Wednesday, February 3, 2010

KENAPA HARUS BERHIMPUN DI MAHKAMAH

Sebenarnya ramai yang keliru apabila terpaksa berasak-asak di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi sokongan kepada pemimpin nasihat PKR, Anwar Ibrahim, yang menghadapi tuduhan liwat oleh bekas 'budak'nya sendiri.

Saiful itu cuma budak hinggusan. Jika Saiful tidak berada dijalan yang benar, mana mungkin anak hingusan itu sanggup berdepan dengan ratusan ribu penyokong Anwar, apa lagi untuk membuka aib sendiri.

Terlalu jauh untuk Saiful memfitnah Anwar, bos yang pernah memberi pelbagai ganjaran dan diberi kepercayaan seperti Azmi Ali suatu ketika dahulu.

Azmi Ali ini yang membawa 'beg duit' nilai jutaan ke rumah pemimpin Umno Kelantan untuk diagih-agihkan kepada setiap bahagian bagi mempastikan Tun Ghafar Baba tidak mendapat pencalonan Timbalan Presiden bermula dengan Bahagian Kok Lanas.

Rupanya, Anwar menyalurkan 'duit rasuah politik' ketika itu hasil dari duit Magnum (duit judi 4D) yang diberikan oleh Dato' Nala. Nala ketika itu bukan sahaja menjadi pembekal 'wang', tetapi juga pembekal 'kesedapan dunia' kepada Anwar.

Ghafar Baba jatuh kerana pengaruh 'duit' Anwar, bukan pengaruh Anwar secara total. Azmi Ali adalah segala sumber rahsia Anwar dan Azmi Ali ini juga yang menghadap Tun Mahathir di waktu subuh menceritakan segala rahsia Anwar.

Soalnya, Azmi berniaga apa hingga boleh jadi kaya raya kalau tidak berkongsi kekayaan dengan Anwar. Apakah dengan menjadi setiausaha kepada Anwar 'makan gaji', Azmi boleh hidup mewah hingga kini.

Sebab itu, bila Azmi bercakap soal kroni dan rasuah, 'loya' rasa hendak mendengarnya. jadi, sampai bila mahu mempertahankan segala kepincangan ini.

politik Anwar adalah menyerang dengan membabi buta. Melayu islam memang suka bertindak membabi buta kerana mereka ini tidak mahu bermuhasabah diri dan menjadi pengikut yang buta.

Melayu islam begitu mudah menjadi hamba kepada manusia, tetapi tidak memiliki perasaan untuk menjadi hamba kepada Allah s.w.t. Jika dilihat kesungguhan penyokong Anwar, pastinya beribadah kepada Allah s.w.t bolehkah seghairah itu.

Jika penyokong seghairah itu beribadah kepada Allah s.w.t, pasti mereka tidak akan menjadi orang bodoh untuk memekik melolong macam orang hilang akal di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur. pastinya, Nik Aziz juga tidak tumpang semangkuk untuk berada di Mahkamah.

Cubalah berghairah itu di sejadah untuk mendapat petunjuk illahi. jangan ghairah atas urusan dunia sahaja ketika orang lain yang dibela hidup senang lenang.

Di segi lojik akal pun, jika Anwar Ibrahim berani bersumpah lankat di mana-mana sahaja ceramah umumnya, pasti Umno akan lingkup terus. Tetapi, kenapa Anwar takut untuk bersumpah laknat dan cuba melarikan diri dari dakwaan Saiful.

Bersumpah laknat adalah sumpah maruah diri yang dihalalkan dalam Islam. Jika kita difitnah dan dituduh dengan sesuatu yang mengaibkan, kita boleh bersumpah laknat untuk membersihkan diri atas dasar kebenaran dan haq.

Sudah saya katakan sebelum ini, Anwar Ibrahim, jika beliau berada di pihak yang benar - 100 kali sehari beliau berani sumpah atas nama Allah s.w.t. Dalam tandas pun Anwar akan bersumpah jika beliau benar. Tetapi kenapa Anwar takut dan terlalu takut.

Dulu, ketika pertuduhan yang sama di kenakan ke atas Anwar oleh Tun Mahathir, saya pernah mengajukan persoalan yang sama. Tetapi, kebodohan manusia Melayu Islam adalah terlalu percaya orang yang petah baca al-Quran dan hadis serta orang yang bercakap hal-hal keagamaan tanpa ada tapisan.

Politik di Malaysia sudah terlalu amat kotor dengan fitnah. Yang berilmu ajaran Islam pun turut terperangkap dengan fitnah. Fitnah itu menjadi hala untuk menjadi kuasa dan mengekalkan kuasa dalam politik.

Saya tinggalkan alam poltik kerana tidak berupaya menanggung 'siksa jiwa' untuk memajat ke atas perlu merasuah orang lain. Hati sering menangis kerana terlalu banyak fitnah memfitnah sesama sendiri untuk merebut tempat dalam parti.

Hati selalu membisikkan bahawa ini bukan tempat kamu untuk mencari penghidupan, jika terpaksa saling jatuh menjatuhkan maruah sesama sendiri. Selamat tinggal untuk dunia politik yang semakin kotor.

Ketika kita berusaha untuk menyatukan permusuhan poltik, kita pula di hina dina kerana tidak mengikut arus. yang menentang akan tetap menjadi musuh sepanjang waktu tanpa ada kemaafan seikhlas hati.

Politik hati ini menjadi sebegitu cemar kerana kita saling 'telajangkan' permasalahan peribadi, bukan hanya tertumpu kepada dasar perjuangan yang ingin kita bina untuk kesejahteraan umat yang akan kita pimpin.

Apabila politik suaaaaaadah menjadi puak, puak-puak ini akan berpecah, Akhirnya, negara akan hancur, rakyat yang berpuak-puak akan merana.

Sebenarnya, saya bukan orang biasa dalam parti. Tetapi, biarpun sudah berada di barisan hadapan, hati kecil sering menghambat untuk bercampur dengan perkara yang sudah jauh menyimpan. Biarpun, dunia politik hidup di kalangan orang yang sukar fitnah memfitnah, jatuh menjatuhkan, perang mulut yang terbuka tanpa kita sedar siapa sebenarnya yang benar dan betul.

Cukuplah dengan hati mendoakan agar politik menjadi reda dan memberi kefahaman baru kepada pendokong kanan politik menemui titik kebenaran sejati. Mengundi cukup sekadar memenuhi tanggungjawab sosial. Biarlah kata hati menentukan siapa yang berhak di undi nanti, baik Pas mahupun Umno.

Namun hari ini, hati masih mendahului bahawa perjuangan masih terkedepan untuk membela nasib umat Melayu islam,. Yang lain cuma sedap di dengar pada tutur kata, tetapi bukan pada janjinya. Yang lain, cuma Indah pada nama perjuangan Islam, tetapi pengisiannya jauh sumbang.

Jika Tok Guru membela diri dengan sumpah seranah yang tidak terbuat oleh orang-orang berilmu ajaran islam berjiwa bersih, apakah ini satu perjuangan islam perwaris Nabi. Pemimpin Islam dijarar oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah jambatan silaturahim sekali pun dengan musuh yang tegar.

Apakah pemimpin islam jika kita hidup dengan maki hamun, tetapi kita masih mendapat habuan dari orang yang kita sumpah untuk terus membangun negeri kita. Pemimpin Islam sejati adalah bermusyawarah dengan orang yang kita anggap musuh dalam kita meminta sesuatu.

Kenapa nik Aziz tidak memiliki sifat ini untuk berunding dengan Najib, biar sekali pun musuh poltik agar memberi tumpuan kepada kelantan kerana di sini adalah mejoriti terbesar umat islam.

Saya terlalu percaya kepada firasat qulub, bahawa jika Nik Aziz lebih dekat dengan Najib secara berhemah, bijaksana dan rendah diri, - Kelantan tetap mendapat perhatian khusus untuk pembangunan negeri milik Melayu islam ini.

Jika kita mengambil sikap bermusuh, akhirnya jiwa kita yang bersih pun akan sering di ganggu oleh iblis. Iblis suka kita bersengketa. Ibalis adalah raja untuk melihat manusia huru hara.

Di mana kita yang dikatakan terisi penuh ajaran islam yang mkenunut kita Sabar. Sabar itu adalah kemenangan. kemenangan itu akan terhasil dari kebijaksanaan. kebijaksanaan itu yang diajar kepada kita menerusi wahyu Allah s.w.t.

Sayangnya Nik Aziz tidak memiliki ilmu ini. Merendah diri tidak semestinya kita menuduk buta untuk mengaku kalah. Kita berjuang untuk memimpin rakyat. Umno sebenarnya, tidak berhasrat untuk menyerang Pas kelantan, jika Pas sendiri melaksanakan politik bijaksana dengan mengurangkan sumpah seranah serta mengaibkan orang yang sepatutnya menjadi tempat kita meminta bantuan di segi usaha membantu rakyat.

jika Nik Aziz faham semua ini, kenapa kita harus terus berkonfantasi dengan kerajaan pusat. Najib juga manusia yang melafazkan syahdah. Naji juga bercita=-cita bersar untuk melahirkan lebih ramai melayu yang berwibawa tinggi. Kelantan adalah satu kilang terbesar sebenarnya.

Kita jangan mudah mengalah dan menyalahkan. Jika kita meminta RM 10 juta, orang bagi RM 10,000, kita patut bersyukur tanpa sebarang hinaan. Akhirnya, kita akan tetap dapat apa yang kita minta kerana orang akan melihat kesabaran kita.

Apakah Allah s.w.t akan memberi semua apa yang kita minta selema bertahun-tahun. Bukahkan Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Adil, Maha kepada segala Maha yang menjadi miliknya atas segala kuasa yang ada. Fikirlah jika kita ahli dalam ajaran islam. Di mana kita - Jangan Pandang Sebelah Mata.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata