Hari ini, penamaan calon berlaku di Hulu Selangor bagi menyelesaikan satu pilihanraya kecil selepas kematian Almarhum Dato' Zainal, bekas Timbalan Menteri Besar Selangor kesan dari serangan keser di bahagian kepala.
Biarpun ada dua calon bebas, pertembungan yang nyata adalah antara P Kamalathan yang bertarung atas tiket BN dari parti MIC, manakala Zaid Ibrahim anak kelantan yang mencuba nasib politiknya di rantau orang.
Kemunculannya untuk bertanding di Hulu Selangor mengejutkan pelbagai pihak kerana kubu kuatnya adalah perlimen Kota Bharu, sebelum meninggalkan Umno.
Soalnya, kenapa Zaid berhijrah ke Hulu Selangor. Apakah kerana Zaid sudah mendapat hak ekslusif dari Firma Guaman dan syarikat penerbitannya dari kerajaan Seelangor dalam satu ikatan perniagaan.
Justeru itu, Zaid sanggup melabur di Hulu Selangor sebagai bukti -pulang balik- setiap kontrtak yang diperolehi dari kerjaaan Khalid Ibrahim. Banyak tempat di Hulu selangor yang begitu luas itu Zaid tidak kenal tempat, atau namanya.
Zaid adalah calon 'payong terjun' yang didatangkan khas dari Kota Bharu. Zaid buta kawasan Hulu Selangor. Zaid hanya ada 'duit' sebagai penyluh untuk bergerak ke sana sini. Zaid jauh tidak kenal hati budi rakyat Hulu Selangor yang tidak mengemari anak kelantan kerana dikatakan menjadi Belanda dapat tanah jika di beri ruang.
Di Hulu Selangor, tetap ada anak Kelantan yang sudah beranak pinak di sana, tetapi kebanyakannya menyokong Umno kerana mereka mendapat nikmat besar di sana.
Jika dilihat semula kepada sokongan rakayt kepada BN, terbukti Zaid akan kalah lebih besar di Hulu Selangor. MIC sudah bersatu semula dengan harapan untuk memulih kepercayaan masyarakat India bahawa mereka adalah pejuang untuk kaum itu selama ini.
Kebetulan, calon P Kamalathan adalah jensi 'mesra alam' dan petah bertutur bahawa Melayu dengan baik untuk tidak kekok berhubung dengan masyarakat Melayu berbanding Palanivel sebelum ini yang dianggap 'kebesaran dan susah senyum'.
Zaid akan 'musah' di Hulu Selangor kerana gerakan sulit Pas menolak Zaid sudah mula berjalan. Begitu juga gerak sulit dikalangan pemimpin PKR tempatan dan luar yang tidak suka Zaid menang dan terus mendapat ruang lebih besar dalam kepimpinan PKR nanti.
Apa lagi sentimen tempatan dikalangan PKR adalah - Zaid orang luar yang tidak pernah ada secuit atau setitik peluh yang menyumbang kepada kejayaan PKR sebelum ini.
Ceramah PKR yang bermula hebat mulai malam tadi - tidak mendapat sambutan luar biasa seperti sebelum ini. Hulu Selangor , jauh berbeza dari pilihanraya yang berlaku di Permatang Pauh atau Bukit Gantang.
Zaid tidak akan menangis dan berlakon menangis seperti Nizar di Bukit Gantang. Zaid adalah menausia kuat, apa lagi jika ada 'tonik' seperti tuduhan Pas kelantan ke atas Zaid sebelum ini.
Gelaran Zaid Brandi adalah di buat oleh Pas kelantan. jadi apakah layak Pas pula tampil untuk menyatakan Zaid terlalu baik dan cukup sempurna seperti kata Salahuddin, Naib Ketua Pemuda Pas.
Salahuddin adalah tokoh Pas yang ketika itu Ketua Pemuda Pas Malaysia yang begitu menyinga melawan Zaid ketika Zaid membawa kes Hudud ke Mahkamah.
Pas juga yang mengelar Zaid 'kafir laknat' kerana menentang Hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.
Pemimpin Pas dan penyokong Pas yang tidak tuli dan tidak buta mata hati mereka sudah 'lali' mendengar sumpahan mereka ke atas Zaid. Tetpai, hari ini di Hulu Selangor - apakah Pas sedia memuja dan memuji Zaid seorang yang sempurna.
Apakah Zaid sudah bertaubat untuk tidak ketagih Brandi lagi di hadapan pemimpin Pas. Apa pun, biarlah pengikut Pas di hulu Selangor membuat pertimbangan sewajarnya apakah mereka layak untuk mengundi Zaid atau tidak keluar membuang undi demi maruah kata-kata mereka sebelum ini.
Namun, firasat saya - Zaid akan kalah lebih 4,000 undi sudah jelas terpencar. Zaid jika kalah tidak mengapa kerana kontrak dengan kerajaan Selangor sudah pun berada dalam tangan.
Mengenali Zaid, setiap apa yang ingin diputuskan - beliau sudah mengira untung ruginya. Zaid akan dapat untung lebih besar sekali pun membelanjakan RM10 juta di Hulu Selangor.
Cuma satu yang terakhir, apakah Zaid akan 'YamSeng' sekali lagi dengan penduduk Cina di Hulu Selangor di malam akhir untuk menarik undi, seperti yang dilakukan di malam akhir pilihanraya perlimen Kota Bharu dengan ketua-ketua Cina berpengaruh yang membolehkannya menang lebih 1000 undi.
Sebenarnya, Zaid boleh jadi 'segala-galanya' asal maruahnya tetap menang. kepada pengundi di Hulu Selangor, jangan memilih kerana 'handsome' - kacak dan bergaya untuk dipilih sebagai pemenang, tetapi plih yang mampu memberi khidmat dan segala kemudahan kepada semua. FIKIRLAH NANTI hingga hari akhir 25 April nanti.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata