Thursday, February 4, 2010

NIK AZIZ : SEMUGA TERJUMPA JALAN KEBENARAN


Dua hari lepas, saya ada menulis tentang pilihan terbaik jika Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat, mampu mencari nilai diri sebenar dalam soal berhubungan pentadbiran Pas dan kerajaan Pusat pimpinan Umno.

Saya mengesa Nik Aziz bukan melihat dalam nafsu marah, tetapi menggunakan tabir qalbu yang hakiki untuk mendapat gambaran kebenaran atas apa yang berlaku. Sebenarnya, sebagai ulama - sifat sombong diri perlu di kikis dan isi qalbu dengan zat kesabaran, Ini baru imej ulama pewaris Nabi-Nabi, apa lagi dengan nabi kita Muhamad Rasulullah yang terkenal dengan sifat sabarnya.

Pagi ini, ketika menyelak akhbar Utusan Malaysia - saya bertanya hati apakah laporan itu benar atau tersalah arah. Saya uluang baca dua kali dan terbukti laporan Utusan itu tidak menyimpang, apa lagi selepas merujuk seorang kawan yang turut hadir pada Seminar Pengisian Kalimah Allah, di Kota Bharu.

Kenyataan Nik Aziz itu baru mencermin sikap dan sifat seorang pewaris Nabi. Orang yang memahami tuntutan islam sebenar. Tidak semestinya Pas berunding dengan Umno, baru dikatakan benar, tetapi sebagai pejuang islam - kita perlu berunding dengan sesiapa sahaja dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Bukankah, muzakarah itu di tuntut, bukan 'debat'. Berbincang, berunding itu adalah lebih mulia dari berdebat. Debat adalah satu keinginan untuk 'membetulkan' apa yang kita rasa betul, tetapi muzakarah adalah ruang untuk mencari satu titik lebih benar dari luahan atas sesuatu krisis.

Apakah kita tidak temui wahyu Allah, apabila wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhamad s.a.w di tentang oleh ahli Kitab yang sebenarnya lebih memahami ilmu keTuhanan.

Lantaran penentangan dari golongan ahli kitab itu, Allah s.w.t menyampaikan wahyu sebagai ingatan agar Nabi Muhamad mengambil pendekatan bijaksana - 'Bahawa agama mu, agama mu, Agama Ku, Agama ku - Tuhan yang kau sembah, tidak sama apa yang aku sembah'.

Ada dua perkara yang mengejutkan saya dari laporan kenyataan Nik Aziz dalam Utusan Malaysia dan mungkin laporan akhbar lain juga: -

Pertama - Nik Aziz mengakui Umno sebagai 'sesama Islam'. Dari petikan - jika kita boleh berunding dengan penganut agama lain jika berlaku sesuatu krisis, kenapa 'kita tidak boleh berunding dengan Umno yang "sesama Islam"'.

Kedua - Terlalu lama Umno dan Pas bergaduh sesama sendiri : - sudah 50 tahun sedangkan Pas diwujudkan oleh ulama-ulama yang pernah berada dalam Umno.

Sebenarnya, kita tidka perlu mengungkitkan lagi kenyataan nik Aziz sebelum ini hingga arahan Nik Aziz mengarahkan EGM khas Pas, akhir tahun lalu gara-gara ada kalangan pemimpin Pas dikatakan mengadakan rundingan dengan Umno untuk membentuk kerajaan Perpaduan.

Olah orang yang mahu 'katanya saja di dengar dan betul' sememangnya sebgitu, tetapi itu satu episod lama yang sidah boleh di sejarahkan sebagai sempadan dan neraca penghayatan politik.

Apa yang penting, usaha untuk membawa Pas dan Umno ke meja perundingan perlu di buat dalam muzakarah seebnar atas topik-topik tertentu.

Namun, apa yang saya percaya jika rundingan Pas dan Umno untuk membincangkan soal Hukum Hudud nak dilaksanakan di kelantan, pastinya Umno akan menyokong Pas. Apakah Pas sebenarnya sudah benar-benar bersedia untuk menguatkuasakan Hukum Hudud ini.

TETAPI, firasat saya kali ini lebih kepada titik awal kepada keinginan lama Pas untuk duduk semeja dengan Umnop, tetapi malu kerana sebelum ini mereka begitu beria-ia mencaci maki dan mengkafirkan ahli Umno.

Sebelum ini, Umno tidak diterima Pas sebagai 'sesama Islam'. Yang Islam cuma Pas dan yang akan masuk syurga cuma Pas. Semua orang tahu, tetapi lupakan semua kesilapan besar Pas itu.

Hari ini, Nik Aziz cuba menghulurkan salam baru kepada Umno dan sudah pun mengiktiraf Umno 'sesama Islam, biar pun kita sebagai orang Umno tahun kita sebenarnya pejuang Islam tulin dari ajaran islam sebenar.

NAMUN, raung yang diberikan oleh Nik Aziz ini semuanya berpunca dari kekeliruan yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi sejak dua hari lalu. Hakikatnya, Nik Aziz mula terselak dari mata hati bahawa Anwar sengaja mengkhianat kepada dirinya sendiri dalam isu liwat ini.

Terlalu banyak yang akan terdedah dalam pembicaraan kes liwat siri kedua Anwar Ibrahim ini. Untuk membela Anwar pun, tidak seakan tidak menarik minat 'Peguam Islam' untuk ikut campur membela Anwar.

Peguam utama yang pernah membelas Anwar, Sulaiman Abdullah, terlebih awal menarik diri kerana merasakan tidak mahu bersubahat membela kemungkaran. Kini kelibat Raja Aziz Addruse pula tidak kelihatan di Mahkamah.

Yang masih tinggal cuma Peguam Muhd Radzlan Jalaluddin. Tidak dinafikan bahawa ada lagi peguam Melayu islam akan menarik diri dari membela Anwar yang dikatakan seramai 12 orang itu.

Orang yang menerima hidayah tidak akan mencampuri ruang 'kekotoran, apa lagi untuk membela kemungkaran. Bagi peguam yang kenal inti islam, jiwanya akan sering menangis jika silap membuat pertimbangan dalam pembelaan. Wang bukan segala-galanya dalam hidup ini kerana suatu waktu segala kesilapan akan tertanggung di alam Barzah, apabila kita pula tidak boleh menggunakan 'lesen guaman' dunia untuk membela diri.

MUNGKIN Nik Aziz mula merasakan pintu hatinya terselak. untuk apa bermain poltik hingga boleh mengadai segala maruah, apa lagi yang ingin diperjuangkan adalah ketinggian syiar Islam.

Apakah kerana satu ikatan persefahaman dalam Pakatan Pembangkang, kita sebagai pejuang Islam harus akur dengan segala perkara biarpun terpaksa mengadai 'Kalimah Allah' yang Maha Suci.

Apakah Nik Aziz tidak terfikir taktik licik Kristian yang kini beria-ia untuk mengguankan Kalimah Allah. Bukankah Pas sebelum ini begitu ghairah menentang 'murtad' yang terhasil dari taktik licik kristian. Apakah kita lupa perjuangan Kristian adalah untuk 'memurtadkan' umat islam dalam pelbagai cara.

Selagi umat islam tidak bersatu padu untuk menentang segala kemungkaran ini, selagi itu agenda Kristian akan berterusan dari pertelingkahan kita sendiri. Kita yang sudah sesama Islam boleh dikafirkan, apa lagi apabila Kalimah Allah ini sudah boleh digunakan oleh Kristian - terlalu mudah segala 'goda' di buat bahawa mereka juga menggunakan nama Allah.

Hakikatnya, Pedari Arius menjadi gila kerana usaha golongan pelampau Kristian berusaha memalsukan kitab Injal tulin dengan membawa fahaman 'The Trinity' yang bermaksud Isa itu aanak Tuhan, Tuhan beranak dan diperanak sejak tahun 325M di zaman Empayar Constantine Rom.

Gereja katolik yang berpengakalang di Vitican, Rome memang bermula dengan agenda untuk menghancurkan Islam. Hasil gerakan ini, Pedri Arius di istyiar gila kerana tidak boleh menerima ajaran baru Kristian.

Kristian baru 'The Trinity' ini ditentang oleh Gereja Kristian Orthodox yang masih mempertahankan Injil asli dan tulin - tidak mengamal menyembah salib.

Ketika di zaman 'tanda-tanda' kelahiran Nabi Muhamad s.a.w - ramai Padri Yahudi dan Kristian yang khaysaf berhijrah meninggalkan negara masing-masing dari empayar rom dan Parsi menunuju Padang Pasir dan Madina semata-mata untuk mengEsakan ajaran islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. Golongan padri ini lebih tahu haikat dalam hakiki akan lahir Nabi terakhir yankni Muhamad Rasulullah.

Sebenarnya, seperti saya tulis ebelaum ini dalam blog ini - "Bahawa sesungguhnya, isu Kalimah Allah ini membuka satu fernomena baru ke arah umat Islam berfikir, bertafakur dan bersatu hati untuk mencari titik kebenaran. Ini adalah rahmat yang dicetuskan oleh Allah s.w.t kepada umat islam yang sudah jauh terkeliru soal jalan mana mahu di pilih".

Sedari awal, saya tidak mahu bermusuhan dengan Nik Aziz, tetapi sifatnya sebagai pemimpin poltik perlu dikritik demi untuk kebaikan dirinya agar tidak terlalu terpengaruh dengan gerak nafsu Amarah semata-mata apabila di tegur.

Setiap manusia, sekalipun dirinya ulama adalah tidak 'sempurna' atas segalanya. Kekurangan dan godaan ada di mana-mana. Ulama tidak semestinya alim. Alim pula tidak semestinya Khasyaf dan Khasyaf tidak semestinya WALI.

Semuga Nik Aziz mengambil ruang waktu untuk bersuluk dirinya mencari 'sinar qalbu'. Membersih hati jauh berbeza dengan ukuran ilmu yang kita miliki. Ilmu itu cuma satu pengetahun, bukan AMAL. AMAL itu adalah pembongkaran ilmu sejati untuk kenal keindahan dan keburukan dari zat ilmu itu.

Ukuran kebaikan ilmu itu adalah sejauh mana diri kita boleh membawanya ke jalan kebaikan yang akan membuat diri kita lebih menjadi 'gerun, bimbang dan takut' dengan amaran Allah yang menuntut kita menjauhi kemungkaran.

Ini kerana dengan kata 'Bismillah' - pengamalnya boleh menjurus ke jalan kesempurnaan dan kebaikkan, tetapi dengan amalan 'Bismillah'anusia akan terjeerumus di jalan kufur dan sesat jika kita tidak menjalani pembersihan qalbu.

Ramai manusia diberi kelebihan oleh Allah s.a.t suka bermegah-megah dengan ilmunya, sedangkan itu cuma satu ujian hati dari Allah s.w.t. Kita selalu bercakap Rasulullah itu adalah tauladan kehidupan, tetapi sayangnya kita cuma sekadar bercakap atas kapasiti kita orang berilmu, namun jauh untuk diamalkan.

Dalam hidup ini, sebenarnya kita ditugas mencari diri kita. kejahatan yang tercipta itu sebenarnya satu ilmu dan bukan sekadar dipandang satu kejahatan semata-mata. Itulah ilmu 'kemuslahatan' yang Allah s.w.t ciptakan untuk manusia menjadikan sempadan hidup bahawa kejahatan itu tidak memberi satu kebaikan bagi kamu.

Maaf, saya bukan pandai - tetapi apabila terus menulis begitu saya bimbang untuk membuka lebih banyak 'Rahsia dalam rahsia' yang bagi orang syariat pula akan terlalu mudah menuduh sesat. Sesat dalam mencari Ilahi tidak mengapa, jangan sesat seumpama kelkaktu yang mati dalam cahaya.

Kepada Umno, ambillah peluang secara berhimah dan bijaksana dari lontaran terakhir Nik Aziz untuk ke meja rundingan. Bermufakatlah ke arah kebaikan untuk rakyat kerana memiliki kuasa hebat pun tidak ada gunanya jika rakyat terus terbiar.

hari ini, Allah s.w.t memilik kita sebagai pemimpin, sebagai pengantara untuk umatnya agar di bebaskan dari segala permasalahan hidup. Allah s.w.t tidak memilih semua manusia untuk menjadi pemimpin umatnya. Ada yang dipimpin itu bersifat baik dan sempurna, ada pul;a yang dipilih dikalangan orang tidak beramanah.

Semua itu, untuk dijadikan sempadan dan tauladan untuk semua umat yang berfikir mencari nilai kebaikan. Semuga jika menjadi umat yang berfikir, bukan terlalu banyak mendengar. Kita terlalu mudah disesatkan jika terlalu banyak mendengar, tanpa berfikir.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata