KEPINCANGAN NIK AZIZ JELAS : MUZAKARAN AGAMA PAS-UMNO
Untuk pengetahuan pertama, Pas bukan parti yang hebat. Sudah 50 tahun Pas berjuang untuk menakluk bumi Malaysia dan bercita-cita menjadi Perdana Menteri, tetapi masih gagal. Kenapa dan mengapa.
Untuk pengetahuan kedua, selepas 50 tahun Pas diwujudkan hasil serpihan dari Umno. Dengan sokongan padu Inggeris yang menjajah Tanah Melayu ketika itu, Pas dijadikan tunjang harapan untuk memecah belah perpaduan Melayu yang bersatu atas nama Islam.
Perpecahan Melayu akan hanya dapat dijayakan oleh Inggeris dengan menggunakan agama islam itu sendiri. Umno dilihat begitu dominan ketika itu dan hasrat Inggeris untuk terus menjadi tuan tidak kesampaian ketika Umno dengan penyatuan padu Melayu islam terus keras mendesak kemerdekaan.
Pas yang ditubuh oleh alim ulama serpihan Umno yang cuba menguasai Umno, tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan keluar dan menubuh Pas. Ketika ini Inggeris meratui Pas untuk mengamal dasar 'pecah perintah'nya di Tanah Melayu ketika itu.
Soalnya, Inggeris yang anti Islam di setiap tanah jajahannya islam lain, termasuk di Pakistan, Plastine, Merocco dan banyak negara lain, tiba-tiba menjadi begitu baik dengan membenarkan Pas yang tertulis nama Islam dibenar wujud di zamannya jika tidak ada udang di sebalik batu.
Inggeris mahu melihat Pas menjadi dominan memecah belah perpaduan Melayu, bagi membolehkan Inggeris memberi ruang kepada kaum Cina Pendatang dan India pendatang ketika itu di beri hak kerakyatan jika mahu merdeka bersyarat.
Inggeris mahu Pas menjadi pendesak untuk menentang kerayaktan Cina dan India. Ketika itu, Pas memang menentang kehendak Inggeris memberi kerakyatan kepada kaum Cina dan India pendatang.
Menentang Inggeris kesannya tidak besar, tetapi hakikatnya Pas sebenarnya menentang Umno. Penentangan hebat Pas soal kerakyataan Cina dan India pendatang ini, membuat Pas mengambil keputusan mengkhafirkan Umno kerana berikat dengan parti Cina (MCA) dan MIC.
Ketika itu, penyatuan bersama tiga parti kaum ini dikenal sebagai Perikatan dengan lambang Kapal Layar. Hukum pertama Pas, Umno kafir kerana membawa 'orang kafir - yang tidak menerima kalimah Allah' Cina dan India menjadi kawan dalam pentadbiran negara.
Jawapan pertama, apakah Umno sudah 50 tahun memusuhi Pas seperti tuduhan Dato' Nik Aziz Nik Mat ketika 'otak tua'nya berpusing 360 darjah untuk memulakan muzakarah dengan Umno.
Sebelum ini, Nik Aziz begitu membenci Umno tidak pun sampai tiga bulan beliau begitu beria-ia mahu mendoakan, Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak, pecah perut dan Umno hancur.
Sepanjang saya hidup 45 tahun, Umno tidak pernah memusuhi Pas dan Umno tidak pernah mencaci dan maki hamum Pas. Sebaliknya, Pas yang seringkali melebal Umno dengan bermacam-macam hinaan dan kata nista - semacam pas tidak ada agama ikutan yang mengajar manusia menjadi insan sempurna.
Pas terus kekal mengkafirkan Umno. pas masih ingat bahawa Pas mengahsut rakyat agar tidak memakan semebelihan 'orang Umno', pernikahan anak orang Umno dengan anak orang pas tidak sah, kubur pula perlu diasingkan, apa lagi masjid dan madrasah juga dipisah.
Bukahkah Pas yang menuduh masjid yangh dibina olerh Umno itu 'ketik' - tempat ibadat orang Buddha. Bukahkah pas juga yang mencanang, solat orang Umno Allah tidak terima kerana Umno berbaik dan menjadikan orang kafir sebagai kawan dalam ikatan barisan Nasional.
Isu kafir mengkafir dan 'politik pengasingan' ini dicpita oleh Pas selepas Pas kelah teruk pada 1982. Pas menggunakan isu Syurga dan Neraka untuk menakut-nakutkan rakyat agar memilih perjuangan mereka yang dikatakan memperjaungkan Islam.
Setiap malam, Pas bernyanyi sokong dan undi Pas masuk syurga. Tiga kali pangkah Pas masuk Syurga. Umno kafir, Umno tghorut dan sebagainya lagi kata hinaan ke atas Umno.
Tiba-tiba kelmarin, Nik Aziz mengakui pula ingin bermuzakarah dengan Umno atas dasar sesama islam. Semalam pula, muzakarah itu hanya dalam permasalahan Ajaran islam, masalah agama.
Apa baru Nik Aziz sedar Umno itu sebuah parti yang didemonasikan oleh umat Islam. Parti Melayu islam yang meletakkan syiar Islam begitu bercahaya dan mendapat pengiktirafan ke serata pelusuk dunia.
Umno itu yang memperjaungkan untung nasib umat Islam hingga boleh menjadi manusia hebat dan terbilang sejauh ini, malah berusaha keras untuk menghapus jurang kemiskinan di kalangan umat Melayu islam.
Kerana wujudkan kerajaan pimpinan Umno yang diketuai oleh Melayu islam, pembinaan masjid yang begitu sempurna disediakan sebagai tempat ibadah yang menenangkan kepada umatnya.
Segala penciptaan pembangunan dan ikatan sosial antara kaum yang ada diikuti oleh Umno menerusi kajian dari perjanjian awal Hudabiyah yang dilaksanan oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, seawal kota madinah dibuka.
Perjanjian Hudabiyah itu adalah teras kepada keharmonian di Malaysia yang dikutip oleh pemimpin Umno untuk menjadikan Malaysia berdiri kukuh seumpama yang kita saksikan hari ini.
Cuma Pas yang menentang versi Perjanjian Hidabiyah yang ditarbiahkan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN. Ter4as kepada perlembagaan Negara Malaysia ini juga disumberkan kajikan dari Perjanjian Hudabiyah. Sebab itu, dalam Perlembagaan Malaysia itu ada 'kontrak sosial' yang terpaksa diberi keistimewaan kepada Melayu atas nama Melayu itu Islam 100 peratusnya.
Jika Perlembagaan Malaysia itu digarap atas nama Islam, bukan atas nama Melayu, pastinya Inggeris yang menjadi tuan tidak akan menerima secara total kerana Inggeris Kristian menolak Islam. Cuma Inggeris menerima satu ungkapan islam, bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam kerana kaum pendatang Cina dan India ketika itu jumlahnya begitu kecil sebagai menoriti.
Sebenarnya, perjuangan islam Pas yang lebih sia-sia kerana lebih menghina sesama seagama, sesama bangsa semenjak 50 tahun lalu. Kenapa semua ini boleh terus-terusan terjadi.
Ini tidak lain kerana sikap cemburu Pas melihat Umno terus menjadi satu kuasa politik Melayu yang begitu kuat sepanjang zaman. Pas yang cuba menipu rakyat atas nama Islam terus tersungkur dalam pilihanraya.
Semua ini berlaku kerana kehendak Allah s.w.t kerana lebih tahu 'hati dan jiwa' siapa yang lebih bersih dalam memperjuangkan syiar islam yang hekiki. Ketika Umno membina masjid, pas pula menuduh ketik. orang Umno naik rumah orang Pas perlu disamak seolah-olah anjing dan babi yang naik ke rumah orang Pas.
Tetapi, ketika Pas memerintah semula kelantan pada 1990 - masjid yang dibina Umno itulah yang dirampas dan dikuasai tanpa ada 'samak menyamak' pun. Di atas masjid yang di bina oleh Umno itulah tokoh-tokoh Pas memaki hamun orang Umno dan mengkafirkan Umno.
Mungkin Nik aziz begitu keliiru dan cuba menegakkan benang basah dengan menuduh Umno yang menentang Pas dan bermusuh dengan Pas. Semua orang Pas tahu segala tuduhan buruk yang dibuat oleh Pas terhadap Umno selama ini. Rakyat kelantan, Terengganu dan seluruhnya tahun apa perkataan jahat dan memupulasi Pas dalam soal agama Islam untuk mempengaruhi setiap minda umat Melayu islam agar menyokong mereka.
Sekali lagi nik Aziz berkata, Pas sudah memperjuangkan Islam di kelantan termasuk dalam pentadbirannya. Satu soalan lagi perlu ditanya, apa yang sudah Pas buat atas nama islam di kelantan.
Tugas dan kerja Pas setiap malam adalah memburuk Umno, memecah belah perpaduan sesama umat Islam atas alasan janji Syurga dan Neraka. Melayu islam kelantan dipecah menerusi 'Dasar Mickevelli Islam ala Pas' yang ditunjangi oleh syaitan dan Iblis yang bersarang di dada pemimpin Pas yang rakus kuasa untuk mencipta kroni, rasuah.
Pas yang sebenarnya bermusuh dengan Umno sejak serpihannya keluar dari Umno. orang yang keluar dari Umno akan menubuh parti baru dan terus 'menyalak' kepada Umno. Bukan sahaja pas yang wujud dari serpihan Umno, tetapi Parti Negara (berkubur), Semangat 46 yang dicipta oleh anak Raja hipokrit (berkubur tanpa nesan), kini Keadilan Rakyat yang menanti waktu untuk berkubur selepas pemimpin rakus jubur, Anwar Ibrahim, dikuburkan.
Umno, biarpun dihentam oleh kalangan tamak kuasa ketika berada dalam Umno - tetapi masih kekal gagah menerajui umat melayu islam, memperkasakn syiar islam, memartabat umat dan bangsa melayu islam, mencipta satu Tamadun Baru islam moden, mermpekarkaya khazanah ekonomi Islam menerisi sistem perbankan, pajak gadai Islam, insurance islam dan makanan Halal serta banyak lagi.
tetapi, yang mengganggu peracangan Umno untuk membina sebuah negara islam yang berjaya untuk mengangkat dan menjulang umat islam, terus-terusan selepas Merrdeka di ganggu-gugat oleh Pas.
jika Pas hebat memperjuangkan Islam, sudah lama Allah s.w.t merestuai keinginan dan perjuangan pas. Tetapi, sayang yang diangkup lain dan yang diperjuangkan lain.
Dulu Umno kafir kerana bermuafakat dengan MIC, MAC dan pelbagai parti lain yang bukan islam dalam satu ikatan keharmonian dan kesepaduan bangsa - Barisan Nasional, Pas menuduh kafir.
Kini Pas berikat dengan DAP yang sedari dulu menjadi penentang Pas dalam soal Hukum Hudud dan cita-cita menubuh negara islam. kin, kenapa Pas tidak lagi bercakap soal negara islam, soal Hukum Hudud.
kelantan yang sudah 20 tahun Pas memerintah dan diberi pengecualain 'sempadan' oleh Allah s.w.t untuk meralisasi 'omong-omong kososng' Pas, akhir semua yang dicakap tidak pernah satu menjadi kenyataan.
Hudud Pas sudah hilangan entah ke mana, malah menyebut pun tidak lagi sekarang ini. Bandaraya Islam cuma sekadar slogan, hakikatnya kota Bharu boleh layak diiktiraf sebagai bandaraya, apa lagi untuk menggunakan nama Islam.
Kota Mekah dan Madinah tidak pernah digelar Bandaraya Islam dalam struktur pentadbirannya. Tetapi, Kota Bharu di gelar Bandaraya Islam. Mutakhir ini, di bandaraya islam ini remaja boleh lepak hingga jam empat lima pagi dengan adanya cefe 24 jam untuk berlepak, bukan baca Al-Quran atau berqiamullai di masjid atau di Stadium Sultan Muhamad ke-lV.
Jika tidak percaya, Nik Aziz perlu sekali sekali perlu menjadi Syaidina Omar untuk menijau wajah Kota Bharu yang dikenal dengan nama Islam ini selepas jam 12.30 malam. Lihat, di mana sarang pelacurnya, di mana muda mudi berlepak dan bercengrama.
Nik Aziz perlu menyamar untuk melanggang pelacur di lorong tepi Sun too Baru, Jalan Hamzah. Nik Aziz perlu menyamar untuk melihat di tepi Sungai belakang Pelangi Mall, Nik Aziz perlu menyamar untuk duduk di tepi Sungai Sungai Golok. Jangan hanya sekadar mendengar laporan buta tuli pegawai yang mengampu.
Nik Aziz perlu menaiki vespa dan motosikal untuk melihat bagaimana punahnya remaja mat Rempit di lebuh raya Wakaf Che Yeh-Salor, Highway Pasir Tumbuh (dekat pondok Terusan), Jalan Padang Tembak, Airport, Melor-Peringat, setiap malam Jumaat dan Sabtu.
Ceramah bukan main nak laksanakan Islam, tetapi yang merempit dan melepak ramai anak orang Pas. yang menagih dadah pun ramai anak orang Pas dan kontrakktor yang cari makan dengan Pas. Ini kerana di kelantan yang menyojkong Pas lebih ramai daari menyokong Umno, jadi jika ramai yang songsang adalah dari kalangan Pas, bukan Umno.
Jika tidak percaya, cuba tanya apabila mereka di tahan oleh pihak pencegahan, mereka ayah mereka sokong parti apa. bagi yang sudah boleh mengundi pula mereka undi siapa dalam pilihanraya. Jawapan lebih ramai Pas dari umno. kenapa kerana semua orang bercita-cita untuk masuk Syurga dengan jalan mudah - undi Pas masuk syurga. Sedangkan mereka ini sebenar di tipu oleh Pas sejak 50 tahun lalu.
Nik Aziz kata, Umno memusihi Pas dan pas sudah laksanakan pentadbiran islam di kelantan. Pentadbiran apa yang Pas dah Islamkan. Apakah dengan sebut MPKB Bandaraya islam, maka terus jadi islam.
Apakah Pas yang berdirinya nama Islam, makan parti Pas itu sudah Islam. Ini sebenarnya satu kebodohan. Apakah nama poltik itu Islam jika boleh maki hamun orang lain.
Umno hanya menyerang Pas apabila diserang. Pas setiap hari mengambil pendekatan menyerang Umno dalam setiap ceramah umum, di mimbar masjid, cermah agama di masjid, tetapi kepada orang Umno yang turut berjuang atas nama Islamnya tidak pernah undur kalau pun dituduh kafir.
Hari ini, Pas mahu bermuzakarah dengan umno atas dasar islam. Dasar islam apa. Atas soal solat, puasa, zakat atau haji. Atau pas inging bermuzakarah dengan Umno atas soal Rukum Iman.
Jika atas dasar solat, solat orang Umno mungkin lebih diterima Alllah s.w.t kerana mereka menjadi tiang agama untuk tidak memaki hamun orang lain, tidak mudah mengkafirkan orang lain, malah akhir-akhir ini mempertahankan kalimah Allah agar tidak menjadi senda gurau orang kristian.
Atas dasar puasa, sebenarnya ramai orang Pas tidak puasa. Ada dikalangan ahli pas tegar hingga sanggup tidak menziarah ayah yang Umno meninggal, tetapi masih menjual 'nasi beluak di siang hari di bulan Puasa.
Orang Umno berpuasa mengikut ajaran islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. Orang Umno menunaikan zakar seperti yang dianjurkan oleh Allah s.w.t dan orang Umno juga mengerjakan ibadah haji dengan pakai ihram, bukan telanjang.
Cuma jarang orang Umno pergi menunaikan Haji atas tajaan koporat yang keparat. Sebab, ibadah haji itu diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan di segi kewangan dan sihat tubuh badannya.
Jika Pas mahu berbincang dengan Umno soal ingin melaksanakan hukum Hudud di kelantan, tidak payah bermuzakrah kerana Umno dan kerajaan pimpinan Najib akan benarkan Pas laksanakan Hudud di Kelantan.
jika pas minta hari ini, Hari yang sama Umno-BN pusat akan benarkan, tetapi esoknya Pas perlu istiyarkan hukum Hudud di kelantan kerana sudah 20 tahun Pas sediakan Darafnya yang dibayar RM250,000 kepada satu syarikat guaman di terengganu.
Soal Hukum Hudud ini, pas tidak perlu bimbang. Pas minta sahaja, bukan setakat Kelantan, Kedah dan Perak pun Pas boleh buat hukum Hudud, malah sekutunya di Pulau Pinang.
Apakah Pas sudah benar-benar bersedia dan jangan pula bila diberi keizinan, Pas akan ambil masa bertahun lagi baru hendak dilaksanakan, sedangkan Pas bercakap soal hukum Hudud ini sudah 50 tahun, tidak mungkin segala draf dan persiapan belum dibuat, sedangkan pas sudah memerintah Kelantan begitu lama.
jika mahu laksanakan Hukum Hudud, pemimpin Pas perlu ikhlas. jangan jadi seperti kes Mat Sabu yang ditangkap khalwat di Hotel perdana di lepas begitu sahaja kerana yang ditengkap itu pemimpin Pas. jangan pula Hukum Hudud itu hanya mahu dikenakan kepada orang Umno sahaja, sedangkan Pas dibebaskan.
Pas perlu hidupkan impinanya untuk menubuh badan yang seakan sama SPRM - yang disebaut dengan nama Arab atau nama al-Quran. Dulu beria-ia, tetapi bila dilihat ramai dikaplangan pemimpin Pas sendiri menjadi dajal yang pelahap, badan itu hilang begitu sahaja. Jika tidak kenalah menatu Nik Aziz - Ariffahmi - budak muda yang bijak ke arah memufliskan duit kerajaan Kelantan.
Sebenarnya, Nik Aziz begitu keliru. Cakapnya macam biayak yang lidah bercabang. jangan ingat kerana kita di gelar Tok Guru yang sebgitu banyak ilmu kita boleh bercakap apa sahaja untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
Ingat, jika rakyat jadi sesat kerana percakapan kita, di akhirat kita akan menanggung bala bencananya. jangan ingat kerana kita banyak ilmu di gelar alim (sebenarnya masih jauh lagi jika di ukur dengan cakap-cakapnya, kita boleh beri syufaat kepada orang lain.
Jangan ingat hanya kata kita sahaja yang betul dalam soal keilmuan Islam ini dan kata orang lain cuma jadi satu hina nisata belaka. Hari ini, Nik Aziz mempertahankan kata-katanya bukan satu kejujuran mempertahankan ajaran islam, tetapi lebih mempertahankan pertubuhan politik yang dianutinya, bukan islam yang dianutinya.
Seandainya, Nik Aziz terus bersikap 'hipokrit' dan terlalu megah diri, suatu waktu budak-budak yang tak tahu agama akan ketawa kerana kita dilihat terlalu banyak berbohong, sedangkan kita beria-ia mengajar mereka agar jangan cakap bohong, riak, megah dan ego.
Siapa sebenarnya Nik Aziz ini. Aku terasa ingin mencarinya semula selepas tujuh tahun lalu aku pernah menyelusuri keperibadiannya dalam 'kaedah diri ku'. Tujuh tahun dulu yang aku temui - Nik Aziz adalah manusia dua wajah. Apakah Nik Aziz ini masih diseliputi 'Nafsu Amarah' yang masih menebal dan hanya sesekali melangkah ke Nafsu Lawamah - (Nafsu dan Akal). Tunggu nanti jika Allah s.w.t memberi keizinan.
Kepada Umno, tidak usah dilayan permintaan terbaru ini jika dilihat dalam bentuk hipokrit atau kerana kebendaan semata-mata. Jika ikhlas kerana Allah sw.t, terimalah dengan baik sekalipun pahit dan sakit. Selamat berjuang demi umat Islam.
No comments:
Post a Comment
Jangan Pandang Sebelah Mata