Sunday, December 27, 2009

BENARKAH PAS SELANGOR MULA MENDERHAKA

Kemelut dalam PAS mula melanda Pas Selangor apabila ada satu kumpulan yang mendakwa penyokong parti yang mengakui 'terlebih Islam' berarak dan berdemotrasi di hadapan ibu pejabat Pas Selangor agar keluart dari ikatan kerajaan Pakatan Selangor yang diketuai oleh PKR yang di Ali Baba kepada DAP.

Di Kelantan kekalutan dalam Pas tergetus kerana berebut kuasa apabila Dato' Nik Aziz Nik Mat. dilihat begitu lama berkuasa tetapi tidak mambantu kepada membina sebuah negeri Kelantan yang lebih Islam dari negeri-negeri lain. Nik Aziz hanua diperlukan ketika Pas lemah, tetapi hari ini Pas sudah terlalu kuat dan pemimpin muda tidak sabar untuk tampil ke hadapan bahawa mereka juga akan menjadi lebnih hebat mambawa pas ke mercu kejayaan lebih gemilang.

di Selangor, lain pula. Mereka kini tidak lagi boleh terus menjadi 'kuda tunggangan' kepada DAP yang pada hekikat sebenar menguasai pentadbiran negeri Selangor. PKR pimpinan Dato' Khalid seakan tidak bernai membantah segala tindak-tanduk DAP kerana bimbang akan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pas yang dikatakan bercita-cita untuk membina sebuah idealogi kepimpinan negeri Selangor atas landasan Islam akhirnya dihentam oleh DAP tanpa ada sokongan dari pemimpin Islam PKR. Pas akhirnya, terapksa mengaku kalah dalam soal membenteras penjualan arak secara berluasa.

Selain itu, semenjak Pakatan memerintah Selangor, pusat hiburan dan rumah urut serta perjudian haram tumbuh bagai cendawan kerana mendapat lampu hijau di belakang tabir oleh pemimpin kanan DAP dalam anggota kerajaan negeri. Biarpun, Ronnie cuma Exco, tetapi kuasanya tidak ubah seperti kuasa menteri besar.

Dato' Hassan Ali yang begitu berghairah untuk membuktikan perjuangan mengislamisai Selangor apabila sebnelum ini menuduh Umno yang menerajui Selangor tidak memerangi maksiat. Kini, segala usaha Hassan mendapat tentangan hebat DAP yang turut di sokong oleh PKR.

Hassan tidak mahu wjudnya pejualan arak secara berluluasa di kawasan penempatan mejoriti Melayu, tetapi DAP menerusi Kedai Serbanika menghalalkan segala kemaksiatan dan mencemuh segala usaha Hassan.

Hassan kini menanggung beban kesengsaan jiwa kerana perjuangan Islamnya, bukan sekadar ditentang oleh DAP tetapi oleh rakan-rakan pucuk pimpinan Pas lain. Sebenarnya, Pas sduah lama bercita-cita untuk menghapus dua kilang arak di Selangor, tetapi hari ini untuk meruntuh kilang jauh panggang dari api, malah menghalang pejualan arak pun ditentang hebat oleh rakan Pakatan sendiri.

Usaha Hassan untuk menghantar pegawai pencegahan maksiat di pusat-pusat hiburan berlesan dan haram, tidak terlaksana kerana ada bangkangan dari DAP dan PKR atas alasan Selangor adalah sebuah negeri kunjungan pelancong dan sebagainya.

DAP kebelangan ini sebenarnya adalah 'Raja' kepada pemerintahan Pakatan. Di Perak, kesedaran dari tindak tanduk 'jahat' DAP yang menguasai dan mendodoi Menteri Besar, membuat tiga wakil Rakyat dari DAP dan PKR mencari jalan keluar untuk menyokong BN yang lebih libral.

Di Perak, yang sebenarnya hancur luluh dan remuk redang hatinya apabila kerajaan Pakatan jatuh dalam waktu yang singakat adalah DAP. DAP baru mendapat rentak dan kemahuan termasuk mendapat hak 'Tanah Simpanan Cina' apabila berjaya memperbodohkan Nizaruddin dengan memberi kelulusan milik tanah selama 999 tahun. Orang Melayu cuma memiliki hak milik tanah cuma 99 tahun sahaja sebagai tapak rumah dan industri, tetapi lain di Perak.

Di Selangor, terlalu banyak kerenah yang dimainkan oleh DAP. Segala projek kecil kerajaan dikentrol oleh siapa.

Segala perancangan 'hitam' yang dijalankan oleh DAP apabila berjaya mencucuk hidung pemimpin PKR Selangor mula dirasai oleh rakyat terutama Melayu Islam. Mujurnya, sudah ada wakil Rakyat PKR, Badrul dari Klang mula sedar segala 'tipu daya' yang dilakukan DAP dan bertindak keluar dari PKR untuk menjadi wakil Rakyat Bebas.

Hakikatnya, Selangor sudah menjadi negeri yang begitu maju hasil dari usaha kepimpinan bijaksana kepimpinan BN-Umno sejak merdeka. Kerajaan BN-Umno yang berjaya memartabat rakyat Selangor terutama Melayu Islam yang berada di pinggir bandar. Hanya, Shah Alam yang menjadi ibu negeri yang penduduknya bermejoriti Melayu islam, berbanding Ipoh, Seremban, Melaka dan Johor Bharu.

Kemunculan penetenangan penyokong Pas agar Pas keluar dari ikatan Pakatan adalah bukan diasuk oleh Umno, tetapi lahir dari hati nurani penyokong Pas sendiri yang tidak mahu melihat parti Islam yang begitu hebat membaca dan mentarsir al-quran tidak terus menjadi lembu dicuck hidung.

Merek ini yang berusaha kerana untuk melihat Pas menang di Selangor, agar Pas mengotakan janji untuk membenteras gejala maksiat yang dikatakan tidak boleh dikawal oleh Umno. Tetapi, apa yang berlaku maksiat ketika Pas ada kuasa bersama dalam Pakatan kini menjadi semakin parah dan Pas diarah tutup mulut. Malah, tangan kaki dan mulut Hassan Ali diberkas dan disumbat agar tidak melaksankan tanggungjawab membenteras segala gejala maksiat.

Ketika Hassan mempersolkan segala sakkti hati kepada kerajaan Pakatan Selangor, beliau pula dihadap ke jawatankuasa disiplin parti. Hassan bercakap untuk memperjuangkan syiar Islam di Selangor pula menanti hukuman partinya sendiri, sedangkan pemimpin teratas Pas begitu berdegar-degar untuk memperjaungkan syiar Islam dikampung-kampung dan segenap tempat.

Hassan baru berlawan dengan arak, DAP sudah bagi amaran. Itu bukan lagi bercakap soal untuk melaksanakan Hukum Hudud di Selangor. Jika ini terjadi, Hassan hanya akan tinggal jasad kering di mana-mana.

hal Hukum Hudud ini, Nizar tidak berani bersuara di Perak selaki pun Pas menjadi kepala pemerintah. Nizar tidak berani memberi arahan agar segala pusat maksiat di tutup kerana kerajaan Pas memerintah Perak, malah Nizar melulus pusat maksiat lagi bertambah. Kerajaan Pas pPerak tidak pernah ada cita-cita untuk mewujudkan kerajaan Islam seperti di Kelantan (adakah memang wujud kerajaan Islam di Kelantan) pun masih menjadi tanda tanya.

Jika Pas sebuah kerajaan Islam, sudah lebih 19 tahun Pas memerintah kerana Pas tidak ada cita-cita untuk membina sebuah Masjid Negeri yang baru nan lebih besar bagi mengganti masjid Muhamadi yang sudah tidak mampu memnampung jemaah lagi pada setiap Jumaat.

Bukankah, Nabi sendiri membina masjid sebagai lambang ke Islaman sebuah negara itu dan kuasanya. Memang masjid yang bertaburan di Kelantan sekarang kebanyakan di bina sewaktu pemerintahan kerana Umno-BN dahulu. Kerajaan Kelantan perlu membina sebauah lagi masjid negeri dari seni reka masjid Nabawi sebagai satu lambang Serambi Mekah. Madinah itu adalah serambi Mekah.

Pas sebenarnya, bermain sendiwara dalam berpolitik. Ambillah ramalan ini, jika Pas terus berdegil untuk bekerjasama dengan DAP, Pas akan menerima pukulan hebat dalam pilihanraya ke-13 nanti. Pakatan tidak akan meraih undi simpati lagi dari lakonan air mata dan tipudaya sakit leher dan belakang Anwar Ibarahim, yang bakal sekali lagi bakal terkurung di rumah rehat terakhir Sungai Buloh keran kes liwat yang memang dibuatnya sendiri.

Akhirnya, iblis berjaya mengoda pemimpin-pemimpin yang tidak musyrik dan hanyak pandai bermain kata untuk terus bergaul dengan iblis dan syaitan juga. Bukankah Iblis sudah berjanji untuk mengoda mereka yang bercita-cita besar dan menghidang caci maki untuk mencari jalan kuasa. Sejarah pernah terukar kerana kuasa orang bukan sekadar sanggup menabur fitnah, teapi berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata