Monday, February 15, 2010

MAULIDUR RASUL : NIK AZIZ SOKONG GUAN ENG

Pas sebenarnya begitu taksub dengan DAP. Gara-gara hentaman masyarakat Islam ke atas kerajaan komunis moden Pulau Pinang pimpinan Lim Guang Eng kerana membatalkan perhimpunan Maulidur Rasul, kini kelantan pula memberi sokongan moral dengan turut membatalkan perhimpunan sama.

Lebih teruk lagi apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, memfatwakan bahawa 'bulan maulud' tidak ada apa-apa ganjaran pahala, berbanding bulan Ramadhan.

Fatwa baru ini, bukan satu perkara baru dan bukan lagi satu kejutan. Jelas, Nik Aziz lakukan semua itu demi untuk membuktikan bahawa Pas menyokong apa keputusan DAP buat di Pulau Pinang.

Jika direnung gelagat dan kata-kata Nik Aziz, cara pembawaannya semacam ada unsur 'WAHABI" dalam arah perjalanannya ilmunya. WAHABI memang menolak perayaan maulud Nabi atau Hari kelahiran Nabi.

Apa pun, perayaaan bulan 'maulud Nabi' ini dirayakan selama sebulan apabila setiap rumah orang yang berkemampuan akan mengadakan sedikit jamuan dengan diadakan 'salawat memuji kelahiran nabi' dengan hadiran yang hadir.

Di setiap kamopung akan ada silih berganti akan berpakat melakukan jamuan makan untuk 'bersalawat nabi' sepanjang bulan maulud ini.

Mungkin, Nik Aziz sudah lupa atau lebih memikirkan soal setiakawan yang cukup akarab dengan DAP, membuat perhimpunan Sambutan hari kelahiran Nabi Muhamad s.a.w ini turut dibatalkan.

Selepas bulan kelahiran Nabi Muhamad Rasulullah ini, akan tiba pula Hari kelahiran Al-Sultan kelantan. Apakah, Nik Aziz juga akan membatalkan perayaan itu kerana bagi umat Islam, Hari kelahiran nabi lebih bererti - kononnya untuk menjiwai sifat-sifat terbaik Nabi, selain ajaran dari Wahyu Allah s.w.t.

Di sudut politik, Nik Aziz memang wajar jika keputusan di buat atas sifat sokongan kepada kerajaan DAP pulau Pinang. Cuma, apakah Kerajaan Pas Kedah akan mengikut jejak sama di ambil oleh Nik Aziz.

Sebagai Mursyidul Am Pas, kata-katanya adalah fatwa. Apakah, Pas Kedah akan ikut cara Nik Aziz. Ini menjadi satu tandatanya.

Jika Kerajaan Pas Kedah turut menyambut perhimpunan Hari Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w, ini akan membuatkan Pas sendiri sudah bercelaru sesama sendiri.

Sejauh ini, cara pemerintahan Pas kedah jauh berbeza dengan corak pemerintahan Pas Kelantan yang terlebih banyak bermain politik. Pas kedah lebih libral dan lebih memikirkan soal rakyat yang didahulukan. Pas Kedah tidak berperang dingin dengan kerajaan Pusat.

Justeru itu, kerajaan Pusat terus membantu kerjaaan pas Kedah dengan penuh bertanggungjawab demi untuk kesejahteraan rakyatnya.

Di kelantan, Nik Aziz lebih berpolitik dari memikirkan soal rakyatnya. Nik Aziz begitu berceralu dalam setiap kata-katanya yang tidak boleh dipegang buku. Nik Aziz tidak ubah seperti sampah hanyut, bila tersangkut baru mahu meminta tolong.

Sebab itu, bila Nik Aziz bercakap sopal muzakarah dengan Umno - saya mengatakan Umno tidak perlu tergesa-gesa menyambut keinginan Pas ini. Sebanarnya, Pas sekadar mahu menguji seolah-olah Umno akan menjadi begitu 'pelahap' untuk berbaik dengan Umno - Patang diajak, Umno semacam mahu berlari mencium kaki Pas.

Inilah sikap Pas sebenarnya. tetapi, hakikatnya Pas bukan sebuah parti yang hebat dan kuat pun. Dalam perlimen sekarang, Pas cuma ada 23 kerusi berbanding pencapaian Pas lebih 32 kerusi ketika pilihanraya ke-10 1990 dulu.

Kepada Umno, jangan terlalu mudah terpengaruh dengan niat jahat Pas untuk bermuzakarah. Pas akan memutar belit segala perbincangan yang akan berlaku nanti kertika mereka sudah mula di tolak gara-gara kerana terlalu mengikut telunjuk DAP.

Isu kalimat Allah satu perkara, kini mulut Pas tertutup untuk bercakap soal Hudud, mahupun negara Islam. Pas takut DAP marah. Pas takut di kencing oleh PKR. Pas takut di liwat oleh Anwar Ibrahim pada pilihanraya ke-13 nanti.

Dulu Pas percaya Pakatan akan lebih kuat, tetapi hari ini tanda-tanda kehancuran Pakatan sudah bermula apabila satu demi satu Ahli Perliman Pakatan akan keluar meninggalkan pakatan murahan dan penjual maruah umat Melayu Islam.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata