Sepuluh tahun lalu, di Kedai mamak di Dataran Mentari berhadapan Sunway Piramid saya masih ingat satu pertemuan dengan kumpulan anak muda di ketuai Ezam Mohd Nor bersama Zahid (melaka), Lokman Adam, Hanafiah Man dan dua lagi teman merea yang saya tidak berapa kenal.
Untuk pengetahuan, hanafiah Man, Lokman Adam dan Zahid adalah rakan yang agak dikenali dan pernah keluar masuk di pejabat saya - terutama Lokman Adam. Ketika itu kami sama muda belia dan saling berdarah panas, tetapi profesional dalam setiap kerjaya masing-masing.
Dataran Mentari ketika itu ada satu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum bersatu dengan sosialis 'kepala Kerbau'. Di bawahnya ada satu kedai mamak yang selalu mereka berhimpun untuk bersembang.
Kebetulan ketika itu, saya datang untuk menjemput isteri di kantor perniagaannya. Ketika bertemu saya ditegur dan dijemput untuk minum bersama kerana kami satu rakan seperjuangan sebelum terpecah menjadi lawan politik.
Jika mereka masih ingat, saya tetap mempertahankan keputusan Tun Mahathir adalah benar dan mereka semua akan kembali semula kepada Umno sebagai wadah perjuangan keramat orang Melayu.
Namun, ketika darah sedang mendidih membela perjuangan 'taukeh' masing-masing - saya diejek dan mereka begitu beria-ia ingin mempertahankan Anwar Ibrahim hingga akhir hayat perjuangan politik mereka.
Ezam sebagai bekas Setiausaha Politik yang belajar mencontohi 100 peratus gaya dan tari cara Anwar termasuk dalam ceramahnya, bergitu beria-ia mempertahankan Anwar. begitu juga dengan Lokman, Zahid dan Hanafiah Man.
Akhirnya, sebelum ais di gelas menjadi sepanas kopi O, saya meminta diri dengan meninggalkan satu keyakinan - 'Ingat, suatu waktu dulu Dato' Hajjah Illani Ahli Perlimen S46 Kota Bharu pernah bercakap suara yang sama untuk mempertahankan Ku Lie. Dan cuba tanda dalam dairi bahawa kamu semua akan kembali semula kepada Umno dan memohon kemaafan kepada Tun Mahathir.'.
Orang pertama berjumpa saya adalah Lokman Adam ketika datang berceramah di Kota Bharu. Secara kebetulan, saya ketika itu bertanggungjawab sebagai Pengerusi Media dan Saraf Barisan Nasional Kelantan.
Lokman mengakui kata-kata saya, tetapi barangkali benar ketika itu tiada siapa boleh mempengaruhi untuk berubah arah, kecuali membiar waktu yang mendidik ke arah kebenaran dalam sebuah perjuangan.
Terbukti, bukan setakat Lokman, Hanafiah dan Zahid - malah untuk kali pertama minggu lalu Ezam secara terbuka memohon kemaafan kepada Tun Mahathir yang sebenarnya membuat keputusan tepat memecat Anwar.
Apapun, saya belum sempat berjumpa Zahid dan Hanafiah selepas mereka kembali menyertai Umno dan kini bergerak untuk mendedah segala keburukan Anwar yang sebenarnya.
Soal meminta maaf atau tidak kepada Tun Mahahtir. bukan soal besar dalam sebuah perjuangan. Mahathir bukan manusia pendendam berbanding Anwar. Mahathir lebih menjadi insan pemaaf, berbanding Anwar, biarpun Mahathir bukan malaikat yang tidak memiliki perasaan marah.
Namun, kepada saya - segala keborakkan dan keburukan Anwar yang menjadi sekutu Yahudi AS dan Isreal akan lebih terdedah sepanjang kempen pilihanraya kecil Perlimen Hulu Selangor bermula 17 April nanti.
Anwar akan diserang oleh Dato' Nalakurapan, Ezam, Zulkifli, Zaharin, Zahid, Lokman dan ramai lagi bekas ahli PKR yang bukan dari golongan orang kecewa, tetapi orang yang sedar 'gila'nya perjuangan yang di bawa oleh Anwar bersama 'kegilaan' lain di kamar tidur rahsia.
Begitupun, firasat saya tetapi memihak kepada BN di Hulu Selangor sekalipun calon muda MIC akan membawa obor perjuangan baru di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib. Visi perjuangan najib lebih jelas dan pilihanraya umum ke-13 nanti akan lebih berpihak kepada BN dengan kemenangan lebih besar. Tunggu dan lihat nanti.
amat setuju dengan pandang saudara...mahathir tak pernah berbohong, tindakan beliau tak pernah tersasar,keputusannya tak pernah tersilap..dll..akuilah keanehan dan kewalian seorang manusia behati mulia dan dikasihi Allah ini..Ya Allah sungguh maha agong Dikau menciptakan manusia semulia Mahathir..Tingkatkan kemuliaan dan ketaqwaan kepada hambaMu ini...aamiin...ghazali al-bahri
ReplyDelete