Thursday, December 17, 2009

NIK AZIZ : PAS AKUI NAJIB PEMIMPIN ISLAM

Ketika Pas galak untuk mendoakan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak, agar pecah perut dan menghancurkan hidup dan kehidupannya termasuk Umno akhir November lalu, kini Pas pula tiba-tiba memuji Najib.

Pujian itu diberikan dan ditauliahkan oleh Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mengepalai kepimpinan Kelantan, kononnya Najib adalah `Pemimpin Islam yang berani' apabila melakukan lawatan ke Selatan Thailand di waktu bom mengegarkan Naratihwat dua hari berturut-turut.

Sebelum ini, dari mulut Nik Aziz juga mendoa dan menyereru agar pengikutnya menodakan Najib pecah perut dan doa karut marut. Kali ini, Nik Aziz pula tiba-tiba mengiktiraf Najib sebagai pemimpin Islam.

Puji Najib 'berani' soal lain kerana Najib memang baka berani, baka penakluk dari Sulawesi, baka ketururnan Bugis yang terkenal dengan darah penglima dan pendawah agong seumpama Raja Haji, Deaing Perani dan Mareiok. baka Najib adalah baka pemimpin Nusantara untuk membela umat Islam sewaktu zaman penjajahan Portugis dab Belanda.

Anehnya, secara tiba-tiba Nik Aziz mengakui Najib sebagai 'pemimpin Islam' yang cukup berani untuk datang ke Selatan Thai bagi membantu mencari kaedah meredakan tekanan yang berlaku ke atas umat Islam di sana pada 9 Disember lalu.

Najib diiktiraf oleh Abashit untuk mengemukakan ilham, pandangan serta strategi untuk membantu memulih semula keadaan tegang di Selatan Thai yang membabit permasalahan umat Islam Pathani yang tersohor dengan perkembangan unggul dan terhebat di Nusantara seawal ke jatuhan Empayar Islam Melaka.

Perkembangan Islam di Pathani yang hebat suatu waktu lalu, kini tinggal legenda dan hidup dalam tekanan apabila berada di bawah pengaruh pemerintahan bukan Islam. namun, pegangan Islam tetap utuh dan kukuh di selatan Thai biarpun dikatakan menjadi anak tiri.

Sebagai pemimpin Islam sejati yang menurut arahan Allah s.w.t yang disebarkan oleh Muhamad Rasulullah dari tinggalan kitabullah Al-Quran dan Hadisnya, Najib mengambil daya insentif untuk membantu umat Islam di Selatan Thai dalam pelbagai bentuk yang dipersetujui bersama dengan kerajaan Thailand.

Terbukti beberapa idea dan pandangan serta strategi oleh Najib dipersetujui oleh kerajaan Abashit, sekalipun cadangan memberi sebahagian kuasa outonomi dalam beberapa perkara diketepikan sementara oleh kerajaan Thailand.

Namun, janji kerajaan Thailand untuk membantu dan memperkasa sekolah-sekolah agama di selatan Thai dipersetujui, selain penggunaan Bahasa Melayu agar identiti Melayu Islam di alam Melayu Pathani terus kekal selamanya.

Inilah yang dikatakan budaya dakwah secara bijaksana dan berdiplomasi, bukan mengkritik tanpa sumbangan bermakna. Apa yang dilakukan oleh Najib adalah suara dakwah daulah islamiah yang sewajarnya diiktiraf oleh umat Islam seantero dunia - kerana islam itu adalah agama persaudaraan.

Terbukti, Nik Aziz tersalah pandang dan mungkin tersilap cakap apabila secara terang mengiktiraf najib sebagai 'pemimpin Islam'. Selama ini, Najib dan ahli Umno dikafirkan oleh Pas dan dihina nista setiap waktu dan setiap ceramah. Umno dan Najib tidak diiktiraf sebagai pemimpin Islam malah begitu ghairah dikafirkan, dihina nistakan.

Pengikut Pas sewajarnya membuka minda dan merenung kata-kata Nik Aziz dan jangan terus menafikan pengiktirafan tertinggi Nik Aziz kepada Najib. Terbukti, Nik Aziz iktiraf Najib sebagai pemimpin Islam dan hukum kafir mengkafir tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Najib bukan sekadar di minta oleh Thailand untuk mencari kaedah memartabatkan semula umat Islam di selatan Thailand, malah di Filipina dan beberapa negara Islam di Afrika. Kenapa semua ini tidak memilih pemimpin Indonesia yang bilangan umat Islam teramai di dunia.

Najib baru muncul dalam kepimpinan Malaysia hasil dari kesinambungan hebat Tun Mahathir yang diiktiraf oleh dunia Islam bagai pelopor kemajuan yang hebat kebangkitan semula ekonomi dan sisio-budaya kehidupan umat Islam.

Perkembangan ajaran Islam dan kebangkitan umat Islam mencapai kemajuan hidup di Malaysia begitu membanggakan dan dijadikan contoh terbaik kepada negara Islam lain. Jika Malaysia gagal melahirkan pemimpin Islam yang berjiwa hebat untuk memartabatkan umat Islam, bangsa Melayu hari ini akan tetap kekal sebagai umat Islam di negara lain yang masih hidup dalam kemunduran dan dihimpit oleh kemiskinan.

Cuma pergi jauh untuk melihat kehidupan umat Islam di Afrika, benua lain dan terdekan di Indonesia sendiri. Kehebatan rakyat dan Umat Islam tidak akan berlaku secara sendiri jika tidak memiliki pemimpin negara yang bijaksana untuk merancang memartabat rakyatnya.

Dunia mengakui Malaysia sebuah negara Islam yang begitu berjaya mencipta satu tamadun baru kemodenan Islam yang bersesuian mengikut peredaran zaman. pemimpin Islam bukan hanya sekadar bercakap retorik soal Islam dan keIslamannya, tetapi mencipta kecemerlangan seperti yang dituntut oleh al-Quran.

Pendekatan Islam yang dibawa oleh pemimpin Umno jauh berbeza dan cara pembawaan Pas. Ketika Umno berusaha sejak merdeka untuk mencari titik damai dan hidup harmoni islam dan bukan Islam serta hidup aman dan menikmat kemakmuran bersama, Pas kini ghairah dan DAP untuk menghancirkan perpaduan dan kehamonian yang sekian lama tercipta.

Pas kini mengikit rentak DAP untuk menghancurkan perpaduan. PAS dan DAP bersatu untuk melihat kehancuran kemakmuran yang dibina di bumi Malaysia sejauh selepas Merdeka. Semuanya, kerana cemburu dan irihati dengan kejayaan kepimpinan Umno. Umno dilihat telalu jahat, sedangkan Pas yang dahulu mengkafirkan Umno kerana berada dalam satu perikatan BN kini tidak sedar mereka berada dalam tipu daya DAP yang begitu menentang kecemerlangan dan kemajuan umat Islam hasil dari perancangan pemimpin Umno.

Pas sanggup membela ahli perlimen Taiping yang mempersoal kerajaan UMNO-BN membina beratus-ratus masjid untuk kemudahan umat Islam beribadah. Pas sanggup membela orang kafir membacxa al-Quran untuk meyakinkan dan mendapat sokongan umat Islam dalam setiap ceramah, sedangkan wanita datang haid pun tidak boleh membaca al-Quran.

Terlalu lama kita memperhatikan gelagat pemimpin Pas yang mendakwa lebih Islam hingga pelbagai fatwa dan pandangan yang tidak masuk akal dari apa yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Apakah cita-cita politik dan kuasa membuat pemimpin PAS sanggup mengadai maruah agama dan umat Islam.

Namun, Allah s.w.t lebih mengetahui dan membiarkan segala yang berlaku untuk dijadikan renungan iktibar kepada seluruh umat Islam menjadi pemikir yang waras. Islam diajar secara benar dan tidak bercelaru dan setiap hari bertukar-tukar hukum hakamnya.

Keceluparan Nik Aziz memuji Najib sebagai 'pemimpin Islam' adalah terbukti selama ini Pas sengaja mengkafirkan pengikut Umno sekadar untuk menakut-nakut dan mencuri undi pilihanraya.

Hakikatnya, pemimpin Pas yang bergelar ulama, ustaz dan pelbagai gelaran bersimpuh atas nama Islam dan bahasa Arab sedar bahawa pemimpin Umno sebenarnya juga adalah 'pemimpin Islam' dan menerima Islam dan menjajjdikan Islam sebagai amalan harian yang berpaksi kepercayaan kepada Rukan Islam dan Rukun Imam.

muga umat Islam kembali bersatu menjadi satu dan bangkit untuk menjadi sekata bagi melawan hinaan yang cuba dimainkan oleh api tipudaya DAP. Apa yang DAP cuba ketengahkan agar api kemarahaan Melayu bangkit dan bumi Malaysia akan hancur dengan campur tangan luar dan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Negara yang lebih menguntungkan umat Islam dan Melayu Islam akan terhapus jika berlaku semula Peristiwa 13 Mei 1969.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata