Tidak ada yang mengejutkan jika bekas Ketua Umno Kota Bharu dari Kelantan, Dato' Zaid Ibrahim, anak kelahiran kampung Terap, Banggu Kubang Kerian, tiba-tiba menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihanraya kecil Hulu Selangor yang akan ditentukan oleh pengundi di kawasan itu pada 25 April ini.
Kenapa Anwar pilih Zaid yang sudah menjadi segala bekas kepada segala jawatan dalam Umno. Zaid Ibrahim adalh bekas ahli Perlimen Kota Bharu, bekas timbalan Pengerusi Perhubungan Kelantan dan bekas Menteri Malaysia.
Pencalonan Zaid di Hulu Selangor pada analisis saya atas dua sebab. Pertama, mahu menggunakan isu Zaid atas segala bekas kepada segala bekas dalam Umno dan kedua - kebetulan harta kekayaan Zahid jika dibelanjakan RM10 juta pun tidak akan luak atau terjejas.
Mengenali Zahid yang pernah menyinggah di rumah dan bersahabat baik dengan almahrum ayahnda saya, Zaid tidak pernah 'kedekut' untuk menabur wang demi maruah dan kemenangan. Jadi tepatlah jika Anwar pilih Zahid kerana segala perbelanjaan untuk jentera dan membeli undi sudah tidak menjadi masalah besar kepada Zaid.
Cuma pada firasat saya, Zaid akan kalah dan keputusan bertanding di Hulu Selangor adalah satu percaturan yang cukup silap. Kenapa Zaid harus meninggalkan 'dendam' yang belum berbalas di Kota Bharu.
Jika Zaid kalah di Hulu Selangor, tidak mungkin Zaid akan berpatah balik ke pengkalan asal di Kota Bharu pada pilihanraya ke-13 nanti. Atau, Zaid tidak yakin bahawa Pas akan memberi laluan kepadanya di Perlimen Kota Bharu sekali pun mempunyai hubungan keluarga yang begitu rapat dengan menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat.
Sewaktu menang di Perlimen Kota Bharu pada 2004 dulu, Nik Aziz sendiri menyusun gerakan 'rahsia' dengan mengarahkan beberapa kuncu-kuncu kuat Pas di Kota Bharu agar membantu memenangkan Zaid secara senyap-senyap.
Malahan, ketika Zaid mengadakan majlis keraian di rumah mewahnya di Pasior hor, selepas dilantik ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Nik Aziz hadir ke rumahnya bersama beberapa Exco negeri Kelantan.
Sebenarnya, nama Zaid selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan sudah tercicir menjadi calon pada 2004 hingga hampir mencetus rusuhan di Bangunan Umno Kelantan di Kota Bharu, hingga Bossnya ketika itu - Dato' Mustapha Muhamad terpaksa menyorot dalam tandas.
Zaid tidak mesera rakan, kerana kesempatan mempengaruhi pengundi Cina dalam pertemuan di malam akhir dengan tokoh-tokoh berpengaruh Cina Kota Bharu, hanya untuk kemenangannya sendiri, tetapi calon harapan MCA tunggal - Leong cuma kecundang beberapa ratus undi sahaja.
Namun, kelebihan Zaid adalah seorang yang begitu pemurah dan tidak kedekut untuk membantu di segi sumber kewangan untuk kawan mahupun lawan. Dalam 'menghulur' Zaid sukar ditandingi. Oleh kerana itu, Zaid masih meninggalkan pengaruh besar di kalangan pengundi Kota Bharu.
Malah pemimpin cawangan serta penghulu dan penjawat parti Umno di Kota Bharu masih mempunyai hubungan akrab dengan Zaid. Setaiap program politik PKR Zahid di Kota Bharu, akan tetap ada penjawat kanan Umno bahagian itu hadir menunjukkan muka masing-masing. Ini yang memeningkan Dato' Fatmi Salleh hingga ada yang dikenakan surat tunjuk sebab peringat dalaman parti.
Zaid. insan yang tidak kenal putus asa jika mengejar sesuatu. Zaid terpaksa menunggu penggal ketiga untuk mengetepikan Dato' Rastom Ahmed Maher, untuk memenangi jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu.
Tetapi, Zaid terpaksa mengaku kalah kerana dikalahkan oleh kelicikan percaturan Dato' Fatmi di segi teknikal - ketika ruang waktu diberikan oleh Zaid kepada Fatmi sewaktu digantung tugas. Fatmi adalah orang kanan Zaid dan kepercayaannya ketika itu.
Namun, dalam politik semua boleh jadi. Seorang sahabat akrab boleh menjadi musuh yang tegar jika menongkah arus perjuangan. yang pandai mengampu akan teurs mendapat tempat biar hakikatnya mereka itu jauh tidak berkelayakan. Tetapi, bila berkuasa - kekuatan itu datang dengan cepat kerana terlalu banyak tukang ampu di kelilingnya.
Apakah Zaid mampu menang di Hulu Selangor, ketika barisan pembangkang kian rapuh. Jalan kehancuran sudah berada di depan mata.
Rakyat Hulu Selangor sudah mula berubah arah kerana PKR tidak begitu memperdulikan rakyat selepas sepanggal di beri peluang. Rakyat Hulu Selangor mahu calon tempatan yang mudah dihubungi dan merasai susah payah hidup mereka.
Zaid akan tercebak dengan segala kekeliruan jika bertarung di Hulu Selangor yang memiliki satu kawasan yang dua kali ganda lebih luas dari Perlimen Kota Bharu. Begitupun, jika Zaid menang - ia boleh membina satu lagi banglo mewah sebagai rumah penginapan untuk bertemu rakyatnya.
Zaid boleh buat segalanya jika rakyat memberi kepercayaan. bak kata almarhum ayahnda saya '- zahid boleh dijadikan ketua kerana tidak pernah lupa orang yang mendokong perjuangannya dan sentiasa bertanya khabar biarpun bukan musim pemilihan. Sifat ini tidak ada kepada Annuar Musa yang hanya mencari 'orang' waktu memerlukan'.
tahniah kepada penulis.. a very well written article to describe about DMZI.
ReplyDeletecuma, tajuk article kamu kurang mengena..
melihatkan sambutan rakyat di hulu selangor, DMZI pasti akan menang walaupun majoritinya tidak banyak.. mahupun rezeki allah sbwt tidak berpihak kepadanya kali ini, namun saya penuh yakin kekalahan zaid di hulu selangor tidaklah steruk kekalah FATMI di KOTA BHARU.. hahahahha 12 ribu majoriti.. buat malu sajaaaalaaaah.. haprak..
ada baiknya zaid menang di hulu selangor, barulah FATMI boleh tidur lena kerana sudah pasti DMZI tidak akan meneruskan battle di KOTA BHARU. jika DMZI bertanding lagi di KB tapi kali ini mewakili PKR, FATMI sudah pasti kalah lebih 20 ribu. ahahahhahaha amin..