DOA NIK AZIZ : KANAPA UMNO PERLU TAKUT
Seminggu lalu ketika berada di luar negara, saya diberitahu kecoh tentang 'doa' Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Doa untuk menghancurkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno. Ketika itu, Najib berada bumi Afrika untuk menghadiri sidang CHOGAM dan waktu itu juga dunia Islam tertumpu ke Mekah untuk mengujungi Bitullah - Kota Suci Mekah - yang menjadi iktikad kepada umat Melayu Islam di Malaysia dan sepulusuk punjuru dunia tanpa mengira mereka pengikut atau pemimpin parti Pas, Umno dan tidak mendokong mana-mana parti politik.
Mereka yang bertawaf dan menlengkapkan rukun Haji yang wajib (bagi yang berpendapatan secukupnya) dari Rukun Islam kelima dari serata dunia tidak kenal Pas, tetapi tidak sesat di bumi Mekah dan berziarah di kuburan Rusulullah di Madinah. Amal mulia mereka dengan penih keikhlasan akan tetap ditetima oleh Allah s.w.t untuk memberish diri seumpama baru lahir, tanpa ditanya apakah ahli Pas.
Ketika umat manusia hampir 3 juta mendadah tangan memohon restu, keberkatan, kemurhanan rezeki dan merahmati diri serta penduduk dunia, di Serambi Mekah `doa' seorang tok guru yang dikatakan keramat menadah tangan untuk menghancurkan Najib, pemimpin rakyat Malaysia dan pemimpin darikalangan umat Melayu Islam yang sudah pun mengerjakan haji dan bersolat untuk merendah diri kepada Allah.
Kalau ditakdirkan Nabi Muhamad s.w.a hidup semula dan menyangkah perbuatan Nik Aziz, pengikut Pas akan mencerca Rasulullah. Pengikut Pas yang fanatik dan songsang mungkin terlupa - apakah Nabi mendoakan seorang ahli sihir Yahudi yang berkhianat kepada baginda hingga 'kepala Nabi' sakit sebegitu rupa agar pengkhianat ini ditimpa bala. Apakah Nabi menadah tangan dan meminta Allah menurunkan bala kepada siYahudi itu.
Apakah, Nabi Muhamaad s.a.w menadah tangan agar Allah s.w.t menghancuirkan golongan jahiliyah yang membaling tahi unta, najis dan batu dan yang penyerang yang hampir meragur nyawa Nabi dalam Perang Uhud dilaknat dan dibaut perutnya buncit.
Persoalannya, apakah Nik Aziz yang dianggap begitu tinggi ilmunya tidak menemui segala kesah ini, sedangkan kita begitu hebat bercakap ualam itu pewaris Nabi. Jika ulama itu pewaris Nabi, perangai dan safat sabar juga harus mengikut perangai Nabi.
Sedari dulu dato' nenak saya berpesan, 'jangan sesuatu kejahatan dibalas dengan kejahatan'. jangan sesekali mendoakan keburukan kepada orang lain sekalipun musuh kita, tetapi lebih afdal menadah tangan memohon kepada Allah agar dibukakan pintu hatinya menjadi manusia yang lebih sempurna. Ini inti ilmu yang saya pernah terima dan dijadikan pegangan hidup dan di perturunkan pula kepada anak-anak yang mula merangkak ke alam remaja.
Kepada saya, Nik Aziz cuma tok guru tempilan warisan khawarij. Nik Aziz tidak keramat. Doa Nik Aziz yang karut marut tidak akan sampai ke langit. Untuk apa harus ditakutkan soal 'doa' Nik Aziz.
Kalau Nik Aziz mahu berdoa, bairkan dia berdoa. Kita seharusnya mengalalkan Nik Aziz berdoa. Kita ingin lihat sehebat dan sekeramat mana doa Nik Aziz boleh menjahanamkan Umno dan Najib. Sudah lebih 30 tahun Nik Aziz berdoa untuk membolehkan Pas memerintah Malaysia. Pas cuma sekadar boleh memerintah Kelantan lebih 19 tahun, tetapi ada sebab tertentu Allah s.w.t membiarkan Pas perintah Kelantan.
Tujuan Allah s.w.t sebenarnya ingin meilihat sendiwara tokoh-tokoh agama Islam mempermain dan memperdayakan ayat-ayat Allah s.w.t sebagai satu perbandingan. Di mana segala janji Pas untuk menjadikan Kelantan negeri Islam yang berteras Al-Quran dan Hadis. Di Mana Hukum Hudud yang di laung-laung selama ini.
Jika Nik Aziz keramat dan doanya diterima, sudah lama Malaysia diperintah Pas. Tetapi, anggota perliman Pas paling ramai di Dewan Rakyat pada 1999, kemudian semakin berkurang. Pilihanraya umum ke-12 yang dianggap hebat, Pas menang cuma 23 kerusi. Macam mana nak perintah Malaysia.
Jika keinginan Pas memerintah Malaysia dengan kerjasama DAP, sampai bila HUDUD tidak menjadi kenyataan dan akan bertambah huru hara. DAP sampai kiamat tidak akan merima idealogi Islam Pas. Sejarah sudah terbukti di Perak apabila Nizaruddin cuma sekadar menjadi badut sebagai menteri Besar. Ketika Pas mengepalai kerajaan Perak, tidak ada pun pusat hiburan melampau yang ditutup, malah keinginan dan suara untuk melaksanakan hukum hudud tidak kedengaran langsung.
Nizar dipandirkan oleh DAP Perak apabila melulus status tanah selama 999 kepada kampung baru Cina yang secara tidak langsung wujud Tanah Simpanan Cnia di Tanah Melayu, sedang orang Melayu cuma diberi tol tanah szelama 99 tahun paling lama. Ini yang dikatakan Nizar pemimpin Pas yang hebat di Perak.
Kenapa orang Melayu Islam masih gagal menerima segala penghinaan, termasuk memijak gambar dua ADUN Melayu yang keluar dari PKR di Perak. Ini satu penghinaan kepada bangsa Melayu terutama kepada Osman yang pernah ditauliah sebagai Pegawai tinggi Tentera yang berjuang untuk maruah bangsa, agama dan negara. Semua ini, satu permainan jahat DAP yang pernah membawa penyapu hingga meleutusnya peritiwa 13 Mei 1969.
Kita bukan mahu membangkitkan isu perkauman, tetapi 'galak' DAP yang menentang kewujudan Islam di Malaysia sudah sampai 'cacing naik ke mata'. Belum pernah berlaku peristiwa seumpama ini berlaku dalam arenah politik yang dulu begitu aman atas nama demokrasi. Permainan DAP seorang-olah mahu mencipta 'kehangatan darah' bangsa Melayu dan ingin menghancurkan kehormonian dan kemakmuran yang dikecapi oleh pelbagai bangsa sejak negara merdeka.
Melayu Islam bukan pengecut untuk mengikut rentak tari DAP, tetapi Islam mengajar Melayu Islam agar 'bersabar' dan berhemah selagi ajaran Islam tidak diinjak-injak. Injak bangsa Melayu, sabarnya masih mampu bertahan, tetapi9 jangan sampai menghina ajaran Islam.
Pemimpin DAP dan PKR yang 'kafir' tidak layak membaca al-Quran untuk diterjemah dan mengajar umat Islam lain. Mereka tidak layak dan tidak berhak sekalipun Nik Aziz merestuinya. Mereka tidak layak untuk membaca dan mengajar umat Melayu Islam soal inti al-Quran, sedangkan mereka tidak boleh menerima hakikat Islam itu sendiri, termasuk soal HUDUD.
Jangan berjudi nasib untuk mendapat sokongan Melayu Islam dengan membaca al-Quran, sedang wanita dalam haid pun tidak boleh membaca al-Quran dengan suara waktu itu. Ini larangan jelas dan bukan boleh dipersenda.
Tapi, sayang kenapa pengikut Pas boleh bangga dan bertakbir bila orang kafir membaca al-Quran, mentafsir di kelayak ramai untuk mengajar dan menyedarkan penyokong Pas soal Islam, sedangkan tokoh bertaraf mufti seumpama Dato' Seri Harunsani dikecam jika tidak berpihak kepada Pas. Ini ajaran ilmu Islam mana.
Di Barat, ilmuan barat yang masih kafir membaca dan mengkaji ilmu inti al-Quran sebagai rujukan 'kebenaran' dari segala kebesaran Allah s.w.t, bukan untuk berpolitik. Kajian sainstifik dari inti ilmu al-Quraan hingga tercetus kepada kehebatan imformetion Teknologi tanpa wayar, kejadian manusia dari setitis air mani, fenomena alam, penyakit dan sebagainya.
Sebabagian besar penemuan itu dijual dalam bentuk prodak saintifik dan teknologi. Sebahagian besar pengkaji yang menemui kebesaran dan kebenaran ayat-ayat Allah s.w.t dari Al-Quran ramai memeluk Islam atas keinsafan sejati.
Di Malaysia, al-Quran di buka untuk mencari ayat untuk menghantam sesama Islam, mengkafir sesama Islam, mendoa untuk ditimpa bala kepada umat Islam lain. Siapa mereka ini. Jelmaan dari mana mereka ini. Siapa sahabat mereka, malaikat atau siapa sebenarnya yang dirasuk sejauh itu.
Lebih baik pergi berdoa di kuburan Ibrahim Libya yang menjadi mangsa Peristiwa Memali yang disanjung oleh Pas sebagai 'mati syahid'. Dulu Pas begitu hebat merayakan 'Hari Peristiwa Memali' sembil mengutip derma. Dulu juga ada Hari Hudud, tetapi semua itu tinggal kenangan. Sudah tidak ada lagi pemimpin utama Pas mengujungi kuburan Ibrahim Libya sekali pun kaki sudah memijak bumi Baling.
Mungkin, Tabung Memali sudah kehabisan dana untuk membantu sana saudara Ibrahim Libya yang hidup dalam kemiskinan. Semua ini mengambarkan Pas cuma pandai menjadi pencetus peritiwa untuk menarik perhatian pengikut-pengikutnya kononnya atas nama Islam, tetapi hakikatnya untuk mencari kemewahan hidup dari dunia politik.
Di Kelantan, sudah tidak ada yang hidup bersederhana, semuanya kaya raya dan hidup mewah. Jika tidak percaya, mana mungkin jika bercerai dengan isteri, isteri boleh tuntut harta sepencarian hingga berjuta-juta ringgit. Jika beristeri lebih dari satu, tiap-tiap isteri hidup selesa dalam rumah banglo mewah. Kalau tidak banglo mewah, Kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Arahan doa Nik Aziz kepada pengikut Pas agar Najib diturun bala dan bucit perut perlu disambut dengan gelak ketawa. Biarkan Nik Aziz terjun dengan labu-labunya. Adalah lebih baik Nik Aziz berdoa agar beliau sendiri tidak sering sakit perut dan jantungnya tidak meracau-racau. kalau sakit, tak payah jumpa doktor, cukup dengan doa saja kalau doa kita tu terlalu keramat sangat. Usah nak doa orang, 'doa katak puru pun tak mati'.
Kenapa tak doa Nik Abduh tidak kalah dalam pertindingan Ketua Pemuda Pas Kelantan. Nik Abduh siang malam berdoa untuk menang, tapi kalah juga. Jangan terlalu emosional jika tidak dapat pergi ke Mekah dengan duit tajaan dari bekas budak pejabat Mardi yang kini sudah kaya raya hasil dari secuit tandatangan Nik Aziz untuk mendapat tanah yang sebegitu luas dan kemudian dijual kepada Jcorp.
Bukankah dengan tandantangan Nik Aziz, bekas budak pejabat Mardi itu menjadi monopoli memasang Billbord besar di kawasan Majlis Pembadanran Kota Bharu (MPKB). Sebenarnya, Kota Bharu belum layak bergelar Bandaraya, apa lagi Bandaraya Islam. Banyak sebab...nannti kemudia ulasannya.
Bekas budak Mardi itulah yang menaja Nik Aziz ke Mekah yang kemudian dibatalkan. Mungkin selepas balik Mekah ada lagi benda yang nak ditandatangan. Nik Aziz boleh ingat semula yang budak ini berapa kali dapat tandatangan yang membolehkanya menjadi kaya raya sekarang. Asalnya, budak ini siapa.
Soal menantu, kenapa tidak pertahankan kerana bukahkah dulu waktu orang sudah mempersoalkan perlantikan Arifahmi, Nik Aziz beria-ia mempertahankan perlantikannya. Kenapa baru sekarang baru nak sedar dan terpaksa akur dengan nasihat Haji Hadi yang sebelum ini Nik Aziz arah EGM untuk singkir orang-orang ini.
Mungkin Nik Aziz juga sendang sakit. Sakit jiwa sama seperti Husam yang terpaksa tanggung sakit tulang belakang mungkin gara-gara kahwin dua. Entahlah apa nak jadi dengan Pas yang selalunya bercakap lidah bercabang-cabang. Muga pakat pikir kebenaran yang semakin hari semakin jelas.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata