Sampai bila watak 'samseng' politik ala filem Bollywood akan terus dipamerkan oleh Presiden MIC, Dato' Samy Vellu hingga hampir mencetus polimik besar menghadapi pilihanraya kecil di Hulu Selangor.
Sudahlah Samy mendahului Pengerusi BN dalam mengumumkan calon - G Palanivel, untuk bertanding di situ. Untuk menutup malu pula kerana calon lebih terarah kepada V Mugilan, Timbalan Ketua MIC Pusat - politik ugut di arus di saat akhir.
Sidang akhbar 18 ketua cawangan MIC di Hulu Selangor yang berlaku di ibu Pejabat MIC Kuala Lumpur, kononnya akan meletakkan jawatan jika Palanivel tidak terpilih - sebenar dia tur oleh pakatan Samy dan Palanivel.
Sepatutnya perkara itu tidak berlaku jika Samy dan Palanivel tidak berada di belakang mereka. Politik ugut seperti ini tidak harus berlaku di saat akhir untuk bertembung dalam pilihanraya yang hakikatnya untuk menentukan hayat hidup MIC sendiri.
Politik samseng Samy bukan perkara baru. Kuasa dektator Samy yang membawa MIC menuju jalan lemah dan berpecah sedangkan sebelum ini MIC menjadi peneraju kekuatan kaum India.
Sebelum ini, sebelum pilihanraya ke-12 lalu - saya sudah mendahuli masa meramal bahawa Samy akan kecundang di Sungai Siput yang ditulis dalam rencana Buletin Rakyat - sebagai penulis tamu dalam - `Bila Dakwat Tumpah'.
Politik ugutan ini sebenar tidak berkesan. bagaimana pula jika Umno dan ahli-ahlinya yang sebelum ini menuntut untuk di calonkan di Hulu Selangor pula boikot untuk berkerja sepanjang musim pilihanraya berlangsung nanti.
Kaum India cuma minoriti kecil di Hulu Selangor. Jika di ukur populasi kaum - MIC tidak layak bertanding di satu kerusi pun di negara ini, tetapi atas nama kesepakatan - kebetulan Dato' Seri Najib mengumum slogan 1 Malaysia - hak MIC untuk bertadning tidak dipertikai langsung.
Yang penting kepada jentera pilihanraya adalah Barisan Nasional perlu menang, bukan parti - tetapi kesepakatan dan kesepaduan kaum.
Sikap bongkak Samy sudah terlalu tinggi melangit seolah dia adalah dewa kepada segala kuasa untuk kaum India. Samy berhak untuk memilih dan menentukan siapa berhak untuk bertanding tanpa meruju atau bermusyawarah dengan Pengerusi BN.
Palanivel sudah ditolak di Hulu Selangor kerana terlalu lama menjadi wakil Rakyat. Kini Rakyat mahu muka baru untuk terus menabur bakti kepada kesinambungan kepimpinan MIC. Rakyat lebih kenal Palanivel biarpun kemenangan sebagai Timbalan Presiden MIC atas sokongan Samy.
Ugutan disaat akhir dari 18 cawangan untuk meletak jawatan jika Palnivel tidak dicalonkan itu satu ugutan dan menghina parti induk di Hulu Selangor - Umno yang mewakili mejoriti umat Melayu.
Lebih memalukan, sidang akhbar itu dilakukan di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur. Siapa yang menjadi dalang dibelakang semua itu jika tidak Samy atau Pelanivel. Apa lagi ugutan itu diberikan jika Mugilan menjadi calon.
Lebih memalukan apabila Palanivel tidak hadir seaaktu Tan Sri Muhyiddin mengumumkan nama calon - P Kamalathan sebagai calon altenatif. Ketidak hadiran Palanivel itu membuktikan - maruah dan nilai perjuangan Palanivel - terlalu murah.
Palanivel begitu kecewa kerana tidak dicalonkan. Apa ertinya kejyaan empat penggal di Hulu Selangor sebelum ini dan kini bersikap kebudakan apabila tidak terpilih.
Sebab itu, saya anggap Palanivel bukan seorang tokoh hebat dan cuma pemimpin ayam betina yang tidak layak untuk dipertimbang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Sepatutnya, ketika ini Palanivel tampil untuk membuktikan ketokohan kepimpinan sejati untuk memberi sokongan moral kepada penyokong BN biarpun hati terlalu sakit.
Sebelum ini, empat penggal pengundi Hulu Selangor berjuang untuk kemenangan Palanivel, tetapi kali ini palanivel menghilang diri seolah-olah tidak mengiktiraf pencapain pemimpin muda yang diasuh oleh mereka sendiri.
Siapa pun calon di Hulu Selangor - yang pasti dari MIC kerana tempat itu tidak di rampas oleh Umno. Inilah sikapnya kepimpinan MIC yang membuat kaum India mula menarik sokongan.
Di Hulu Selangor, mujurnya Kamalathan yang dipilih menjadi calon begitu mesra alam dan begitu luas pergaulan dengan palbagai kaum. Sikap yang lebih mesra ini tidak terdapat pada Palanivel yang lebih bersikap 'tuan' ketika mendekati rakyat.
Apa pun pemilihan Kamalathan adalah tepat sekalipun Mugilan disebut-sebut sudah lama bermesra dan dekat dengan rakyat sepanjang membantu Palanivel di Hulu Selangor.
Harapannya semuga pencalonan Kamalathan dapat diterima semua pihak dan tidak berlaku cantas mencatas sesama MIC sendiri. Seharusnya Palanivel dan Samy bertungkus lumus dari dari petugas parti lain untuk menenangi hati rakyat demi untuk menebus kembali maruah MIC yang tercemar terusk pada pilihanraya ke-12 lalu.
SELAMAT BERJAYA BARISAN NASIONAL
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata