan mesra dengan sentuhan peribadi sendiri.

Begitu juga dengan kaum melayu. Kebolehan Kamalathan untuk 'berintraksi' secara peribadi dengan orang Melayu dan Cina cukup luar biasa. Jika 'ego' diri tidak terlahir selepas bergelar YB, Kamalathan akan mendapat lebih mejoriti pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Kamalathan perlu merancang hubungan peribadi sendiri dalam pelbagai kaum. Cara keperibadian Kamalathan yang begitu ramah dan mudah mesra - bukan dimiliki oleh semua orang. Sepanjang pilihanraya - sifat yang ditunjukkan itu bukan 'hipokrit' atau buat-buat untuk menarik minat orang lain. Itulah rupa kehidupan asalnya sejak dari kanak-kanak lagi.

Begitupun, dari analisis mutakhir yang dapat saya kutip - terlalu banyak kesilapan 'tidak disegajakan' yang berlaku dari gerakan BN di Hulu Selangor.

Sepatutnya, pengisytiharan keluar PKR hanya cukup di buat oleh Dr halili Rahmat sahaj, selain tokoh-tokoh PKR dari Hulu Selangor sendiri.

Kesilapan ketara, apabila ada tokoh-tokoh PKR dari Perak dan kelantan pergi membuat pengisytiharan di Hulu Selangor ketika kemen sedang rancak di buat - adalah sesuatu yang tidak kena pada masanya. Jelas kelihatan, ada mainan di sebalik semua pengisytiharan itu. Yang jelas - 'kena beli'.

Berpolitik, jika terlalu ghairah akan akan menjadi 'senjata makan tuan'. Sikap terlalu ghairah untuk 'keluar parti' - tidak boleh menarik minat pengundi lagi untuk berubah.

Hal kedua, jentera BN tidak bijak menggunakan modal bahawa - yang memfitnah Zaid soal kaki judi Kuda Lumba, kaki minum arak - sebenarnya dijaja oleh Pas sejak tahun 2003 lagi.

Pendedahan terlalu banyak 'masalah peribadi' calon lawan - Zaid Ibrahim - sebenarnya di luar 'kebiasaan' misi gerak kerja BN. Sejak bila BN berkerja dengan menjaja dan memfitnah orang lain dengan skla besar begini.

Apakah di Hulu Selangor, BN sudah mengambil alih kerja-kerja PAS, PKR dan DAP dalam memburuk keperibadian calon lawan. Biarpun, ia tidak dilakukan oleh pemimpin besar BN, tetapi serangan media alternatif dari pelbagai bloger satu serangan luar biasa, tetapi masih boleh di kawal jika jentera BN sedar hal ini.

Persoalan ketiga, kesanggupan Nik Aziz turun di Hulu Selangor di saat akhir, membangkit semula semangat pengudi Pas yang 'membuktikan' - DOSA Zaid sudah terampun. Jika tidak, batang tubuh Zaid yang dikotori air arak dan duit judi kuda - tidak mungkin akan dibasuh oleh Nik Aziz yang baru balik dari mengerjakan Umrah.

Seawalnya, Pas sudah tidak bersungguh untuk berkerja dan kemungkinan pengundi tegar Pas akan tidak keluar mengundi di Hulu Selangor. Nik Aziz juga adalah sebahagian dari penyelamat Zaid dari kalah dengan mejoriti lebih besar.

Terakhir, kenapa masih wujud lebih 700 undi protes. Siapakah yang melakukan kerja khianat ini, sekalipun sudah jauh berkurang berbanding lebih 1,700 untuk 'terbuang' pada pilihanraya umum ke12 lalu yabng membuat Dato' Palanivel kecundang dengan 198 undi saja.

Sekali lagi saya tercari-cari, kemana hilang Muhamad Taib - ketika kain pemidang mengharap beliau dicalon di Hulu Selangor. Cukuplah bermain 'politik diri' ketika Umno-Bn dalam perang jihad politik yang begitu mencabar maruah sebuah kerajaan yang sekain lama berjuang membela rakyat pelbagai kaum.

Kepada MCA, satu pendekatan baru perlu dibuat berasaskan keputusan di Hulu Selangor agar mendapat semula kepercayaan kaum Cina - jika tidak mahu MCA akan terus kecewa pada pilihanraya ke-13 nanti.

Analisis terakhir, satu bilik gerakan BN (1 Malaysia) perlu diwujudkan di setiap bahagian agar segala gerak kerja boleh dijalankan secara bersama oleh semua pemimpin. Jangan hanya ada bilik gerakan Umno sahaja.

Oleh itu, saya tidak melihat kemenangan di Hulu Selangor sebagai satu kejayaan gemilang - tetapi sekadar memberi 'pembayang' bahawa ini baru satu permulaaan kepada perubahan yang perlu terus dilakukan oleh kepimpinan Dato' Seri Najib.

Hakikat yang perlu diakui bahawa PKR bersama gabungan mereka masih lagi gagah dan mencabar, ketika rakyat masih terkeliru mencari siapa sebenarnya yang benar.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata