Monday, February 1, 2010

'jangan pandang sebelah mata'

NUAR BHRAHIM: LAYAKKAH JANTAN GAY GADAI KALIMAH ALLAH

Anwar amat marah kalau dituduh sebagai gay. Tun M pernah sebut "saya tidak seorang GAY menjadi Perdana Menteri. Bayangkan mempunyai Perdana Menteri seorang GAY, semua manusia tidak akan selamat", di "Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005, walaupun Tun M tidak menyebut secara spesifik siapakah Lelaki GAY itu, tetapi Anwar tampil ke hadapan mengaku dirinya lah yang dimaksudkan GAY itu, lantas menyaman 100 juta.

Amat sensitif Anwar mendengar istilah GAY dan LIWAT. Kalau terdengar, terus disaman 100 juta kepada siapa yang melafazkannya. Cuba lihat sendiri di anwaribrahimblog, tiada satu pun perkataan LIWAT walaupun pada hakikatnya Anwar sedang menghadapi pra perbicaraan sejak dua tahun lalu. Bayangkan Anwar berusaha menangguh-nanguhkan kes LIWAT hampir dua tahun. Kalau orang yang tidak bersalah, mempunyai bukti kukuh, ada alibi kuat, cepat-cepat mahu bersihkan imejnya di mahkamah. Tidak mahu imej GAY dan LIWAT terus mencalar imej individu yag mengaku bakal PM.

Apa kesudahannya kes saman 100 juta Tun M ke atas lelaki GAY itu ? Kesudahannya Anwar tewas di mahkamah. Anwar gagal membuang imej GAY di mahkamah. Bukan setakat itu mahkamah turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Tun M kerana menyamannya, tanpa berjaya mengemukakan bukti kukuh, Rekod-rekod di mahkamah masih menyimpan dokumen-dokumen yang membuktikan Anwar GAY dan tidak berjaya dipadamkan Anwar hingga ke hari ini. Klik di sini

Saya masih ingat ketika tahun 1998, ketika Anwar dipecat dari UMNO, ketika Anwar kehilangan kuasa TPM dan Menteri Kewangan, rakyat jadi kebingungan, berarak di jalan raya, 'reformasi..reformasi..reformasi', tetapi sebahagian besar tukang-tukang jerit 'reformasi' itu kini tidak lagi bersama Anwar. Satu persatu meninggalkan Anwar. Ezam, Lokman, Roslan, Hamidzun, Anuar, Zahid, Hanafiah, Hamdan, Nadzmi, Azwandin, Saidatul, Chandra, Nalla, Shaari, Kalaivanar, Rosli, Zainuddin, Ghani, malah kalau mahu disenaraikan kesemuanya, tidak cukup ruangan ini. Kenapa kesemuanya mengambil langkah memisahkan diri daripada Anwar, sedangkan pada tahun 1998, merekalah tonggak melaungkan slogan 'reformasi'?

Malah, saya juga masih ingat, bukan setakat rakyat biasa yang keliru dengan tuduhan GAY ke atas Anwar ketika itu, malah tokoh-tokoh agama juga keliru. Contohnya Dr Haron Din, tokoh agama yang terkenal di Forum Islam. Saya masih ingat, sebaik sahaja dituduh GAY, Anwar membawa rombongannya ke rumah Dr Haron Din dan ketika itu Anwar menggunakan benteng imej Dr Haron Din untuk membersihkan imej GAY nya itu.

Lama itu GAY menyepi, setelah Anwar bertapa di penjara Sungai Buloh selama 6 tahun dan apabila tampilnya seorang pemuda handsome pada tahun 2008 mengaku bekas pegawai peribadi Anwar, buat repot polis diliwat oleh majikannya, sekali lagi isu GAY mula berkumandang semula. Faisal Tehrani yang terkejut dari lena tidurnya, terbangkit dengan keriuhan di luar sana sambil berkata, "LEWAT lagi?". Penarik Beca pun kaget : "Awat Anwar buang tabiat, kata ada alibi, awat tercirit-cirit ke kedutaan Turki. Jangan buang kerja gila!". Saya sebutkan nama-nama blogger PAS yang amat faham pergertian GAY mengikuti perspektif agama.

Saya turut difahamkan, ketika munculnya lelaki muda bernama Saiful Bukhari, antara orang pertama yang berminat menemui dan bertanyakan sendiri kepada lelaki itu adalah Dr Haron Din. Sesuai dengan nama Dr Haron Din yang dijaja oleh Anwar pada tahun 1998, sudah tentu apabila muncul lelaki baru, ulama tersohor itu ingin bertanyakan kedua-dua belah pihak. Barangkali menyedari kesilapan teknikal 12 tahun lampau, ulama itu hanya mendengar dari mulut lelaki Anwar Ibrahim sahaja, tanpa mempedulikan lelaki-lelaki lain termasuk Sukma Darmawan, Azizan Abu Bakar, Khairani Hj Nahfis, Meor Abd Razak dan lain-lain.

Tetapi khabarnya hasrat Dr Haron Din berjumpa dengan lelaki muda Saiful tidak kesampaian, kerana masa bergerak terlalu pantas, Anwar bersembunyi di kedutaan asing dan Saiful pula turut diancam keselamatannya.

Insya Allah, jika diizinkan Allah, mereka bakal berjumpa di mahkamah Februari ini dan tokoh-tokoh agama termasuk Dr Haron Din akan dapat mengikuti perkembangan secara terperinci apa akan didedahkan di mahkamah.

Tetapi tanpa disangka-sangka, sebelum kebenaran GAY atau TIDAK lelaki bernama Anwar Ibrahim itu, tiba-tiba muncul isu KALIMAH ALLAH. Isu GAY kembali senyap. Anwar muncul lagak 'Messiah' menyeru rakyat Islam di Malaysia supaya bersetuju berikan "ALLAH" kepada Kristian.

Kali ini, lebih ramai tokoh-tokoh agama yang terkejut dengan sikap Anwar yang bertukar wajah menjadi 'Messiah' itu. Dr Siddiq Fadhil (bekas Presiden ABIM), Dr Kamal Hassan (bekas Rektor UIA), Datuk Wan Zahidi wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan), Datuk Harussani (Mufti Perak),ustaz Taib Azmuddin(bekas Imam Besar) Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan lain-lain.

Anwar Ibrahim turun ke gereja-gereja mengadakan perjumpaan sulit dengan 100 hingga 200 paderi dan mubaligh Kristian. Kerana perjumpaan tertutup masyarakat Islam tidak mengetahui secara jelas apa yang sedang dirunding oleh lelaki yang kononnya mendakwa dirinya sebagai 'messiah' itu. Kalau ditanya kepada lelaki itu sudah pasti dia akan memilih sudut-sudut yang menguntungkan politik peribadinya sahaja dan menyembunyikan segala yang sulit yang boleh membunuh kredibiliti politiknya di kaca mata pengundi Islam.

Sekiranya Bishop Philip Lok yang menjadi penganjur rundingan sulit Anwar dengan gereja di Petaling Jaya tidak mendedahkan di laman asia-lutheran.org,umat Islam di negara ini tidak tahu pun bahawa Anwar telah berunding Biskop Munib Younan , Bishop dari negara Israel itu semasa sidang dialog Kristian-Muslim di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu. Anwar tidak ceritakan perkara ini kepada orang-orang PAS. Kepada orang-orang PAS, Anwar hanya berkata, 'saya menghadiri persidangan 'kalimatun sawa'...Ali Jumah, mufti Mesir pun ada.. Mustafa Ceric, mufti Bosnia pun ada' Klik di sini

Tetapi timbul satu persoalan kenapa Bishop dari Lutheran yang menjadi penganjur ? Kenapa bukan gereja Khatolik yang sepatutnya terkedepan ?. Lutheran berpaksikan Martin Luther dan Martin Luther dianggap 'Protestan' dalam cabang agama Kristian.

Kalau dalam konteks Islam, nama Martin Luther lebih dikenali di kalangan pendokong-pendokong dan penganut Islam Liberal, sama ada di Indonesia yang lebil dikenali dengan JIL/ISLIB atau di Malaysia yang lebih dikenali sebagai ADIL.Klik di sini

Dan ketika Anwar berbicara agama dengan bishop-bishop itu, sekali lagi Dr Haron Din merasa terpanggil, demi pengetahuan dalam bidang agama, demi amanat bekas-bekas guru alim ulama, Dr Haron Din berceramah kepada umat Islam tetang kesan Kalimah Allah kepada bukan Islam.

"Apa niatnya mahu kalimah Allah?. Kalau niat baik, kalau ditanya kepada saya, tak payah ambil kalimah itu. Jadi kalau bukan niat baik, apa lagi niat yang satu lagi ?", soal Dr Haron Din.

Sekali lagi Dr Haron Din terasa keseorangan dalam menyelamatkan pegangan akidah umatnya.

"Hati-hati, benda ini dekat dengan syirik, silap gaya boleh jadi KUFUR", tegur ulama itu.

Tetapi seperti biasa Anwar tidak pernah mempedulikan ulama. Siapa Dr Siddiq Faddhil, Dr Haron Din, Ustaz Taib Azmuddin, Mufti Perak atau Mufti Wilayah jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim ?

Anwar Ibrahim adalah bekas Presiden ABIM, lelaki yang pernah dijolok bakal Presiden PAS, berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaysia dan pernah dijatuhi hukuman bersalah melakukan homoseksual di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata