Friday, April 23, 2010

NIK AZIZ : KUTBAH JUMAAT MASJID PAUH, PANJI

Tengah hari tadi, ketika dikejar waktu saya sempat singgah di Masjid Pauh Panji, Kota Bharu untuk melepaskan tanggungjawab menunaikan solat Jumaat. Ketika mahu menaiki masjid, terpandang kenderaan rasmi Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat, di pakir hadapan pintu masuk masjid.

Seawalnya, mungkin hanya kenderaan sahaja kerana pada anggapan awal mungkin Mursyidul Am Pas itu sudah berada di kawasan pilihanraya kecil Hulu Selangor untuk membantu Dato' Zaid Ibrahim yang memang mengharap talian 'hayat' Nik Aziz dari menerima kekalahan yang besar.

Ketika memasuki masjid, azan terakhir sudah di penghujung dan khatib sudah berada di atas mimbar. Rupanya, batang tubuh yang nampak keletihan itu adalah Nik Aziz sendiri dan imam Jumaat pun dibawanya sendiri.

Kutbah Nik Aziz bersekitar soal besarnya pahala solat Jumaat, selain kebesaran bersalawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, percaya kepada alam ghaib dari dua perkara dalam Rukun Iman serta terakhir adalah kekayaan yang boleh membantu masuk Syurga dari semua kerjaya diri.

Terlalu indah kutbah yang dibaca oleh Nik Aziz tanpa teks seperti biasa oleh semua Imam. Madah kutbah adalah seruan kutbah tulin tanpa menyindir, tersindir oleh pengaruh politik. Mungkin masjid Pauh tidak berada di Hulu Selangor, tetapi dalam kawasan DUN Cempaka milik Nik Aziz.

Dalam kepayaan untuk gagah berdiri, Nik Aziz mengutarakan bahawa solat Jumaat itu adalah pahala besar yang dituntut. Seharusnya segala jual beli, segala pekerjaan, bantal tidur harus ditinggalkan untuk menunaikan kewajiban besar - solat Jumaat.

Soal kedua dalam kutbahnya adalah dua perkara 'Ghaib' dalam Rukun Iman, percaya pada kekuasaan Allah yang mencipta segala semesta alam dan janji Allah yang akan memati dan menghidup semula manusia serta hukuman di Padang Masyar.

Katanya, semua manusia yang hidup baik Melayu islam, Cina, India, Australia dan sebagainya akan dihimpun di Padang Masyar untuk dihisab sebelum diputus ke Neraka atau ke Syurga.

Nik Aziz mengulas segala doa pahala di hitung dari catatan perbuatan oleh sekalian malaikat. Ketika Hisab itu tidak ada siapa boleh menolong kecuali amalan kita.

Saya begitu asyik dengan kutbah itu kerana itu juga yang saya pelajari selama ini. Tetapi dalam pada itu takut juga terkeluar dari Nik Aziz, salah satu sayarat untuk masuk Syurga yang Allah akan tanya - 'pangkah PAS atau tidak".

Soal pangkah memangkah yang didakwa oleh Pas - "undi mereka masuk Syurga' tidak disebut oleh Nik Aziz. Apa yang jelas terkeluar dari mulut Nik Aziz adalah semua mereka yang mengaku Islam dan membuat kebaikan dan menjalankan kewajiban yang diajar oleh Allah s.w.t menerusi penyebaran oleh Nabi Muhamad s.a.w akan mendapat hak di Syurga.

Nik Aziz mengsyorkan agar banyak bersalawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w kerana ganjaran pahala yang begitu besar. Setiap ungkapan selawat akan diganda 10 kali oleh Allah s.w.t, malah mungkin lebih jika kita begitu ikhlas. Itu janji nabi kepada umatnya selepas mendapat persetujuan Allah s.w.t.

Kemudian, Nik Aziz menyebut soal kebersihan zahir dan batin. membersih diri dari sifat zahir memang boleh dilakukan oleh manusia seperti mandi, basuh pakaian. Tetpai, membersih 'batin' yang membuatkan Allah mengutus Muhamad rasulullah untuk mengajar umatnya dari kaedah zikir dan sebagainya.

Terakhir, soal kerjaya hidup - biar kumpul harta dan kekayaan untuk dijadikan satu sandaran ke Syurga. Jadi tidak boleh 'rasuah' kerana haram. Jika beli baju yang lawa - orang akan lihat cantik, tetapi malaikat busuk memandangnya. Jika hidup dengan rasuah - dineraka - hasil rasuah itu akan membakar di Neraka.

Ingatan Nik Aziz kepada makmumnya bahawa di atas dunia, segala pangkat, kekayaan, wang yang banyak boleh menutup segala kesalahan di bumi - tetapi semua itu tidak mampu untuk mempertahan atau melindungi diri kita ketika 'Hisab' di Masyar.

Di Padang Masyar - tidak berlaku 'rasuah' - tidak ada lagi pangkat atau wang. Yang salah tidak boleh dilindungi di penghakiman Allah s.w.t. Inilah kebenaran yang perlu diperdalamkan atau kupasan lebih ke dalam lagi.

Secara realitinya, kutbah Nik Aziz itu bukan sekadar memperingatkan anak mukim Kampung Pauh, panji - tetapi kepada semua umat Islam jangan kira mereka itu Umno atau Pas. Kutbah Nik Aziz itu adalah bermotakan - Islam untuk semua, bukan puak-puak tertentu saja.

Ini ingatan Allah s.w.t yang disampaikan oleh Nik Aziz. Ketika ini, Nik Aziz tidak berpolitik - tetpai sebagai pendakwah yang begitu matang memberi penjelasan isu keTuhanan.

Cara Nik Aziz menyampaikan Kutbah bagaikan seorang mursyid tarikat tulin yang berusaha membuka 'isi ilmu' - bukan sekadar kulit. Hanya - Johari yang mengenal maknikam' - tetapi johari akan tetap lari jika memalit sindiran atau pautan politik peribadi.

Secara peribadi, saya mengiktiraf kutbah Nik Aziz sebagai satu yang bercukup sifat, kebetulan itulah yang selama ini saya harapkan dari setiap imam dalam mengupas sesuatu tajuk.

Ketika mentauti sebagai makmum di belakang iman Nik Aziz - yang jelas caranya bangkit berdiri selepas sujud mencakupi 'hikmah' Solat, begitu juga soal lamanya bersujud dan sempurnakan doa antara dua sujud yang cukup tertib dan lama. Inilah yang saya terapkan kepada anak-anak dan sahabat seperguruan.

Solat yang mentaati Allah s.w.t perlu lama berrukud, bersujud atau meminta antara dua sujud. Solat itu adalah 'perhambaan diri kita' kepada Allah s.w.t untuk mengakui bertapa besar, agong dan hebatnya setiap kekuasaan yang diatur ke atas diri kita dan segala hidupan di muka bumi.

Solat itu adalah 'kesabaran' diri untuk menjadi hamba kepada Allah s.w.t, biarpun kita tuan di muka bumi. Dalam kekuasaan dan kehebatan, kekayaan yang kita miliki - masih ada lagi yang Maha memiliki segala Kekuasaan dan kekayaan yang wajib kita merendah diri dan hidup sebagai hamba.

Apa pun, Nik Aziz di lihat begitu keuzuran, mungkin masih keletihan selepas baru tiba dari Mekah dari perubahan cuaca yang masih dingin dan di Kelantan begitu panas sekali.

Jika di lihat secara umum, Nik Aziz perlu berehat di rumah - bukan membuang masa dan waktu di Hulu Selangor. Tetapi, tidak difahami pula - kiranya Nik Aziz pula berpura-pura buat keletihan di mata rakyat di Pauh Panji, tetapi akan lebih gagah bila berada di Hulu Selangor esok.

Sebanrnya, jika Nik Aziz turun ke Hulu Selangor pun, beliau tidak boleh mengubah 100 undi untuk diberikan kepada Zaid. Apa lagi, mencemar kononnya 'keramat' diri kerana sudah takdir Allah s.w.t, Zaid akan kalah teruk di Hulu Selangor.

Mejoriti lebih 5,000 cukup membukti rakyat mula menolak Anwar dan Pas pula perlu mencari jalan selamat meninggalkan pakatan Haram PKR, DAP jika tidak mahu terlingkup pada pilihanraya ke13 nanti.

Umumnya, angka tunggal dalam pilihanraya umum lebih berpihak kepada Barisan Nasional. Kini rakyat mula bergerak ke arah mendokong semula kekuatan barisan Nasional hasil kepimpinan hebat mula ditunjukkan oleh Dato' Seri Najib yang seakan mewarisi gaya kepimpinan Tun Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata