Monday, December 28, 2009

HUSSAM DALAM SAKIT

Lebih tiga bulan lalu, ketika bercakap dengan penulis blog tersohor MSO - Merah Tinta yang saya kenal menerusi tulisan hebatnya, saya memberitahu bahawa sahabat akrabnya dulu, Dato' Husam Musa, 'macam dalam kesakitan'. Ini berdasarkan pengamatan saya ketika Berita TV ketika Husam mengulas isu royalti minyak Kelantan.

Beberapa minggu kemudian, terpacul di muka depan Mingguan Malaysia sebagai lead story, Husam akan letak jawatan kerana kesihatan sakit belakang dan pelbagai tohomahan lain lagi.

Husam anak Musa memang hebat dan cukup terkenal sebagai idealis dan pakar strategi kepada perjuangan Pas baik Kelantan atau pusat. Pengalaman politik yang dikutip sewaktu menjadi Setiausaha politik Dato' Nik Azizi Nik Mat cukup mematangkannya untuk menjadi juara baru dalam kepimpinan Pas pusat.

Husam memang pintar melontar sesuatu isu ketika Pas sedang diambang kemelut pergeseran. Isu-isu yang diketengahkan akan menjadi satu perbincangan yang akan menutup kemelut pergeseran Pas sebenar. Inilah ilmu politik Tun Mahathir setika berkuasa lebih 22 tahun lalu.

Exco kerajaan kelantan yang begitu popular dan menjadi anak emas Nik Aziz ini, cukup tidak disenangi oleh kalangan pemimpin Pas lain mungkin kerana kebijaksanaannya. Namun, dalam politik manusia bijaksana akan melalui satu ranjau berduri untuk sampai ke kemuncak. Tun Mahathir juga melalui liku yang sama tetapi berjaya membabskan diri dengan kekuatan semangat dan qodo Allah s.w.t.

Kini, Husam dalam 'delima' baru. Husam bukan sahaja diserang sakit tulang belakang seperti Anwar Ibrahim yang megic pembedahannya hanya boleh dilakukan di Jerman. Dijerman, penyakit ini jika berjaya di bedah boleh berjalan dalam pulih seperti sediakala dalam tempoh 24 jam dan dalam tempoh tiga hari sudah boleh berjogging. Doktor pakar di Malaysia juga kagum dan pelik bin ajaib apa yang berlaku ke atas Anwar.

Lagi pelik, selepas bedah sakit belakang, leher Anwar yang sering pakai pembalut dulu pun boleh sembuh seratus peratus. Kesah kecederaan leher Anwar katanya jajtuh dari kuda. Ada setengah kata, di tendang rakan lelaki yang bukan kaki gay dan Anwar salah baca kerektor orang.

Hati ini, Husam bukan setakat sakit tulang belakang, tetapi sudah melarat kepada 'sakit hati'. Husam mula meluah apa yang tersirat untuk membela diri dari serangan keluarga Nik Aziz. Husam mula sakit hati apabila orang-orang harapan yang berada dikeliling Nik Aziz, Annual Bakri Haron (setiausaha politik) dan Shohiba Yaacob (setiausaha Akhabar) akan diterajang keluar dari pejabat Nik Aziz atas pandangan Nik Abduh yang merupakan musuh tradisi Husam.

Husam mungkin akan kehilangan 'spy' untuk mendapat maklumat terdekat dari pejabat Nik Aziz.Justeru itu, luahan dari clog Husam - cetusan-hati.blogsport.com - membuktikan Husam sudah keluar dari kepompong 'yes' sebelum ini.

Husam sudah bersedia untuk menjadi pengelima perang dan berjihad ' demi keadilan'. Husam sudah berani mengkritik Nik Aziz kerana beliau sudah tahu peluang untuk mewarisi tahkta Menteri Besar kelantan semakin gelap malam.

Husam sering menjadi serangan anak-anak Nik Aziz. Jika dulu Nik Abduh dari blognya, kini anak kesayangan Nik Aziz yang membela suami tercintanya, Ariffami Abdul Rahman, pula menyerang Husam gara-gara tekanan agar suaminya meletak jawatan.

Husam dulu dengan Husam sekarang tetap sama. Jika dulu Husam tidak menentang perlaltikan Ariffahmi sebagai CEO PMBK, kini Husam menggunakan kuncu-kuncunya untuk melempias rasa tidak senang hati kepada Ariffahmi. Mungkin, gara-gara pembahagian harta yang tidak adil dan mengetepikan Husam dan koroninya.

Mungkin ada kaitan dengan soal pengambilalihan ladang Felcra yang diusahakan oleh Husam dan diserah kepada PMBK. Husam mungkin berhasrat untuk mengswastakan ladang Felcra kepada kroni-kroni dan rakan niaganya, tetapi Ariffhami juga kini memiliki rakan niaga yang cukup hebat. Tetapi, Felcra sudah bayar wang pampasan RM10 juta yang akan masuk dalam tabung PMBK.

Sebagai pemimpin parti Islam yang didakwa lebih Islam dari orang lain, Husam mengguna kiasa Aisah dalam menasihat Nabi dalam pelbagai perkara. Apa pun, jika diukur dengan niat Husam yang sebenar, Nik Aziz perlu bersara dan berundur kerana sudah gagal memberi tumpuan keutamaan kepada urusan kerajaan. Nik Aziz sudah terlalu lama dan kesan yang ditinggalkan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan juga perkembangan Islam di kelantan tidak begitu ketara.

Selama ini, segala perancangan dan pengurusan ekonomi Kelantan hanya dirancang oleh Husam. Kelantan kini menjadi negeri pengesport kambing terbesar di Malasyia, pengeksport kayu gaharu, orang-orang tua mendapat elaun bulanan dan skim khirat kematian menerusi skim kifalah berjaya dengan hebat hasil kerjatangan Husam.

Husam sebenar 'hero' baru di Kelantan dan meminggirkan saingan politik terutama jutawan Dato' Takiyuddin yang dianggap orang luar kelantan yang hanya bertenggek atas nama isteri menjadi anak kelantan.

Ketakutan terakhir seolah-olah hasrat Nik Aziz untuk meminta undang-undang tubuh kerajaan Kelantan bagi membolehkan orang 'Islam' menjadi menteri besar, bukan 'Melayu Islam' - seolah-olah memberi pertanda Dato' Anwar Tan Abdullah akan ditabal menjadi menteri besar baru.

Cuma pelik, kenapa undang-undang tubuh negeri Kelantan perkara itu yang ingin dipinda. Kenapa tidak terus pinda menjadikan undang-undang tubuh itu kepada al-Quran dan Hadis yang dicita-cita oleh Pas selama ini. Kenapa pula Pas tidak pinda undang-undang bahawa orang cina boleh beli hartanah di Kelantan yang kini berlaku dalam 'gelap'.

Apa pun, Husam perlu bangkit untuk mempertahan kebenaran yang terselindung selama ini. islam mengajar kita berani kerana benar dan takut keranan salah. Setiap pemimpin yang silap, tanpa mengira ia Tok Guru atau ahli agama tersohor mahupun pemimpin tersohor hatta raja sendiri perlu ditegur dengan bijaksana.

Jika kita melihat kemungkaran tetapi membiarkan kemungkaran itu didepan mata, apakah kita bersedia untuk menanggung seribu satu jawaban di alam akhirat sedangkan kita sendiri masih berkurat dengan lumpur dosa lain yang kita sendiri buat. Husaam semamangnya pemimpin yang berani dan kita mengharap Husam tampil untuk terus merongkai segala kemungkaran.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata