Thursday, December 17, 2009

DAP: JANGAN ULANG PERITIWA LAMA

Sebenarnya pilihanraya umum ke 12 lalu membawa seribu makna untuk mengajak umat Melayu Islam, kaum Cina dan India serta pelbagai bangsa lain untuk merenung kembali perbandingan keharmonian negara sebelum ini.

Gagasan politik BN,biarpun diterajui oleh Umno sebagai nakhoda, ia adalah satu bentuk kerajaan yang tampil untuk membina kemajuan dan memartabat semua kaum yang ada di negara ini.

Selepas peritiwa rakyat yang hampir 'membakar kelambu' Umno-BN pada pilihanraya umum ke-12 lalu, membuat politik Malaysia sentiasa dalam keadaan panas dan baranya seakan tidak padam. Jika bara ini terus ditiup, akhirnya boleh menjadi api yang menyambar dan membakar segala yang sedah tercipta sekian lama.

Kita harus merenung jauh ke Iraq, sebuah negara yang aman tanpa sengketa dan penuh kegmilang di bahawa kekuasaan Sahdam Hussien. Kerangkusan segelintir rakyat yang benci dengan kekuasaan gemilang Sahdam akhirnya hari ini, Iraq hidup dalam kesengsaraan rakyat.

Bumi Iraq yang aman damai dan keharmonian hubungan semua kaum yang ada, kini terpaksa menagih kesengsaraan. kedaifan dan hidup dalam suasana terancam. Rakyat Iraq berbunuh sesama sendiri.

Di Pakistan dan di Afganistan tempat yang pernah melahir ulama-ulama tersohor berabad lalu, kini hancur dan umat Islam hidup dalam kesengsaraan kerana peperangan sesama islam yang mendabik dada 'aku lebih Islam dari orang lain'. Nilai-nilai hidup ajaran islam agar umat Islam bersatu padu tanpa mengenal batas agama sudah hancur.

Di Pelastine, dua puak yang kononnya menegakkan panji-panji perjuangan Islam bertelagah sesama sendiri yang membuat bumi para ambiah itu hancur lebur dikawal oleh bangsa Yahudi Israel yang jahat. Di Labanon juga menghadapi masalah perpecahan sesama umat Islam hingga terus dibelenggu kehancuran.

Terlalu banyak bumi Islam bersengketa sesama sendiri. Ada yang ingin mempertahkan kuasa terpaksa membinta bantuan kerajaan kafir yang akhirnya dikawal dengan kaeadah yang memberi kelemahan hidup kepada umat Islam.

Apakah Malaysia akan menerima nasib yang sama. Hari ini, umat Islam di Malaysia hidup begitu selesa dan cukup berjaya serta menjalankan ibadah tanpa gangguan atau hidup dalam ketakutan. Ini adlah rahmat Allah s.w.t yang mengurniakan pemimpin yang lebih berjiwa Islam dalam membina dan membangung umat dibawah pemerintahannya.

Namun, peristiwa keputusan pilihanraya umum ke-12 seakan petanda 'nasib buruk Malaysia' dan rakyatnya sudah bermula. Kemennangan besar DAP yang bergabung dengan PAS dan keadilan memberi igauan buruk dalam kancah politik tanah air.

DAP yang membawa idelogi Malaysia Malaysia seumpama PAP di Singpaura, akhirnya jika idelogi ini berjaya - Melayu Malaysia akan menerima nasib buruk seperti Singapura. Malaysia akan kehilangan takhta raja, hak keisitimewaan Melayu akan hilang dan banyak perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malasyia akan terungkai.

DAP sudah mengunggunakan tipudaya dan secara kebetulan dibantu secara agresif oleh Melayu yang lupa diri, Anwar Ibrahim dan mendapat sokongan PAS untuk menjadi pencetus peermusuhan Islam sesama Islam dengan idelogi kafir mengkafir.

Sebelum ini, DAP tidak mampu dan gementaer untuk mempertikai hak keistimewaan orang Melayu, mempersoal kekuasaan takhta Sultan, membantah pembinaan begitu banyak masjid, biasiswa dan pinjaman pendidikan untuk umat Melayu Islam, Tanah simpanan Melayu dan Perlembagaan Malaysia yang berpihak kepada Melayu Islam dalam struktur kontrak sisoal yang sudah dipersetujui sebelum Merdeka.

Inggeris yang menjajah Tanah Melayu memberi hak termaktub dan keisitmewaan kepada umat Melayu Islam dalam Perlembagaan Malaysia, kepadanya cuma bersifat sementara. Inggeris terlebih awal membayangkan Malaysia akan huru hara akibat pertelingkahan kaum.Inggeris awal-awal lagi menganggap pemimpin Melayu tidak akan menjadi pemimpin yang hebat untuk membina negara ini dan menyatukan pelbagai bangsa yangb sedia ada.

Inggeris memberi kemerdekaan dengan harapan Malaysia akan hancur dan menjadi negara repablik dalam waktu terdekat. Pemimpin Melayu dianggap tidak akan mempu untuk menghadapi tekanan perkauman, selain kacau bilau yang dilakukan oleh Komunis Malaya pimpinan Cheng Peng.

Pemimpin Melayu akan meyerah kalah kerana tidak mungkin akan dapat memajukan Malaysia sedangkan hasil mahsulnya tidak seberapa, cuma bergantung harap dengan sumber pertanian yang begitu kecil dan murah. Inggeris memberi kemerdekaan dengan helah yang berselindung.

namun, pemimpin Melayu yang ditunjangi oleh Umno menampakkan kepimpinan luar biasa dan mampu mencipta keharmonian kaum tanpa ada pertupahan darah. Kejayaan itu membuat Inggeris mencipta Lee Kwan Yue untuk memberi tekanan kepada kepimpinan Melayu. Kwan Yue mencipta PAP dan membawa idelogi Malaysia Malaysia dan ingin mencipta negara Repablik.

Akhirnya, tekanan hebat dari pengaruh Inggeris itu membuat Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura. Pembebasan Singapura yang menjadi bumi Melayu milik umat Islam, akhirnya kaum Melayu Islam menjadi anak tiri di bumi sendiri. Ini cetusan peristiwa yang harus direnungi oleh Melayu Islam Malaysia akhir ini.

Inggeris tidak berputus asa. Jarum halus untuk menghancurkan pemerintahan yang berteraskan mordenis Islam terus dilakukan hingga menggunakan pemimpin DAP untuk mencetus peristiwa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969. DAP berperanan membakar api perkauman untuk menghalau Melayu keluar dari buminya sendiri dengan memasang strategi membakar di Kuala Lumpur.

Hari ini, DAP sekali lagi tampil untuk meniup api yang sama. DAP mempersoal hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebegai satu kontrak sosial yang tidak boleh dirungkai sampai bumi ini kiamat.

DAP tidak akan mempertikaikan kontrak sosial itu jika ia dilihat tidak menguntungkan Melayu Islam. DAP tidak akan mempersoal hak-hak ketuanan Raja dan Sultan sebagai kuasa ketuanan Melayu. DAP tidak akan mempertikai soal pemilikan tanah termasuk Tanah Simpanan Melayu, jika ia tidak memberi satu manafaat besar kepada umat Melayu Islam.

Apakah, DAP akan berani merpersoal hak umat Islam untuk mendapat masjid yang sempurna dan indah sebagai tempat beribadah yang selesa. DAP tidak berani mermpesoal semua itu jika tidak mendapat sokongan dari Keadilan dan Pas.

DAP sudah memperdaya PAS yang kononnya berjuang atas nama lebih Islam dari orang lain dan kegilaan bodoh Anwat untuk merebut kuasa menjadi Perdana Menteri hingga sanggup mengadai hak dan maruah umat Melayu Islam yang begini selesa sekarang.

DAP mendorong agar Cheng Peng yang mengepalai komunis dan membunuh beribu-ribu nyawa pelbagai kaum waktu darurat dahulu agar dibernarkan pulang. Sayangnya, Anwar dan Pas menyokong hasrat DAP kononnya untuk meraih undi dan simpapti kaum cina.

Dengan bantuan Melayu yang lupa diri, hari ini DAP sudah bergembira menakluk Pulau Pinang. Akhirnya, DAP akan membawa Pulau Pinang menjadi Singapura. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana dibelakang parti pembangkang sudah ada kuasa luar dari pengaruh Yahudi untuk melihat sebuah lagi bumi umat Islam menjadi huru hara.

Allah s.w.t sudah membari petunjuk kepada kita dengan kejatuhan Perak kepada pembangkang DAP-PAS-Keadilan. Mujurnya, Perlembagaan Tubuh Negeri Perak mensyaratkan status Islam sebagai pemimpin. Petunjukknya Pas diberi kuasa memimpin kerajaan sebagai Pak Turut.

Ketika Nizar menjadi Menteri Besar, tidak ada usaha untuk menutup tempat maksiat seperti Pas memerintah Terengganu dan Kelantan. Tidak ada usaha untuk menutup tempat-tempat poerjudian berlesan, tetapi Nizar cuma cadi Pek Turut dengan memberikan tuntutan DAP agar kaum cina mendapat Tanah Simpanan Cina dengan kkekuasaan pemilikan tanah selama 999 tahun.

Sekolah-sekolah Cina diberi hak pemilikan tanah yang begitu luas, sedangkan sekolah agama yang tidak bertanah cuma diberi sekangkang kera. Nizar tidak pernah bersuara untuk menjadikan Perak sebuah negeri Islam yang berteras hukum Hudud dan memperkasa sekolah agama Islam.

Inilah perbandingan untuk difikiran oleh rakyat Malaysia terutama umat Melayu Islam. Jangan ingat jika kuasa sudah hilang, suasana akan lebih menjadi lebih baik. Sejarah pertukaran kerajaan sudah membuktikan kerajaan baru akan lebih membawa mudarat kepada rakyat dari menjadi lebih baik.

marilah kita merenung agar bumi ini akan kekal menjadi milik umat Islam. Biarlah apa yang ada perlu disyukuri dan kita bersama membetul setiap kesilapan kecil yang berlaku, bukan dengan makar kelambu akhirnya rumah kita juga turut terbakar.

Meruntuh apa yang ada cukup mudah dan boleh dilakukan dengan sekelip mata, tetapi untuk membina yang baru akan pasti mengambil waktu yang panjang dan kemungkinan ia tidak menjadi seperti yang diimpikan. Umat Islam perlu tampil untuk menyangah cita-cita besar DAP untuk menghapus segala keisitimewaan milik umat Melayu Islam.

Perhatilah permainan licik DAP kebelakangan ini yang cuba meniup bara menjadi api. Semuga Allah s.w.t terus melibahkan kesadaran, kemakmuran dan keharmonian kepada rakyat Malaysia dan jauhkan perulangan Peristiwa 13 Mei 1969 yang tidak akian memberi keuntungan kepada sesiapa pun. Peperangan, pergaduhan hanya membawa malaputaka yang panjang dan kudiskan akan kekal berpanjangan untuk sumbuh kembali.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata