Thursday, December 31, 2009

ISU SAMAN BALAK RM 800 JUTA: INDIVIDU MEMANG , KERAJAAN KALAH

Bala lagi yang terkena kerajaan pimpinan Pas Kelantan apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan ia terpaksa membayar tuntuan saman rugi RM 800 juta kepada syarikat pembalakan - Timbermine Sdn Bhd, kelmarin.

Biarpun, keputusan itu belum lagi muktamad kerana kerajaan Kelantan berhak untuk membuat rayuan di mahkamah, tetapi hakikatnya kenapa begitu alpa dengan tuntutan sebegitu rupa. Apakah usaha bersungguh-sungguh kepimpinan Pas kelantan terutama Menteri besar, Dato' Nik Aziz Nik Mat, tidak mencari jalan untuk menangkisnya.

Atau Nik Aziz juga diberi gambaran salah dalam kes ini, bahawa kerajaan akan memenangi saman dan akhirnya ia berlaku di luar jangkaan yang sengaja untuk menjejas imej Nik Aziz.

Gegar satu kelantan dengan kes RM 800 juta. Jika terus hukuman terakhir itu kekal, di mana kerajaan kelantan akan cari duit untuk membayar segala tuntutan itu.

Kenapa boleh kalah. Sebelum ini, jika individu dalam Pas mengemukan saman dalam apa perkara, selalunya mahkamah berpihak kepada mereka kerana ada kesungguhan untuk menang.

Tetapi, untuk kerajaan pula, individu tidak begitu bersungguh-sungguh agar keputusan menjadi berbeda. Mungklin kerana yang membayar itu bukan duit individu, tetapi duit kerajaan.

Jumlah RM 800 juta, bukan kecil. Jika ada pakatan sulit agar kerajaan kalah dan ditawarkan pula 10 peratus dari duit 'free' ini, bukankah RM 80 juta bersih berada dalam saku. Hendak curi duit kerajaan sebanyak itu bukan mudah, tetapi cara keputusan mahkamah dengan berpakar menghilang beberapa fakta akan menjadi lebih mudah mengaut keuntungan.

Jika kes ini tetap berpihak kepada Timbermine, akhirnya ini adalah kegagalan Nik Aziz dalam menyelesaikan kemelut itu selama ini. Nik Aziz akan terus dipersalah dan akan menjadi satu 'senjata' untuk terus didesa agar mengundur diri dari kepimpinan kerajaan Pas Kelantan.

Jika keputusan mahkamah itu terus kekal berpihak kepada Timbermine, di mana kerajaan Pas Kelantan akan mencari duit untuk membayar segala hutang puatang itu. Apakah sekali lagi, Pas kelantan akan mengadaikan segala hutang balak di Kelantan atau diberi konsesi baru kepada syarikat berkenaan.

Semuga tidak ada episiod hitam yang akan dilimpar ke muka Nik Aziz yang dikatakan terlalu khasaf di puja-puja selama ini. kesihan orang tua in yang dipenghujung pemerintahananya terpaksa menanggung segala kesusuhan dan desakan.

Setiap bala mula menikam Pas, ibarat senjata makan tuan kerana selama ini mereka begitu tegar memfitnah orang lain dengan palbagi isu yang tidak masuk akal. Selama ini, mereka ini tidak henti-henti menuduh orang lain hidup dengan rasuah, tetapi menutup segala kepincangan rasuah yang meraka lakukan sendiri.

Orang beragama akan lebih hina siksaan jika mereka berbuat kejahatan. Dosanya akan berkali ganda dari orang yang tidak begitu fasih dan faham soal-soal keagamaan. Justeru itu, lu fikirlah sendiri dan jangan sampai dosa kita akhirnya turut ditanggung oleh rakyat ramai dari perbuatan dan ajaran kita.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata