Saturday, May 1, 2010

KES AMINULRASHID SATU TAKDIR

Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa anak yang masih remaja tiba-tiba dijemput untuk kembali ke alam baka. Inilah yang menimpa keluarga Almarhum seorang remaja, Aminulrashid yang baru berusia 15 tahun. Matinya kerana sebutir peluru dari Polis yang begitu bertanggungjawab memengang amanah untuk menjaga ketenteraman rakyat.

Saya mengambil sedikit waktu sebelum mengulas isu ini, selepas mendapati ada cubaan pembangkang untuk 'menjatuh' maruah polis. Soalnya, kenapa mutamkhir ini pembangkang begitu ghairah untuk menjatuhkan 'maruah' agensi kerajaan terutama Polis dan SPRM agar rakyat membenci agensi ini.

Isu beng Hok yang terjun bunuh diri dijadikan isu perkauman luar biasa dari kebiasaan. Kini muncul pula isu Almarhum Aminulrashid yang mahu turut diserat ke kencah politik.

Apakah polis jelas salah. Adakah kita lebih suka melihat polis mati di tembak dan membiarkan penjenayah seperti Kugan hidup bebas dan bermaharaja lela menganggu kehidupan bermasyarakat kita yang begitu selamat dan aman damai sebelum ini.

Adakah polis negara ini harus membebaskan penjenayah tegar seperti Bentung Kali, Kugan, Botak Chin dan Geng Botak, Geng Azhar hidup bebas, malah membiarkan polis mati di tambak - baru dikatakan polis kita hebat dalam menjaga keselamatan negara.

Ingat, saya tidak kata Aminulrashid penjenayah. Remaja seusia 15 tahun, cuma seorang anak kecil yang mungkin ada sedikit 'kenakalan' yang sekadar ingin bersuka ria dan menunjukkan 'kebolehan' kerana dapat memandu kereta, tanpa memikirkan kesan keselamatan diri sendiri.

Di zaman kita dahulu, untuk menghidupkan enjin kereta pun takut, apa lagi untuk cuba memandunya dalam usia begini. Ketika itu, kita hanya berani mengayuh basikal untuk ke sekolah.

Mungkin dulu lain dan sekarang ini jauh berbeza. Hari ini, ibu bapa akan rasa ghairah dan bangga bila anak sudah boleh memandu kereta dalam usia 12 tahun kerana itu adalah kejayaan dan keberanian bagi hidup mereka. Apa lagi jika anak-anak itu menunjukkan kecerdikan dan 'bijak' belajar.

Dari yang di dengar, Aminulrashid adalah pelajar pintar dan mesera alam. Tetapi, remaja ini juga memiliki 'kerendahan semangat' jika berdepan dengan tekanan dan sukar bertindak untuk mengawal diri.

Persoalannya, polis sudah menjalankan tugas rondaan dengan begitu beramanah dalam mengawal soal keamanan dan keselamatan rakyat.

Jam 2 pagi. Apakah dalam perkiraan kita masih kedapatan anak remaja seusia 15 tahun masih berpelesiran di jalan raya, sedangkan tuntutan utama adalah 'tidur' kerana masih terikat dengan alam persekolahan.

Polis sendiri tidak terfikir bahawa masih ada remaja seusia 15 tahun masih memecut kenderaan dalam keadaan merbahaya di jalanan - sedangkan disegi peraturan jalan raya - remaja seusia itu belum layak untuk mendapat lesen kenderaan hatta motosikal.

Polis tidak salah jika melepaskan tembakan keranan arahan beramaran agar berhenti dan menghentikan kenderaan tidak diperdulikan. Soalnya, kenapa kenderaan itu terus memecut tanpa menghiraukan arahan beramaran.

Jam 2 pagi, bukan jam 2 tengah hari - malam yang gelap. Apakah polis boleh nampak bayangan, siapa yang memendu kenderaan itu. zDalam keadaan terdesak demi keselamtan - wajar polis melepaskan tembakan beramaran. Tetapi, peluru tidak bermata untuk dijadikan 'pemutus' antara dua alam yang terkena Aminulrashid.

Segala yang berlaku adalah takdir - satu sempadan juga kepada ibu bapa lain agar lebih berhati-hati dalam mengurus anak remaja dan jangan terlalu ghairah membenar anak-anak memandu kereta atau motosikal kerana 'takdir tidak pernah memberitahu kita - apa sebenarnya akan berlaku'.

isu Aminulrashid cuba dipolitik oleh pembangkang dan cuba mengherat polis sebagai bersalah. kepada saya, polis boleh disabitkan bersalah jika kejadian itu berlaku jam 2 petang, bukan 2 pagi.

Jika Lim Guang Eng, Lim Kit Siang, Khalid Samad malah DAP mahu menyediakan peguam terbaik dalam kes Amarulrashid - terutama untuk menyaman polis - sebenarnya untuk apa.

Jika ada kenderaan berhenti dan berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah 'puak gila publisiti pembangkang' ini pada jam 2 pagi - apakah mereka akan membiarkan kejadian itu tanpa membuat laporan polis itu menyiasat.

Apakah mereka ini yang masing-masing memiliki pistol tidak akan melepaskan tembakan jika terdepat gerakan mencurigakan berlaku di depan rumah mereka atau ada kenderaan mencurigakan mengekori mereka.

jadi cukuplah, komunis DAP ini cuba mengheret rakyat untuk membenci polis dan agensi kerajaan lain atas dasar 'mainan politi'. Cukuplah dengan isu 'gimik Beng Hock' yang cuba mengheret masyarakat cina negara ini membenci kerajaan.

jangan terus bermain dengan api, kelak terbakar tangan sendiri. Manusia diminta oleh Allah s.w.t agar bersabar, tetapi ada waktunya 'kesabaran' manusia itu ada batasnya. Jika keterlaluan - bahana 'hilang akal' tidak boleh terkawal lagi.

Almarhum adik Aminulrahid, bukan penjenayah biarpun mati tertembak oleh polis. Itu adalah satu takdir 'luar jangka' dan tidak terfikir oleh akal. Anak yang baru baligh ini lebih di cintai Allah s.w.t untuk memanggil pergi dalam usia muda. Anak-anak yang bersih ini akan memanggil ibu bapanya untuk hidup bersama di Syurga akhir nanti. Terimalah hakiat - Allah itu Maha lebih mengetahui setiap kejadiannya.

Kepada keluarga Aminulrashid, jangan muda terpengaruh oleh desakan pembangkang untuk menjadi isu ini agar rakyat membenci polis. Biarpun sedih, tetapi akan tetap ada rahmat yang tersembunyi.

Dalam kes begini, kita perlu kembali kepada Al-Quran - kesah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khaidir a.s. Kenapa Khaidir membunuh remaja lelaki yang dipertikaikan oleh Nabi Musa a.s. Yang persoalkan perbuatan Nabi Khaidir a.s salam itu adalah Nabi yang utusan Allah s.w.t yang menerima risalah Taurat. Tetapi, Illmu Allah s.w.t itu akan menjadi lebih nikmat jika diamalkan secara ikhlas, bukan sekadar mencari dana menimba ilmu. Carilah hikamat di sebaliknya - wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata