Thursday, December 31, 2009

DUA TOKOH HEBAT AKHIRNYA MENGHADAP ALLAH S.W.T

Dalam tempoh dua hari ini, dua tokoh tersohor Nusantara akhirnya menerima panggilan terakhir Allah s.w.t untuk menjalani satu kehidupan baru di alam barzah, alam baru yang lebih mulia yang dijanjikan kepada setiap insan ciptaanNya.

Dua hari lau, Bapa Gus Dur yang pernah menerajui kepimp[inan umat Islam terbesar di dunia, akhirnya terpaksa pergi meninggalkan bangsa dan umat pimpinannya. Beliau meninggalkan seribu certa dan jasa untuk bangsa pimpinannya.

Pagi ini, Dato' Seri Muhamad Rahmat, bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agong Umno - sebuah parti terbesar di Malaysia juga terapksa mengakhiri perjalanan terakhir atas bumi sementara ini menuju alam baru.

Allahyarham 'pergi' ketika waktu tidurnya dengan cukup tenang dan aman. Yang ditinggalkan juga seribu satu jasa yang cukup hebat sepanjang perjuangannya bersama Umno bagi memartabatkan umat Melayu islam dan rakyatnya.

Allahyarham akan disemadikan di Bukit Kiara, Damansara selepas Ashar nanti sebagai rumah sementara sebelum dibangkitkan semula pada hari penetuan yang hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.

Muhammad meninggal zuriat, semuga menjadi anak-anak yang soleh untuk terus mendoakan kesejahteraan dan kedamaian berpanjangan biarpun tidak ada lagi du bumi sementara yang penuh pinjaman. Semuga sumbangan baktinya yang penuh kebaikan kepada rakyat akan menjadi 'sandaran' kemuliannya di akhirat nanti. Al-fatihah untuk Gus Dur dan Allahyarham Muhamad Rahmat. Salam dukacita untuk keluaranya, terutama kepada Datuo' Jazlan yang saya pernah kenal dengan sebegitu baik sekali dahulu.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata