KELANTAN & WANG EHSAN
Seawal November, rakyat Kelantan dikejutkan dengan dua peristiwa besar. Pertama skuad bolesepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Perlis dengan agregat 5-1. Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan.
Kegahirahan peminat bolesepak Kelantan begitu luar biasa kerana sudah lebih 18 tahun skuad Kelantan begitu malap, apa lagi untuk mengapai mercu tanda Piala Malaysia. Tahun ini, ini kali kedua Kelantan melangkah kaki ke Stadium Bukit Jalil untuk bertarung di perlawanan akhir Piala bolasepak paling berprestij di Malaysia.
Julai lalu, Kelantan kalah di perlawan akhir Piala FA kepada Selangor. Ini juga kemaraan pertama dalamk pertarungan Piala FA. Ketika itu, lebih 50 ribu peminat bolasepak Kelantan mengegak gempita Stadium Bukit Jalil, yang terbina hasil pencapaian Tan Sri Annuar Musa sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan yang mengetuai `pembidalan' Sukan Komanwel yang julung kali Malaysia menjadi tuan rumah,
Kali ini, Annuar berusaha selama dua tahun untuk membentuk satu skuad paling mantap untuk Kelantan mara dua kali ke perlawanan akhir. Harapnya memori terbina Stadium Bukit Jalil dan kejayaan Kelantan menjuara Piala Malaysia akan membuat Annuar menangis kegembiraan yang luar biasa dengan semangat keghairahan tinggi penyokong Kelantan yang `ala penyokong England'.
Rakyat Kelantan jiwanya terlalu fanatik kepada dua perkara besar di bumi Kelantan. Fanatik kepada bolasepak dan juga parti politik yang di sokongnya. Fanatinya, mereka sanggup bergolak bergadai dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan `benda' yang mereka minta itu mencipta kejayaan.
Sewaktu mengambil alih teraju kepimpinan bolasepak Kelantan, Annuar lebih memikirkan maruah rakyat Kelantan jika ingin melakukan sesuatu. Akhirnya, sentuhannya berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa untuk minta rakyat Kelantan. Cuma dalam tempoh belum pun sampai dua tahun.
Andaikata, kerajaan Kelantan juga berjaya di pimpin oleh Annuar, pasti bumi akan kelantan juga akan berubah wajah dalam waktu yang singkat jika kepimpinan Umno pusat tidak mencelarukan keputusan dan strategi yang sudah dirangka oleh Annuar sewaktu menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan. Faktor luar biasa berlaku hasil penipuan Anwar Ibrahim dengan menjual marauh Melayudi ibu kota juga membuat bukan saja Kelantan yang tersungkur, malah beberapa negeri juga tersungkur sama.
Namun, kegagalan Annuar memenangi hati rakyat Kelantan untuk memilih Umno-BN pada pilihanraya ke 12 lalu, akhirnya berjaya di tebus dengan memberi satu kegembiraan lain kepada rakyat Kelantan apabila skuad bolasepak yang dikendong macam anak emas, mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Satu episod sejarah baru buat Kelantan selepas kali terakhir mara ke perlawanan akhir 39 tahun lalu.
Tahniah Annuar kerana mengurus KAFA dengan begitu profesional dan Tahniah kepada peminat bolasepak Kelantan yang begitu bermati-matian memberi sokongan padu untuk kemajuan bolasepak Kelantan. Juga, tahniah kepada kerajaan Pas Kelantan yang baru bersedia untuk memberi sumbangan ganjaran kepada skuad Kelantan, biarpun selama ini tidak pernah menyumbang biarpun 10 sen.
Dalam keghairan luar biasa rakyat kelantan menyambut kemenganan skuad bolasepak Kelantan mara keperlawanan akhir Piala Malaysia, Perdana Menteri pula membuat pengumuman terisitimewa di Perlimen untuk rakyat Kelantan bahawa kerajaan pimpinananya sedia memberi Wang Ehsan dari sumber minyak yang berada di luar kawasan perairan Pantai Kelantan.
Pelantar minyak dan gas cuma ada satu yang beroperasi betul-betul di luar persisir pantai Kelantan dalam perairan zon Malaysia, sebelihnya berada dalam kawasan pertindihan sempatan laut dengan Thailand.
Minyak yang berada di persempanan laut MalaysiaThailand dijadikan kawasan perkongsian perniagaan dengan negara jiran.
Pengumuman Nijib itu adalah satu ehsan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan. Yang jelas minyak itu berlada jauh di luar kawasan persisir Pantai Kelantan dan ia bukan hak kerajaan negeri Kelantan. Ia adalah hasil mahsul kerajaan pusat. Pemberian wang ehsan akan ditentukan oleh kerjaan pusat soal bagaimana ia mahu diagihkan kepada rakyat Kelantan dalam soal agenda utama membasmi kemiskinan rakyat Kelantan dan agenda kedua adalah membangun kemajuan siso-ekonomi Kelantan mulai tahun depan.
Beberapa agensi kerajaan Pusat sudah sedia memain peranan dalam soal agenda membasmi kemiskinan rakyat Kelantan menrusi Jabatan Pertanian, LPP, Perikanan, RISDA, Felcra, Kesedar, Felda, KEMAS, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tindakan Husam mempertikai soal pemeberian Wang Ehsan seolah-oleh kerajaan Pas Kelantan sudah menolak pemberian kerajaan Pusat. Jika kerajaan Pas menolak dan mahu berintdak menyaman kerjaan Pusat, persilakan.
Husam selalu bercakap takubur dan sombong seolah-olah dia dalah pemimpin paling hebat dalam Pas. kerana sikap dan perwatakan sombong ini, perwakilan Pas mematikan Husam dalam pertandingan timbalan Presiden pas, malah perwakilan juga menolak ramai pemimpin Paas yang bertanding dalam Jawatankuasa pusat. Ramai wakil Kelantan di tolak, mengambarkan Pas tidak mahu kepimpinan Pas cuma di dominasi oleh tokoh-tokoh dari Kelantan. Ini senerio baru dalam pas sekarang.
jika kepimpinan Pas awal-awal lagi menolak dan begitu sombong mahu menyaman kerajaan Pusat, Najib perlu menyalurkan semua wang ehsan itu kepada JPP untuk mengurus soal wang rakyat Kelantan. Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah pun selama ini berterima kasih kepada kemajuan pembangunan untuk rakyat kelantan yang bernilai ribuan juta ringgit setiap tahun untuk kesejahteran rakyat Kelantan.
Rakyat kini mertertawakan kerajaan pas kelantan terutama Perbadanan Menteri Besar yang diterujui oleh mentantu Menteri besar, sudah puluh tahun ingin memaju Bandar Baru Tunjung, kini bagai anjing menyalak bukit, projek masih tidak menampakkan kesannya.
Diharapkan, Nijib menyalurkan wang ehsan menerusi JPP dan agensi kerajana pusat lain, selain memberi keutamam untuk melebar jalan-jalan utama di negeri Kelantan yang bakal menjadi asas penting kepada kemajuan dan tarikan pelaburan serta pelancungan di Kelantan.
Jalan Utama dari Kota Bharu Kuala Krai dan Gua Musang perlu di lebarkan, selain Jalan Kota Bharu ke Pasir Putih dan Kota Bharu Bahcok-Tok Bali. jalan Utama ke Kuala Lumpur perlu diutamakan agar waktu perjalanannya hanya mengambil masa antara lima hingga enam jam sahaja, selain mengurangkan kemalangan dari faktu jalan sudah terlalu sempit untuk menampung pertambahan kenderaan.
jagan pula, wang ehsan hanya tertumpu ke Jeli dan Bachok sahaja. Wang itu untuk rakyat Kelantan yang memerlukan bagi megubah kehidupan menjadi lebih baik. kalau Pas menuduh Umno akan menjadi wang ehsan untuk memenangi pilihanraya, ia akan juga dilakukan oleh kerajaan Pas jika wang yang smaa disalur kepada kerajaan negeri. jangan ingat hanya Umno yang mengaburi pengudi dengan duit atau harta dunia, Pas sebenar lebih hebat menabur kebendaan untuk memastikan kemenangan dan mempertahan kerajaan negeri.
Apapun, rakyat kelantan kinji menanti-nanti plan yang bakal dirangka oleh kerajaan pusat dalam pengagihan wang ehsan. semuga kelantan akan bebas dari kemunduran ketandusan pembangunan bagi mencipta sebuah negeri bermejoriti Melayu yang paling ramai di Malaysia membina sebuat tamaadun Islam moden yang hebat dan kuat. Kelantan boleh dijadikan contoh kehebatan melayu Islam dalam pelbagai bidang jika mampu di urus tadbir dengan sempurna, bukan dengan gimit politik murahan.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata