Saturday, May 1, 2010

NIZAR : JANGAN JADI PENIPU UNTUK POPULAR

Hilang ibu, manusia tidak jadi gila. Hilang anak - manusia tidak pernah 'hilang akal'. Tetapi apabila hilang jawatan - apa lagi jawatan yang begitu tinggi bertaraf Menteri Besar - masnuis tiba-tiba jadi gila. Begitulah kes yang menimpa Nizar, bekas Menteri Besar Perak.

Naiknya menjulang tanpa diduga, jatuhnya tidak pernah terfikir. Inilah yang dikatakan manusia gila - gila kuasa, gila pangkat, gila segala gila. Jika manusia yang ditarbiah oleh Pas, kononnya Islamik - kenapa tidak percaya Rukun Iman - Qado dan Qadar - suatu ketetapan Allah s.w.t biar dari mana kejadian ia berlaku.

Kini dalam kegilaan Nizar, satu fitnah paling 'bangsat' dilakukan oleh Nizar yang sanggup memfitnah Dato' Seri Najib Tun Razak - kononnya ucapan di Stadium Jalan Raja Muda Kampung Baru pada 1987 - 'Najib ajak bunuh Cina'.

Antara fitnah Nizar yang paling bangsat dari manusia paling bangsat ini - 'Keris Melayu sudah lama berkarat dan perlu dibasah dengan darah Cina'. Ini satu fitnah paling besar.

Di mana Nizar ketika itu. Apa sebenarnya yang berlaku ketika itu - kebetulan Najib adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Ketika peristiwa yang Nizar ungkit itu - saya berada di atas pentas (bukan di bawah pentas) ketika najib berucap. Perhimpunan keramat yang menghimpun puluhan ribu umat Melayu di Stadium Raja Muda itu begitu luar biasa.

Entah dari mana lautan manusia datang. Ketika cuaca terang benderang dari pagi hingga jam tiga petang - tidak menampakkan mendung akan mengubah rupa langit. Kenapa saya berada di atas pentas ketika itu.

Saya wartawan di Berita Harian Kuala Lumpur, tetapi adalah Jawatankuasa Biro Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu dan begitu rapat dengan Dato' Ibrahim Ali dan Dato' Kamaruddin Abdullah. Brahim Ali tahu kebolehan saya - penceramah Umno negeri Kelantan paling muda ketika itu.

Ketika di sekolah saya dilatih menjadi pemidato dan pernah menjadi Naib juara pidato peringkat negeri kelantan ketika Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri bagi memilih wakil negeri.

Saya Naib juara pidato Pergerakan Pemuda Umno Kota Bharu, tewas kepada juara ketika itu - Wan Hussin (Jasa Kelatan) sekarang. Saya tewas kerana terlalu muda - baru 20 tahun, tetapi diberi peranan besar dalam pergerakan pemuda oleh Almaruhum Dato' Ariffin Hamid (Pengkalan Chepa), kemudian pecah kawasan pindah ke Bahagian Kota Bharu bahawa Dato' Kamaruddin Abdullah dan Tuan Hashim Tuan Yaacob.

Saya tidak sempat menabur bakti di Bahagian Kubang Kerian kerana di arah untuk berpindah ke Perlimen Ketereh ketika itu Nilam Puri. Saya diarah mengetuai satu cawangan yang bermasalah kerana menentang Ketua bahagian, Tan Sri Annuar Musa.

Ketika itu cawangan itu akan mencalon seorang bertaraf Profesor untuk melawan Annuar. Cawangan itu akan mencukupkan kouta bagi membolehkan Prof Aziz bertading. Tidak ada siapa sanggup mencampuri urusan di cawangan itu kerana ketua Cawangannya adalah 'gedebe' - pernah bertetak di Kedai Menanti, Gunung dan lain-lain lagi.

Annuar sendiri takut berdepan dengan ketua cawangan ini. Tetapi, apabila di beri tugas - saya menjalankan misi saya tanpa sebarang kekecohan. Semua guna akal, hikmah dan bijaksana. Annuar terselamat dari serangan Aziz. Hari ini, Annuar lupa semua itu dan lupa segala-galanya.

Ketika itu, almaruhm Cikgu Hassan Isa - pernah menjadi orang kanan dan bekerja siang malam untuk menaikkan Annuar sebagai pemimpin, mengamuk mengatakan pemilihan cawangan itu tidak sah dan menyerang saya dengan maki hamun.

Ketika itu, usia saya baru 26 tahun, tinggal di Kuala Lumpur. Saya berdepan dengan almarhum Cikgu Hassan agar diam. Dia juga tahu perangai saya yang pernah bergaduh lawan dengan berbelas orang di Bukit Marak. Almarhum Cikgu Hassan juga ada hubungan darah dengan saya.

Itu kesah lampau yang tinggal sejarah. Sejarah 'remaja' dan sejarah menjadi 'budak suruhan'. Hari ini, jika ditolak oleh budak pun boleh rebah - apa lagi ditoal oleh tokoh-tokoh hebat yang berkepit dengan pemimpin bahagian Ketereh. Apapun, politik tidak ada dalam kamus politik hidup saya lagi, ia sekadar pemerhati luar untuk melihat orang yang begitu ghairah apabila musim bertanding sahaja.

Sejarah Stadium Jalan Raja Muda yang diungkit oleh Nizar yang cuba menfitnah Najib agar 'kaum Cina' membenci Najib adalah satu fitnah besar yang wajib di hukum secara undang-undang. Najib sendiri harus mengambil tindakan undang-undang ke atas Nizar.

Hari itu, Stadium Jalan Raja Muda menjadi tumpuan lautan manusia. Pergeseran sebenar apabila Ketua Pemuda MCA membangkitkan soal menghina Melayu. Satu penghinaa yang tidak boleh dimaafkan, apa lagi dari sekutu BN sendiri.

Soalnya, siapa yang mengarahkan perhimpunan Melayu anjuran Pergerakan Pemuda Umno itu, jika tidak Anwar Ibrahim. Anwarlah orang yang membenci 'Cina' sepanjang berkuasa dalam kerajaan kononnya dari tarbiah satu puak Islamik.

Terlalu ramai berucap dengannada berapi-api. Antaranya, Tajuddin Rahman dan Dato' Ibrahim Ali, sebelum Najib berucap. Anda akan tahu nada Ibrahim dan Tajuddin jika berucap. Bulu roma Melayu berdiri tegak - 'jihad' memang sudah terpanggil.

Kebetulan ketika itu panas terik. Tetapi, ketika Najib berucap - penuh emosi tetapi tidak pernah menyebut - 'basahkan keris Melayu dengan darah Cina'. Ketika najib tengah berucap - darah Melayu mula membakar dan bulu romo tidak turun lagi dari tegak berdiri - awan tiba-tiba menjadi gelap dan 'hujan lebat' entah dari mana hingga padang Stadium raja Muda di genggani air ke paras betis.

Kampung Baru dilanda banjir kilat dari 'hujan rahmat' anugerah Allah s.w.t untuk menyejukkan kepanasan 'hati melayu'. Saya di pentas hanya menjerit takbir - 'Allah Hu Akbar' yang disambut oleh lautan umat Melayu ketika itu.

Sehabis pertiwa penuh bersejarah dan 'bermisteri' akibat hujan lebat luar biasa - Polis terus melancarkan 'Oprasi Lalang' selepas magrib. Malam itu, Tajuddin, Brahim Ali ditahan. Najib bergegas ke Jakarta dan ketua pemuda MCA berjaya ke Australia(bercuti).

Ramai yang ditahan. Saya juga takut kerana berada di atas pentas - lari balik ke Kelantan tanpa mengambil cuti dari Berita Harian. Mana tahu, turut diISAkan. Ramai yang ditahan dalam oprasi lalang ketika itu.

Akhirnya, ISA yang menyelamatkan Malaysia dari huru hara kaum buat kali kedua. Tetapi, hakikat perhimpunan di Stadium Jalan Raja Muda sebenarnya bertujuan memberi penerangan dari krisis dari tuntutan melampau yang begitu menghina Melayu.

Operasi Lalang menyelamatkan keamanan negara. Hari ini, kenapa harus membangkit soal 'risis' ketika negara sudah mula berada di kemuncak kejayaan dan hidup aman selepas Peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Apakah dengan sikap Nizar membangkitkan fitnah luar biasa ke atas Najib, mengharapkan kaum Cina membenci Najib dan mahu menjatuhkan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, tanpa terfikir akan mencutus satu lagi huru hara.

Nizar sendiri belum tahu akan terselamat jika berulang semula Perisitiwa 13 Mei 1969 - akan akan menjadi lebih berskala besar dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur. Ingat - jangan cuba bermain api jika tidak mahu bumi ini terbakar dan bersimbah dengan darah.

Berpolitik yang dituntut oleh islam adalah untuk membina kekuatan umah, menjulang kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat - bukan berpolitik untuk mengajak dan menarik orang agar beradu domba hingga boleh mencetus huru hara.

Jangan ingat melayu yang bersabar tidak boleh bangkit jika terus diguguat, tergugat hingga maruah mereka di bumi sendiri di hina dina tanpa batasan. Jangan sampai panggilan 'jihat' yang suci sampai sukar di kawal. Sabar - jangan sampai 'kepala' di pijak orang. Fikirlah...

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata