Gara-gara pemilihan Dato' Zaid Ibrahim dicalon oleh PKR bertanding di Perlimen Hulu Selangor, satu isu besar tersebar secara meluas dengan mendakwa calon dari PKR ini 'kaki botal, Zaid Brandi, tahi arak tegar dan tahi judi kuda'.
Isu ini tercetus berikutan dari rasa tidak puas hati dengan pemilihan Zaid, maka kalangan pemimpin PKR yang kecewa melontar perkataan 'kaki botal dan tahi arak' pula yang di pilih, bukan Shamsul (Ketua AMK) atau Doktor Pakar bedah tersohor.
Pendedahan Zaid kaki botol ini sebenarnya diserang oleh Pas dan Keadilan ketika bertanding di Kota Bharu, tetapi Zaid menang kerana kerja kuat Umno menangkis serangan itu pada 2004.
Azmin Ali, Naib Presiden PKR tampil mencabar agar membuktikan Zaid kaki botol, tetapi Azmi Ali itu lah yang sebenarnya terlupa bahawa beliau pernah berceramah di Kota Bharu dengan menyerang Zaid kaki botol yang harus di tolak oleh rakyat Kota Bharu pada pilihanraya 2004.
Pas juga menyerang Zaid ketika itu tanpa bukti. Azmin juga menyerang Zaidf tanpa bukti. Tetpai, hari ini id Hulu Selangor Azmin pula tampil untuk dikemukakan bukti.
Sebenarnya, pencalonan Zaid tidka disokong oleh ramai pemimpin PKR termasuk Azmin. Justeru itu, pendedahan Zaid kaki botol terpancul dari mulut mereka kalangan PKR dan Pas selepas Zaid diura-ura sebagai calon di Hulu Selangor.
Zaid kena ingat bahawa Umno yang lebih memebela maruah peribadinya sejak pilihanraya 2004 di Kota Bharu. Hari ini, keghairahan isu Zaid minum arak bukan di buat oleh Umno-BN, tetapi sekadar untuk memperingatkan tuduhan yang PKR dan Pas buat dulu.
Isu ini sebenarnya mengegarkan Pas dan Keadilan di Hulu Selangor dan BN sekadar mahu tahu sejauh mana Pas dan Keadilan sanggup sekali lagi menjadi 'penipu' untuk menafikan tuduhan yang pernah mereka buat sebelum ini ke atas Zaid.
Ingat - kain rentang dan pemindang yang dipasang di segenap simpang di Perlimen Kota Bharu pada pilihanraya 2004 yang menuduh Zaid kaki Arak dan Tahi Judi di buat oleh Pas dan Keadilan, bukan Umno. Yang membuang kain rentang adalah kakitangan MPKB yang berjiwa Umno atas arahan Dato' Fatmi dan Dato' Kamaruddin Abdullah.
Setiap kali banting, sepanduk dan kain pemidang yang tertulis - Zaid tahi arak tegar, Zaid Brandi' di buang, esok ada lagi kain rentang baru yang di pasang oleh mereka.
Memang ketika itu, Zaid belum pun bertaubat. Arak mahal yang kononnya di minum itu adalah sejenis 'tonik' untuk menambah tenaga, bukan minum sampai mabuk.
Mungkin hari ini, baru Pas sedar untuk mempertahan semula maruah Zaid. Apakah Pas akan pertahan Zaid dengan ungkapan - minum arak mahal untuk ubat tak haram, selagi tidak mabuk. Pas memang pandai cari dalil dan nas jika mahu mempertahankan diri mereka.
Pas dan PKR menyerang Zaid selepas Tun Mahathir memberi pangkat Timbalan Pengerusi Umno Kelantan pada 2003. Semenjak itu, sudah kedengaran Zaid tidak Islamik, kaki arak dan tahu judi.
Gara-gara itu, Pak Lah tidak senaraikan Zaid untuk bertanding di Kota Bharu pada 2004, kononnya ingin mencari calon yang lebih bersih dan berakhlak Islam, tetapi Pak Lah terkhilah pandang bahawa ada seorang dua kalangan setiausahanya berlagak alim - juga tahi arak tegar.
Sebenarnya pemilihan Zaid bertarung di Hulu Selangor ada nawaitu di sebaliknya kepada Anwar Ibrahim. Anwar tahu perangai sosial Zaid yang tidak pernah bebas dari Arak dan lebih sedar perkara itu akan terdedah secara besar-besaran di Hulu Selangor.
Anwar sebenarnya mahu menguji sama ada rakyat akan memilih calon Melayu yang rendah moral kerana 'peminum arak' atau memilih perjuangannya. Jika Rakyat Hulu Selangor terus memilih Zaid yang didakwa tahi arak, maka terbukti soal moral Anwar yang dikait dengan isu 'liwat' tidak memberi kesan di hati rakyat.
Inilah bijaknya Anwar untuk mencari 'kayu ukur' pangaruh politiknya dikalangan rakyat ketika isu moralnya begitu tegar terdedah satu persatu. Anwar mahu menyukat - apakah rakyat akan menolak calon rendah moral atau tidak.
Jika rakyat Hulu Selangor masih memilih Zaid yang dianggap Anwar sebagao calon rendah moral, bermakna ruang dan perjuangan politiknya yang sememangnya terlalu rendah moral kerana isu liwat yang lebih erkutuk dari peminum arak akan lebih kuat menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Sebenarnya, Hulu Selangor adalah kayu ukur Anwar dalam pemilihan calon pada pilihanraya umum ke13 nanti - bahawa calon yang rendah moral di sisi ajaran Islam pun boleh diterima rakyat.
Ini bermakna - Dato' Chua Soi Lek juga boleh bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Berbeza dengan Soi lek yang tampil ke tengah masyarakat untuk memohon maaf atas perbuatan peribadinya. Soi Lek dianggap pemimpin yang berani mengakui kesilapannya dan 'taubat'nya diterima masyarkat yang berfikiran terbuka apabila di pilih menjadi Presiden MCA.
Namun, berbeza antara Soi Lek dengan Anwar yang sampai hari ini tidak sanggup bersumpah di khalayak umum dengan menjunjung al-Quran untuk menangkis isu liwat, main bini orang dan isu terkini melewat pembantu comelnya, Saiful.
Isu Zaid ketagih arak sengaja dicipta oleh PKR untuk mengukur soal moral di tengah masayarakat pengundi di Hulu Selangor. Jika Zaid bertaubat - bukan sekali ini yang terakhir Zaid pergi ke Mekah untuk bertaubat - Zaid sudah acap kali ke Mekah.
Untuk bertaubat - tidak semestinya pergi ke Mekah baru dianggap suci dan diterima Allah s.w.t di segi taubat Nasuhanya. Ramai yang pergi ke mekah pun, balik masih dok ulang cerita lama.
Contohnya ulama Pas, berkali pergi ke Mekah - tetapi bila balik ke Tanah Air masih menyumpah, memfitnah dan meaki haum orang lain. Sebab itu, dalam isu taubat ini adalah - 'kekuatan jiwa untuk memikul penyesalan selepas taubat' - bukan kekuatan mulut untuk bertaubat.
Kenapa Zaid, Haji Hadi tidak ajak Anwar Ibrahim ke Mekah untuk bertaubat dan bersumpah di depan Kaabah bahawa beliau tidak melakukan 'Liwat'. Biar ada empat saksi sumpah Anwar di depan Kaabah bahawa - liwat itu satu fitnah dan aku tidak pernah melakukan liwat kerana sepanjang hidup aku - cuma Azizah sahaja tempat melempiaskan nafsu syahwat selama ini.
Jika Anwar berani bersumpah di depan Kaabah, bersaksi alim ulama termasuk Dr Yusof Qardowi yang dipuja-pujanya - rakamkan vedio dan sebar. Anwar tidak payah berkempen - yang jelas BN akan jatuh pada pilihanraya ke-13 nanti.
Tetapi, Anwar harus menanggung segala bahana dari sumpah dan pengakuan penafian itu, bukan sahaja di akhirat, tetapi dunia lagi. jangan ghairah berpolitik hingga terlupa dosa pahala...Biarlah rakyat Hulu Selangor membuat pilihan yang tepat.
well said bro..
ReplyDelete