PERTELAGAHAN: PAS CUMA BERSENDIWARA
Mutakhir ini terlalu banyak kemelut pergeseran tergetus dalam kepimpinan PAS Kelantan. Ia bermula dengan krisis ketidakpercayaan kepimpinan Pas pusat yang dituduh oleh Mursidul Am Pas, Dato' Nik Aziz Nik Mat, sebagai cuba berkerjasama dengan Umno dan diarah agar satu EGM kas di buat bagi memecat dalang utama tiga tokoh kuat termasuk Presiden sendiri, Dato' Seri Hadi Awang, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Hassan Ali dan Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa.
Akhirnya, Nik Aziz kuwalahan dalam kes ini apabila EGM bertukar menjadi satu Sidang Khas sahaja bagi menyelesai satu tuduhan tidak berasas. Sidang itu memutuskan bahawa kerjasama dengan Umno tidak berlaku dan ia sekadar satu tohmohan saja. Hakikatnya, rundingan ke arah itu sudah berlaku dan hampir mencapai satu kata sepakat di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri.
Kemelut lain timbul, apabila Nik Aziz melarikan aib atas tuduhan itu membawa kepada 'doa' agar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno pecah perut serta binasa. Doa ini terus berlaku dan Nik Aziz tiap malam mendoakan Najib agar pecah perut. Cuba perhatikan, perut Najib makin buncitdam Rosmah isterinya semakin temban, malah hidung nampak makin mancung.
Nik Aziz sekali lagi berusaha melarikan dari tekanan 'doa laknat' gara berebut harta yang hakikatnya bukan milik Kelantan - 'Royoliti minyak' dengan secara tiba-tiba terpacul dari mulut 'munafik' dengan memuji Najib sebagai seorang pemimpin Islam yang berani kerana tidak gentar untuk hadir ke Selatan Thai bagi nawaitu jihad membantu umat Islam yang disifatkan bermasalah.
Kenapa tertulis 'mulut munafik' kerana Nik Aziz bercakap selalu berbelit-belit. Sebelum ini, pemimpin Pas termasuk Nik Aziz menuduh Najib selaku Presiden Umno dan penyokong Umno Kafir, tiba-tiba memuji sebagai tokoh pemimpin Islam yang berani.
Nik Aziz sebenarnya tertekan kerana usaha untuk menjatuhkan beliau sudah mula di rasai. Dulu PAS juga mendesak agar Tun Mahathir berhenti kerana dikatakan terlalu lama memimpin Malaysia. lama Mahathir berbaloi kerana terlalu banyak jasa yang dilimpah oleh pemikiran Mahathir untuk memartabatkan Malaysia dan syiar Islam seentero dunia.
Kini Mahathir masih lepas laku dan bertanggungjawab pul;a untuk menjaga kebajikan dan kayakinan hidup saudara baru Islam sebagai Pengerusi Perkim. Mahathir tidak mati sekalipun bersara kerana idea bukan bertaraf kampung tetapi internasional, termasuk memperjuangkan agar peperangan yang mabawa bahana kepada umat 'hidupan ciptaan Allah s.w.t' tanpa mengira agama hidup dengan lebih aman.
Nik Aziz kini terperangkap pula dengan krisis kepimpinan menantu kesayangannya, Arifahmi Abdul Rahman, sebagai CEO PMBK yang beliau sendiri se;ali Pengerusi PMBK. Serangan ke atas Arifahmi ini cuba terkesan dihati Nik Aziz kerana mencuit perasaan anak perempuan kesayangannya, Nik Amalina.
Jika tidak kerana kasih sayang yang kuat kepada Nik Amalina, tidak mungkin Nik Aziz akan membiarkan anaknya itu berkahwin dengan Arifahmi, sedangkan besannya itu orang kuat Umno Macang sebagai guru agama yang dilantik oleh Umno. Tetapi, kini sudah berhenti dan tidak tahu fahaman mana yang diikit oleh besannya.
Dikampung-kampung sewaktu waktu dahulu, orang Pas tidak boleh berbesan dengan orang Umno, malah kenduri orang Umno dijauhi oleh orang Pas kononnya sembelihan itu tidak boleh dimakan.
Pas terbukti banyak menipu rakyat Kelantan dengan mainan tafsiran al-Quran untuk memperkasa sokongan agar terus kekal memerintah Kelantan. Pas juga begitu menjulang kehebatan Nik Aziz dengan julokan 'Tok Guru' keramat.
Hari ini, maruh Tok Guru sudah tidak dihindarkan lagi kerana 'kuasa'. Yang dijulang dahulu kini cuba diperkotak-katik dan dihentam hingga mempersoal 'belanja Haji' oleh satu syarikat bekas budak pejabat Mardi Pasir Tumbuh yang tiba-tiba menjadi kaya raya. Budak ini katanya, bermula dengan mendapat anugerah tanah yang luas di hulu Kelantan dan kemudian di jual kepada JCorp untuk Ladang Kelapa Sawit hasil tandatangan Nik Aziz dan arahanya, selain memonopoli papan iklan besar di Kelantan.
Kini, setiap perkara yang dibuat oleh Nik Aziz semua tidak betul dan dipersoalkan. Ini gara-gara terlalu lama berkuasa dan tidak meninggalkan kesan besar kepada Kelantan baik dalam soal memarabatkan sebauh kerajaan Islam sebenar seperti yang dijerit-jeritkan setiap malam.
Golongan muda yang tidak berkelulusan Islam dalam Pas, kini menjadi lebih rangkus untuk merebut kuasa dan kekayaan untuk hidup lebih bergaya. Usaha-usaha licik untuk menjatuhkan Nik Aziz sedang berjalan. Untuk mengugat pemikiran Nik Aziz, keluarganya perlu dijadikan sasaran. Yang terdekat adalah menenatunya, Arifahmi.
Selain itu, Pas kelantan atas persetujuan Nik Aziz tidak mahu lagi menerima calon belas ihsan dari luar untuk bertanding di kawasan perlimen di Kelantan. Kelantan selema ini menjadi penyelamat untuk membolehkan pemimpin Pas pusat menjadi wakil Rakyat.
Salahuddin sudah dua penggal bertanding di Kubang Kerian, masih tidak mampu memrubah Kubang Kerian menjadi lebih baik, malah begitu jarang menjaga kebajikan rakyatnya. Begitu juga dengan Nasaruddin di Bachok, Dr Hatta di Kuala Krai.
Jika benar keputusan mutakhir ini, sudah pasti kesemua pemipin ini jika bertanding di negeri masing-masing akan menjadi sampah buangan dan jauh sekali untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13 nanti yang cuaca panasnya mula berpihak kepada Umno-BN semula.
Apapun, jika diselusuri kepada kemulut yang berlaku, ia tidak ubah seumpama satu sendiwara yang dirancang untuk melenaknan Umno agar tidak terus berkerja terutama di Kelantan. Umno Kelantan bawah pimpinan Dato' Mustapha Muhamad dilihat begitu sejuk dan tidak bergerak sepertimana waktu bawah kepimpinan Annuar Musa dulu.
Ketua penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin, semacam hilang fokos untuk melancar gerakan 'menyerang Pas' disaat kepimpinan Pas dalam kelam kabut. Sebagai pemimpin utama di barisan depan Umno, tidak boleh lagi Dali berfikir seperti gaya pemuda Umno yang cuma menanti arahan untuk melaksakan kerja, tetapi perlu merancang dan bertindak segera mengerak aktiviti.
jangan soal duit kat mana, kerana Dali sudah menjadi kaya pun kerana ihsan yang diberikan ooleh kepimpinan Umno. Gunalah sebahagian dari kekayaan itu untuk aktiviti parti dan jangan pula kata 'duit tak ada' untuk mengerakkan jentera parti.
Yang mustahak, sebagai ketua penerangan perlu ada perancangan besar dan kemukakan budget untuk memulakan gerak kerja. Dali perlu turun ke bahagian untuk bersarah sepertimana yang dilakukan oleh Dato' Haji Alwi Che Amat dengan pedato yang boleh menarik minat ramai.
Jangan ingat sendiriwara Pas, akan membuat Umno leka dari terus berkera dan terlalu asyik berfikir untuk merebut projek setiap waktu, baik dari tender kentin sekolah rendah (sekolah Menengah tak main), tender projek sekolah, UMK, KADA (Pasir Putih) dan pelbagai lagi.
Belajarlah dari Dato' Nor Zaidi dari Tumpat yang kaya raya dan multi millioner, menggunakan segala kekayaan yang ada untuk menjaga kawasannya, sebab itu waktu orang lain kalah termasuk Annuar Musa, Nor Zaidi tetap menang.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata