PAS: KAHWIN LARI VS ARIFF FAHMI
Ketaika orang kanan Dato' Husam Musa, yakni Dr Rosli Alani Abdul Kader berkokok deras untuk mengadakan satu sedang tergempar Dewan Pemuda Pas Kelantan bagi mendesak CEO PMBK, Arif Fahmi meletak jawatan segera, tiba-tiba dalam deras berkokok - tiba-tiba terkocik tahi cair hingga habis ekor terkena caairan tahi busuknya.
Rosli yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, begitu hebat dengan kenyataan yang seakan diarah oleh Husam agar Ariff Fahmi meletakkan jawatan segera, bukannya pada Mac depan.
Ini adalah serangan kedua, selepas Mahfus membuat kenyataan sama dan berulang kali agar menantu Menteri Besar, Dato' Nik Aziz segera melepaskan jawatan, jangan tunggu hingga Mac nanti.
Jika direnung oleh dua tindakan orang kanan dan sahabat baik Husam, sebenarnya kenyataan yang terjurus kepada Ariff Fahmi adalah sekadar bayangan. Hakikat sebenar dari tekanan ini adalah mahu Nik Aziz sendiri yang melepas semua jawatan, baik Menteri Besar, Pengerusi PMBK dan Ketua Perhubungan Pas Kelantan.
Ariff Fahmi cuba 'lambang' kepada tekanan sebenar agar Nik Aziz berundur dan Husam sudah lama mengidam untuk meraih jawatan Menteri Besar agar segala perancangan untuk membuka landang kambing terbesar di dunia, skim Kifalah yang lebih hebat, Dinar Emar menjadi berlian dan palbagai lagi idea Husam yang sudah membawah rebah dan memakan diri.
Mungkin Husam ingin meswastakan ladang Felcra yang dirampas dari pengurusan Pelcra untuk memenuhi cita-cita perniagaan kroni-kroninya dan membuka lebih banyak Ladang Rakyat yang kemudian dijual kepada syarikat besar diari luar kelantan.
Rosli tidak akan membuat kenyataan berani mendesak Arif Fahmi jika tidak ada 'boss' yang hebat dibelakangnya. Rosli memang sudah lama berkhidmat dengan Husam sebagai Pegawai Khas dan lebih tahu sepak terajan 'boss' yang dijunjung selama ini.
Kalau tidak kerana kehebatan Husam yang berusaha keras untuk memenangkan Ketua Pemuda Pas, Zulkifli dari Kuala Krai dan memalukan Nik Abduh (anak Tok Guru yang keramat) dalam pemilihan awal tahun lalu, mana mungkin Rosli akan berjaya menjadi Ketua Penerangan atas arahan Husham.
Pemilihan biro politik termasuk Ketua Penerangan mesti ada hubungan dengan arahan 'boss' yang selama ini berjuang untuk mematabatkan ketua pemudan Pas Kelantan. Apa lagi Rosli adalah pegawai kanan dan harapannya untuk menjalankan kerja-kerja licik politik.
Ketika Rosli baru mula berkokok deras, tahi pula yang keluar apabila diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu agar tidak tinggal bersama dengan isteri kedua yang dinikahkan di Masjid Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur.
Kenapa bapa isteri keduanya, Mohd Noor begitu beria-ia mempersoalkan pernikahan dari cinta kedua - kononnya ingin mengikut 'boss' yang sudah pun bernikah dua. Kenapa pula Mohd Noor bersetuju dengan keputusan mahkamah.
Sebagai pemimpin pemuda Pas, kenapa tidak selidik soal nikah kahwin dan menyalahkan bekas imam muda kononnya ia satu sedikit pernikahan palsu. Rosli tidak boleh menafikan semua itu kerana soal sendikit nikah palsu ini Rosli lebih tahu, tetapi tetap mahu meneruskan pernikahan itu.
Hakikatnya, jika direnung soal kes perkahwinan ini - Rosli terlibat dengan 'kahwin lari' dan tidak mendapat restu dari bapa isteri keduanya. Ini nikah pun tidak berwali dan tidak sah nikah itu jika isteri keduanya masih anak dara jika tanpa izin wali. Janda lain, boleh guna wali hakim. Anak dara tidak boleh dan tidak sah nikah tanpa persetujuan bapa sebagai wali. Ini hakikat benar dan main-main dengan hukum.
Perkahwinan tanpa restu ini, biasanya tuan tubuh akan diberitahu soal nikah sendikit di mana-mana sahaja di Malaysia dan juga di Selatan Thailand. Bila diberitahu dan kita bersetuju baru 'lafaz nikah' itu dibuat. Rosli jangan nafi kata tidak tahu kerana imam yang hendak kita hadap untuk angkat nikah pun kita harus tahu dari mana kerana kita yang bayar upah kepada mereka. Sekarang ini, nikah kahwin bukan free kerana semua berbayar.
Rosli kini menanggung malu besar dan cita-cita untuk memalukan Ariff Fahmi tidak kecapaian. Inilah berkat doa tok guru Nik Aziz jika ada orang cuba memalukan menantu kesayangannya dan kaum kerabatnya.
Rosli adalah sebahagian dari ramai lagi pemimpin kanan Pas yang buat perangai soal nikah kahwin dan hal-hal lain termasuk kegiatan rasuah yang begitu menular. Nik Aziz jangan hanya nampak kepada orang Umno sahaja yang dituduh dengan palbagai macam tohmohan, sedangkan dalam Pas sudah menjadi duri dalam daging.
Kalau orang Pas sering menuduh kenapa pemimpin Umno tiba-tiba menjadi kaya raya, kenapa Nik Aziz tidak melihat di dalam Pas sendiri. Kenapa Nik Aziz tidak tanyak budak pejabat Mardi tiba-tiba menjadi kaya raya hingga sanggup menaja Nik Aziz sekalurga pergi menunaikan Haji.
Ramai lagi yang kaya raya sekelip mata dari kalangan Pas. Bekas Setiausaha Pas Kelantan yang tiba-tiba muntah darah di Mekah, apakah akan menjadi kaya raya selepas berhenti jadi Setiausaha Akhbar Nik Aziz. Nak tahu kaya raya dan malati million, tidka mungkin bekas bini menuntut harta berjuta-juta ringgit dalam soal harta sepencarian.
Siapa pemimpin-pemimpin, sebelum PAS menjadi peneraju kuasa kerajaan Kelantan lebih 19 tahun lalu. Ada yang cuma pikul beg sandang, selekeh dan bermotor kapcai aja. Ada yang cuma naik bas, kini siapa mereka. Kenapa Nik Aziz terlupa pandang semua ini.
Ubahlah sikap yang semua pemimpin Umno yang jahat dan pemimpin Pas sebaik-baik manusia. Ingat, orang yang ada ilmu agama dan berbuat jahat akan lebih dasyat seksa nerakanya nanti. Jika terlalu berat, atas dunia lagi hukum karma itu akan dapat di lihat umum.
Hipotatis B satu penyakit demam kuning yang ubat mujarabnya adalah 'susu kambing' sulung selepas ibu kambing baru beranak. Sebelum anak kambing baru lahir hisap susu ibunya, susu awal itu diambil untuk buat ubat penyakit kuning. Bukan susu kambing yang diperah hari-hari.
Tetapi, percayalah pemimpin Pas Kelantan yang muntah berdarah di Mekah bukan setakat minum susuk kambing dan pelbagai ubat lain, malah susu komboja pun sudah dihsap dengan lahap. Bagi orang kaya macam pemimpin Pas ini, duit bukan halangan asal sihat dan boleh rebut banyak lagi tanah untuk dijual kepada tokoh-tokoh koporat di luar Kelantan.
Soal Arif Fahmi, kepada saya jika desakan itu berteruskan - andainya saya berada di tempat Arif Fahmi - batalkan sahaja perletakkan jawatan itu dan terus menerajui PMBK. Tidak ada sebab itu mengalah dengan desakan, sedangkan kelayakan yang ada sebagai Jurutera, bukan sijil yang dibeli, tetapi kita berlajar hingga terkeluar biji mata untuk mendapatkanya.
Pencapaian CEO yang dilantik, bukan keptusan Menteri Besar Nik Aziz seorang tetapi dipersetujui oleh satu sidang mesyurat. Jika kita dilantik jawatan CEO dengan kelulusan SPM dan bapa mertua kita menggunakan kuasa dalam kekuasaannya untuk dilantik CEO, ia memang bertentangan dengan hukum dan sistem ang sedia ada. Ini tidak boleh dan boleh dipersoal oleh umum dan pemimpin Pas lain.
Soal, bapa mertua kita yang berkuasa itu soal kedua. Tetapi, ketentuan Allah s.w.t yang mencakupi Rukun Imam - Qoda dan Qadar juga perlu diiktiraf sebagai hukum. Jika Pas yang mengaku lebih Islam dari orang lain, kenapa harus menolak ketentuan Allah s.w.t yang tertulis dan terhukum dalam Rukun Imam.
Ariff Fahmi boleh menarik balik surat perletakkan jawatan jika terus ditekan. Surat itu belum dibawa ke satu sidang dan ia sekadar satu niat yang tertulis dan boleh ditarik balik. Inilah jawapan paling sempurna dari tekanan bodoh yang tidak sabar-sabar menanti Mac depan.
Mac cuma tinggal tiga bulan lagi, bukan setahun lagi. Kenapa usaha menekan Ariff Fahmi berlaku begitu rupa dari dalam Pas sendiri. Ini pasti ada satu mainan politik yang tidak sihat dan sebenarnya dirancangan begitu rapi khususnya untuk melontarkan isyarat agar Nik Aziz sendiri yang cepat berhenti, bukan menantunya.
Kerana mencuit Ariff fahmi adalah satu tamparan ke muka Pengerusi PMBK sendiri. Usaha untuk memburuk Nik Aziz sudah bermula kerana terlalu lama berkuasa di Kelantan. Kelantan dilihat oleh kaum muda Pas tidak lagi memerlukan pemimpin ulama, tetapi pemimpin muda yang hebat semacam Husam yang sanggup meredah gelora ombak semudera semata-mata untuk menuntut royaliti minyak.
Nik Aziz apa tahu soal-soal ekonomi dan politik Malaysia dan antarabangsa. Sudah waktunya, bagi pemimpin kaum muda yang redikal diketuai Husam mengambil alih taraju pemerintahan Kelantan. Sikap Husam perangainya tidak ubah macam Anwar Ibrahim yang rakus dan begitu hebat merancan strategi untuk menjatuhkan kawan bagi mencari kekuasaan peribadi. Ini adlah hakikat sebenar.....
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata