Thursday, February 11, 2010

MUZAKARAH ILMU & BERSATU : ITU ALLAH S.W.T SUKA

Tidak ada yang paling Allah s.w.t rahmati dan begitu gembira apabila kita dapat menyatukan dua umah yang berpecah belah. Di bumi Melayu ini, perpecahan paling ketara adalah kerana kuasa. Kerana kuasa manusia sanggup lakukan apa sahaja hingga terputus hubungan silaturahim.

Di bumi Melayu Jawi ini, umat islam dipecah kerana kewujudan 'pencari' kuasa politik untuk menjadi 'penguasa' hingga ada yang sanggup memisahkan iman, masjid, tanah kubur dan lebih menghancurkan apabila menuduh puak Islam lain kafir.

Soalnya, sampai bila tuduhan buruk ke atas sesama Islam ini akan berakhir semata-mata kerana kegilaan untuk mencari kuasa politik. Apakah, politik Islam itu diajar untuk mengalakkan perpecahan.

Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz Nik Mat, menuduh Umno yang memusuhi Pas lebih 50 tahun. Tetapi, jika diteliti secara halus, Umno tidak pernah memburuk Pas dan menguasai politik Malaysia sejak Merdeka, tidak pernah menggunakan umpan Syurga untuk kekal berkuasa.

Umno yang turut bersolat, sujud , berpuasa dan menunaikan Rukun Haji di Mekah dan memperakui keTauhidan Rukan Iman tidak pernah mengarahkan ahli-ahlinya agar menutup pintu pagar masjid yang mereka bina kepada ahli Pas.

Kerajaan Umno juga tidak pernah menjadikan sekatan politik kepada ahli Pas untuk memasuki Universiti, mencari kerjaya dalam kerajaan dan pelabgai lagi kepada ahli Pas.

Petani-petani Pas terus mendapat subsidi baja, benih dan sebagainya dalam setiap negari yang dikuasai oleh Umno-BN. Umno bersikap terbuka dalam segala perkara dan bukan sebuah kerajaan 'diktator' seperti tuduhan Pas.

Semua anak-anak ahli Pas boleh bersekolah di sekolah yang dibina oleh kerajaan Umno-BN. Malah, kerajaan Kelantan diberi grand peruntukan tahunan yang begitu besar untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negeri kelantan, biar pun di perintah Pas.

Apakah ini yang digelar oleh Pas, Umno yang memusuhi mereka. Dalam setiap ceramah - Umno mahupun Pas, siapa pula yang lebih banyak memaki hamun siapa. Sebenarnya, orang yang berhati jahat sahaja yang suka mencaci dan memaki hamum orang lain.

Di segi hukum alam juga, orang jahat sahaja yang tidak sukar orang baik dan kaya, sebab itu mereka mencuri di rumah orang kaya dan orang baik. Orang jahat sahaja yang suka pukul orang tanpa sebab. Orang yang tidak beriman sahaja yang suka bersikap gedebe.

Terlalu lama Pas yang mendakwa berjuang atas nama Islam, tetapi masih gala untuk menguasai perjuangan sebenar. Pas menggunakan segala ayat wahyu Allah s.w.t untuk memenangkan perjuangan Islamnya, tetapi lebih ramai umat Islam tidak dapat menerima perjuangan Pas. Kenapa...Sepatutnya, inilah reraliti yang perlu ada dalam kajian Pas.

Umno tidak menggunakan nama Islam, tidak menawar Syurga pada setiap kali pilihanraya masih kekal meletakat di hati Umat Islam. Apakah, umat Islam yang mendokong perjuangan Umno itu tidak tahu hal-hal keagamaan.

Pas pula menawar seribu satu perkara yang mereka sendiri tidak tahu termasuk Syurga, tetapi masih merangkak untuk mendapat sokongan umat Islam. Malah, dalam Umno sendiri lebih ramai ulama dan tokoh-tokoh Islam yang berwibawa. kebanyakan masjid pun mejoriti orang Umno yang bersolat, berbanding Pas.

Bermuhasabah diri itu penting kepada Pas selepas 50 tahun kononnya di musihi oleh Umno. Pemimpin Umno tidak pernah sejak perdanan Menteri pertama hingga Dato' Seri Najib Tun Razak, tidak pernah terdengar pantulan maki hamun dan memberi gelaran memalukan kepada pemimpin Pas, berbanding tuduhan yang dilakukan oleh kalangan pemimpin Pas, termasuk ulama besar yang tersohor, Nik Aziz sendiri.

Untuk mendapat sokongan rakyat dikalangan umat Melayu Islam, Umno tidak pernah mengkafirkan Pas biarpun dikafirkan sepanjang masa oleh pemimpin Pas. Umno tidak menggunakan untuk menakutkan rakyat Melayu Islam agar kekal dalam perjuangan mereka.

Ini jelas bahawa umat Melayu Islam lebih mengenali hukum hakam Islam. Umat Melayu islam lebih tahu dan memahami siapa pejuangan dan pembela syiar islam sebenar - Umno.

Umno bukan hanya bercakap berdegar-degar soal memartabatkan syiar islam, tetapi melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam ke arah memperkasa syiar islam dikalangan umatnya. Rakyat umat Melayu Ilam dimartabatkan dan diperkasakan hingga muncul menjadi umat yang berjaya, umat yang mampu memberi zakat dan bersedekah, bukan menjadi peminta sedekah.

Umno tidak mengugut umat Islam dengan pebagai dakyah durjana. Pas menggunakan nama Islam untuk mengungut umat islam kerana akan menjadi penghuni neraka jika tidak menyokong perjuangan mereka.

Mutakhir ini, Pas tidak lagi berani untuk bercakap soal Hudud, Negera Islam kerana terlalu taat atas permintaa DAP. Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP agar menyokong isu Kalimah Allah yang disentimenkan oleh Gereja Katolik.

Inilah nilai permainan politik jahat Pas, sebeliknya menuduh Umno yang memusuhi mereka. pemimpin Pas suka menuduh orang lain tidak bersih, sedangkan mereka sebenarnya apabila diberi sedikit kuasa begitu kemarut untuk tidur lena dengan najis rasuah, kroni dan pelbagai lagi. Inikah pejuang Islam dalam perjuangannya.

Justeru itu, sudah waktunya Pas benar-benar bermuhasabah diri dalam kemelut politik mutakhir ini. Cukuplah Pas terus bersendiriwara mengguanakn wahyu-wahyu Allah s.w.t ketika diri kita sendiri benuh dengan keburukan.

Apakah Pas lebih senang untuk berkawan dengan DAP dan PKR yang tidak ada cita-cita langsung untuk membela syiar Islam, apalagi mempertahankan hak keistimewaan umat Melayu islam di bumi Jawi ini.

Jika benar nik Aziz ikhlas untuk bermuzakarah dengan Umno, jangan lagi berdolak dalih termasuk mempersoal keputusan haki Mahkamah Rayuan yang mengetepikan Nizar 'budak suruhan DAP'.

Jika Nik Aziz manusia yang aada kesedaran qalbu, lebih baik Nizar jatuh dari terus menjadi 'kuda tunggangan DAP' di Perak. Nizar tidak ada cita-cita atas nama bendera Pas untuk menghapus tempat-tempat maksiat di Ipoh dan Perak.

Nizar tidak pernah bercakap untuk mengIslamisasikan negeri Perak, tetapi terus menjadi budak suruhan DAP untuk meminggirkan penguasaan Melayu Islam.

kini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Perak dan Selangor sudah pun mendapat ilmu apabila mereka berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR mentadbir negeri. Apakah, mereka merasa selesa dan terus menjadi 'Pak Turut' biarpun dalam soal arak dan tempat maksiat.

Apakah, pemimpin Pas Selangor akan terus melihat bertapa Ronnie Lew begitu ghairah mempertahankan kedai-kedai penjualan arak dan mempertahankan rumah-rumah maksiat, perjudian hingga sanggup berdepan dengan Polis dan pegawai pencegahan maksiat.

yang anehnya, apabila Polis serbu rumah maksiat dan perjuadian, begitu cepat Ronnie Lew sampai ke tempat itu untuk mempertahankan rumah maksiat dan perjudian haram.

Selepas kerajaan DAP, PKR, PAS berkuasa di Selangor, di mana Pas dalam soal pembelaan syiar Islam. Dulunya, kononnya Pas begitu sanggup berjihad atas nama mempertahankan Islam, kini Pas terpaksa akur dengan tekanan DAP yang menentang Islam dan Melayu Islam.

Sejak pilihanraya ke-12, sudah terlalu lama Pas makan hati. Jadi, ADUN Pas Selangor dan Perak boleh beralih arah dan menjadi rakan kongsi dalam pentadbiran kerajaan negeri dan lihat nanti, apakah pemimpin Umno akan menghalang Pas dalam soal kes arak dan rumah maksiat serta perjudian.

Selama ini, Pas terlalu banyak menuduh Umno. Kini, gunakan ruang terbaik ini untuk kenal keperibadian Umno-BN secara dekat jika kita ini manusia bijaksana.

Yang terbaru, jika Pas ingin buat Hukum Hudud di Kelantan dan menyatakan harsat itu,Kerajaan Pusat pimpinan Umno akan membenarkan Pas melaksanakan Hukum itu. lagi pun, Dewan Undangan Negeri kelantan sudah pun meluluskan hasrat Pas itu.

Jika di Pahang, orang minum arak di khalayak ramai baik lelaki atau wanita akan di hukum rotan - amalan hukum Islam, di dalam Hudud Kelantan tidak ada hukuman itu.

Renunglah sejauh mana dikalangan ADUN PAS di Perak dan Selangor. Berpuasa tiga hari dan duduk tafakur dan bermuhasabah diri dengan seikhlas hati - pinggir kan parti ke tepi cari kebenaran Allah s.w.t yang sebenar, apakah DAP, PKR lebih layak di buat kawan berbanding Umno-BN. Biatlah dengan keikhlasan hati.

Bukan saja kepada ADUN Pas sahaja, tetapi kesemua penyokong Pas. Duduklah di masjid, sejadah di rumah setiap tengah malam untuk cari hakikat sebenar, apakah DAP boleh dijadikan kawan sejati.

Jika Pas terlwat mengambil keputusan untuk bertukar arah, jawapan paling mudah bahawa pilihanraya ke-13 nanti- Pas akan hanyut di bawa oleh 'bah pemikiran rakyat umat Melayu Islam'. Tunggu dan lihat sempadan Allah s.w.t ini.

Kekalutan politik selepas pilihanraya ke12 lalu cuma sekadar 'sempadan pemikiran' untuk rakyat umum di bumi Melayu jawi ini berfikir, bukan sekadar memberi kemenangan buta.

Sempadan pemikiran ini juga tertuju kepada pemimpin Umno yang semakin leka agar sedar diri. jangan selamanya menganggap hanya rakyat kelantan yang tahu mengubah senario politik. Tetapi, mujurnya krisis politik pilihanraya ke12 lalu mudah menyedar kepimpinan Umno-BN.

Perubahan kian nampak positif untuk kembali bangkit untuk mengekalkan kuasa dengan lebih selesa. Namun, kesihan dengan Pas yang tidak sedar bahawa ego mereka yang dibenci oleh Allah s.w.t akhirnya terperangkap dengan tipu muslihat Anwar Ibrahim dan DAP yang berwajah komunis baru ini.

Apakah kerana kuasa politik, Nik Aziz mempertahankan kemungkaran Anwar Ibrahim ketika Haji Hadi sudah mula menolak Anwar Ibrahim. Apakah Nik Aziz sanggup membisu dalam keinginan untuk melaksanan Hukum Hudud dan mendiri Negara Islam Malaysia, hanya semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kita tunggu Pas akan bawa isu apa dalam pilihanraya ke13 nanti. Apakah soal Hudud, Syahid Memali, Negara Islam, Haram Arak, Tutup pusat Judi di Genting Highland, basmi rumah maksiat dan perjudian, pelacuran dana sebagainya yang diperjuang untuk dihalalkan oleh DAP sehabat Pas sekarang.

Kenapa Pas yang suatu ketika dulu bercakap, jika kita perintah Selangor mereka akan runtuhkan dua kilang Arak terbesar di Selangor yang terletak di Subang Jaya dan Batu 3 Shah Alam. Hari ini, Pas memerintah Selangor, kenapa diam.

Dulu cakap besar, kentuk besar, tetapi hari ini Pas begitu takut dengan DAP dari takut Allah s.w.t yang kini PAS ingin kongsi pula dengan Gereja Kristian kerana persahabatan sehati sejiwa dengan DAP.

Inilah wajah-wajah Pas yang ditolak perjuangan mereka oleh umat Islam bumi Melayu Jawi ini, biarpun umat islam suduh di ugut dengan pelbagai kaedah yang menakutkan dari penyalahgunaan ajaran Islam. Inilah hakikat ajaran sesat sebenar.

Ketahuilah, jika Umno tidak Islamik dan memperjuangkan syiar islam...sudah lama Umno berkubur dan dikuburkan oleh umat melayu islam sendiri. Hakikatnya, Umno lebih benar dari kebenaran yang cuba dibawa oleh Pas.

Oleh itu, sedarlah dan inilah waktu untuk pemimpin Pas bermuhasabah diri untuk kembali kepangkal jalan. Cukuplah menjadi 'dalang' untuk menghancur perpaduan umat Islam di negara ini. Cukuplah menjadi Islam sebagai wadah untuk menghasut rakyat sedangkan kita sendiri penuh dengan keburukan.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata