Tuesday, May 18, 2010

JUDI OH JUDI: AWANG ADEK JADI MANGSA

Apakah mungkin kerajaan akan menambah lagi satu lesen perjudian - 'JUDI BOLA'sebelum bermulanya kejohanan bolasepak berprestij - Piala Dunia di Afrika Selatan pada Jun ini.

Sebenarnya, judi bola sudah lama berlaku dikalangan masyarakat seakan menjadi suatu 'budaya hidup' ala baru. Cuma ia tidak dilesenkan secara halal.

Di England, lesen judi bola memang dilesenkan, malah papan perjudian terbuka yang boleh berjudi segala jenis sukan yang berlangsung.

Hari ini, Dato' Awang Adek, di malukan seluruh Kelantan amnya dan selruh negara khasnya kerana membuat maklum balas bahawa 'kemungkinan' lesen judi bola akan diluluskan oleh kerjaan.

Awang Adek dihentam oleh Pas Kelantan dengan pelbagai bentuk fitnah kerana di Kelantan terutama Bachok, Awang ini perlu dilenyapkan dengan - 'Dosa Judi'. Yang pasti dengan derasnya fitnah 'Awang Lulus lesen judi bola ini' - dia akan kalah lagi jika bertanding pilihanraya nanti.

Lesen judi bola belum diluluskan, tetapi tidak dinafi akan diluluskan jika kegiatan haram ini berluluasa secara haram. Yang untung adalah 'teukeh judi' dikalangan jutawan cina dan yang akan papa adalah kaum Melayu yang sudah jadi kaki judi.

Di Kelantan, bila musim bolasepak bermula - kegiatan judi haram - judi bola ini bagi satu fenomena yang tidak boleh disekat-sekat.

Di Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok sebenarnya menjadi pusat kegiatan judi haram bolasepak. Bukan setakat judi bola, tetapi judi nombor ekor.

Bulan lalu, saya dikejutkan oleh pertanyaan kawan lama yang datang kerumah - kononnya mencari ' besi lama' untuk dipuja bagi mendapatkan nombor ekor.

Bukan setakat besi, tetapi busut atau 'pusu' pun dijaidkan tempat untuk membuat pemujaan mendapat nombor ekor. Kumpulan ini juga mencari 'permata kebal' kononnya boleh dijadikan bahan untuk mendapat nombor ekor yang tepat.

Paling menghairankan, saya kenal teman lama ini adalah 'orang kuat Pas' dan bomoh yang membuat ramalan nombor pun penyokong tegar Pas.

Memang saya memiliki banyak keris lama yang dihadiahkan oleh 'alam ghaib' sewaktu berada di jawa. Begitu juga dengan batu permata yang dijelmakan dari bunga dan pelbagai bahan lain.

Saya menyimpan semua itu sebagai kenangan, bukan untuk pemujaan atau mengharapkan kuasa luar biasa. Biarpun, semua besi yang saya simpan itu berpeluh dan berbau harum mengikut jenis besinya - saya tidak akan biarkan dipinjam untuk perkara 'pelik' begini.

Sewaktu di Kuala Lumpur kira-kira lapan tahun lalu - sebilah keris saya dipinjam kononnya untuk merawat pesakit oleh sahabat saya yang terkenal sebagai dukun. Tetapi, rupanya 'keris naga kembar' yang saya dapat di Datar Giri, Surabaya ingin dibawa oleh rakannya yang lain untuk pemujaan nombor ekor.

Sewaktu dalam perjalanan ke Banting - kedua tayar keretanya pecah di tengah jalan. Akhirnya, di hantar dalam keadaan tidak terkawal. Saya buat keputusan menghatar kembali ke tempat asalnya dan yang saya simpan cuma kembar 'jantan' sahaja hingga kini.

Dunia judi bukan satu perkara yang boleh disekat dan dihalang dengan mudah. hakikatnya, semua umat Islam yang mengaku Islam sejak kecil lagi diajar bahawa judi, arak, zina, mencuri, menipu dan menabur fitnah itu adalah perkara yang amat dilarang oleh ajaran Islam.

Hakikatnya, siapa yang boleh menghalang sedangkan Allah s.w.t yang begitu pemurah dan penyayang tidak mengambil nyawa mereka yang melakukan kesalahan. Inilah sempadan kejadian Allah sebenarnya untuk kita semua berfikir.

Saya cuba menyelidik kenapa harus ada judi haram di Kelantan, bumi yang Pas dakwa lebih Islam dari bumi lain. Islam di Malaysia ini cuma ada di kelantan - dakwa Pas.

Sebenarnya, kejadian judi haram di kelantan begitu tenat. Agen judi nombor ekor seakan ada di segenap kampung secara tersusut. hanya kaki nombor yang tahu di mana sarangnya.

Yang jelas - tidak ada siapa pun yang bermain judi haram ini sudah bertahun-tahun muncul menjadi orang kaya atau orang senang. Yang kaya hanya taukeh judi haram saja.

Sememangnya, lesen judi bola tidak wajar untuk diluluskan lagi. Kesan kepada sukan bolasepak negara sudah begitu ketara kemerosotannya gara-gara judi bola.

Judi yang menghancurkan kehebatan bolasepak negara. Seawal tahun 1990 an - ramai pemain bertaraf bintang ditahan kerana 'menjual' perlawanan sepanjang Liga berlangsung.

Hari ini, judi bola masih berlua-luasa dalam Liga Bolasepak Malaysia. Ramai pemain dipengaruhi dengan harga yang besar jika bermain untuk kalah atau untuk menang. Apa lagi jika negeri itu gagal memberi gaji yang setimpal atau bermasalah dalam bayaran gaji kepada pemain.

Dua tahun lalu, taukeh judi mempertaruhkan Kelantan untuk menang semua perlawanan di Stadium Sultan Muhamad Kota Bharu, tetapi kalah atau seri di tempat lawan. Ketika itu, apabila di kesan semua pemain import terbabit dengan 'pengatur judi' perlawanan. Ini kerana gaji mereka tidak di bayar atau di byar dengan begitu rendah.

Saya seawalnya pelik, keaedah apa yang digunakan untuk berjudi bola. Saya cuba mendekati beberapa orang tengah yang mengatur perlawanan. Akhirnya saya begitu faham cara kegiatan mereka.

Barangkali kesan daripada pemerhatian Awang Adek ini di Kelantan, yang mana bumi Islam dipenuhi dengan kegiatan judi haram - adalah lebih baik lesen judi bola di luluskan.

Ini kerana kalaupun setiap malam Pas berceramah, ia bukan soal ajaran islam yang dimomokkan tetapi lebih kepada perjuangan politik caci maki dan mencari kesalahan orang lain. Hakikatnya, judi begitu menebal di Kelantan.

Tetapi, Awang Adek cuma mewakili kerajaan untuk mengutarakan satu soalan 'subjektif' agar mendapat jawapan umum dari lapisan rakyat apakah membenarkan kerjaaan untuk meluluskan lesen judi yang dipohon oleh seorang teiko Cina.

Jawapan dari rakyat adalah - tidak boleh -, maka kerajaan akan menolak permohonan itu hasil dari jawapan rakyat. Inilah kebijaksanaan sebuah kerajaan rakyat jika berdepan dengan kemuslahatan.

Menolak secara 'totok' semesitinya tidak boleh kerana lesen judi bola yang dipohon hanya untuk yang bukan beragama Islam seperti lesen perjudian lain. Begitupun, sebagai sebuah negara demokrasi - Awang dipanggil untuk membuka ruang pertanyaan kepada umum.

Hari ini jelas bahawa umat islam menolaknya kerana ia adalah haram. Sebagai sebuah negara yang mejoritinya Islam, kerajaan membuat keputusan membatalkan permohonan itu.

Kesannya, kerajaan Barisan Nasional kelah di Sibu dalam pilihanraya gara-gara lesen judi dibatalkan.

Pilihaanraya di Sibu juga diatur oleh sendikit perjudian yang begitu berkuasa dari gabungan mafia Malaysia. Oleh itu, ramai pengundi takut keluar mengundi kerana semacam ada arahan.

Begitu juga dalam isu kekalahan memalukan Malaysia dalam cabaran Piala Thomas. Apakah, itu selayaknya pemain Malaysia bertarung dengan China di Separuh Akhir sedangkan sebelum ini secara individu dalam siri badminton dunia mereka begitu hebat atau jika kalahpun begitu bermaruah dengan tiga set.

Semua ini adalah gara-gara Judi oh judi - akhirnya Awang Agek jadi mangsa keadaan.

No comments:

Post a Comment

Jangan Pandang Sebelah Mata