Semua pemain politik tanah air tahu siapa Dato' s Nalakurapan yang lebih 25 tahun menjadi sahabat akrab kepada Raja hipokrit Malaysia, Anwar Ibrahim. Nala adalah orang yang sanggup mempertahankan Anwar atas dasar sahabat hingga tersimpuh juga di penjara.
Pengorbanan Nala, bukan setakat mengorbankan wang ringgit dan beban penyimpan terlalu banyak 'rahsia' kehidupan Anwar yang baik mahupun yang terlalu buruk, yang isterinya Azizah pun tidak tahu.
Nala adalah pelabur besar di segi sumber kewangan ketika Anwar mahu memalukan Tun Ghafar Baba dalam pemilihan Timbalan Presiden Umno, manakala Azmin Ali adalah 'posmen' kepercayaan Anwar untuk membawa duit ke setiap negeri untuk membeli setiap Ketua Bahagian.
Gerakan licik Anwar itu seolah-olah bahagian yang membuat pencalonan kepada beliau, bagi menolak keputusan muktamad Majlis Tertinggi Umno yang memutuskan agar jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.
Kebiasaannya, rahsia buruk hanya dikongsi dengan sahabat yang terlalu dekat dengan jiwa kita, cuma rahsia yang baik sahaja yang dikongsi dengan isteri, termasuk jumlah kekayaan yang ada. Itupun, tidak semua kekayaan yang dimiliki akan diberitahu kepada isteri - kerana masih ada satu tabiat buruk untuk dilabur pada jalan belakang.
Sebenarnya, Nala menyimpan terlalu banyak rahsia buruk Anwar. Apabila seorang sahabat yang terlalu akrab bercakap soal 'betina', dia akan cerita tanpa ada rasa malu setiap cerita sekali pun terlalu rahsia - termasuk 'main dengan bini' orang.
Ini kerana ketika terlalu `akrab', segala cerita tidak tersorok atau disorokkkan. malah cerita dalam rumah dengan isteri pun terkadang tercakap juga. Ia berlaku seolah-olah sahabat akan terus kekal sebagai sahabat hingga mati dan sahabat yang terlalu akrab akan kekal menyimpan 1001 rahsia dalam keadaan apa sekali pun.
Dalam hidup, rahsia kehidupan yang 'buruk' biarlah kekal menjadi rahsia diri biarpun masih ada sahabat yang terlalu akrab. Bersahabat, berkawan malah beristeri sekali pun, rahsia itu hanya tersimpan ketika 'bergembira', tetapi akahirnya rahsia itu terlalu murah apabila sengketa sudah berada di depan mata.
Anwar tidak bersahabat dan ulama untuk menjadi begitu akrab, tetapi dengan Nala. Ulama pun, terutama 'ulama politik' akan akan mendedahkan segala rahsia buruk jika ada kepentingan politik.
Rahsia buruk kebiasaan akan menjadi 'senjata makan tuan' jika diketahui oleh sahabat yang kononnya bersetia sehidup semati. Dunia akhir zaman, tidak ada manusia boleh berbiah memegang rahsia.
Nala lebih kenal Anwar dan mungkin Anwar atau Nala sendiri tidak malu untuk saling bertelanjang sesama sendiri ketika begitu rapat dan akrab. Begitu juga soal rahsia keborakkan sesama sendiri kerana ketika itu untuk saling ketawa dan bergembira dan untuk saling dipuji kehebatan dan keghairahan masing-masing.
Pangkat, kedudukan dan wang boleh membeli wanita terlalu mudah kerana hidup ini adalah mengejar kemewahan. Kemewahan dan wang berjuta bukan dihabis untuk bersedekah, berderma dan membuat kebajikan serta membantu mereka yang miskin, tetapi lebih baik dihabis untuk memuas nafsu serakah.
Kerana itu hukum alam sering menterbalikkan kehidupan manusia. Ada waktu orang kaya boleh hidup merempat, merana dan menderita, manakala ada yang miskin tiba-tiba mencanak menjadi kaya raya hingga hilang pedoman hidup. Tetapi, tidak kurang yang bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah s,w.t sebagai satu ujian hidup untuk terus yakin diri mencari jalan Allah s.w.t yang semurninya.
Peratus untuk Nala bercakap bohong soal isu keburukan peribadi Anwar adalah terlalu kecil. Tetapi, Nala akan mengeluarkan kenyataan apabila dirinya di serang dan dianyanyai. Nala masih ada pertimbangan diri untuk mendeedahkan aib seorang sahabat kerana masih ada kenangan manis ketika bersahabat.
Nala kecewa dituduh 'gila' oleh orang kanan Azmin. Nala lebih kenal Azmin yang pernah 'makan' ditangan Azmin. Nala begitu pemurah dikalangan 'orang kanan' Anwar atas dasar sahabat akrab Anwar.
Ketika kekayaan berada ditangan Nala, pemurahnya tetap jatuh ke poket Azmin. Kesah hidup Shamsidar juga dicerita oleh Anwar kepada Nala - sekadar untuk bermegah dan bergembira ketika itu.
Dan siapakah 'manusia misteri' yang menunggu selepas Subuh di muka pintu rumah Perdana, menanti Tun Mahathir - keluar untuk ke pejabat. Siapa yang bercerita hal isterinya dan gelagat liar Anwar hingga membawa kepada krisis politik negara - menjurus kepada pemecatan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana menteri.
Siapa pula yang membongkar isu liwat Anwar ketika 1998 itu, ketika tun Hanif sendiri membuat laporan itu kepada Tun Mahathir - ia akhirnya terpaksa ke London untuk mendalami ilmu Undang-undang, sebelum dibersarakan.
Polis sebenarnya sudah lama tahu kisah liar Anwar, kerana setiap pergerakan dan 'port' Anwar yang sulit pun diberi tumpuan keselamatan secara sulit oleh SB polis. Tempat-tempat kegemaran Anwar sudah dipasang CCTV untuk keselamatan, kerana polis tidak dibenar ikut untuk satu kerja-kerja sulit kecuali rakan-rakan akrab sahaja.
Polis Malaysia antara yang terbaik dalam siasatan. Polis Malaysia akan ada di mana-mana secara pakaian biasa untuk mengawasi VVIP terutama Perdana menteri, Timbalan dan para Menterinya - sekali pun berjalan tanpa pengawal peribadi.
SB Polis Malaysia boleh 'berupa' bermacam-macam hatta berlagak menjadi penagih dadah, gengstar, peminta sedekah, pembalak, penanam sayur dan pelbagai lagi. Gara-gara kecekapan SB polis ini, kerjaya polis di hina kononnya menjadi talibarut atau anjing kerajaan, sedangkan mereka ini yang berkerja kerasa untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia.
inilah muruhnya maruah politik pembangkang Malaysia yang berusaha secara 'gila' untuk mengelirukan rakyat Malaysia. Hakikatnya, orang yang selalu menuduh orang lain jahat sebenarnya mereka ini lebih jahat dalam setiak gerak kerjanya.
Anwar manusia yang suka bermegah dan ego. Rahsia keburukan dirinya tidak boleh disimpan sebagai satu rahsia diri kerana itu adalah ego lelaki buaya seperti Anwar. Jika untuk mendapat sesatu yang sukar, apabila sudah jatuh ketangannya, rahsia itu bukan lagi menjadi rahsia tetapi - satu kemegahan diri untuk membuktikan 'kejantanannya'. Semua itu hanya sekadar untuk ketawa.
Soalnya, apabila Azmin menuduh Nala `gila' kerana mendedah soal Anwar bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri kepada Negara Sarawak (bebas dari malaysia)jika pembangkang merebut kuasa pemerintahan, Nala pula menuduh Azmin - DAYUS.
Ungkapan DAYUS kepada lelaki, sebenarnya ungkapan paling hina yang menjatuhkan maruah diri dan 'kejantanan' lelaki kerana boleh menerima segala perlakuan buruk isteri sendiri sekalipun mereka tidur dengan jantan lain dalam pengetahuan sendiri.
Di Jawa, jika sisuami itu tahu isteri berselingkuh dengan jantan lain - 'kematian adalah taruhan terakhir - sekalipun sisuami itu adalah lelaki pengecut sebelum itu. Ini membabitkan soal maruah dan kejantanan - jika tidak 'cerai' tetap berlaku.
Oleh itu, terlalu banyak yang misteri atas tuduhan Nala ke atas Azmin yang bertaraf DAYUS. Nala lebih tahu segala rahsia dan Azmin tidak perlu menjuluk lagi sarang tebuan jika tidak mahu - huraian DAYUS itu terus terbongkar.
Apapun, harapannya agar Nala lebih bersabar dan cukuplah dari terus membuka aib orang yang kini sudah terlalu banyak terselak. nala hanya perlu selesaikan kes di Mahkamah Tinggi kes tuduhan rasuah dari wang yang diberikan kepada Anwar selama ini. Nilainya bukan sedikit, malah lebih beratus juta.
Wang itu ada yang bersih, malah ada dari keuntungan 'wang judi 4D' yang kemudian diberikan kepada perwakilan Umno yang akhirnya akan menjawab setiap duit haram yang diterima dari Anwar di akhirat nanti.
benar tetap benar,, hakikatynya sorang demi sorang yg diberikan hidayat akan lari meninggalkan anwar....saya hanya menunggu org yg terakhir meninggal;kan anwar ialah azmin ali...bila agaknya ....sama2 kita tunggu
ReplyDelete